Posted by: almalakawi | 9 November 2009

Hukum nazar (النذر)

Pengenalan

Makna nazar sudut bahasa ialah berjanji dengan kebajikan atau kejahatan.

Makna nazar sudut syarak pula ialah melazimkan berbuat kebajikan pada perkara yang tidak lazim.

Dalil

 dalil nazar

“Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu”.

Rukun Nazar

1. Orang yang bernazar.

2. Pekara yang dinazarkan.

3. Ucapan yang diguna untuk bernazar.

Syarat orang yang bernazar

1. Islam, tidak sah nazar kafir, kerana kafir tidak sah berbuat kebajikan.

2. pilihan sendiri yakni tidak dipaksa, tidak sah nazar orang yang dipaksa.

3. Lulus memerentah pada benda yang dinazarkan, tidak sah dinazar seumpama menyembelih kambing oleh orang yang ditahan daripada memerantah harta dengan sabab muflis/bengkrap, bodoh, kanak kanak dan oramg gila. Syarat ini pada nazar yang melibatkan harta adapun nazar yang tidak melibatkan harta maka sah nazar orang yang muflis dan bodoh, seperti bernazar hendak berpuasa.

4. Boleh memperbuat perkara yang dinazarkan. Maka tidak sah bernazar seorang akan puasa yang dia tidak kuasa lakukan seperti puasa sepanjang hayat atau bernazar hendak mengerjakan haji pada tahun ini pada hal dia tidak sempat hendak pergi ke Mekah dengan sebab jauh atu sempit waktu.

Syarat Ucapan yang diguna untuk bernazar

*Disyaratkan pada ucapan nazar hendaklah lafas yang memberi tahu melazimka (mewajibkan) sesuatu, seperti berkata seorang yang bernazar “bagi Allah wajib atas ku puasa”. Puasa di sini sebagai contoh boleh dimasukkan yang lain.

*Tidak sah nazar dengan diniat didalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka syaratnya mesti berlafas.

Syarat perkara yang dinazarkan

*Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan yakni taat yang mendampingkan diri kepada Allah yang tidak tertentu atasnya.

*Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti sembahyang fardu.

*Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti sembahyang dengan tidak berwudu, minum arak dan lainnya.

*Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya bagi mereka yang takut mudarat atau takut luput hak, seperti nfkah keluarga.

*Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, brdiri atau duduk, sama ada nazar hendak melakukan perkara yang harus itu atau tidak mahu melakukannya.

*Apabila seorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya nescaya dia tidak wajib membayar kafarah dengan sebab dia menyalahi dengan apa yang dinazarkan, sekalipun pada perkara yanh harus.

Bahagian nazar

Nazar terbahagi dua:

Pertama. Nazar lajaj dan gadab (لجاج وغضب). Makna lajaj ialah berpanjangan pada berkelahi atau bebalah,  dan  makna gadab marah. Nazar ini makruh.

*Cara nazar ini ialah:

A. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan apabila dia melakukan perkara yang telah dia tegah atas dirinya atau orang lain daripada memperbuatnya, seperti katanya “jika aku bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku puasa”, atau jika si Ahmad bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku berpuasa.

B. atau dia bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan apabila dia tidak melakukan apa yang telah dia tetapkan diatas dirinya atau oranglain, seperti katanya “jika aku tidak bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku puasa, sila kias yang lain

C. atau dia bernazar mewajibkan berbuat kebajikan jika apa yang diceritakan tidak benar, seperti katanya jika aku tak boleh angkat batu ini nescaya waji atas ku berpuasa. Nazar ini (C) untuk menguatkan berita yang dibawa.

*Wajib orang yang bernazar lajat dan gadab memilih antara melakukan apa yang dia wajibkan atas dirinya seperti puasa pada contoh di atas, atau dia membayar kafarah sumpah iaitu diberi pilih antara memerdekdkan hamba yang mukmin yang tidak ada aib yang menyebab kan tidak boleh berkerja dengan baik, atau memberi makanan kepada sepuluh orang fakir atau miskin setiap orang satu cupak dengan makanan yang mengenyangkan di negerinya atau memberi pakayan dengan mana mana pakayan seperti baju kemeja, kain sarung, baju kurung, atau sapu tangan.

Kedua. Nazar tabarrur  (تبرر) maknanya kebajikan. Nazar ini sunat kerana (للوسائل حكم المقاصد) bagi wasilah (nazar) mengikut hukum perkara yang dikasadkan (ibadat)

*Cara nazar ini ialah:

A. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan dengan ketiadan taklik (pergantungan), seperti berkata seorang yang telah sembuh dari penyakitnya “wajib atas ku berpuasa kerana Allah telah memberi nikmat kepada ku iaitu Dia sembuhkan penyakit ku”, atau “wajib atas ku menyembelih kambing qurban”. Maka wajib orang itu melakukan apa yang dinazarkan itu dengan segera dan tidak ada pilihan yang lain.

B. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan dengan taklik iaitu mengantungkan berbuat kebajikan dengan dapat nikmat atau hilangnya bencana seperti katanya “jika sembuh aku dari penyakit ini wajib atas ku puasa”. Maka wajib orang itu melakukan apa yang dinazarkan apabila didapati sifat yang digantungkan seperti puasa pada contoh dan tiada baginya pilihan yang lain.


Respon

  1. ASsalamualaikum.

    Jika saya telah bernazar untuk memberikan sedekah kepada peminta sedekah (saya kenal) dengan jumlah RM 150. tetapi apabila hajat saya tercapai saya mula rasakan jumlah itu terlalu besar untuk diberikan kepada seorang individu sahaja dan bercadang untuk mendapatkan tentang bolehkah saya membayar nazar itu kepada rumah anak yatim atau mana-mana agensi?. sekarang saya tidak pasti sama ada peminta yang saya maksudkan itu masih ada tempat? bolehkah saya memberikan wang itu kepada pihak lain?

    tolonglah jawab?

    • syarat sah nazar hendaklah dituturkan/diucapkan maka tidak sah nazar yang diniatkan. Contoh ucapan “sekiranya saya dapat anak nescaya wajib atas saya memberi RM 150 kepada peminta sedekah ini atau peminta sedekah sipulan maka wajib diberikan kepada orang yang ditentukan.
      sekiranya ucapan anda tidak menyebut nama, atau lafas “ini” pada mereka yang ada dihadapan hanya menyebut lafas peminta sedekah seperti “sekiranya aku dapat anak nescaya aku wajib bersedekah pada peminta sedekah” maka anda boleh memberikan RM 150 itu kepada mana-mana peminta sedekah tidak pada yang lain dari peminta sedekah.
      sekiranya lafas nazar anda, hanya menyebut “sekiranya aku dapat anak nescaya wajib aku bersedekah” tidak menyebut perkatan “peminta sedekah” maka anda boleh memberikan RM 150 itu kepada mana tempat atau orang yang dikira bersedekah apabila kita beri kepadanya. والله اعلم

      • assalamualaikum wr.wb.

        nak tanya, jika tidak mengucap nama tetapi membayangkan seperti “saya akan bersedekah RM150 kepada peminta itu” (lalu membayangkan sekiranya orang tersebut). bagaimana jika begitu?

        terima kasih.

      • Terjadunya nazar disyaratkan dengan berlafas.

      • salam ustaz,saya asal niat 2 ekor kambing,tengok2 kambing mahal,\ nak tukar kepada dua bahagian lembu,saya nk tukar niat ni sebelum saya dapat lagi hajat saya,naknya, contoh hari niat kambing,esok pergi tanya harga kambing,mahal sangat,terus nak tukar kepada 2 bahagian lembu, saya harap ustaz faham situasi soalan saya.(belum dapat apa yang dihajat lagi,tp nk tukar dah,sbb tgk harga kambing mahal sangat,boleh ke tak mcm ni..?)

  2. Atas mengikut nazar anda itu, jika cukup syaratnya, maka ikutlah sepertimana yang sudah dinazar. Kemudian, serahlah kepada Tuhan moga-moga ada manfaat kepada peminta sedekah itu terhadap wang yang anda berikan tersebut. Buangkanlah apajua sangkaan yang datang. InsyaAllah.

  3. salam ustaz,

    Nak tanya,saya ada nazar nak sembelih seeokor kambing bila dapat kerja.Boleh ke kirim sembelihan sahaja tanpa saya menyaksikan sembelihan?semasa sembelih kena niat bayar nazar ke?terima kasih.

    • harus wakil pada menyembelih dan niat binatang yang dinazarkan.والله اعلم

  4. kalo kita bernazar, boleh tak kita beritahu org lain bahawa kita sedang bernazar? atau perlu simpan pada diri sendiri sahaja?

    • Tidak menjadi kesalaha memberi tahu orang lain kita ada bernazar.

  5. assalamualaikum wbt ustaz,

    kalau sekiranya seseorang itu bernazar untuk melakukan kemaksiatan (cth: memutuskan hubungan silaturahim) atau melakukan perkara yang sia-sia (cth: terjun ke dalam laut daripada atas jambatan) apakah sah nazarnya itu, kemudian apakah yang perlu dilakukan, apakah perlu dibayar kafarah atas nazar tersebut?

    • Nazar itu adalah tidak sah dan tidak ada apa-apa perlu dilakukan yakni tidak wajib bayar kafarah. والله اعلم

  6. Assalamualaikum.

    nak tanya Ustaz, maksud lafaz ni kita lafazkan pada orang lain atau sudah cukup melafazkan pada diri sendiri sahaja?

    adakah berdoa meminta sesuatu sambil melafazkan kalau dimakbulkan doa itu saya bernazar untuk… adalah satu nazar?

    • Memada di lafas pada giri sendiri

  7. assalamua’alaikum ya habib, ana musykil mengenai : Ana bernazar hendak menyembelih kambing sebagai taqarrub jika Allah mengurniakan ana zuriat. Alhamdulillah zaujati telah mengandung. Maka soalannaya 1.kambing tersebut perlu cukup umur? 2. Boleh adik beradik saya dan ibu bapa saya memakan daging tersebut?

    • Apabila nazar anda cukup syarat maka hendak saudara menyembelih kambing yang cukup umur (iaitu dua tahun) jika saudara tidak menentukan kambing pada ketika saudara bernazar, adapun jika saudara telah menentukan kambing mana yang akan disembelih maka hendak lah saudara menyembelihnya walaupun belum cukup umur.
      daging binatang nazar tidak boleh dimakan oleh orang di bawah tanggungan saudara, Ibu bapa termasuk dalam orang yang di bawah tanggungan saudara. adapun adik beradik tidak termasuk dibawah tanggungan saudara.

      • شكرا جزاكم الله خير جزآdi atas jawapan kemuskilan ana. Boleh Ustaz berikan judul kitab JAwi atau arab muktabar sebagai rujukan ana khusus dalam bab ini. Ana juga memohon keizinan Ustaz menggunakan maklumat laman blog ini sebagai rujukan ilmiah ana.

      • saya seorang isteri dan ibu, adakah anak-anak dikira dalam tanggungan saya

      • Tidak tapi tangungan suami jika ada jika tidak maka datuk sebelah suami

  8. sambungan….3. sah atau tidak nazar tersebut jika kambing tersebut dibeli tanpa ana melafazkan mewakilkannya membeli. Ana hanya melihat dan mengagihkannya selepas di beli atau mengagihkannya selepas disembelih.

  9. salam ustaz,selepas satu peperiksaan baru-baru ni,sy ada berkata kepada kawan saya yang saya akan botakkan kepala jika saya mendapat A dalam subjek tersebut.adakah ianya dikira nazar?dan adakah wajib bagi saya menunaikannya (jika ia dikira nazar) jika situasinya was-was kerana saya lupa subjek apa..50/50..

    • Botak kepala perkara yang diharuskan maka tidak sah nazar.

  10. assamualaikum ust..
    sy prnah bernazar dgn kawan sy jika sy lulus exam,sy akan blnje kwn sy mkn..
    apbla sy lulus, sy x brkesempatan untuk blaja kwn sy mkn,..
    persoalan sy..
    bgaimana sy perlu melunaskan nazar sy jika sy x berjumpa dgn kwn sy lg??
    bolehkah sy melunaskannya dgn wang??
    atau dgn puasa???

    • Sekiranya cukup syaratnya maka wajib kamu belanja makan. kerana nazar kamu termasuk dalam nazar yang kedua Nazar tabarrur (تبرر) tiada pilihan lain.

  11. assamualaikum ust..
    sy pernah bernazar jika sy dpt berkhwin dengn kekasih sy untuk mengelakkan kami terus melakukan maksiat,saya bernazar untuk memberi 5kg beras kepada 10 miskin…..alhamdulillah saya telah berkahwin dengan kekasih sy itu…untuk pengetahuan ustaz sy telah membayar nazar itu kepada 2 orng miskin…masalah sy skrg ialah sy tidk dpt melngsaikn nazar untuk 8 org lg kerana kesempitan wang dn sush mncr org yg betul2 miskin di kawasn sy.soaln sy bolehkh sy menggntikan nazar tersebut dengan berpuasa 3 hr…

    • Nazar anda termasuk dalam bahagian kedua B, dengan itu anda hendaklah melakukan apa yang telah dinazarkan tiada pilihan lain.
      tungu hingga ada kemudahan dan tunaikan yang baki. والله اعلم

  12. saya mau nanya,,
    adik saya menyampaikan nazarnya..
    katanya
    – puasa 40 hr,
    – ga ninggalin sholat waktu
    sama
    – nurut ma ortu..
    kira2 bagaimana hukumnya untuk nazar seperti itu?…
    apakah bisa?…
    jzkalllah atas jawabannya..

  13. Assalamualaikum ustaz,

    Saya telah bernazar untuk berhenti tabiat merokok sekiranya saya bersatu semula dengan isteri saya yang telah meninggalkan saya dan saya pernah melafazkan nazar saya pada isteri saya.Isteri saya telah kembali dengan izin allah.

    Soalan, saya hanya dapat berhenti merokok selama seminggu selepas isteri saya kembali. Saya kembali ke tabiat merokok saya dan saya tidak dapat berhenti lagi. Namun saya tetap mahu berhenti.

    Adakah boleh ditangguhkan nazar saya? Bolehkah cara lain seperti membayar kafarah?

    • Nazar ini dinamakan lajat dan gadab.
      Wajib orang yang bernazar lajat dan gadab memilih antara melakukan apa yang dia wajibkan atas dirinya seperti puasa pada contoh di atas, atau dia membayar kafarah sumpah iaitu diberi pilih antara memerdekdkan hamba yang mukmin yang tidak ada aib yang menyebab kan tidak boleh berkerja dengan baik, atau memberi makanan kepada sepuluh orang fakir atau miskin setiap orang satu cupak dengan makanan yang mengenyangkan di negerinya atau memberi pakayan dengan mana mana pakayan seperti baju kemeja, kain sarung, baju kurung, atau sapu tangan.

  14. assalamualaikum ust…
    saya ada kemusykilan tentang nazar. 8 tahun lepas saya bernazar, sekiranya saya mengandung saya mahu sembelih seekor lembu dan sedekahkan dagingnya pada orang kampung.tp sampai sekarang saya belum hamil lg. blh tak saya tukarkan nazar saya kepada buat kenduri kesyukuran kalau insyaallah mengandung dlm masa terdekat ini.camne ya ustaz..syukran

    • Nazar ini dinamakan mujazah iaitu sebahagiang daripada nazar tabarrur (تبرر) maka wajib dia menyempurnakan apa yang dinazar apabila dia dapat perkara yang ditaklikkan seperti anak pada masalah puan, dengan itu tidak boleh diganti dengan yang lain tetapi boleh bernazar yang lain da apabila puan dapat anak maka wajib melakukan kedu-dua sekali. والله اهلم

  15. Salam ustaz, saya ingin bertanya. Bolehkah saya bernazar “jika saya dapat perkerjaan pada tahun ini, saya akan mengerjakan umrah”. Tapi menjadi pertanyaan saya, adakah saya mesti mengerjakan umrah serta merta setelah saya dapat pekerjaan? atau saya boleh menunaikan nazar saya pada bila-bila masa bila duit saya dah cukup dan ada waktu cuti kerja. Persoalannya, adakah nazar itu mesti ditunaikan segera atau boleh bila2 masa asal saja nazar itu ditunaikan. Terima kasih ustaz.

    • Apabila dapat sifat yang ditalikkan iaitu dapat kerja pada masalah saudara maka wajib menunaikan nazar itu sekiranya tidak mempu dengan segera boleh di tanguhkan sampa mampu dan ada masa, والله اعلم

      • Alhamdulilah, terima kasih ustaz. 🙂

      • Tapi ustaz, adakah menjadi kesalahan nazar saya untuk mengerjakan umrah? Saya memang ingin mengerjakan umrah, hanya saya belum lagi mendapat pekerjaan. Sebab itu saya bernazar begitu. Tidak menjadi kesalahan kah itu ustaz?

      • Tidak menjadi kesalahan

  16. salam ustaz, setelah membaca halaman ini dan membaca komen2, saya ingin memahami dengan lebih lanjut beberapa perkara:

    1.dalam nazar tabarrur B, ustaz menyebut “seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan dengan taklik iaitu mengantungkan berbuat kebajikan dengan dapat nikmat atau hilangnya bencana ”

    -apakah dimaksudkan dengan ‘kebajikan’ dan adakah meninggalkan sesuate amalan maksiat eg. merokok termasuk dalam kebajikan

    3. antara komen-komen diatas, ada satu nazar yang berkaitan lulus dalam exam, akan belanja kawan dan satu lagi nazar berkaitan jika isterinya kembali akan berhenti rokok, apakah perbezaan antara kedua-dua nazar tersebut kerana ustaz menyebut nazar exam ialah nazar tabarrur manakala nazar ‘isteri kembali’ ialah nazar lajat dan gadab.

    terima kasih ustaz

    • 1. Cuba lihat syarat perkara yang dinazarkan (*Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti sembahyang fardu.) dan menjahui maksiat itu termasuk dalam kata perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar. maka tidak sah bernazar menjauhi maksiat. merokok bukan maksiat, tetapi makruh maka tidak mahu merokok itu kebajikan.
      dengan itu masuk nazar tabarrur

  17. Bolehkah kita menghimpunkan kenduri akikah dan kenduri kerana menunaikan nazar? Jika yang bernazar itu seorang ibu, bolehkah makanan yang dimasak untuk nazar tersebut dimakan oleh anak-anak dan cucu-cucunya?

    • sekiranya yang dinazarkan kenduri dan disembelih binatang akikah didalam kenduru itu maka tidak boleh.
      jika yang dinazarkan menyembelih kambing dan dibuat kenduri dengan serentak dan disembelih pada kenduru itu dua ekor kambing, satu untuk nazar, sementara satu lagi untuk aqiqah maka harus.
      2. anak-anak pada jumlahnya termasuk dalam orang yang wajib menafqah oleh ibu maka anak-tidak boleh makan qurban wajib dan nazar ibu. والله اعلم

  18. Assalaamualaikum Ustaz,

    ambo nak tanyo Ustaz… suatu masa dulu masa ambo tingkatan tiga…….ana masa tu jahil tentang nazar ni…..terutama kesan dan akibat daripada perbuatan nazar ni……ambo ado bernazar kalau ambo dapat keputusan cemerlang dalam PMR ambo nok puasa 800 hari. masa bernazar dio tubek gitu tanpa berfikir langsung akan kesannya.

    ditakdirkan oleh Allah ambo dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Ambo buat puasa tu…..tapi masa tu baru maghi dalam kepala…..rasa berat sangat nak buat 800 hari bukan suatu jangkamasa yang pendek untuk puasa bagi ambo masa budok2 dulu….loni saya dah umur 29 tahun….masih juga belum abih puasa tu Ustaz……sekarang ni saya baru mula buat semula….macam mana nak settle kan masalah saya ni Ustaz……saya kena buat juga atau kena bayar kaffarah…

    satu lagi Ustaz……dalam hidup saya ni saya tempuh dengan pelbagai masalah……masalah sakit…masalah belajar dan juga masalah kerjaya…….mungkinkah ia ada kaitan dengan nazar yang belum saya selesaikan itu Ustaz?

    mohon pencerahan….Jazakallahu khairan kathira

  19. Assalamualaikum Ustaz,

    Bagaimana nazar kita sekiranya kita tidak ingat ketika kita berniat nazar itu kita niat di dalam hati atau melafazkannya?

  20. Assalamualaikum ustaz..saye nk bertanye..sekiranya saye sudah bernazar,ttpi saye lupe saye bernazar berpuase atau bersedekah..bagaimana saye hendak menunaikan nazar saye itu?bolehkah saye buat kafarah sahaje atau sy gantikan nazar saye dgn yg laen?

    • Mana boleh kalau nzar itu muaiyyan seperti disebut puasa.

  21. Salam
    Saya sudah berkahwin namun tidak bersedia utk mnimang cahaya mata lantaran dgn ksibukan bekerja.jd, sy bernazar utk berpuasa selama 30 hr jika tidak mgndung.dan, mmg sy x mgndung. Namun saya blum mlngsaikan nazar trsebut.adakah wajib utk sy menympurnakannya…

  22. bolehkah daging kambing yang kita nazar diberi makan kepada orang kafir

  23. Assalamualaikum Ustaz,
    saye ade berniat sekiranya dikurniakan anak perempuan..saya ingin melakukan aqiqah untuknya..dan saye ade menceritakan niat ini kepada org lain..adakah ini dikira nazar?

  24. Assalamualaikum ustaz, saya ade kemusykilan di sini..di mana ustaz ade memberitahu nazar itu mestila dituturkan/dilafazkan..buat pengetahuan ustaz pd thn 2008 sy telah selamatkan mlhirkan anak wlwbgmanapun semasa hendak mlhrkan anak sy itu sy ade berniat dilm hati sekiranya sy slmt mlhrkan ank sy akan menunaikan umrah..kini sy msh belum lg menunaikan umrah ats sbb2 xdpt d’elakkan…solan sy..adakah sah nazar sy itu?

  25. Assalamualaikum ustaz..saye nk tanya berkenaan dengan nazar ni…..pada tahun 2008 isteri saya selamat melahirkan anak yang pertama….tapi dalam proses bersalin tersebut,isteri saya berniat didalam hati sekirannya selamat bersalin dia akan menunaikan umrah….adakah nazar isteri saya sah?sedangkan ia tidak melafazkan…hanya sekadar niat didalam hati..

    tq

  26. assalamualaikum ustadz. saya mau brtny,pakah sah jikalo nazar kt d ucpkn lwat mdia kmniksi dn tdk dbrgi hti ikhls?sukron

    • Maaf…..tidak faham soalannya

  27. salam ustaz.
    1.saya nak tanye,macam mane dgn nazar tanpa lafaz tpi brenazar dlm hati je.
    2.selepas bernazar dlm hati,saya ade hebohkan pasal nazar saya pada kawan-kawan.
    adakah ia dikira lafaz?
    terima kasih.

    • 1. Tidak ada lafaz
      2. Cerita bernazar dalam hati bukan lafaz bernazar

  28. Asalamualaikum Ustaz,

    Saya ada soalan berkenaan nazar. Saya pernah bernazar sekiranya saya dapat pinjaman bank dan menyelesaikan hutang saya berhasrat:-

    1. Membuat renovation untuk rumah ibubapa saya di kampung.
    2. Membawa keluarga saya termasuk ibubapa saya untuk melancong ke luar
    negara, termasuklah keluarga mertua.

    Setelah dengan izin Allah saya mendapat apa yang saya hajati, tanpa berlengah, saya memberitahu ibubapa saya akan niat saya untuk mengubahsuai dan mengecat rumah, namun niat saya disalah ertikan oleh adik beradik yang lain mengatakan saya berniat untuk merampas harta pusaka. Walhal saya sudah nyatakan tidak ada niat seperti itu ( untuk makluman, hubungan keluarga tidak berapa baik).

    Oleh itu, bagaimana saya hendak menebus nazar saya ini kerana mendapat tentangan daripada keluarga yang tidak pandai menghargai niat baik seorang anak?. Bolehkah saya menyedekahkan kepada fakir miskin dan bagaimanakah caranya?

    Untuk perlancongan tersebut, bolehkah saya meneruskan tanpa membawa ibubapa, dan apakah hukumnya?.

    Nasihat daripada ustaz amatlah saya hargai.

    Terima kasih

  29. Salam ustaz,
    baru-baru ini ana ada berniat, sekiranya ana cemerlang dalam peperiksaan, ana akan membeli sesuatu..adakah niat sedemikian dianggap sebagai nazar? Ana ada juga menceritakan hajat ana itu kepada seorang kawan. Jadi ana bingung bagaimana hendak membezakan keinginan dan nazar? Mintak bantuan ustaz jelaskan Wassalam, Jazakillah

  30. assalamualaikum ustaz,
    ibu saya ada bernazar ingin menyembelih kambing minggu hadapan.
    ustaz ada mengatakan daging binatang nazar tidak boleh dimakan oleh orang di bawah tanggungannya. adakah kami adik beradik di bawah tanggungan ibu saya memandangkan ibu saya tidak bekerja? apakah hukum jika kami turut makan daging binatang nazar itu? tolong jelaskan….terima kasih.

    • Anda tadik beradik tidak boleh memakannya

  31. assalamualaikum ustaz.. jika seorang perempuan yg bernazar dan mengucapkannya “jika lelaki yg dicintainya meninggalkannya dan tidak mengahwininya, dia akan mendermakan hatinya kepada org yg memerlukan”. dan lelaki itu meninggalkannya.
    dan skrg perempuan itu sudah mahu bkahwin dgn org lain. sah kah nazar seumpama itu dan jika sah wajibkah dia menunaikan nazar itu walaupun pihak lelaki yg hndak dikahwininya itu tidak sanggup dia melakukannya. sbb jika menderma hati atau sbhgian hati mgkin melibatkn risiko nyawa. harap ustaz dpt jelaskan. jazakillah

  32. salam ustaz, seorang perempuan tlh bernazar jika dia ditinggalkan lelaki yang dicintainya, dia akan mendermakan hatinya kpada org yg memerlukan. selepas itu dengan takdir Allah, lelaki tersebut meninggalkannya. adakah sah nazar tersebut? kerana mendermakan hati boleh melibatkan risiko nyawa. dan pada waktu bernazar dia rasa dirinya tidak mampu hidup tanpa lelaki itu. kini dia mahu berkahwin dgn lelaki lain. adakah wajib dia melaksanakan nazar itu walaupun lelaki yg mahu dikahwininya tidak sanggup dia menderamakan hatinya itu. masalah ini juga berhubung kait dgn hukum menderma organ dalam pandangan islam. minta penjelasan ustaz. terima kasih. jazakillah..

    • Tidak wajib

  33. assalamualaikum ustaz…
    sy nak tanya, kalo kt bernazar untuk menunaikan puasa kalo mengandung, mcm mana niat untuk berpuasa itu.

  34. Salam.

    1. Adakah niat bernazar perlu dilafazkan atau hanya niat di dalam hati ?
    2. Jika kita ingin bernazar, boleh ke kita bernazar selain drpd puasa dan sedekah (cth: sujud syukur) apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan?

    harap pihak tuan dapat memberikan informasi. Tq.

    • sah nazar disyaratkan berlafas, tidak terjadi nazar hanya diniat didalam hati.
      2. boleh pada semua perkara yang yang menghampirkan diri kepada Allah

  35. salam..nk tanya…kalo kita bernazar xnk mkn 3 hari..dan kalo kita mkn..kita tak lulus ujian..itu dikira nazar ke..wajib ke tunaikan

    • Tidak makan selama tiga hari mememudaratkan badan, melakukan perkara yang memudaratkan badan adalah haram maka tidak sah nazar pada perkara yang haram.

  36. Salam ustaz…saya nak tanya, tahun lepas 2010 anak saya ada menduduki peperiksaan SPM, tetapi dia selalu tak sihat dan tak berapa minat nak pergi ke sekolah disebabkan kesihatan dia, Saya ada jumpa ustaz di sebuah pusat rawatan islam untuk membantu anak saya, dan saya juga bernazar jika anak saya dapat menduduki peperiksaan SPM sehingga selesai saya akan membayar nazar kepada pusat rawatan islam tersebut sebagai sedekah …alhamdulilah anak saya telah dengan jayanya menduduki peperiksaan SPM, masalahnya saya pula yang tak cukup duit untuk menunai nazar saya tu…apakah akibatnya jika saya melambat-lambat kan nazar saya itu. [walau x sengaja]. terima kasih.

    • anda boleh tanguhkan hinga kuasa melakukannya dan apabila kuasa anda wajib segerakkan

  37. Salam ustaz.

    seseorg telah benazar untuk meyembelih kambing di rumah ibumertuanya..tetapi rumah tersebut tidah dihuni lagi atas sebab sebab tertentu. bolehkah nazar tersebut dipindahkan ke tempat lain.

    • Dia wajib menyempurnaka nazarnya pada tempat yang dia sudah tentukan, kerana makna nazarnya pada menentu tempat ialah hendak memberi makan fakir dan miskin disekitar tempat itu maka tidak boleh dipindahkan pada tempat yang lain.

  38. SALAM USTAZ…

    seseorang telah bernazar apabila dapat anak lelaki, beliau akan mengaqiqahkan anak tersebut dengan seekor lembu. persoalan saya…

    1. adakah daging aqiqah itu boleh dimakan oleh beliau… jika tidak boleh.. siapkah lagi yang tidak boleh makan daging itu?
    2. bolehkah orang lain menyumbang wang untuk perbelanjaan aqiqah nazar tersebut?

    sekian terima kasih

    • 1. Orang yang bernazar dan mereka yang dibawah tangungannya tidak boleh daging itu.
      2. Boleh.

  39. Assalamualaikum ustaz, saya hanya mahu minta pengesahan kepada soalan ini……..

    Assalamualaikum Ustaz,

    Bagaimana nazar kita sekiranya kita tidak ingat ketika kita berniat nazar itu kita niat di dalam hati atau melafazkannya?

    By: Mohamad Shafiq on 28 Oktober 2010
    at 11:40 am

    Balas

    Asal ketiadan bernazar. اليكين لا يزال بالشك yakin tidak dihilang dengan syak, yakin ialah tidak berlafas syak dan yang disyaki berlafas maka dikira tidak berlafas. sila lihat https://almalakawi.wordpress.com/2009/08/13/%d8%a7%d9%84%d9%8a%d9%82%d9%8a%d9%86-%d9%84%d8%a7%d9%8a%d8%b2%d8%a7%d9%84-%d8%a8%d8%a7%d9%84%d8%b4%d9%83-qadah-al-yakin-la-uzalu-bi-syaki/

    Menurut apa yang saya faham, drpd jawapan ustaz, disini dia tidak dikira bernazar sebab berlakunya syak die telah membuat sesuatu atau tidak…Adakah pemahamam saya betul ustaz? TQ….

    • Betul

  40. Assalamualaikum Ustaz.
    Apakah yang perlu dibuat oleh seseorang yang telah bernazar dengan sesuatu yang berat kemudian dia menyesal kerana lemah untuk menunaikan nazarnya seumpama seseorang yang bernazar untuk berpuasa setahun berturut-turut.

  41. salam uztaz.
    ibu saya bernazar sembelih kambing. boleh tak daging ini dimakan oleh anak
    menantu dan cucu cicitnya. Ibu saya ini berusia 84 tahun, uzur, tiada pendapatan dan kami anak2nya yang menyaranya kini.
    harap penjelasan dari ustaz.
    terima kasih

    • Anak, cucu, cicit tidak boleh maka adapun menantu harus makan.

  42. salam ustaz,,

    saya telah berkawan dengan seorang lelaki dan dihalang oleh keluarga untuk mendirikan rumah tangga bersamanya..dan pada ketika itu saya telah bernazar

    (1) : jika saya di jodohkan(lelaki pilihan saya)saya akan berpuasa selama 5 blan berturut(tanpa berfikir kesannya)

    tetapi setelah berfikir saya

    (2) : bernazar akan berpuasa 5blan selama saya bersama dengannya,(ianya nazar 8 tahun yang lalu)

    sekarang alhamdulillah,saya masih bersama dengannya dan akan di jodohkan beberapa hari lagi..

    a.) adakah sah nazar tersebut dan puasa saya wajib di lakukan?
    b.) jika sah untuk dilakukan,nazar yang pertama atau yang kedua wajib di
    tunaikan?
    c.) jika saya hanya dapat berpuasa selama beberapa bulan sahaja dan
    selebihnya tidak dapat di tunaikan,bagaimanakah cara untuk saya
    menebus/membayar nazar tersebut?

    terima kasih ustaz..

  43. Ustaz….. Saya punya masaalah faraid ari mana ye, tak da pun ustaz jawab… Hu hu hu sampai hati ustaz yerrr

  44. Salam Ustaz.

    sy ada melafazkan
    ” sekiranya saya dapat kerja itu, sy nak sembelih n makan kambing”..

    1) soalan :. adakah itu dikira nazar yang sy dan tanggungan sy tidak boleh makan?

    • dikira nazar dan haram anda dan tangungan memakannya

  45. asalamualaikum ustaz….bulan lalu saya ada berniat nazar kalau saya dapat cemerlang dalm periksaan, saya akan katam al quran…tapi saya tak mampu nak buat kerana saya masih jauh nak katam……minta tolong ya ustaz…

    • Niat tidak jadi nazar. syarat nazar hendaklah berlafas.

  46. asalamualaikum ustaz……..
    seperti soalan diatas,perlukah kita memenuhinya walaupun kita sudah niat dan berlafaz?

    • Tidak perlu di penuhi

  47. assalamualaikum…mak sy bernazar akan lepas seekor kambing bile sy dapat masuk ke universiti…saya dah 2 tahun blajar d universiti tapi mak saya belum melaksanakannya…adakah boleh kalau nazar ini dilambatkan?

    • Nazar wajb disegerakan apabila didapati sifat pada nazar yang ditalikkan.
      pada masalah anda ini sifatnya dapat masuk universiti. Tetapi pada nazar ibu anda melepaskan kambing maka membazirkan harta maka ia adalah haram dengan itu tidak wajib ditunaikan

  48. assalamualaikum ustaz…
    saya nak bertanya..setahun lalu saya tersalah memasukkan duit ke dalam akaun bank orang lain..oleh itu saya bernazar akan sedekahkan dengan nilai RM68 ke rumah anak yatim dengan rombongan kebajikan sosial sekiranya pemilik akaun berkenaan memasukkan semula duit saya.alhamdulillah terbuka hati orang itu untuk kembalikan wang saya.tapi kesibukan kerja membuatkan saya terlupa untuk bersama rombongan tersebut.bolehkan saya penuhi nazar saya dengan sedekahkan kepada masjid baru yang hendak dibina atau beri kepada sepupu yang dikira anak yatim juga dengan memberikan dengan nilai yang sama?

    terima kasih ustaz..

    • Nazar tabarrur wajib di lakukan apa yang di nazarkan, nazar anda ini hendak bersedekah pada anak yatim maka wajib diberi kepada mana anak yatim. oleh kerana dalam nazar anda ini tidak menentukan mana satu anak yati maka tidak mengapa anda memberi kepada sepupu anda.

  49. assalamualaikum ustaz, saya bernazar dlm hati untuk khatam al-quran dlm bulan puasa. tetapi saya datang haid dan tidak dapat untuk khatam al-quran. tetapi saya tidak pasti samada saya ada melafazkan niat saya pada rakan saya. adakah nazar saya sah??? jikalau sah, perlukah saya membayar kafarah.

    saya berasa agak runsing memikirkan hal ini. harap ustaz dpt menjawab persoalan saya ini. terima kasih. 🙂

    • Dalam hati tidak dinamakan nazar hanya dinamakan azam, dan apabila syak adakah terjadi nazar atau tidak maka diambil asal dengan itu asal tidak bernazar. ” الأصل براءة الذمة” Asal lepes dari tangungan.

  50. Salam ust, semasa istri sya mngdung , kmi tlh buat ujian imbsan jntina, sblm imbsan dlm hati tringin ank lelaki tp xksah jka prmpn.. 1st imbasan DR ckp pmpn , jd kami rncang utk ltak nma nur zulaika, dlm rancng2 sya ada terckp klu lelaki letak nma yusof . lps tu wife scan kli ke 2 kt klinik lain DR ckp nmpk jntina lelaki..bla lahir baby lelaki, rancng balik letak nma ammar iskandar ..kemuskilannya adakah saya telah di kira bernazar utk bg nma yusof? klu pn jntina prmpuan mngkn xpsti lg akn letak nma nur zulaika..tq

    • tidak dinamakan nazar.

  51. As salamu ‘alaikum. anak saya sedang menduduki peperiksaan dan beliau telah bernazar jika lulus dia akan berhenti rokok dan mengkada’ puasa yg tertinggal sebelum datangnya ramadhan akan datang. Saya mencadangkan beliau berpuasa tiga hari sahaja.

    Soalan saya :

    a. Bolehkah beliau tukar nazar tersebut, kerana buat masa kini beliau masih menduduki peperiksaan dan keputusan dijangka pada akhir bulan ini?
    b. Adakah nazat ganti puasa sebelum ramadhan itu sah memandangkan mmg kewajipan utk dia mengganti puasa yg tertinggal

    Sekian , wassalamu ‘alaikum

    • Nazar nya untuk mengqada puasa yg tertinggal sebelum datangnya ramadhan tidak sah kerana syarat nazar hendak lah perkara yang dinazar itu tidak tertentu wajibnya bagi yang bernazar maka qada puasa itu tertentu wajib bagi anak anda. Dan dia wajib segerakan mengqadanya.
      adapun nazarnya meningalkan menghisap rokok maka wajib ditunaikan.

      • Jazakallahu khairan kasiraa ustaz.

  52. assalamualaikkum ust,saya mau tnya minta tolong dijelaskan kalau ada orang yang tidak sanggup menunaikan nazarnya?
    jujur saya bernazar mengkhatamkan al quran dalam satu malam.tapi sekarang saya belum sanggup menunaikanya,saya sudah coba,tapi belum mampu
    tolong penjelasanya ust?,terimakasih
    wassalam

    • Anda wajib mengkhatamkannya walaupun mengambil masa yang panjang dan ia dinamakan qada.

      • terimakasih sebelumnya tapi
        berarti tetap sah jika saya mengkhatamkan al quran,melebihi yang saya janjikan,misalnya lebih dari satu malam ust?

      • Ya

      • satu lagi ust,maksud dari qada itu apa?terima kasih

  53. bolehkah daging kambing yang kita nazar diberi makan kepada orang kafir

    • Daging kambing yang dibuat qurban sama ada sunat atau wajib tidak boleh diberi kpd kafir

  54. Assalamualaikum Ustaz,
    saya ingin bertanya..suami saya pernah berniat dan pernah mengucap kepada saya untuk memberikan sedekah dengan jumlah yang telah disebut sebelum saya melahirkan anak..adakah itu tergolong dalam kategori nazar..?
    Wajibkah suami saya untuk meberikan sedekah tersebut sebelum saya melahirkan atau boleh ditangguhkan sehingga saya melahirkan anak nanti..?

    • jika dia ada lafaskan wajib atas aku atau aku bernazar hendak bersedekah begian-begian sebelum kamu melahirkan anak maka dia wajib menyempurnakan nazar itu sebelum kamu beranak

  55. assalamualaikum ustaz. saya ada bernazar bahawa jika isteri saya mengandung saya akan menyembelih seekor kambing sebagai bernazar. Alhamdulillah sekarang isteri telah mengandung dan saya akan membuat nazar tersebut. saya dan isteri saya tidak boleh makan kambing tersebut kan. bagaimana pula keluarga sebelah mertua semua? sebab saya merancang mambuat nazar di rumah mertua. terima kasih

    • adam_warie@yahoo.com

    • Mereka itu boleh makan kerana mereka bukan orang yang saudara tanggung nafkah mereka itu

  56. salam ustad saya mahu bertanya sedikit soalan..
    pada tahun lepas saya pernah bernazar bahawa tidak mahu menonton video yang negatif tetapi baru-baru ni saya telah melanggar janji saya itu.`saya bernazar agar tidak menonton video tersebut dan jikalau saya lakukan allah akan tarik satu nikmat yang ada pada saya.
    1-adakah sah nazar saya kerana saya tidak pasti samaada saya melafazkan atau didalam hati
    2-kesan dah bagaimana saya mahu membayar kaffarah kerana umur yang saya 14 tahun

    mohon ustad membalas dengan cepat kerana hati saya tidak tenang selagi tidak menemui jawapannya

    • Nazar itu tidak sah kerana nazar tidak sah pada meningalkan pekara yang haram.
      Syak adakah berlafas dengan nazar atau tidak dikira tidak kerana asal lepas dari zimah/tangungan.
      Bila tak terjadi nazar maka tak wajib apa-apa

  57. ahmad bernazar nak buat kenduri ? ahmad boleh makan x kenduri nazar yg dia buat tu ustaz?

    • klu x boleh makan kenduri nazar tu tp dia dah makan , mcm mna pulak jdi nazar tu? apakah dia kena bayar kaffarah ?

      • Ganti seqadar yang dimakan dan orang yang dibawah tangungannya makan

    • Tidak boleh

      • ok , terima kasih ustaz

  58. Assalamualaikum ustadz.

    Saat SMP dulu (kalau tidak salah sudah baligh) saya pernah bernazar untuk puasa beberapa hari jika nilai ujiannya bagus (diatas 90 misalnya). Jujur waktu itu belum benar2 mengerti ‘konsekuensi’-nya dan agak ‘asal sebut’, jadi ada setidaknya 4-5 nazar untuk pelajaran yg berbeda. Kurang lebih tiap2 nazar bunyinya “kalau nilai saya … saya akan puasa …”

    Saya juga bernazar akan puasa (kalau tidak salah seminggu) kalau ayah saya diberi kenaikan posisi di tempatnya bekerja.

    Permasalahannya:
    1. Saya tidak ingat janji puasa berapa hari
    2. Saya tidak ingat apakah ada yg terkabul

    Mohon jawabannya ustadz.

    • Nazar terjadi apabila apa yang digantungkan itu berlaku dengan yakin, maka nazar tidak wajib ditunaikan apabila pekara yang ditalikkan itu tidak pasti berlaku atau tidak

  59. assalm.. saya pernah mendengar nazar puasa tidak digalakkan oleh itu bolehkan saya tukar nazar dari berpuasa kepada bersedekah? minta tolong balas segera.. terima kasih ustaz.

    • Tidak boleh ditukar wajib puasa

  60. Assalamualaikum ustaz,

    mohon bertanya, jika saya bernazar berpuasa untuk mendapatkan sesuatu, namun nazar itu hanya saya lafazkan di dalam hati dan tidak pernah di lafazkan dari mulut pada sesiapa pun adakah nazar saya itu sah.? dan jika saya bernazar kemudian saya telah berpuasa terlebih dahulu sebelum hajat saya itu tertunaikan,dan akan menunaikan nazar saya setelah hajat tercapai adakah cara itu juga dibolehkan.?

    Syukran

    • Syarat sah nazar mesti dilafaskan.
      2.puasa itu tidak terjadi bagi nazar kerana dilakukan sebelum sampai masa yang ditalikkan.

  61. Assalamualaikum Ustaz,

    Kalau saya bernazar tidak akan berhubung(samada berjmpa,bertelefon mahupun bersms) dengan seseorang selama beberapa waktu dengan niat agar orang tersebut akan di lembutkan hati dan lebih mengingti kita, kemudian secara kebetulan ada perkara yang memerlukan saya untuk berhubung dengan orang tersebut dengan menghantar sms… ada kah ini di kira nazar juga.?

    • ini di namakan nazar maka wajib bayar kafarah sumpah maka hendaklah memilih salah satu dari tiga pekara
      1.merdeka hamba islam dan ini dah tiada
      2. memberi makan 10 orang miskin setiap seorang satu cupak (beras 10 kilo ada 13 cupak)
      3. beri pakayan 10 orang miskin setiap seorang sehelai yang di namakan pakayan.
      jika tak boleh lakukan tiga ini maka puasa 3hari berturut turut.

  62. assalamualaikum. Ustaz, baru-baru ni saya mendapat pekerjaan di tempat yang diingini. Sebagai tanda kesyukuran saya menyatakan niat untuk berpuasa 3 hari. Adakah ini dikira nazar? Apakah niat yang saya patut lafazkan sebagai niat puasa saya?

    • Disyarat pada lafas nazar hendakla melazimkan maka tidak jadi nazar dengan niat dan dengan lafas yang tidak menunjukkan pada melazim. contoh lafas lazim, wajib atas ku berpuasa, atau lazim aku berpuasa. lafas tidak lazim seperti aku nak puasa jika aku dapat ….
      niat aku puasa nazar.

  63. As salam Ustaz, saya menang kes mahkamah pada 2011, saya bernazar kalau menang nak buat kenduri doa selamat dan sedekah seekor kmbing atau lembu, Sehingga sekarang masih saya belum tunaikan nazar, apakah kesan lewat tunaikan nazar dan adakah wajib tunaikan.

    • Sekiranya dilewat kerana tidak mampu maka tidak mengapa adapun dilewatkan dengan sengaja maka itu berdosa. dan wajib ditunai dgn segera.

  64. assamualaikum ust..

    saya pernah bernazar jika sy dpt berkhwin dengn kekasih saya, saya bernazar untuk sembelih kambing 3 ekor dalam periode 5 tahun setelah kami berkawin,.
    Alhamdulillah saya telah berkahwin dengan kekasih sy itu,..
    Sekarang sudah tahun ketiga saya berkahwin belum kenduri 1 kambingpun karna saat itu belum mampu,..
    masalah sy skrg ialah saya hendak sembelih 1 kambing tapi sy tidk ingat nazarnya ditujukan kepada anak yatim saja atau bisa dimakan kenduri oleh orang banyak ustaz,.?

    • Pilih lah antara kedua atau lain kerana asal tidak menentukan mana satu

  65. adakah sah nazar untuk tinggalkan ‘masturbation/lancap’ sedangkan sememangnya ia haram??

    • Tidak terjadi nazar pada yang wajib

  66. As salam Ustaz
    thn 2011 kalau menang kes mahkamah saya bernazar nak sedekah kambing atau lembu, saya tak ingat masa tu nazar kambing atau lembu, macam mana ustaz

  67. salam ustaz..saya ingin bertanya..saya ckp gan kwn saya..saya ckp main-main..saya ckp dekat kwn “kalo aku dapat result power aku puasa setahun a”apa hukum nazarnya..sbb saya x dek niat nk nazar pn..juz bercakap tnpe berfikir…dan bgaimana nk membatalkan nazar ini jikalau dia dikira nazar..tolong saya ustaz..terima kasih..

    • Apa itu result power

  68. Salam Ustaz, saya bergaduh dengan isteri saya, isteri saya keadaaan marah tiba-tiba terkeluar perkataan bahawa kalau dia boleh anak ke-3 dia nak memberi kepada abang kandungnya.Selepas daripada itu,dia rasa menyesal kerana terkeluar perkataan itu,bagaimana ustaz?

    • Tidak termasuk dalam nazar

  69. assalamalaikum…..

    ustaz,saya telah byk bernazar untuk menunaikan puasa sunat jika hajat saya ditunaikan allah,tapi,disebabkan kesibukan,saya terlupa tentanng berapa harikah puasa nazar saya yang belum ditunaikan,apa yang harus saya lakukan ustaz? ada ustaz lain pernah cakap,kena kaffarah…apakah kaffarahnye kalau tidak mengingati apa yang dinazarkan…

    • Agak paling berapa hari, biar agak itu lebih dan puasa,

  70. Salam ustaz,

    Abg saya bernazar jika dia dapat bonus..dia akan daftarkn haji untuk smua adik bradik termasuk ipar2..tapi husband saya tak nak terima sebab kami dah byk terhutang budi dengan abg saya..adakah abg saya akan berdosa disebabkan husband saya tak nak terima nazar abg saya itu? Mnta nasihat ustaz..saya takut abg saya akn di tanya di akhirat kelak di sebabkan tidak menunaikan nazarny di sebabkan husband saya tak nak..

    • Tidak berdosa

  71. Assalamualaikum Ustaz.
    Saya nak tanya berkenaan nazar saya.
    Lebih kurang 3 bulan lepas, ibu saya sakit dan terlantar di hospital.
    Semasa ibu saya sakit, saya telah bernazar dengan ucapan “saya bernazar sekiranya ibu saya sembuh dari sakit, saya akan menyembelih seekor kambing”. Dengan takdir Allah, ibu saya telah sembuh dari penyakitnya..

    Saya nak bertanya:-
    1- Sekiranya saya ingin membuat kenduri di rumah ibu bapa saya, adakah keluarga saya(Isteri dan anak2 saya) dan ibu bapa saya boleh memakan daging itu?
    Bagaimana pula dengan adik beradik saya (abg dan adik2 saya-6 adik beradik)

    Minta tolong penjelasan ustaz.
    Terima Kasih

    • Haram makan mereka yang bawah tangunggan saudara yaitu ibu, anak, isteri dan saudara sendiri. Adapun adik beradik dan yang lain maka tidak haram. Kerana apa yang dinazar tidak boleh dimakan oleh yang bernazar dan orang yang dibawah tangunggannya

  72. Assalamualaikum,

    saya nak tanye, jika kita lupa sama ada kita ada lafaz nazar atau tak? seigat saya 2 tahun lepas saya bernazar dalam hati sj sbb ms tu sy igt if xdpt nak buat maka saya xperlu buat nazar tu. tapi after baca komen2 kat sini. saya ragu2 lak sama ada sy ada lafaz/ tak?

    • Lain kali tanya bir cara yang betul jangan campur bahasa saya tak faham.
      Nazar tidak terjadi jika tidak yakin

  73. assalamualaikum ustaz
    ustaz sya pnh berniat nak hbiskan bacaan Al-quran sblm sya kahwen tp saya x pula niat nazar ( dlm hati saya berkata kalu ble x mau kawen lg sblm habis bacaan Al-quran ualangan sya tersebut)ttp belum hbs lg saya kahwen…cma skrg adakah yang sya niat itu jatuh nazar?
    satu lg soalan sya …smasa dlm pengjaian sy pnh bernazar jika saya berjaya mendapt kputusan yang cemerlang sya nak puasa 3 hari..ttpi sya xdapt kptsan sprti yang saya harapkan…adakah asya perlu membayar nazar puasa saya itu?

    • 1. Tidak dinamakan nazar niat didalam hati.
      2. Nazar itu tidak terjadi kerana tidak ada sifat yabg ditalikkan.

  74. Assalamualaikum w.b.t
    Saya telah bernazar akan menghafaz 77m/s Al-Quran jika lulus peperiksaan dalam masa setahun.

    Jika saya tidak dapat melaksanakan nazar saya,contohnya hanya mampu menghafaz 50 m/s sahaja,bagaimana caranya untuk saya membayar kafarah nazar saya?

    • Anda hendaklah hafal qadar yang telah dinazarkan.

      • saya tidak berjaya menghabiskan nazar saya dalam tempoh nazar tersebut…bagaimana caranya untuk saya membayar?

  75. salam ustaz ,syg bru berumur 18 tahun ..sya ada bernazar klau sya dpt keja smntara mnggu smbung stdy sya akn puasa penuh dlm bulan rejab ni..skrg sya dah dpt keja , yg sya muskil nya sah ka nazar sya??
    sbb bila sya bertnya kpda ayh sya ,beliau berkata x perlu berpuasa sbb nazar sya pada yg kecil bukanya niat yg mndapt keja tetap atau sesuatu yg besar itu adalah wajib…sya x berapa nk paham..

    • Jika nazar anda cukup syarat maka wajib anda berpuasa kerana telah dapat sifat yang ditalikkan iaitu dapat kerja.

  76. salam ustaz,

    ibu mertua sy telah berkata akan masak bubur putih bubur merah jika anak sy baik dari penyakit gatal2.Persoalannya, adakah kata-kata seperti janji ini tanpa penggunaan nama ALLAH juga adalah dikira nazar dan jika YA, adakah bubur tersebut boleh dimakan oleh sy sekeluarga?

    • Jika dia ada menguna kata aku bernazar walaupun tidak ada nama Allah nazarnya terjadi.
      Jika tidak yang demikian maka hanya janji dan janji tidak wajib ditepat.

      • assalammualaikum

        pak ustad saya mau tanya
        teman saya pernah bernazar akan puasa selamannya jika mencuri lagi dan akhir nya teman saya mencuri uang saya apakah itu wajib menjalankan nazar nya?

      • Nazar tidak terjadi pada yang makroh.

  77. slm ustaz, contoh nazar mcm ni “kalau aku hisap rokok lps ni aku akan berpuasa satu hari sebagai denda”. dia tlh hisap rokok dan dia tlh tunaikan nazar tu, dan beberapa hari kemudian dia tlh hisap rokok buat kali kedua, jd perlukah dia tunaikan nazar walaupun dia x nazar buat kali ke dua?

    • Tidak perlu puasa kerana lafas nazarnya tidak menunjukkan berulang ulang. Lafas yang menunjukkan berulang ulang seperti setiap kali , tiap tiap kali, aku merokok maka ……..

      • sah atau tidak berpuasa nazar berpuasa enam dibuoan syawal

      • Sah

  78. assalamualaikum wbt.

    minta maaf ustaz. saya tiada akaun wordpress atau twitter jadi tidak boleh bertanye di blog ustaz.

    saya nak tanya. sah atau tidak ye nazar saya ni?

    saya berniat (tanpa lafaz/akad) mahu berpuasa 6 bulan syawal sekiranya anak saya sihat dari sakit. kemudian alhamdulillah anak saya telah sihat sakit. beberapa hari selepas itu saya ada memberitahu suami saya bahawa saya dah bernazar untuk berpuasa 6 bulan syawal sekiranaya anak saya sembuh dari sakit (secara lafaz/akad).

    jadinya adakah lafaz memaklumkan kepada suami tu tadi dikira akad nazar? walaupon setelah perkara yang dihajati sudah pon berlaku?

    • Tidak dikira kerana lafas itu khabar bukan inzyak/ memperjadikan

  79. assalamualaikum Ustaz,
    saya pernah bernazar secara lafaz iaitu:
    “saya bernazar akan belanja/beli makan SEMUA pekerja si syarikat tempat saya kerja, jika saya dapat begini begini..”

    Setelah hajat saya terkabul, pada hari yang saya bercadang untuk belanja/beli makanan itu, sebelum saya masuk ke pejabat saya telah menelefon seorang kerani di pejabat saya untuk mengetahui berapa orang pekerja@lauk apa yang setiap orang mahu.
    Kerani itu telah memberitahu untuk 13 orang.

    Setelah semua makanan dibeli saya telah masuk ke pejabat dan mendapati 2 ORANG pekerja sebenarnya tidak hadir pada hari itu.

    Soalan saya:
    Adakah saya dikira belum menunaikan Nazar kerana 2 ORANG pekerja belum mendapat makanan itu?

    • Telah tertunai kerana yang tidak hadir itu tidak dalam kawalan kita,

  80. assalam ust, soalan saya
    1. boleh ke gabung niat lakukan sembelihan nazar dengan aqiqah? maksudnya seseorang tu bernazar untuk menyembelih kambing bila anaknya berjaya dalam peperiksaan, kemudian isterinya bersalin dan dia nak gabung nazar dgn aqiqah… terima kasih
    2. kalu dia nazar nak sembelih kambing, boleh ke tukar dgn biri2…teria kasih

    • Tidak boleh kerana keduanya ibadat maksudah yakni ibadat yang dimaksudkan pada diri keduanya maka tidak boleh digabungkan dalam satu niat. 2. Harus diganti dengan biri kerana biri terlebih tingi mertabat daripada kambing, adapun jika dia bernazar hendak sembelih biri biri maka tidak boleh ditukar dengan kambing kerana kambing terlebih rendah dari biri biri.

  81. assalam tuan guru, terima kasih atas jawapan sebelum ini….nak tanya tentang puasa nazar…boleh ke sekalikan / gabungkan puasa nazar dengan puasa sunat syawal? terima kasih tuan guru

  82. Assalamualaikum ustaz,
    saya nak tanya tentang nazar saya.
    Saya telah bernazar jika hajat tercapai saya tidak mahu lagi melihat gambar/filem yang menunjukkan aurat perempuan(maksud saya gambar yang mendedahkan aurat dada sehingga bawah pusat).

    Pada mulanya saya berjaya menghindarkan gambar/filem tersebut, tetapi disebabkan saya sering melayari internet, kadang-kadang website tersebut memaparkan gambar yang mendedahkan aurat tanpa kehendak saya. kadang-kadang saya melihat gambat tersebut bukan dengan sebab “nafsu” tetapi kerana artikel pada website tersebut menceritakan tentang gambar tersebut maka perasaan ingin tahu menyebabkan saya terus menatap gambar yang mendedahkan aurat tersebut.. selepas itu saya akan tersedar dengan nazar saya dan merasa telah melanggar nazar.

    Disebabkan itu saya ingin melakukan kafarah.
    Masalah saya ialah tentang urutan kafarah.

    Saya mampu untuk memberi makan atau membeli pakaian untuk 10 orang miskin. tetapi saya tidak tahu dimana saya boleh cari 10 orang miskin di tempat saya. inilah masalah saya

    1) Apakah boleh saya terus memilih untuk berpuasa sahaja?
    2) JIKA saya masih perlu memberi makan orang miskin, apakah cukup saya cuma bagi duit sahaja yang sama nilai?

    syukran

  83. salam..sy ingin bertnya..sy telah bernazar untuk puasa selama 3 hari berturut2.Alhamdulillah sy terus lakukan nazar tersebut cuma di hari ke-3 sy didatangi haid..soalannye..perlukah sy mengulangi semula 3hari nazar sy tersebut@hanya perlu ganti sehari shj?tq

    • Wajib ulang tiga hari berturut kerana anda ada masa untuk buat berturut turut adapun nazar berpuasa berturut turut yang tidak cukup masa suci maka tidak putus beturut, seperti bernazar 20 hari maka sedang berpuasa datang darah maka haid itu tidak memutuskan berturut turut.

  84. assalamualaikum ustaz, sy nk tanya.. saya ada interview 1 kerja than saya ingin bernazar “jika saya dapat kerja tersebut, saya akan habiskan ganti puasa (puasa ramadhan) saya dalam tahun ini jugak”. sah atau tak jika saya nazar mcm tu…

    • Tak sah kerana nazar tidak sah pada perkara yang wajib

      • syukran ustaz

  85. Assalamualaikum ustaz , sya nk tanya . adakah lafaz ini dikira nazar ” Aku berjanji bahawa aku tidak akan ber’onani’ atau mengeluarkan mani dgn sngaja ” , adakah wajib sya membayar kafarah nazar jika sya memungkirinya .

    • Tidak dinamakan nazar

  86. salam ustaz,apa hukum nak tukar nazar,saya dulu cadang nk aqiqah 2 ekor kambing,tp tengok harga kambing mahal sangat,nk tukar kpd 2 bahagian lembu,situasi ni,sy xdapat pn lagi apa yang saya hajatkan tu,tp nk ubah dah nazar tu,takut apabila dah dapat apa yang saya hajatjkan itu, saya xdapat nk tunaikan,jadi sy nk tukar niat dahulu,,(sy harap ustaz faham situasi ni..)

    • Nazar tabarur tidak boleh tukar

  87. assalamualaikum.saya telah berjanji dengan isteri saya jika anak saya telah lahir saya akan berhenti merokok.soalan saya ada kah janji saya itu dikira sebagai nazar?

    • Tidak

  88. Assalamualaikum ust,

    Saya pernah meniatkan nazar di dalam hati tp tidak melalui lafaz. Namun sy pernah beritahu suami yg saya ada membuat nazar yg belum dapat dilaksanakan. Adakah ianya dikira sebagai lafaz dan wajib untuk disempurnakan?

    • Tidak dinamakan nazar kerana nazar disyaratkan berlafas. Dan yang dicerita pada suami itu bukan berlafas pada nazar hanya menceritakan apa yang didalam hati

  89. Salam ustaz, kalau saya dapat keputusan 8a dalam pmr tahun ni saya benazar nak puasa 8 hari boleh ke? Lagi satu kalau saya tak dapat 8a, perlu ke saya puasa tu ?

    • 1 boleh
      2 tak wajib puasa

  90. Assalamualaikum,
    saya nk tanya klu contoh orang itu kata ( aku nk bernazar kuruskan badan )
    dan org itu melafazkan .. dan jika org itu tlh kurus maka die kena puasa ker ? atau nazar nya tidak sah tolong beri penjelasan !!!!

    • Cuba lihat syarat benda yg di nazar bukankah syaratnya pekara taat
      adakah kuruskan badan pekara taat

  91. jika kita mengucap sesuatu seperti “kalau marques juara dunia, saya akan mencukur rambut saya sampai botak.”
    tanpa ada ucapan “wajib untuk saya” atau “berjanji” atau “dengan nama allah”
    apakah itu disebut nazar?

    • Syarat pekara yg dinazar hendaklah pekara taat adakah cukur kepala itu taat

  92. Salam ustaz, jika saya ada bernazar “Kalau aku dapat **** **** aku akan berhenti merokok untuk 10 hari setiap bulan” adakah sah nazar ini? Dan macam mana pula jika saya terlupa. Bolehkah diganti pada bulan lain. Terima kasih

    • Tidak sah nazar kerana wajib berhenti isap rokok kerana ia membazir

  93. Salam ustaz… saya bernazar untuk menghafal surah al-mulk sebelum bernikah pada tahun ini hanya melalui niat tanpa melalui ucapan..aakah saya wajib menunaikan nazar tersebut?

    • Tidak wajib

  94. Assalamualaikum…saya nak bertanya..saya ada mendapat tawaran ipta,,.dan sebelum ini saya tak ada niat untuk bernazar..sebab tak menyangka saya terpilih..dan saya ingin bernazar setelah mendapat tawaran ni..boleh ke?ini dikira bernazar atau bukan..?atau tak payah hanya cuma sujud syukur sahaja?

    • Jika belum bernazar jangan bernazar, kerana nazar makroh ini kerana kedekut pada buat ibadat. Lebih baik buat sujud syukur

  95. Assalamualaikum,saya nak tanya,adakah boleh jika kita bernazar seperti ,”saya akan berpuasa jika ****** mahu berkawan dengan saya”.
    Maaf jika soalan saya agak remeh
    #mogaAllahpermudahkan

    • Sah serta wajib puasa bila didapati sifat itu

  96. Assalamualaikum Ustaz.. seseorang sedang bersembang dengan ibu bapanya tentang aqiqah anaknya.. kemudian dia bercakap, “untuk anak yang pertama, saya buat aqiqah di rumah mertua..untuk anak kedua nanti (isteri ketika itu belum mengandung anak kedua), insya’Allah baru buat aqiqah kambing di rumah ibu bapa saya”…adakah ini dikira lafaz nazar sedangkan ketika itu seseorang itu tidak berniat untuk bernazar?Pohon pencerahan Ustaz

    • Ini tidak dinamakan nazar hanya janji

  97. Assalamualaikum Ustaz,
    persoalan saya kalau bernazar nak sumbang sesuatu(wang)seperti rumah kebajikan atau dana untuk pembedahan,boleh ke tidak bank in wang tu tanpa bagitau pihak sana.

    • Tidak disyaratkan orange yg menerima sedekah yg dinazarkan mengetahui bahawa sedekah itu dari nazar.

  98. Assalamualaikum, soalan saya,saya telah berniat untuk melakukan 3 hari puasa nazar. Pada malam semalam saya telah berniat untuk memulakan puasa nazar, tapi pada siangnya saya ingin membatalkannya dan melakukan semula pada hari lain oleh sebab2 tertentu…apakah ini boleh atau sebaliknya?

    • Nazar disyaratkan berlafas tidalk sah Nazar dengan niat.
      Jika makna soalan dia telah bernazar dengan berlafas Dan sekarang dia nak tunaikan nazar itu dan dia niat pada malam untuk puasa nazar adakah dia boleh batalkan puasa itu
      Jawapannya haram dia membatalkan kecuali uzur yg memberi mudarat kerana apabila seorang itu telah masuk dalam ibadat fardu maka haram dia keluar darinya. Adapun ibadat sunat yang lain dari haji dan umrah harus dia keluar bila bila masa والله اعلم

  99. salam ustaz. saya nak tanya. sy sedang dalam kesulitan iaitu kekasih sy tidak mahu memaafkan sy dan telah memutuskan hubungan kami. jd sy sedang bernazar dengan melafazkan ‘jika (nama kekasih sy) memaafkan sy dan menerima sy kembali sebagai kekasihnya sy akan sedekahkan 1kg beras kepada 10 org yang memerlukan’ adakah sah nazar sy ini ustaz? dan bila kah sy perlu menunaikan nazar sy ini?

    • Jika kekasih tu nak dijadikan isteri maka nazar itu terjadi
      Dan jika sebaliknya maka nazar itu tidak jadi kerana bernazar pada pekara yg haram

  100. Assalamualaikum Ustaz, jika kita ucapkan nazar dalam hati, tapi dalam masa yang sama kita ucap ‘baiklah, aku setuju”. adakah itu dikira sah nazarnya?

    Sekian terima kasih.

    • Tidak dinama nazar kerana akad tidak lengkap.
      Lafas nazar mesti disebut keseluruhan tidak boleh dalam hati dan setuju dimulut dengan tidak dilafaz keseluruhan

  101. Assalamualaikum ustaz, jika saya berniat di dalam hati untuk bernazar sesuatu, tetapi dalam masa yang sama dimulut sy ucapkan “ok, aku setuju”. adakah dikira sudah bernazar?

    Terima kasih.

    • Tidak kerana akad nazar tidak lengkap

      • salam uztaz, jikalau saya sudah berniat puasa nazar keesokan hari tetapi rasanaya mahu berpuasa lain hafi sahaja apa hukum nya?

      • Sekiranya sudah masuk subuh yakni terbit fajar dia tak boleh batalkan puasnya tapi jika belum lagi terbit fajar dia boleh batalkan niatnya

  102. Assalamualaikum ustaz, sebelum ini saya ada niat bernazar jika urusan yg saya sedang uruskan itu berjaya, saya akan botakkan kembali kepala saya (saya sedang simpan rambut saya kerana sebelum ini memang saya suka botakkan kepala saya). Tetapi sekarang urusan itu tidak berjaya, maka adakah sah atau tidak niat nazar saya itu?

    Sekian, Jzkk.

    • Nazar yg dikira ialah mendampingkan diri kepada Allah. Botak kepala tak termasuk mendampingkan diri kepada الله

  103. Assalammualaikum ustaz..10 tahun yang lalu..saya ada bernazar jika lulus peperiksaan saya akan berpuasa selama 6 hari dan saya memaklumkan kepada ibu saya. saya telah menunaikan 3 hari puasa 10 tahun yang lalu dan bakinya 3hari lagi belum terlaksana sehingga kini. saya telah berkahwin dan dikurniakan anak. disebabkan saya menyusu badan saya selalu lapar dan niat untuk berpuasa selalu terhenti. sekarang saya mengandung anak ke dua.

    adakah saya perlu membayar denda kerana tidak membayar nazar saya bertahun-tahun? kalau ya, bagaimana?

    ataupun saya cuma perlu melaksanakan baki puasa tersebut atau dibuat semula dari awal (6 hari)?

    atau ada cara lain untuk melaksanakan nazar tersebut?

    Terima kasih ustaz

    • Hanya perlu puasa baki 3 hari
      Tak perlu bayar fidyah والله اعلم


Tinggalkan Jawapan kepada almalakawi Batal balasan

Kategori