Posted by: almalakawi | 26 Oktober 2009

Berubat dengan benda najis

Berubat dengan benda najis

Najis adakalanya arak (air perahan angur yang memabukkan) atau segala yang cair yang memabukkan (air perahan lain daripada angur yang memabukkan) dan adakalanya lain daripada demikian itu. Maka jika najis itu adalah arak, atau suatu yang cair yang memabukkan nescaya tidak harus meminumnya walaupun untuk dibuat ubat, melainkan jika tidak berubat dengannya boleh membawa maut maka harus berubat dengannya jika tidak ada yang lain. dan orang yang tercekik suatu pada kerongkongnya dan tidak ada benda yang lain melainkan arak untuk melalukan benda yang tersekat pada kerongkong itu maka hendaklah dia memperlalukannya dengan arak. Sekiranya ada di hadapan orang yang tercekik sesuatu, air kencing dan arak maka hendaklah dia melalukan benda yang menyekat kerongkongnya dengan air kencing.

Berubat dengan suatu yang najis selain arak tidak harus melainkan tidak ada ubat yang lain yang boleh menganti tempatnya, pada ketika itu harus berubat dengan suatu yang najis.

Dengan ini dapat kita faham bahawa syarat boleh berubat dengan arak sekiranya tidak berubat dengannya boleh membawa maut. Jika tidak berubat dengannya tidak membawa maut hanya lambat sembuh atau hanya tidak sembuh dari penyakit maka berubat dengannya adalah haram.

Dan kita faham bahawa berubat dengan lain daripada arak syaratnya jika tidak ada yang boleh menganti tempatnya, dengan makna apabila takut tidak sembuh boleh berubat dengannya, tidak perlu tungu hinga takut membawa maut jika tidak berubat dengannya. والله اعلم


Responses

  1. suatu yang menarik untuk dibincangkan ialah tentang alkohol dalam ubat batuk. Makanya ada orang termasuk ulamak yang mengatakan harus minumnya kerana kadar alkohol dalam ubat batuk itu terlalu sedikit dan ianya tidak mempengaruhi, mentelahan pula ada keuzuran atau dharurat perlu pada minumnya. Sebenarnya ramai orang memakai hukum ini dan mengamalkan ubat batuk beralkohol. Syukur kerana sudah ada di pasaran, ubat batuk yang bebas alkohol.

  2. alhamdulillah, ustaz sekarang sudah dapat meluaskan konsep dakwah dan penyebaran ilmu. Insyaallah blog ini aka menjadi blog yg tidak diragui lagi oleh pengikut asyairah, maturidiyyah dan mazhab syafie..

    saya ada satu soalan ustaz.. di dalam tafsir ubn kathir, surah annajm, ayat39. ibn kathir menyebut bhawa imam syafiee mengatakan bahawa pahala bacaan kepada mayat tidak sampai.. boleh minta ustaz beri penjelasan? mungkin ada ulamak lain yg mmbenarkan?

  3. trimas ustaz
    selamat maju jaya


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: