Posted by: almalakawi | 30 September 2009

Bahagian ke tiga belas Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Sifat yang kesebelas wajib bagi الله تعالى

Sama’ (السمع)  ertinya mendengar. تعالى الله mendengar tidak dengan gegendang telinga dan tidak dengan perantaran gelumbang bunyi. Berkata Imam Abu Hasan Asari “تعالى الله mendengar benda yang bersuara dan yang tiada bersuara”

          Mustahil تعالى الله tuli / pekak (الصمم), tidak jelas pendengaranNya atau pendengaranNya ada had.

Sifat yang keduabelas wajib bagi الله تعالى

Bashar (البصر) ertinya melihat. Penglihatan تعالى الله tidak dengan mata, tida terdinding, dan tidak dengan perantaran cahaya.

          Mustahil تعالى الله buta (العمى), kabur penglihatanNya atau pengelihatanNya terdinding.

وَالْسَمَعُ وَالْبَصَرُ الْمُتَعَلِقَانِ بِجَمِيعِ الْمَوْجُودَاتِ

Sama’ dan Bashar berta’luk kepada segala pekara yang ada. Dia mendengar dan melihat tiap-tiap suatu yang ada, samaada suatu itu Qadim atau baru.

Sifat yang ketigabelas wajib bagi الله تعالى

Kalam (الكلام) ertinya berkata-kata yakni ( الكلام الذى ليس بحرف ولا صوت )

 تعالى الله berkata-kata tidak berhurup, dan tidak bersuara. تعالى الله berkata-kata dengan sifat pekata yang ada pada zatnya, dia tidak berkata-kata dengan mulut.

          Mustahil الله تعالى bisu atau kelu (البكم) yang membawa kepada kekurangan.

 وَيَتَعَلَّقُ مَا يَتَعَلَّقُ بِهِ الْعِلْمُ مِنَ الْمُتَعَلِّقَاتِ

Ta’luk kalam pada sekelian ta’luk Ilmu iaitu ta’luk pada segala yang wajib, yang harus dan yang mustahil yakni الله تعالى memberi tahu tiga pekara yang tersebut kepada hambaNya dengan sifat KalamNya.

Dalil Sama’ Bashar Kalam 

v    Dalil Sama’

Dalil sama' 

Sesungguhnya تعالى الله telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada تعالى الله (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang تعالى الله sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya تعالى الله Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. 

v    Dalil Bashar

dalil basar 

Katakanlah (wahai Muhammad): “ الله تعالى jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.

v    Dalil Kalam

 dalil kalam

. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

 

v    Dalil akal bagi Sama’, Bashar dan Kalam

وَأَمَّا بُرْهَانُ وُجُوبِ السَّمْعِ لَهُ تَعَالَى وَالْبَصَرِ وَالْكَلاَمِ فَالْكِتَابُ وَالسُّنَّةُ وَاْلإِجْمَاعُ وَأَيْضًا لَوْ لَمْ يَتَّصِفْ بِهَا لَزِمَ أَنْ يَتَصِفَ بِأَضْدَادِهَا وَهِيَ نَقَائِصُ وَالنَّقْصُ عَلَيهِ تَعَالَى مُحَالٌ

Dalil menunjukkan wajib تعالى الله bersifat Sama’, Basar, dan Kalam diambil daripada Al-Quran, Sunah, ijmak (muafakat ulama), dan demikian lagi sekira الله تعالى tidak bersifat  denga sekelian sifat yang tersebut nescaya lazim Dia bersifat dengan lawan yang tersebut yang demikian itu kekurangan pada تعالى الله yang membawa kepada mustahil.


Responses

  1. Alhamdulillah, perkembangan blog ini sangat memberansangkan… Saya cadangkan, apa kata, Ust. masukkan video2 ataupun juga MP3 daripada pengajian di Pondok Pasir tumboh dalam blog ini.

  2. a’kom us..
    nampaknya anta tak dapat nak beza antara sifat dgn takluk sifat,sama’ dgn makna mendengar adalah salah,dusta dan pembohongan yg nyata keatas zat Allah yg maha suci,anta jgn gopoh nak menulis,belajar dulu bagi tahqiq

    • Terjemaah sama’ dengan “mendengar” adalah tepat mengikut ulama mutakalim(tauhid) ahli sunnah. Ini krn ulama2 melayu Fathani, Aceh dan Indonesia,iaitu ulama nusantara kita didlm kitab2 mereka spt Al-allamah syeikh Wan Daud b. Abdullah pngarang kitab Musalli, Al-allamah syeikh Wan Ahmad Zain Fathani, Tuan Minal, Abd. Samad Al-pelembangi, Al-Sumbawa dlm kitab sirajul huda dan lain-lain banyaknya, menterjemaahkan sedemikian.

      Bahkan segala sifat ma’ani ( qudrat, iradat,ilmu, hayat, sama’, basar dan kalam) adalah diterjemahkan dengan masdar(kata terbitan kerja, spt memukul@ pukulan iaitu masdar/kata terbitan, adalah terbitan drp telah memukul, sedang@selagi akan memukul) Ini adalah mengikut apa yg dinyatakan oleh ulama mutakalim..tidak syak lagi ulama nusantara kita yg lampau terlebih alim dan muhaqqiq dlm bidang keilmuan. Sebagai mengetahui tempat ambilan mereka itu ialah cuba perhatikan di dlm kitab ‘Taudhihul Aqaaid’ krg Abdurrahman Al-Jaziri m/s 117 pada perbahasan sifat kalam, ketika beliau membangkang golongan muktazilah:-

      وأورد عليهم أن اللغة العربية تأتي ذلك لأنّ متكلما مشتق من التكلم فيلزم أنّ يكون التكلم قائم بذات الله تعالى الموصوفة بمتكلم اذ لا يصح أنّ يشتق لذات وصف من مصدر والمعنى المصدري قائم بغير هذه الذات فلا يصح أن يقال محمد ضارب مع كون الضرب الذي هو حركة اليد المخصوصة مثلا صفة لغيره……

      Ertinya: “ maka dibangkang keatas golongan muktazilah bhw bahasa arab datang menyatakan demikian itu. Ini krn (dari sudut bahasa Arab) bhw sesorang yg bercakap( متكلما) diambil drp ‘Takalum’( التكلم : berkata-kata iaitu masdar@kata terbitan), maka melazimi (membawa kpd) bhw adalah ‘Takallum’ tersebut berdiri (berada@sifat yg ada) dgn Zat Allah Taala yg mana Dia disifatkan dgn ‘ Suatu Zat yg Berkata-kata’ . Ini adalah krn tidak sah (tidak patut) bhw diambil satu sifat untk zat drp masdar(kata terbitan) sedangkan makna masdar (kata terbitan) itu berdiri(berada/sifat yg ada) pada selain drp zat tersebut( zat yg bersifat dgn satu sifat drp masdar). Maka tidak sah (pada contoh) bhw dikatakan : Mohd yg memukul sedangkan memukul @pukulan yg mana ianya adalah pergerakan tangan yg tertentu, contohnya adalah satu sifat bagi zat yg lain drp Mohd itu…..”(sebagaimana golongan muktazilah menyatakan bhw Allah Taala berkata-kata dgn makna sifat berkata-kata itu adalah ada pada zat yg lain maka itulah dinamakan Allah berkata-kata).

      Janganlah kita taksub kepada sesuatu pendapat atau penterjemahan yg menyimpang daripada ulama-ulama kita yg muktabar serta tiada sandarannya.. Kata penyair arab, bermaksud… “Amboiii…alangkah sahnya (tahqiqnya) keilmuan mereka2 yg silam…..”

      Wallahu,alam…..

    • kepada abi abdillah teguran anda kat ustaz din langar jelas nampak anda bukan hebat setara ustaz din , anda tegur tapi anda sendiri jahil

    • kepada abiabdillah nak baca kitab arab tu biarlah betul mahir ilmu nahu sorof ni kritik suatu yang sudah bertul yg akhirnya kesesatan jatuh ke atas kepala wahabi

  3. Salam, Tuan Abiabdillah, bila mengkritik biarlah membina dan beradab. Ugama Islam ni kalau tak der adab memang akan hancur. Sebaiknya bagilah teguran membina agar dapat diperbaiki sekiranya tuan mempunyai lebih maklumat. Kita semua insyaallah sefikrah maka kita perlu elakkan anasir2 yang boleh meruntuhkan kesatuan umat…wallahu’alam

  4. Pembetulan
    baiglah = bagilah
    elokkan = elakkan

    • salam..
      benar kata togin, jika ingin tegur..biarlah brhemah..dan bagi tahu la kesalahan dengan jawapan pada kesalahan itu sekali..jangan tegur sahaja tapi tiada penjelasannya..
      wallahua’lam

      • Assalamualaikum, Tegurlah saudara kita dengan beradab dan tawadhuk. Pastikan teguran itu pada perkara yang benar2 salah. Jgn terburu2 dalam mambuat teguran. InsyaAllah Mudahan2 kita mendapat manfaat.

  5. salam..ust ana mohon link blog ust ni ea..byk maklumat yg brguna & brmanfaat yg boleh dkongsi bersama..=) syukran..

    • silakan dan terima kasih kerana mensebarkan ilmu yang saya tulis.
      semuga الله تعالى membalas kebajikan yang saudari lakukan.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: