Posted by: almalakawi | 30 Oktober 2009

Bahagian ke tujuh belas Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Sifat yang harus bagi rasul

وَيَجُوزُ فِى حَقِّهِمْ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ مَا هُوَ مِنَ اْلأَعْرَاضِ الْبَشَرِيَةِ الَّتِى لاَ تُؤَدِّى إِلَى نَقْصٍ فِى مَرَاتِبِهِمُ الْعَلِيَّةِ كَالْمَرَضِ وَنَحْوِهِ

Harus para rasul bersifat dengan sifat kemanusian yang tidak membawa kepada kekuranga pada ketingian mertabat mereka itu seperti sakit dan sebagainya.

Yang dimaksudkan dengan kekurangan iaitu sifat yang dicela seperti penyakit yang menjauhkan manusia daripada mereka itu, pekara yang mencederakan maruah mereka itu dan lainnya.

Termasuk dalam kata sifat manusian seperti makan, minum, berjalan , sakit, tidur, berkahwin dan sebagainya.

وَأَمَّا دَلِيلُ جَوَازِ اْلأَعْرَاضِ الْبَشَرِيَةِ عَلَيْهِمْ فَمُشَاهَدَةُ وُقُوعِهَا بِهِمْ إِمَّا لِتَعْظِيمِ أُجُورِهِمْ أَوْ لِلتَّشْرِيعِ أَوْ لِلتَّسَلِّى عَنِ الدُّنْيَا أَوْلِلتَّنْبِيهِ لِخِسَّةِ قَدْرِهَا عِنْدَ اللهِ تَعَالَى وَعَدَمِ رِضَاهُ بِهَا دَارَ جَزَآءِ ِلأَنْبِيَآئِهِ وَأَوْلِيَآئِهِ بِإِعْتِبَارِ أَحْوَالِهِمْ فِيهَا عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

  Dalil para rasul bersifat manusia adalah dengan penyaksian orang-orang sezaman dengannya bahawa berlaku pada mereka sifat manusia. Mereka bersifat manusia kerana ada kala membesarkan pahala mereka itu, mengajar syariat kepada umatnya, supaya sabar manusia menghadapi cuban dunia dengen sebab sabar mereka itu, peringatan kepada umat  rendahnya pangkat dunia disisi تعالى الله dengen sebab meningal mereka akan dunia dan kerana ketiadan suka (reda) تعالى الله dunia ini jadi tempat membalas amalan nabi-nabi dan wali-walinya denga sebab rerendah pangkat dunia disisi mereka itu.

Keterangan

          Tidak mustahil para rasul bersifat manusia, tidak patut mereka itu bersifat ketuhanan dan tidak pula mereka bersifat malaikat kerana telah kita ketahui dengan khabar mutawatir dari orang-orang yang sezaman dengan mereka itu yang melihat mereka itu bersifat dengan sifat manusia seperti berkahwin, sakit dan sebagainya. Faidah تعالى الله jadikan mereka bersifat manusia supaya

  1. Membesarkan pahala mereka dengan sebab sabar mereka itu ketika sakit, ketika manusia menyakiti mereka, ketika lapar dan sebagainya.
  2. Dapat mengajar umatnya hukum-hukum syariat seperti hukum sujud sahwi didalam sembahyang, sembahyang kerana bersangatan takut dan sebagainya sebagai mana dilakukan oleh junjungan kita Nabi Muhammad .
  3. Senang hati umatnya menghadapi cuban dunia seperti kepayahan mencari rezki dan bersabar daripadanya kerana mengetahui mereka itu bahawa para rasul seperti itu juga.
  4. Memberi ketahui umatnya betapa rendah pangkat dunia disisi تعالى الله setelah mereka mengetahui para rasul mengambil dunia sekadar menguatkan diri melakukan ibadat.
  5. Umat mengetahui bahawa dunia ini bukan tempat balasan pahala bagi para nabi dan wali kerana ketiadan reda تعالى الله dunia ini negara balasan.

Para rasul bersifat ma’sum

          Ma’sum ertinya terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan pada zahir dan batin. Mereka tidak melakukan dosa kerana mereka dipelihara oleh الله daripada melakukan dosa, mereka dipilih dari kalangan orang yang berseh dan yang sempurna sifatnya, dan mereka dijadikan contoh bagi umatnya.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: