Dalil الله تعالى bersifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat
Dalil Al-Quran bagi sifat Qudrat di dalam surah Qaaf ayat 38
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
Firman تعالى الله menunjukkan Dia bersifat Iradat di dalam surah Al-Qasas ayat 68
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); Firman menunjukkan Dia bersifat Iradat
Dalil Ilmu firman تعالى الله di dalam surah Al Mujaadalah ayat 7
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya تعالى الله mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka – pada hari kiamat apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya تعالى الله Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Dalil nakli bagi sifat Hayat firman تعالى الله di dalam surah Al-furqaan ayat 58.
Dan berserahlah engkau kepada الله Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
Dalil akal تعالى الله bersifat dengan Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat.
وَأَمَّا بُرْهَانُ وُجُوبِ اتِّصَافِهِ تَعَالَى بِالْقُدْرَةِ وَاْلإِرَادَةِ وَالْعِلْمِ وَالْحَيَاةِ فَِلأَنَّهُ لَوِانْتَفَى شَيْئٌ مِنْهَا لَمَا وَجَدَ شَيْئٌ مِنَ الْحَوَادِثِ
Adapun dalil تعالى الله bersifat dengan Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat maka jika تعالى الله tidak bersifat dengan yang tersebut sudah pasti tidak ada segala yang baru (alam ini).
Ketahuilah bahawa sifat Qudrat تعالى الله memberi kesan pada menjadikan dan meniadakan alam dengan muafakat sifat Iradat sedangkan Iradat (berkehendakNya) dengan muafakat sifat Ilmu kerana Iradat itu kasad pada menentukan ada atau tiada alam dan kasad itu disyaratkan ada Ilmu dan bersifat تعالى الله dengan Qudrat, Iradat dan Ilmu setelah kita hukumkan pada akal تعالى الله bersifat dengan Hayat.
wah bagus nih informasinya, terimakasih ya mas udah sharing sama kita-kita
jadi tambah ilmu baru nih. yuk kalau ada waktu luang sobat, mampir jalan-jalan ke blog sederhana saya, sekedar silaturahmi [info ternak]
By: info ternak on 14 September 2009
at 10:23 am