Posted by: almalakawi | 25 September 2009

Hebah atau pemberian bapa kepada anak

Hebah (الهبة) Pemberian asal (bapa, datuk dan ke atas) kepada foro’ (anak, cucu dan ke bawah) seumpama bapa, ibu nenek perempuan dan keatas.

Hebah (pemberian) iaitu memberi seorang akan suatu dengan tiada ganti pada ketika hidup.

Sekiranya memberi dengan ada ganti dinamakan jual beli, seperti berkata seorang “ aku beri kepada engkau barang ini dengan pemberian engkau kepada aku seekor ayam”, dan sah jual beli dengan lafas hebah.

Sekiranya memberi digantungkan dengan mati seperti berkata seorang “aku beri barang ini kepada engkau setelah aku mati” maka dinamakan wasiat.

Memberi sesuatu dengan mengharapkan pahala akhirat dinamakan sedekah sementara memberi sesuatu yang dihantar kepada orang yang diberi kerana memuliakannya dinamakan hadiah.

Syarat hebah hendaklah ada ijab (penawaran) dan kabul (terima tawaran).

Contoh lafas ijab aku beri benda ini kepada engkau, aku mempermilik benda ini kepada engkau, aku muliakan engkau sambil menghulurkan barang kepada orang yang diberi dan sebagainya.

Contoh lafas kabul aku terima, aku terima hebah, dan sebagainya.

Sunat bagi bapa, datuk dan ke atas mensamakan pemberian kepada anak dan ke bawah sama ada anak atau cucu itu lelaki atau perempuan.

Harus bapa atau datuk dan ke atas mengambil balik pemberian yang telah diberi kepada anak dan ke bawah.

Tidak harus selain asal (bapa teratas) mengambil balik pemberian, contoh selain bapa teratas seperti saudara, bapa saudara dan lainnya.

Syarat boleh ambil balik:

Hendaklah barang yang diberi masih lagi dalam milik anak atau cucu, yang menerima pemberian itu.

Maka tidak boleh ambil balik barang yang telah hilang milik dari anak atau cucu, seperti mereka itu menjualnya, mewakaf, dan sebagainya.

Harus ambil balik pada pekara yang tidak hilang milik seperti gadai, dirampas, hebah kepada orang lain sebelum orang yang menerima hebah belum mengambilnya dan barang sebagainya.

Tidak boleh ambil balik barang yang telah dijual oleh anak atau cucu yang menerima hebah dan kemudian kembali balik pada anak atau cucu itu sama ada kembali balik dengan dibeli balik, pembeli memulang balik kerana ada kerosakkan pada barang itu, atau pembeli menghebahkan barang itu pada anak cucu yang menjualnya.

Wajib anak atau cucu mengembalikan barang yang dihebah apabila bapa atau datuk minta balik pemberian.

Wajib mengembalikan barang yang bertambah yang berhubung seperti gemuk binatang yang dihebahkan dan sebagainya.

Tidak wajib memulangkan barang yang bertambah yang bercerai seperti anak yang lahir dari ibu binatang yang dihebahkan kepada anak atau cucu, tetapi ibu binatang itu wajib dipulangkan.


Responses

  1. Salam Ustaz boleh ke anak angkat dapat harta pusaka,bagaimana pula kalau anak angkat menjaga harta tersebut setelah mati penjaganya adakah anak angkat tadi berhak mendapat harta pusaka

    • Anak angkat tidak berhak mengambil pesaka atas apa jalan sekalipun melainkan anak angkat itu mereka yang boleh makan pesaka, seperti anak saudara si mati dan dia tidak dinding oleh orang yang lebih hampir kepada si mati. والله اعلم


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: