Posted by: almalakawi | 24 Ogos 2009

Bahagian ke sembilan Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Sifat yang keenam wajib bagi الله تعالى

Wahdaniyah (الوحدانية) ertinya ketungalan تعالى الله pada zat, sifat, dan perbuatan yakni akal kita tidak boleh menirima tuhan berbilang-bilang pada zat, sifat dan perbuatan.

والوحدانية أي لا ثاني له في ذاته ولا في صفاته ولا في أفعاله

Wahdaniah iaitu Allah tiada berbilang-bilang pada zatNya dan tidak berbilang-bilang pada sifatNya dan pada perbuatannya.

Apabila تعالى الله wajib bersifat dengan Wahdaniah (الوَحْدَانِيَة) maka ternafi kam ( berbilang) pada zat, sifat dan perbuatan. Kam yang wajib kita nafi berlaku pada تعالى الله ada lima:

  1. Menafikan kam muttashil (كَمْ مُتَّصِل) pada zat  ertinya menafikan bilangan yang berhubung pada zat. Seperti menafi Zat تعالى الله tersusun daripada darah, daging, tulang dan urat.
  2. Menafikan kam mumfashil (كَمْ مُنْفَصِل) pada zat ertinya menafikan bilangan yang bercerai pada Zat تعالى الله , seperti tiada suatu zat yang serupa dengan Zat تعالى الله .
  3. Menafikan kam muttashil pada sifat ertinya menafikan bilangan yang berhubung pada sifat تعالى الله yakni sifat تعالى الله sama sekali tidak ada duanya bagi satu-satu jenis, seperti tidak ada dua Qudrat, dua Iradat dan seterusnya.
  4. Menafikan kam mumfashil pada sifat ertinya menafikan bilangan yang bercerai pada sifat تعالى الله yakni sifat تعالى الله tidak menyamai sifat yang lain.
  5. Menafikan kam mumfashil pada perbuatan ertinya menafikan bilangan yang bercerai pada perbuatan yakni tidak ada perbuatan sesiapa yang menyamai perbuatan تعالى الله .

وَيَسْتَحِلُ عَلَيْهِ تَعَالَى أَنْ لاَ يَكُوْنَ وَاحِدًا بِأَنْ يَكُوْنَ مُرَكَّبًا فِيْ ذَاتِهِ أَوْ يَكُوْنَ لَهُ مُمَاثِلٌ فِيْ ذَاتِهِ أَوْ صِفَاتِهِ أَوْ يَكُوْنَ مَعَهُ فِيْ الْوُجُوْدِ مُؤَثِرٌ فِيْ فِعْلٍ مِنَ اْلأَفْعَالِ

 Mustahil تعالى الله berbilang-bilang dengan bahawa adala zat تعالى الله  berjuzuk-juzuk seperti berdaging, berdarah, bertulang dan berurat atau ada baginya sebanding pada zatnya iaitu ada yang menyerupai تعالى الله pada zat atau sifatnya  atau ada sertanya yang lain memberi kesan pada perbuatan daripada sekelian perbuatan seperti api boleh menghangus dengan sendiri yakni dengan tidak daripada perbuatan تعالى الله .

Dalil Wahdaniyah

Firman تعالى الله di dalam surah Al-Ikhlas

dalil wahdaniyah

 Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah الله Yang Maha Esa; “  اللهYang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

FirmanNya lagi di dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat 22

dalil wahdaniyah 2

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya.

Dalil akal تعالى الله wajib bersifat Wahdaniah:

  أَمَا بُرْهَانُ وُجُوْبِ الْوَحْدَانِيَّةِ لَهُ تَعَالَى فَِلأَنَهُ لَوْ لَمْ يَكُن وَاحِدًا لَزِمَ أَنْ لاَ يُوْجَدَ شَيْئٌ مِنَ الْعَالَمِ لِلُزُوْمِ عَجْزِهِ حِيْنَئِذٍ

 Dalil wajib تعالى الله bersifat dengan wahdaniyah iaitu jika diandaikan تعالى الله tidak bersifat dengan wahdaniyah tentulah dia berbilang (ada tuhan yang lain) jika dia berbilang tetaplah lemahnya, apabila lemah tuhan maka tidak terdapat alam ini.

          Jika ada dua tuhan dan kita andaikan tidak muapakat keduanya menjadikan alam ini nescaya salah satu daripada keduanya tidak menguasi alam yang dibuat oleh tuhan yang satu lagi, pada ketika itu lemahlah dia, apabila lemah satu nescaya lemah keduanya kerana keduanya bersaman pada mertabat ketuhanan. Adapun makna tuhan itu adalah berhajat tiap-tiap satu kepadanya; apabila ada yang terlepas daripada kekuasannya maka cariklah sifat ketuhanan.

          Jika kita kata muapakat keduanya boleh kita andaikan dua pekara samaada serentak keduanya menjadikan sesuatu atau berasingan, jika kita andaikan keduanya serentak menjadikan suatu yang tidak boleh dibelah-bagi seperti jauhar fardi nescaya jadi dua, bandingannya dua batang pen hendak dibuat satu titik dan kita letakkan serentak, hasilnya yang didapati dua titik. Jika kita andaikan berasingan keduanya menjadikan suatu pada ketika itu yang mula-mula yaang dapat melakukan dan yang kemudian tidak perlu memperbuatnya kerana suatu itu sudah terhasil. Dengan itu jadi lemah keduanya kerana keduanya mempunyi mertabat ketuhanan, apabila lemah salah satu maka lemah yang satu lagi.


Responses

  1. Salamun Alaikum.
    Mohon Tanya sang ustaz yang hensom gambarnya, allah!!! hesom sungguh, sudah berapa anaknya ye?
    cuma nak tanya. perbuatan hamba itu tak menyamai perbuatan tuhan kan, kalau gitu perbuatan hamba tu mumkin namanya usha dan ikhtiar, usha dan ikhtiar tu apa ia amrun iktibari atau benda maujud?
    mohon jawaban sang ustaz yang budiman. tk wslm

  2. Sifat tuhan tidak masuk kam muttasil dan munfasil. makna sifat tuhan kita sa, sifat qudrat kita berapa ye, atau satu juga, kalau satu kenapa bila sudah makan kita boleh buat macam2 kerja, tapi sembahyang cuma empat rekaat begitu susah nak dikerjakan. wallahuaalam. tk wslm.

    ana sampai kelantan 30ogos lcct 2115 kb 2215. jumpa di sana inshaallah.

    • Qudrat kita ada dua satu yang kita dapat dengan makan minum dengannya kita boleh bergerak mengangkat barang dan sebagainya, dan satu lagi taufik yang Allh beri kepada hamba, dengan dia kita dapat mengerjakan perentah Allah. والله اعلم


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: