Posted by: almalakawi | 2 September 2009

Janabah (جَنَابَة) Berjunub

Pengenalan

Dari sudut bahasa janabah  (بُعْدٌ) bererti jauh

Dari sudut syara`

 أََمْرٌ مَعْنَوِيٌ يَقُومُ بِالبَدَنِ يَمْنَعُ صِحَّةَ نَحْوِ الْصَلاَةِ حَيْثُ لاَ مُرَخِّصَ   

suatu pekara sekira-kira pada makna yang terjadi pada sekelian badan yang menegah ia seumpama sembahyang apabila tiada kemudahan syara`.

Janabah boleh terjadi dengan dua cara

  1. Dengan sebab bersetubuh.
  2. Dengan sebab keluar mani.

 Berjunub / berhadas besar dengan sebab wati / bersetubuh

Sabda nabi   (النبي صلى الله عليه وسلم)

 إِذَا الْتَقَى الخِتَانَانِ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ رواه مسلم 

Apabila bertemu dua yang di khatan maka wajib mandi dan jika tidak keluar mani sekalipun. Hadis ini  diriwayat oleh Muslim

Yang dikehendaki dengan bertemu dua yang dikhatan iaitu masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj, tidak yang dikehendaki disini bersentuh. Maka tidak berjunub seorang dengan masuk separuh kepala zakar.

Sebab-sebab berjunub dengan bersetubuh /wati

  1. Lelaki yang bersetubuh dengan perempuan atau binatang samaada pada faraj atau pada dubur 
  2. Lelaki yang diwati pada duburnya.
  3. Perempuan yang diwati pada faraj atau dubur
  4. Khunsa yang mensetubuhi dan disetebuh pada farajnya serentak

Syarat berjunub dengan bersetubuh

  1. Orang yang mewati nyata lelaki dan yang diwati nyata perempuan. Tidak jadi berjunub khunsa / orang yang tidak nyata lelaki atau perempuan samaada dia yang mewati atau yang diwati
  2.  Orang yang mewati dan diwati ialah orang yang hidup. Tidak berjunub orang yang sudah mati samaada lelaki atau perempuan
  3. Masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj atau dubur sekalipun memakai kondom atau berbalut dengan seumpama kain yang tebal. Tidak berjunub dengan masuk separuh kepala zakar.
  4. Masuk kadar / angaran kepala zakar bagi mereka yang ketiadan kepala zakar dengan sebab terpotong atau asal kejadian

Tidak disyaratkan orang yang mewati itu

  1. ada keinginan
  2. bangkit zakar
  3. keluar mani
  4. pilihan hati
  5. usahanya sendiri

Setubuh mayat

Mayat perempuan yang diwati tidak berjunub dan tidak diulangkan mandinya samaada diwati pada kemaluan hadapan atau belakang. Begitu juga dengan mayat lelaki tidak berjunub dengan dipermasukkan zakarnya kedalam faraj perempuan.  Kerana tidak bergantung pada mayat suruhan syara`. Adapun wajib atas kita memandikannya disebabkan mati, supaya menyucikannya dan memuliakannya.

 Tidak wajib hukuman hudud sebab mewati mayat perempuan, dan tidak wajib membayar mas kahwin. Seperti tidak wajib diat / ganti rugi memotong anggota mayat. Tetapi binasa ibadat seseorang yang mewati mayat, dan seseorang itu wajib kaffarah puasa dan haji apabila mewati akan mayat.

 Mensetubuhi khunsa muskil / mereka yang mempunyi dua alat kelamin

Khunsa tidak diwajibkan mandi apabila dia memasukkan kepala zakarnya kedalam faraj atau dubur manusia atau binatang, dan khunsa tidak wajib mandi apabila  dimasukkan kepala zakar ke dalam alat kelaminnya. Adapun khunsa yang di setubuh duburnya mewajibkan dia mandi.

 Mengapa khunsa tidak berjunub apabila dia diwati atau mewati?

Kerana tidak diketahui kedua-dua alat kelaminnya yang mana asli. Boleh jadi salah satu daripada zakar dan farajnya itu anggotanya yang lebih pada ketika itu bukanlah ia alat kelamin. Bandingannya tidak berjunub seorang perempuan apabila farajnya dimasukkan jari lelaki. Begitu juga tidak berjunub seorang lelaki apabila ia memasuk zakarnya kedalam mulut seorang perempuan.

Yang dimaksudkan khunsa muskil ialah seorang yang mempunyai dua alat kelamin yang tidak diketahui yang mana asli. Adapun khunsa wadih iaitu mereka yang diketahui lelaki atau perempuan. Khunsa wadih juga mempunyai dua alat tapi salah satu berfungsi dengan baik. Jika yang berfungsi dengan baik itu zakar maka dia ialah lelaki dan jika yang berfungsi itu faraj maka dia ialah perempuan 

Khunsa muskil yang  diwati dan yang mewati secara serentak jadi berjunub kerana hilang syak pada ketika itu. Maka diwajibkan keatasnya mandi.

Berjunub dengan sebab keluar mani

Apabila seseorang lelaki atau perempuan keluar mani dirinya bukan mani orang lain, pada permulan kali tidak mani yang keluar kali kedua, samaada keluar pada ketika jaga sebab memandang atau berfikir pekara yang mendatangkan sahwat atau ketika tidur dengan bermimpi, dan jika keluar mani bukan jalan yang kebiasan sekalipun seperti keluar dari tulang sulbi; jadilah ia seorang yang berjunub yang mewajibkan mandi.

Jika keluar mani orang lain setelah selesai mandi junub sedangkan ia tidak ada sahwat pada ketika wati, seperti keluar mani lelaki yang mewati  daripada alat kelamin kanak-kanak perempuan  atau perempuan yang tidur, maka keduanya tidak perlu mengulangi mandi.

Jika keluar air mani kali kedua setelah selesai mandi junub tidak wajib ia mengulang mandinya seperti memasuk seorang air maninya yang telah keluar ke dalam alat kelaminnya kemudian air mani itu keluar semula selepas mandi.

Mengenal air mani

Mengenal air mani yang keluar daripada lelaki atau perempuan dengan salah satu dari tiga sifat.

1.Keluar berkeadan terpancar-pancar jika tidak merasa lazat sekalipun

2.Merasa lazat semasa keluarnya jika tidak terpancar-pancar sekalipun

3.Dengan bau tepung yang diuli pada ketika basah dan bau seperti putih telur pada ketika kering.

Jika memperolehi seorang salah satu daripada tiga pekara ini, wajib ia mandi kerana nyata yang keluar  itu adalah mani.  

Melihat air mani pada kain atau hamparan

Apabila melihat seorang air mani pada kain yang dia pakai sedangkan orang lain tidak memakainya, atau pada hamparan yang dia tidur tidak dan orang lain tidak tidur di atasnya, hendaklah ia mandi dan mengulang sembahyang yang sudah dikerjakannya kemudian daripada keluar mani, kerana hasillah janabah dengan dia lihat mani itu. Samaada air mani yang kelihatan itu di sebelah dalam kain atau sebelah luarnya. Adapun jika ada orang lain sama-sama memakai kainnya atau orang lain tidur diatas hamparannya, maka tidak wajib dia mandi dan mengulang sembahyang bahkan sunat sahaja kerana syak / ragu-ragu mani yang kelihatan itu maninya atau orang lain.

Peringatan        

Keluar mani adalah salah satu daripada tanda baligh. Jadi baligh seorang kanak-kanak dengan keluar mani samaada dengan mimpi, memandang dengan sahwat, atau sebagainya. 

Haram sebab berjunub

Haram orang yang berjunub sembahyang sujud syukur, sujud tilawah, sembahyang jenazah,berhenti di dalam masjid, membaca Al-Quran, menyentuh Mashaf

Orang berjunub berpuasa

Harus seorang yang berpuasa melewatkan mandi junub sehinga terbit fajar. Sah puasanya apabila dia melewatkan mandi, kerana sah puasa tidak disyaratkan suci daripada janabah. Tidak membatalkan puasa apabila termasuk air kedalam ronga pada ketika mandi wajib atau mandi sunat bersalahan mandi yang diharuskan, maka batal puasa seorang apabila ia mandi kerana bersejuk atau seumpamanya.

Seorang yang berjunub pada siang hari bulan ramadan tidak batal puasanya jika berjunub dengan lain daripada wati dan mengeluar mani dengan tangan.

 Lalu dan duduk di dalam masjid

Tidak haram orang yang berjunub lalu di dalam masjid. Haram ia berulang-alik di dalamnya walaupun dengan hajat, seperti mengambil barang.

 Haram orang yang berjunub duduk di dalam masjid, melainkan mereka yang berjunub dalam masjid dengan junub yang lain daripada bersetubuh jika tidak boleh keluar oleh sebab pintu terkunci atau takut kehilangan barang yang ditinggalkan di dalamnya dan hendaklah ia mandi didalam masjid jika didapati air di dalamnya.   

Haram seseorang mewati isterinya di dalam masjid walaupun sambil lalu di dalamnya.

 Orang berjunub berzikir

Diharuskan orang yang berjunub berzikir walaupun dengan ayat-ayat Al-Quran seperti membaca ketika terkena bala

  al-Baqarah. ayat 156

bachan ketika kena bala

dan membaca ketika mengenderai kenderan

  az-Zukhruf ayat 13

doa naik kenderaan

dengan syarat tidak niat Quran.


Responses

  1. Assalamualaikum…

    Ustaz, saya ada sedikit kemusykilan berkenaan mandi junub..

    adakah suami isteri yang bersetubuh di mlm bulan ramadhan, dibolehkan berjunub di siang hari?

    berjunub di siang hari itu, sampai jam berapa yang dibolehkan, adakah sehingga hampir tiba waktu zohor atau bila?

    Minta ustaz berikan sedikit jawapan..

    Sekian Wassalam

    • Kita diwajibkan sembahyang subuh, syaarat sah sembahyang suci dari hadas besar dan kecil jadi wajib mandi sebelum habis waktu supaya dapat sembahyang subuh dalam waktu. jika dipandang pada puasa sahaja tidak mengapa (sah) berpuasa dalam kedaan berjunub dari terbit fajar sampai masuk matahari tapi berdosa besar kerana meningalkan sembahyang. والله اعلم

  2. Terima Kasih Ustaz .. Lupa plak bab solat subuh..

    Wassalam

  3. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya membeli ayam di pasar, apa yang saya musykil ialah di pasar lot tempat sembelihan dan penjualan ayam untuk orang islam bersebelahan dengan lot orang bukan islam seperti cina dan India. Saya lihat darah ayam, bulu-bulu ayam dan air-air yang digunakan terpercik sana sini. Sekiranya benda-benda ini terpercik kepada ayam yang disembelih itu adakan kita masih boleh memakannya. Apa yang saya ketahui para pembuat sate tidak akan membasuh daging ayam yang akan dibuat sate. Saya merasa was-was untuk membeli ayam ini. Apakah yang patut saya lakukan sebagai orang islam

    • Ayam yang sah sembelihannya, apabila terkena najis hanya perlu dibasuh sama ada najis itu darah, tahi dan sebagainya sama ada darah itu dari ayam yang tidak disembelih atau pun lainnya. ini jika yakin terkena najis adapun jika tidak yakin terkena najis maka tidak wajib membasuhnya jika daging ayam itu tidak ada darah yang mengalir. ada pun daging ayam yang ada darah mengalir apabila dipotong wajib dibasuh.
      Di Malaysia, biasanya ayam setelah disembelih akan dimasukkan kedalam air panas yang ada darah dan sebagainya supaya mudah mencabut bulu, maka hendaklah dibasuh luarnya sebelum memotong dan boleh terus dimasak sekiranya tidak ada darah mengalir setelah dipotong. sekiranya daging ayam yang telah dipotong yang tiada darah mengalir terkena air wajib dibasuh sehinga tiadak berubah air pembasuh.
      Harus makan sate kerana tidak yakin terkena najis kerana Qadah اليقين لايزال بالشك al-yakin la uzalu bi syaki.والله اعلم

  4. salam ustaz..
    saya ada masalah dgn niat.saya jadi sangat susah untuk meniatkan mandi wajib,berwudhu dan sebagainya.boleh ustaz bagi saya kefahaman agar saya dapat hindari was2 yang saya alami ini ustaz.wassalam….

    • Jangan ikutkan was-was dari syatan.
      Niat kan apa yang kita hendak kerjakan dengan makna kita lintaskan di dalam hati bahawa kita hendak melakukan perkara itu.

  5. blh ke saya tak lafazkan apa sedangkan saya sedar yang saya memang hendak mengerjakan mandi wajib?boleh ke dalam keadaan berjunub dan teruskan saya masuk ke bilik air dan terus mandi tanpa memikirkan apa2 sdgkan saya sedar yang saya ketika itu hendak mandi wajib?dan boleh ke saya lafazkan niat sebelum menyiram air ke tubuh dan kemudian terus mandi tanpa perlu melintaskan apa2 lagi sbb ustaz saya bermasalah untuk melintaskan apa2 didalam hati krn ketika itu sksn terbit berbagai2 pkr yg bahaya yang sering muncul ketika saya cuba untuk fokuskan niat.

    • Apabila ada di dalam hati bahawa hendak mandi junub dan disertakan dengan menyampaikan air pada angota maka sah mandi junub itu, berlafas hanya sunat, disunatkan berlafas supaya menolong lidah akan hati dan memudahkan berniat. والله اعلم

  6. Ustaz saya ingin bertanya berkenaan mandi hadas besar.Melalui pembacaan saya tentang masalah Sakit Tuan di Harian Metro Online kelolaan Dr. Ismail Thamby terdapat lelaki Islam yang telah berkhatan masih lagi mempunyai tahi palat.Adakah tahi palat ini dikategorikan najis?Menurut mereka tahi palat ini terdapat pada lubang atau lekukan yang terbentuk di bawah batang zakar akibat prosedur berkhatan yang tidak sempurna. Sebelum memulakan niat hadas besar mereka telah membersihkan tahi palat berkenaan dengan cara memicit bahagian lekukan itu yang terlindung/terlipat;jika tidak air tidak akan sampai ke bahagian tersebut.Persoalan saya, adakah mereka ini perlu lagi atau wajib menyampaikan air ke bahagian itu setelah berniat hadas besar sepertimana mereka perlu meratakan air ke seluruh badan termasuk cuping telinga,celah ketiak,celah kuku dan jari-jemari kaki dan tangan,celah peha,celah kelangkang,celah punggung,bahagian halaqah dudur dan qubul?

    • Wajib membersihkan dan wajib meratakan air setelah berniat.

  7. Jika perlu atau wajib maka pastinya mereka tidak dapat memelihara wuduk mereka kerana terpaksa memegang zakar mereka tanpa alas untuk memicit dan mengalir air ke bahagian berkenaan.

    • memelihara wudu sunat menyampaikan air padanya wajib. tidak boleh meningalkan wajib kerana hendak menjaga sunat.

    • Assalammualaikum ustaz,saya hendak bertanya berkenaan cara membersihkan najis air mazi dan air wadi sekiranya terkena pada pakaian dan kemaluan(pastinya).Melalui pembacaan saya melalui soal jawab agama melalui internet ada pendapat mengatakan najis air mazi itu perlu dibasuh pada kemaluan dan pakaian.Manakala ada pula pendapat mengatakan bahawa adalah memadai dengan cara memercik air pada pakaian yang terkena air mazi(caranya sama seperti menghilangkan najis ringan/muaffafah).Melalui komen itu,tidak pula dinyatakan sama ada pada kemaluan dibasuh atau dipercikkan juga air.Apa komen ustaz?Bagaimanakah cara membersihkan air mazi dan air wadi ini?Daripada pembacaan saya tentang masalah Sakit Tuan di Harian Metro Online kelolaan Dr.Ismail Thamby terdapat lelaki yang menghadapi masalah yang dipanggil Resdung Zakar di mana seseorang lelaki yang terlalu mudah dan banyak keluar air mazi sama ada semasa terangsang/ghairah dan ketika atau selepas membuang air kecil.Perkara ini pastinya merumitkan terutamanya ketika dia mahu bersolat.

      • Najis mukhaffah hanya air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang hanya minum susu sahaja.
        dengan itu air mazi termasuk dalam najis mutawassita/najis pertengahan maka menyucinya sama seperti najis mutawasitah yang lain.
        sekitanya seorang itu dibalakan dengan sentiasa keluar mazi maka hukumnya sama seperti orang yang sentiasa keluar kencing, maka dia wajib basuh kemaluannya setelah masuk waktu kemudian balut kemaluannya kemudian mengkat wudu’ kemudian dia sembahynag.

  8. Ustaz,ini merupakan petikan ulasan jawapan di dalam penjelasan soal jawab agama melalui internet tentang air mazi.
    6 – Membersihkan pakaian yang terkena mazi
    Dari Sahl bin Hunaif, beliau berkata,
    كُنْتُ أَلْقَى مِنَ الْمَذْىِ شِدَّةً وَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْهُ الاِغْتِسَالَ فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ « إِنَّمَا يُجْزِيكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ ». قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَكَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِى مِنْهُ قَالَ « يَكْفِيكَ بِأَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهَا مِنْ ثَوْبِكَ حَيْثُ تُرَى أَنَّهُ أَصَابَهُ ».
    “Dulu aku sering terkena mazi sehingga aku sering mandi. Lalu aku menyoal hal ini kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai kejadian yang menimpaku ini. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, ‘Cukup bagimu berwudhu ketika mendapati seperti ini.’ Aku lantas berkata lagi, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada sebahagian mazi yang mengenai pakaianku?’. Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, ‘Cukup bagimu mengambil air seukuran telapak tangan, lalu engkau renjisi pada pakaianmu ketika engkau terkena mazi’.” [23]
    Asy-Syaukani rahimahullah menjelaskan, “Hadis ini menjelaskan bahawa jika mazi cuma direnjis (air) saja, maka itu sudah cukup untuk menghilangkan najisnya. … Ini menunjukkan bahawa memerciknya termasuk kewajipan. Mazi adalah najis yang ringan, sehingga diberi keringanan cara menyucikannya.”[24]
    Ini adalah perilaku terhadap pakaian yang terkena mazi, iaitu cukup direnjis air. Sedangkan kemaluannya cukup dibersihkan dan bersucinya adalah dengan berwudhu, tanpa perlu mandi wajib.

  9. Askum….saya ada sedikit kemusykilan menenai mandi hadas besar.setelah mandi hadas besar(junub) kemudian bersolat tetapi selepas beberapa jam masih ada air mani keluar.keadaan ini sering terjadi dan memerlukan saya mandi hadas besar berulang kali utuk solat.apakah hukum yang sebenarnya.terima ksih

  10. yg keluar tu betul ke air mani?atau hanya sekadar air mazi?apa pun saya petikkan dari pendapat diatas :

    Berjunub dengan sebab keluar mani :
    Apabila seseorang lelaki atau perempuan keluar mani dirinya bukan mani orang lain, pada permulan kali tidak mani yang keluar kali kedua, samaada keluar pada ketika jaga sebab memandang atau berfikir pekara yang mendatangkan sahwat atau ketika tidur dengan bermimpi, dan jika keluar mani bukan jalan yang kebiasan sekalipun seperti keluar dari tulang sulbi; jadilah ia seorang yang berjunub yang mewajibkan mandi.

    Jika keluar mani orang lain setelah selesai mandi junub sedangkan ia tidak ada sahwat pada ketika wati, seperti keluar mani lelaki yang mewati daripada alat kelamin kanak-kanak perempuan atau perempuan yang tidur, maka keduanya tidak perlu mengulangi mandi.

    Jika keluar air mani kali kedua setelah selesai mandi junub tidak wajib ia mengulang mandinya seperti memasuk seorang air maninya yang telah keluar ke dalam alat kelaminnya kemudian air mani itu keluar semula selepas mandi.

  11. askum..adakah hamil kalau air mani lelaki cuma terpercik ditepi-tepi rahim wanita?adakah dikira masuk?

    • Saya tak faham soalan anda. minta maaf

  12. Maaf, saya ingin betanya dgn lebih detail.. adakah wajib keatas seseorang itu mandi sekiranya suami hanya bermain sekitar pundi kencing isteri dan bibir luar faraj, tetapi tidak masuk kedalam lubang faraj.

    • Syarat wajib mandi kerana bersetubuh hendaklah masuk hasyafah/kepala zakar seluruhnya


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: