Posted by: almalakawi | 20 November 2009

Halal, haram pada makanan dan minuman

Sekelian makanan dan minuman hukumnya halal dimakan dan diminum kecuali pada perkara berikut:

1. memberi mudarat pada akal.

2. memberi mudarat pada badan.

3. najis.

4. keji.

*Haram makan atau minum benda yang mudaratkan akal atau badan seperti dadah, racun, batu, tanah dan lainnya.

*Hukum makan makanan apabila banyak memberi mudarat dan apabila sedikit tidak memberi mudarat adalah seperti berikut, haram seoarng itu makan banyak dan tidak haram jika sedikit, seperti buah pala atau buah kepayang yang memabukkan jika dimakan banyak.

*Minum minuman yang memabukkan adalah haram sekalipun sedikit, seperti arak dan tuak masam.

*Haram makan atu minum racun dan bisa walaupun sedikit tetapi jika sedikit dan tidak memberi mudarat kepada seorang yang tertentu maka hukumnya tidak haram bagi orang itu sahaja.

*Hukum makan atau minum suatu yang keji seperti berikut:

1. Jika keji itu asal maka haram makan atau minum, seperti hingus, dahak dan peluh.

2. Jika keji itu bukan asal maka tidak haram makan atau minum, seperti air pembasuh tangan, budu, belacan, dan pekasam.

Najis

*Haram makan najis kecuali berubat dengannya sekiranya tidak ada ubat yang lain atau tidak ada yang boleh menganti tempatnya.

*Darah adalah najis dan haram memakannya.

*Tidak haram makan daging yang ada sertanya darah yang tidak mengalir, adapun darah yang mengalir wajib dibasuh sebelum dimasak, sekiranya hendak dimakan gulainya, jika tidak maka harus memasak serta darah yang mengalir itu dan membasuh daging itu apabila hendak dimakan.

*harus makan benda beku yang terkena najis setelah dibuang najis dan sekeliling tempat yang terkena najis.

*Minuman yang terkena najis adalah haram diminum.

*Pendapat yang muktamad, tidak jadi suci minyak yang terkena najis apabila dibasuh. Tetapi ada satu pendapat yang membolehkan membasuh minyak yang terkena najis. Caranya ialah dengan masukkan minyak kedalamm satu bekas yang berlubang dibawah yang ditutup dengan sesuatu, kemudian tuangkan air keatas minyak, kadar air yang dituang sekira kira boleh meratai ke seluruh minyak, kemudian kacau sehinga meratai air pada minyak, kemudian tungu sehinga minyak naik keatas dan air di sebelah bawah, setelah itu buka penutup lubang yang dibawah supaya air keluar.

Buah buahan

*Sekelian buah buahan harus dimakan kecuali buah buahan yang mengandungi racun dan yang memberi mudarat pada akal dan tubuh badan.

*Halal makan buah buahan atau tumbuhan yang dibaja dengan najis tetapi makruh sekiranya nyata bau najis pada buah atau tumbuhan itu.

*Harus makan buah serta ulat yang ada di dalam buah.

Bangkai

*Bangkai ialah binatang yang mati yang tidak disembelih atau disembelih tetapi sebelihannya tidak menurut syarak.

*Haram makan bangkai kecuali bangkai ikan dan belalang.

*Halal makan bangkai ikan dan belalang.

*Halal makan binatang yang disembelih mengikut syarak, lagi akan datang kenyataannya pada sembelihan إن شاء الله

Darurah

*Orang yang mudarat pada dirinya apabila tidak makan atau minum, di namakan orang yang terpaksa   (المُضْطَر)atau orang yang di dalam keadaan darurah.

*Mudarat yang membolehkan makan yang diharamkan ialah:

1. Takut dirinya mati.

2. Takut ditimpa penyakit.

3. Takut bertambah penyakit.

4. Takut berpisah dengan kawan.

5. Lemah hendak berjalanan.

6. Lemah memandu kenderaan.

*Orang yang didalam keadaan darurah dibolehkan makan atau minum benda yang haram dengan syarat berikut:

1. Tidak terdapat benda yang halal.

2. Saparnya  (perjalanannya) tidak maksiat.

3. Hanya boleh makan sekadar memelihara roh atau kekuatan sahaja.

*Sekiranya seorang itu  takut binasa dirinya, bertambah penyakit atau takut sakit dengan hanya makan sekadar memelihara roh, dia dibolehkan makan sampai kenyang.

*Harus orang yang (المُضْطَر) mudtar/ terpaksa makan bangkai manusia apabila dia tidak dapat bangkai yang lain.

Besambung dengan binatang yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan إن شاء الله


Responses

  1. terima kasih atas perkongsian ilmu..

    saya ingin bertanya.. rokok pula termasuk dalam kategori ape ustaz?

    • Rokok asalnya tembakar, tembakar adalah suci.
      Makroh isap rokok bagi mereka yang tidak mudarat atasnya, haram menhisapnya bagi mereka yang jadi mudarat.
      Sekiranya rokok itu ada bercampur dengan suatu yang najis dengan yakin seperti arak maka haram menghisapnya. Mengikut pendapat setengah ulama haram menghisap rokok dengan tiada pengecualian sama ada mudarat atau tidak, kerana membelanjakan harta dengan tiada menfaat. والله اعلم

  2. trima kasih atas jawapn alfadhil ustaz

  3. Mengenai masalah ayam yang bertelur menetas dan membesar dan tidur di kawasan rumah, sehingga menyusahkan saya dan jiran2..Namun tidak diketahui secara yakin tuan ayam ni kerana sudah lama bersarang di kawasan rumah..Walaubagaimanapun kalau diusul berkemungkinan di ketahui tuan bagi induk asal ayam jantan dan betina tersebut.

    Soalannya 1 : Apakah dibolehkan menangkap dan di sembelih ayam tersebut?

    Soalan 2 : Jiran saya telah menyembelih ayam tersebut lalu dimakannya? Adakah wajib perlu diganti dengan duit kepada tuan asalnya?

    Untuk makluman tuan ayam yang disembelih bukan induk asal tapi anak2 daripada induk asal yang telah lama bersarang di kawasan rumahnya.

    • Wajib diusul periksa siapa tuannya dan minta dia ambil ayamnya kembali. dan harus tuan rumah meminta ganti rugi dari tuan ayam apap yang telah dirosakkan oleh ayan samaada kerosakkan itu disebabkan ayam atau najisnya. kepada yang menyembelih wajib menganti dengan bayaran. والله اعلم

      • Syukran ya Ustaz. Jazakumullah kathiran jaza’


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: