Posted by: almalakawi | 6 September 2009

Masalah-masalah yang boleh terjadi semasa seorang wanita didalam haidh

1. Apabila seorang perempuan kedatangan darah selama dua hari, kemudian berhenti darahnya sehari, selepas itu kembali darah selama dua hari, kemudian berhenti darah, begitulah seterusnya selama sebulan,dengan tiada perbezaan pada sifat darah seperti merah sekeliannya. Maka kita hukumkan perempuan itu kedatangan haidh hanya sehari semalam pada awal darahnya dan ia suci dua puluh sembilan hari. Maka darah yang keluar lebih dari sehari semalam itu adalah istihadhah.

2. Apabila seorang perempuan melihat darah selama tiga hari berturut-turut pada bulan yang pertama, dan melihat ia pada bulan yang kedua akan darah tiap-tiap hari selama sebulan dengan tidak ada perbezan pada sifat darah seperti merah sekeliannya, dan melihat ia pada bulan yang ketiga akan darah tiap-tiap hari selama sebulan tetapi berlainan sifatnya, seperti sepuluh hari berwarna hitam kemudian sepuluh hari berwarna merah dan sepuluh hari berikutnya berwarna kuning, maka kita hukumkan perempuan itu kedatangan haidh pada bulan yang pertama tiga hari, dan pada bulan yang kedua dia kedatangan haidh tiga hari sahaja iaitu mengikut bulan yang pertama kerana darahnya melebihi sebanyak-banyak haidh dan tidak boleh beza, dan bulan yang ketiga perempuan itu hanya kedatangan darah selama sepuluh hari berdasarkan perbezan warna, maka darah yang selebihnya adalah isthadhah.   

          Keterangan bagi bulan yang kedua mengapa kita hukumkan hanya tiga hari sahaja perempuan itu kedatangan haidh ?

         Ini disebabkan perempuan itu kedatangan haidh pada bulan yang kedua melebihi lima belas hari lima belas malam (masa sebanyak-banyak haidh) dan darahnya itu tidak berbeza pada sifat. Apabila keadan seperti ini berlaku perempuan itu hendaklah menghitung haidhnya mengikut hitungan pada bulan-bulan yang sebelumnya.    

          Adapun bulan yang ketiga oleh kerana haidhnya dapat dibezakan dengan warna, maka warna darah yang tidak melampaui masa sebanyak-banyak haidh adalah dikira darah haidh. Dan pada masalah ini darah yang berwarna hitam masih dalam lingkungan masa haidh, adapun darah yang berwarna merah sebahagiannya sudah keluar daripada masa sebanyak-banyak haidh dengan itu kesemua darah yang berwarna merah bukannya darah haidh.           

3. Apabila melihat perempuan yang pertama kali datang haidh akan darah berwarna merah lima belas hari kemudian datang darah hitam lima belas hari mengiringi darah merah, dia hendaklah  meninggal sembahyang dan puasa dalam masa tiga puloh hari. Kerana di dalam masa lima belas hari yang pertama dia meninggalkan sembahyang  dan puasa dengan menyangka darah yang keluar itu darah haid dan dia mengharap berhenti darahnya. Dan lima belas hari berikutnya dia wajib meninggalkan sembahyang dan puasa kerana darah hitam yang keluar itu menyatakan bahawa darah merah yang sebelumnya itu darah istihadhah. Dan dia wajib mengqadaq sembahyang dan puasa yang ditinggalkan di dalam masa lima belas hari  yang pertama.                                   

4. Seorang perempuan melihat darah tiga hari kemudian berhenti darahnya dua belas hari kemudian datang darah pula tiga hari kemudian putus pula, maka kita hukumkan  darah tiga hari yang pertama itu darah haidh, dua belas hari suci dan demikian lagi darah yang keluar tiga hari yang kedua itu suci, cukuplah lima belas hari sekurang-kurang suci apabila dicampurkan antara tiga hari yang kedua dengan dua belas hari, maka jadilah darah tiga hari yang kedua itu darah pasad (rosak). Ini jika berhenti darah yang kemudian, dan jika berkekalan ia maka padanya beberapa kelakuan, Sila rujuk pada tajuk Keadaan-keadan peremruan musthadhah.


Respon

  1. Assalamualaikum wm wb.

    Ustaz,

    Bolehkah saya tahu nama kitab yang berkaitan dengan haid, nifas dan istihadhah yang ustaz muatkan dalan blog ini, yang ustaz jadikan rujukan. Saya pernah belajar perkara2 yang ustaz terangkan daripada seorang ustaz beberapa tahun dahulu tetapi saya tidak ingat nama kitab arabnya kerana saya belajar berdasarkan terjemahan dan penerangan ustaz berkenaan. Jazakuallahu Khairan Kathira.

    • فتح الوهاب

  2. Assalamualaikum ustaz, ada permasalah sedikit Sebagai seorg wanita, kami akan makan ubat sewaktu mengerjakan umrah agar dianjakkan hari “uzur”, akan tetapi bagaimana pula jika satu kes wanita ini belum sempat lagi melakukan tahalul dan didapati ia sudah “uzur”,adakah perempuan itu akan sepanjang 7 atau 10 masih di dalam ihram?
    bagaimana dia ingin lakukan mandi wajib, sedangkan dia masih dalam ihram.

    Jika di dapati tarikh si perempuan ini hendak bertolak ke tanah air semakin dekat & di dapati dia masih belum suci dari haid & masih lagi dalam ihram bagaimanakah cara yang sewajarnya dilakukan?

    • Dia boleh bertahalul dengan dam ihsar/kena tahan.
      sebaiknya dia hendaklah berniat ihram dengan membuat syarat seperti “aku berniat umrah dan aku ihram dengannya, sekiranya aku kedatangan haidh maka aku jadi halal. والله اعلم

  3. terima kasih penerangan ustaz boleh terangkan tentang dam ihsar? dan maksud kena tahan? bagaimana tu

    • ihsar/kena tahan itu ada yang umum dan ada yang khusus.
      yang umum itu seperti perang atau perampas di laluan hendak mengerjakan haji atau umrah maka orang yang telah ihram dan dia tidak boleh meneruskan perjalana dia boleh bertahalul dengan berguntig rambut dan menyembelih kambing ditempat kena tahan.
      sementara yang khusus seperti isteri yang kena tahan oleh suami, kanak-kanak yang belum baligh yang ditahan oleh ayahnya dari meneruska amalan nusuk (haji dan umrah) maka mereka ini boleh bertahalul dengan bergunting dan menyembelih kambing. والله اعلم

  4. dengan niatkan & lakukan bertahalul sahaja yea ustaz, tanpa berada di tempat sa’ie. terima kasih ustaz.

  5. salam ustaz..apakah hukum perempuan yang haidh menziarahi kubur


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: