Posted by: almalakawi | 5 September 2009

Bahagian ke sebelas Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Sifat yang ketujuh wajib bagi الله تعالى

Qudrat (القدرة) ertinya berkuasa. Sifat ini menunjukkan تعالى الله berkuasa pada sedia kala lagi. تعالى الله berkuasa mengadakan dan meniada tiap-tiap suatu tampa memerlukan alat dan bahan adapun kita hendak membuat suatu memerlukan bahan, seperti kerusi yang memerlukan kayu, dan lainnya.

Sifat Qudrat berta’luk (متعلق) pada pekara yang mumkin (yang harus)  secara memberi bekas / kesan yakni الله تعالى mengadakan suatu atau meniadakannya dengan sifat QudratNya, maka Qudrat الله تعالى tidak bereta’luk kepada wajib hakiki (seperti mengadakan Zat تعالى الله) dan mustahil hakiki (seperti mengadakan anak bagiNya )

Erti ta’alluq

التعلق هو طلب الصفة امرا زائدا على قيامها بالذات

Tuntutan sifat akan pekara yang lebih, diatas berdiri sifat dengan zat.

Sifat yang kelapan wajib bagi الله تعالى

Iradat (الإرادة) ertinya berkehendak. Setiap sesuatu yang ada dan berlaku di dalam alam ini kesemuanya adalah kehendak dan kemahuan تعالى الله bukan kerana terpaksa, tersala, lalai dan lainnya. Sifat ini menunjukkan berkehendak تعالى الله pada sedia kala. Ta’luk sifat ini sama dengan ta’luk sifat Qudrat iaitu berta’luk dengan segala yang harus, tetapi dalam bentuk menentukan sesustu munkin, bukan melahirkan dan melaksanakannya.

Mustahil تعالى الله  bersifat dengan lawan bagi Qudrat  dan Iradat

وَيَسْتَحِيلُ عَلَيْهِ تَعَالَى الْعَجْزُ عَنْ مُمْكِنٍ مَا وَ إِيجَادُ شَيْئٍ مِنَ الْعَالَمِ مَعَ كَرَاهَتِهِ لِوُجُودِهِ أَىْ عَدَمِ إِرَادَتِهِ لَهُ تَعَالَى أَوْ مَعَ الذُّهُولِ أَوِ الْغَفْلَةِ أَوْ بِالتَّعْلِيلِ أَوْ بِالطَّبِعِ

  1. Mustahil تعالى الله lemah menjadikan mungkin. Ertin mungkin, benda yang boleh ada dan tiada.
  2. Mustahil تعالى الله menjadikan alam ini serta benci adanya, yakni تعالى الله tidak berkehendak mengadakannya.
  3. Mustahil تعالى الله menjadikan alam ini dalam keadan lupa, ertinya sebelum menjadikan alam ini dia mengetahui kemudian semasa menjadikannya dia lupa.
  4. Mustahil تعالى الله lalai semasa menjadikan alam ini. 
  5. Mustahil تعالى الله menjadikan alam ini dengan kerana ertinya ada الله melazimkan ada segala munkin ertinya lazim yang dikerana dengan ada kerana umpama bergerak cincin kerana begerak tangan, tidaklah wujud تعالى الله mewajibkan/melazimkan ada alam ini.
  6. Mustahil تعالى الله menjadikan alam ini dengan tabiat, maka تعالى الله jadikan alam ini tidak dengan tabiatnya sepertimana tabiat api menghangus.

Sifat yang kesembilan wajib bagi الله تعالى

Ilmu ( العلم ) ertinya تعالى الله mengetahui segala-galanya samaada yang lepas, yang sedang dan yang akan datang, Dia mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata, tidak ada suatu pekara yang terlepas dari pengetahuanNya.

وَالْعِلْمُ الْمُتَعَلِّقُ بِجَمِيعِ الْوَاجِبَاتِ وَالْجَائِزَاتِ وَالْمُسْتَحِيلاَتِ

Tempat ta’luk Ilmu تعالى الله pada segala yang wajib (seperti تعالى الله  mengetahui diriNya bersifat dengan sifat kesempurnan) , yang harus (seperti تعالى الله mengetahui adanya mahkluk), dan yang mustahil (seperti تعالى الله mengetahui Dia tidak mempunyai anak), yakni الله تعالى mengetahui tiga pekara tersebut dengan sifat IlmuNya.

وَيَستَحِيلُ عَلَيْهِ تَعَالَى الْجَهْلُ وَمَا فِى مَعْنَاهُ بِمَعْلُومٍ مَا

          Mustahil تعالى الله jahil dengan sekelian maklumat dan yang sama makna dengan jahil. Makna jahil iaitu tidak mengetahui apa-apa dan yang sama makna dengannya adalah syak, zan dan waham, tiap-tiap satu telah dihurai maknanya.

Sifat yang kesepuluh wajib bagi الله تعالى

Hayat (الحياة) ertinya hidup. Hidup تعالى الله tidak seperti hidup makhluk, Dia hidup tidak denga perantaran daging darah, bernafas dan sebagainya. HidupNya tiada permulaan dan kesudahan.

وَهِيَ لاَ تَتَعَلَّقُ بِشَىْءٍ

 Sifat hayat tiada berta’luk pada suatu pun samaada yang ada atau yang tiada, kerana ia bukan sifat yang memberi bekas mengadakan suatu atau meniadakannya seperti Qudrat, tidak juga membuka hakikat suatu seperti Ilmu dan tidak menunjuk tentang suatu seperti Kalam.

Mustahil تعالى الله mati (الموت), kerana Tuhan hidup tidak dengan nyawa, tidak bersusun daripada empat unsur iaitu api, air, tanah dan angin atau hidupnya berkehendakkan makanan, kerana hidup yang demikian tertentu bagi makhluk.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: