Posted by: almalakawi | 6 September 2009

Mutahayyirah, perempuan yang tercengang keadan haidhnya

Wanita mutahayyirah ialah mereka yang berterusan datang darah dan terlupa adat / kebiasan kedatangan darah samaada dia terlupa masa kedatangan darah atau tempohnya dengan sebab lalai atau gila. Lafaz mutahayyirah membawa erti perempuan yang tercengang. Diberi nama mutahayyirah kerana tercengang fuqahaq hendak menghukum darah yang keluar daripadanya. Wanita mutahayyirah terbahagi tiga.

1. Mutahayyirah (مُطْلَقَة) mutlaqah iaitu wanita yang pernah kedatangan haidh tetapi tidak ingat tempoh haidh dan masa datangnya maka wajib dia berhati-hati, kerana tiap-tiap masa yang dia tempuhi boleh jadi dia berada di dalam haidh atau putus daripadanya, dengan itu perempuan yang mutahayyirah, seperti hukum perempuan berhaidh pada pihak haram setubuh, menyentuh antara pusat dan lutut dengan tiada berlapik, membawa dan menyentuh al-Quran, membacanya diluar sembahyang, berhenti di dalam masjid pada lain waktu bersembahyang, tawaf dan a`tikaf kerana kemungkinan dia berada didalam haidh. Pada satu pihak ia seperti perempuan suci maka tiada haram suaminya mentalaqkan dia dan wajib dia mengerjakan ibadat yang berkehendak kepada niat seperti sembahyang, puasa dan sebagainya. Dengan itu perempuan yang mutahayyirah wajib  mandi pada tiap-tiap waktu sembahyang di dalam waktunya jika dia tidak mengetahui waktu putus darah kerana mungkin dia putus darah pada ketika itu. Jika dia mengetahui  waktu putus darah seperti ketika masuk matahari maka tidak wajib atasnya mandi pada tiap-tiap masuk waktu melainkan dia wajib mandi pada ketika masuk matahari dan sembahyang dengannya sembahyang magrib dan sembahyang yang lain dengan tidak mengulang mandi melainkan pada tiap-tiap kali masuk matahari kerana boleh jadi berhenti darahnya pada waktu itu. Wajib perempuan yang mutahayyira berpuasa sebulan di dalam bulan ramadhan kerana kemungkinan dia suci sebulan ramadhan dan hendak lah dia puasa penuh sebulan yang lain. Setelah selesai puasanya dua bulan maka tinggal lagi dua hari yang dia wajib puasa jika  beradat / kebiasan putus haidh pada siang hari atau syak waktu putusnya maka dianggap waktu putusnya pada siang hari.

Mengapa setelah berpuasa dua bulan ia masih tertinggal dua hari puasa ramadhan?   

Kerana kemungkinan datang haidhnya pada waktu subuh awal bulan  dan haidhnya mencapai sebanyak-banyak haidh, seperti datang haidhnya selepas terbit fajar hari pertama bulan ramadan dan putus darah hari ke enam belas maka binasa puasanya enam belas hari dan pada bulan kedua begitu juga, jadilah puasanya dua puluh lapan hari maka wajib disempurnakan puasanya tiga puluh hari jika bulan ramadan cukup tiga puluh hari . Ini jika tidak beradat berhenti darahnya pada malam adapun jika beradat berhenti darahnya pada malam maka cukuplah puasanya tiga puluh hari. Apabila tinggal puasanya dua hari maka hendaklah ia puasa enam hari dalam tempuh lapan belas hari iaitu tiga hari pada awalnya dan tiga hari pada akhirnya maka hasil lah dua hari dengan yakin kerana jika datang haidhnya pada permulaan puasa maka putus darahnya pada hari yang ke enam belas maka sah puasanya hari yang ke tujuh belas dan lapan belas, dan seterusnya jika datang haidh hari ke dua sah puasa hari pertama dan ke lapan belas, jika datang haidhnya hari ke tiga sah puasa hari pertama dan ke dua, jika datang hari ke enam belas sah puasa hari ke dua dan ke tiga, jika datang hari ke tujuh belas sah puasa hari ke tiga dan ke enam belas, jika datang pada hari ke lapan belas sah puasa hari ke enam belas dan ke tujuh belas.

Lihat jadual yakin dapat dua hari puasa:

cara puasa mutahayirah Untuk besarkan gambar klik di gambar

Jika yang wajib diqada sehari hendak lah ia puasa tiga hari dalam tujuh belas hari iaitu sehari pada hari pertama, sehari pada hari yang ke tiga dan sehari pada hari yang ke tujuh belas maka yang sah puasanya satu hari dengan yakin. Kerana jika berhaidh ia pada hari pertama hasil puasanya pada hari yang ke tujuh belas dan jika berhaidh ia pada hari yang ke tiga hasil puasanya pada hari yang pertama dan jika berhaidh ia pada hari yang ke tujuh belas hasil puasanya pada hari yang ke tiga.

2. Muthayyirah  nasiah (نَسِيئَة) lalai, ialah seorang perempuan yang lupa kadar / tempoh haidh dan dia ingat masa kedatangan haidh, dia wajib  berhati-hati maka masa yang diyakini haidh, dia hendaklah  mengambil hukum seperti seorang yang berhaidh dan masa yang diyakini suci, dia hendaklah mengambil hukum seperti seorang yang suci. Adapun masa yang tidak diyakini haidh atau suci hukumnya sama dengan perempuan mutahyyira mutlakah (perempuan yang lupa tempuh haidh dan waktunya) Maka dia hendaklah kerjakan ibadat yang wajib seperti sembahyang, puasa dan sebagainya kerana dia mungkin suci pada ketika itu, dan haram atasnya menyentuh Mashaf, membaca al-Quran diluar sembahyang, duduk di dalam masjid pada lain waktu sembahyang dan sebagainya. Contoh perempuan yang lupa    tempoh haidh dan ingat ia waktunya seperti berkata perempuan yang kedatangan darah berterusan “ aku kedatangan haidh pada awal bulan dan aku tidak ingat berapa hari ia datang” maka kita hukumkan sehari pada awal bulan haidh dengan yakin dan pada enam belas haribulan  suci dengan yakin sementara dua haribulan hingga lima belas haribulan masa yang mungkin kedatangan haidh dan putus darah hendaklah kamu kias dengan yang lain.

3.Perempuan yang ingat tempoh haidh dan dia lupa waktunya termasuk dalam mutahayyirah nasiah (نَسِيئَة) juga, maka hukum sama dengan masalah yang ke dua sila rujuk disana. Contohnya seperti berkata seorang perempuan “aku biasa datang haidh enam hari di dalam sepuluh hari yang pertama tiap-tiap bulan tetapi aku tidak ingat bila mulanya samaada hari yang pertama, ke dua, ketiga, ke empat atau kelima maka ia dikira berhaidh pada hari yang ke lima dan yang ke enam dengan yakin dan dua puluh kemudiannya suci dengan yakin sementara empat hari awal bulan mungkin ia suci atau berhaidh maka hukumnya seperti mutahayyirah mutlaka مُطْلَقَة


Responses

  1. Assalamu’alaikum, Ustaz,

    Semalam kita ada berbincang fasal kumis, memang dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, moustache bermakna misai, kumis.

    JazakAllah.

  2. Assalamualaikum ustaz,
    saya mohon diperjelaskan saya pernah terdengar pendapat dari seorang kenalan yang mengatakan jika seseorang wanita itu sepanjang hidupnya membaca al-Quran (menjadi amalannya), maka dia boleh membaca al-quran semasa dia di dalam keadaan haid?
    2. Jika seseorang perempaun itu bermusafir dalam keadaan haid maka adakah dia boleh membaca bacaan2 doa2 (dari ayat al-quran) ?
    mohon ustaz tolong jelaskan & bantu betulkan saya jika saya salah..terima kasih

    • Haram dia membaca al-quran dalam keadan haidh.
      2. ayat al-quran yang dijadikan wirid dan doa boleh dibaca dengan niat doa dan wirid jangan diniatkan qura.

  3. bagaimana pula jika wanita yang masih dalam keadaan haidh ini membaca al-quran di dalam hati?

    • lintas akan bacan didalam hati dengan tidak bersuara tidak mengapa.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: