Posted by: almalakawi | 14 Oktober 2009

Hakikat dan majas (الحقيقة والمجاز)

Kalam/ungkapan/percakapan/pertuturan

Ungkapan yang memberi faedah terbahagi dua:

1. Hakikat ialah lafaz yang menguna makna asal atau menguna makna yang telah dibuat istilah dengannya.

2. Majas ialah lafaz yang menguna makna lain daripada makna asal atau lain daripada makna yang telah dibuat istilah, dinamakan juga cakap pinjam.

Keduanya ada didalm bahasa arab, dan di dalam Al-Quran yang diturunkan. Di dalam bahasa kita ada perkataan yang menguna makna asal ada juga menguna makna lain daripada makna asal, contoh bernas, makna asal padi atau bijirin yang ada isi, kemudian kita guna makna lain seperti buah fikiran kamu bernas, contoh lain didalam satu ayat kita berkata ibu masak nasi, didalam ayat ini ada membuang perkatan beras dan perkataan jadi, maka ayat asalnya ibu masak beras jadi nasi, dalam bahasa arab ini dinamakan majas nuksan (kurang),

Dalam bahasa arab majas nuksan seperti firman Allah واسئل القرية asal ayat أهل القرية umum ketahui bahawa kampung tidak boleh faham apa yang ditanya maka ayat itu menghendaki yang ditanya adalah ahli kariah (orang kampung ) bukan kampung yang ditanya. Seperti itu juga umum tahu yang dimasak ialah beras kemudian jadi nasi.

Hakikat terkadang diguna makna bahasa (لغوية) seperti الأسد singa, bagi binatang buas, terkadang pada syarak (شرعية) dengan bahawa yang membuat perkatan adalah syarak (Allah dan rasul) seperti الصلاة bagi ibadat yang telah ditentukan dan terkadag mengikut urfi (عرفية) dengan bahawa yang membuat perkataan ialah kebanyakan orang ramai, seperti الدابة bagi binatang yang mempunyai empat kaki seperti lembu.

Majas terbahagi kepada beberapa bentuk

1. Majas ziyadah (الزيادة) tambah perkataan seperti firman Allah “ليس كمثله شيء “ dengan makna “ليس مثله شيء “ الكاف pada kata كمثله ditambah, jika tidak kita kata كمثله ditambah sudah tentu makna ayat ini seumpama seumpama Allah dinafikan (diangap tiada) maka maknanya Allah ada seumpama, kerana apabila dua kali nafi jadi isbat, (-1×-1= 1)

2.Majas nuksan (النقصان) seperti firman Allah (واسئل القرية ) yakni أهل القرية, telah saya nyatakan keterangannya diatas.

3. Majas bin-nakli (بالنقل) seperti kalimah الغائط pada barang yang keluar daripada manusia, ini kerana kalimah الغائط pada asalnya bermakna tempat yang rendah yang di buat qada hajat padanya kemudian dipindahkan maknanya kepada barang yang keluar daripada manusia.

4. Majas Istiarah (الإستعارة) seperti firman Allah (جدارا يريد أن ينقض) dinding yang hendak runtuh, maka diserupakan condong yang membawa kepada tumbang dengan menghendaki tumbang, yang mana kalimah يريد menghendaki adalah sifat benda hidup, umum tahu bahawa dinding tida ada perasan menghendaki. والله اعلم


Responses

  1. Assalamu’alaikum,

    maaf ustaz jika terkeluar dari topik. Ada satu pertanyaan. Benarkah ini adalah satu kaedah dari usul feqh iaitu Asal setiap Ibadah itu haram.

    الأصل في العبادة التحريم / المنع

    Adakah benar ia diterbitkan oleh Imam Syafie sebagaimana dakwaan sesetengah golongan. Apakah syarahnya pula..

    Terima kasih ustaz..

  2. salam…ustaz….boleh x bagi contoh hakikat wal majaz tu?sekurang2nya 5 ayat….syukran ya ustaz….kalau boleh ayat2 mudah bagi pengajaran dan pembelajaran tingkatan 4….


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: