Posted by: almalakawi | 23 November 2009

Bahagian ke sembilan belas Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Pekara yang termasuk dalam محمد رسول الله 

وَأَمَّا قَوْلُنَا مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَدْخُلُ فِيهِ اْلإِمَانُ بِسَائِرِ اْلأَنْبِيَآءِ وَاْلمَلاَئِكَةِ وَاْلكُتُبِ السَّمَاوِيَةِ وَاْليَوْمِ اْلاخِرِ ِلأَنَّهُ عليه الصَّلاةُ والسَّلامُ جَاءَ بِتَصْدِيقِ جَمِيعِ ذَلِكَ كُلِّهِ  

Termasuk didalam perkatan محمد رسول الله iman dengan segala nabi, malaikat, kitab yang turun dari langit dan hari akhirat, kerana nabi صلى الله عليه وسلم dibangkitkan untuk membenarkan sekelian itu.

Percaya kepada sekelian nabi dan rasul

          Menjadi kewajipan atas tiap-tiap mukalaf mempercaya keujudan para nabi dan rasul, mengetahui sifat yang wajib, mustahil, dan harus bagi mereka itu, dan mengetahui nama dua puluh lima orang daripada mereka itu.

Pengenalan nabi dan rasul

          Nabi pada bahasa arab terbit daripada nubuwah ( نبوَّة ) yang membawa makna yang tingi, kerana tingi mertabat mereka itu daripada orang lain atau diambil daripada nabak ( نباء ) yang maknanya jalan, kerana mereka itu menjadi jalan kepada تعالى الله

          Makna nabi pada syarak ialah seorang manusia, lelaki, dan merdeka yang disampaikan (diwahyu) hukum-hukum kepada mereka supaya mereka beramal menurut hukum-hukum itu dengan tidak diperentah menyampaikan kepada manusia.

          Makna rasul pada bahasa utusan atau suruhan. Maknanya pada syarak manusia yang dipilih oleh تعالى الله dari kalangan lelaki yang merdeka, sehabis-habis sempurna kejadian dan berseh keturunan, yang menerima hukum-hukum syarak, supaya mereka beramal menurut hukum-hukum itu serta disuruh menyampaikan kepada manusia.

Rasul-rasul yang wajib diketahui

          Nama sekelian rasul yang wajib diketahui tersebut didalam al-Quran ada dua puluh lima orang. Wajib atas wali kanak-kanak, suami, dan lainnya mengajar orang yang di bawah tangungan mereka itu, akan nama sekelian rasul yang wajib diketahui.

1. Adam (آدم عليه السلام) ialah bapa segala manusia dijadikan daripada tanah isterinya bernama Hawa, dari keduanya lahir zuriat keturunan manusia. 

 

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi الله adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. الله telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka jadilah ia.

2. Idris (إدريس عليه السلام)  baginda dibangkit selepas nabi Adam dan dia adalah datuk bagi ayah nabi nuh. Di masanya manusia mula pandai menulis dan menenun pakaian. Baginda lahir di negeri Mesir  

 

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah dia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta dia seorang Nabi.

3. Nuh (نوح عليه السلام)  ialah cicit Nabi Idris. Menurut al-Quran baginda hidup selama sembilan ratus lima puluh tahun tetapi sedikit sahaja kaumnya yang beriman kepadanya, kebanyakan kaumnya menentang apa yang dia sampaikan. Oleh itu تعالى الله  membinasakan kaumnya dengan banjir besar yang menengelam sekelian kaumnya serta anak dan isterinya kecuali orang-orang yang beriman. 

 

Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya”. Allah berfirman: “Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil”. Nabi Nuh berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi”.

4. Hud (هودعليه السلام)  ialah keturunan Sam bia Nuh. Baginda diutuskan kepada kaum A’d di Yaman. 

 

(Demikian juga) kaum Ad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Ketika saudara mereka – Nabi Hud, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. “Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

5. Soleh (صالح عليه السلام)  ialah keturunan Sam bin Nuh. Baginda diutuskan kepada kaum Ad dan Tsamud.  

 

Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: “Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)”.

6. Ibrahim (إبراهيم عليه السلام)  ialah rasul yang diutuskan pada zaman kerajan Namruz. Baginda mempunyai dua orang anak iaitu Ismail dan Ishak.  

 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

7. Luth (لوط عليه السلام) ialah anak saudara Nabi Ibrahim. Kaumnya suka melakukan liwat.  

 

(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”.

8.  Ishaq (إسحق عليه السلام)  ialah anak Nabi Ibrahim dari isterinya Sarah  

 

Dan Kami limpahi berkat kepadanya (Ibrahim) dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.

9.  Ismail (إسمعيل عليه السلام)  ialah anak Nabi Ibrahim dari isterinya Hajar, beliau menetap di Mekah, dari zuriat keturunannya lahir junjungan kita yang mulia Muhammad (محمد صلى الله عليه و سلم)

 

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.

10.  Ya’kub (يعقوب عليه السلام)  Ialah anak Nabi Ishak. Baginda digelar Israel  

 

(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”.

11.   Yusuf (يوسف عليه السلام)  ialah Anak Nabi Ya’kub. Baginda sangat pandai mentabir mimpi, kecantikkannya mempersonakan siapa yang melihat, dia dipenjarakan selama sepuluh tahun kerana difitnah dan akhirnya baginda dibebaskan dan dilantik menjadi menteri. 

 

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

12.  Ayyub (أيوب عليه السلام)  seorang yang sangat sabar. Baginda dicuba dengan berbagai penyakit yang luar buiasa.

 

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.

13.   Zulkifli (ذوالكفل عليه السلام) anak Nabi Ayyaub, diutus kenegeri Rum

 

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar.

14. Syu’aib (شعيب عليه السلام)  ialah bapa mertua kepada Nabi Musa. Baginda diutuskan bagi penduduk Madian di Senai.

 

Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: “Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami”. Nabi Syuaib menjawab: “Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?

15.  Harun (هارون عليه السلام)  ialah saudara Nabi Musa. Baginda banyak membantu Nabi Musa menyampai risalah kepada kaum Bani Israil yang terkenal dengan kedegilannya. 

 

Dan Kami kurniakan kepadanya (Musa) dari rahmat Kami, saudaranya: Harun, yang juga berpangkat Nabi.

16.  Musa  (موسى عليه السلام) dilahirkan di Mesir dari keturunan Bani Israil sementara ayahda baginda bernama Imran, baginda sezaman dengan Firaun yang disebut didalam al-Quran.

 

Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.

17.  Ilyasa’ (إليسع عليه السلام)  dlantik menjadi rasul kepada Bani Israel.

 

Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.

18. Daud (داود عليه السلام)  dibangkit bagi Bani Israel di Palastin. Baginda diberi kelebihan oleh Tuhannya dengan suara yang merdu dan boleh melentu besi.

 

Dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) الله memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.

19.   Sulaiman (سليمان عليه السلام)  anak Nabi Daud. Baginda dilantik menjadi rasul dan raja bagi Bani Israel.

 

Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari الله) yang jelas nyata”.

20. Ilyas (إلياس عليه السلام)  diutus bagi bani Israel.

 Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

21.Yunus (يونس عليه السلام)  ialah nabi yang ditelan ikan Nun kerana meningalkan kaumnya tanpa keizinan daripada تعالى الله

 

(Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian – ketika mereka beriman, Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka, dan Kami berikan mereka menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan).

22. Zakaria (زكريا عليه السلام)  diutuskan bagi Bani Israel di Palastin dari keturunan Nabi Sulaiman. Bagindalah yang memelihara bonda Nabi Isa iaitu Mariam.

Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari الله, sesungguhnya الله memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”.

23. Yahya (يحي عليه السلام)  anak Nabi Zakaria

 

(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):”Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya”.

24. Isa (عيسى عليه السلام)  dilahirkan tanpa ayah kerana itu ibunya, Mariam dituduh berzina dengan kehendak تعالى الله Nabi Isa boleh berkata-kata sedang dia masih kecil untuk membebaskan ibunya dari tuduhan zina.

 

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh تعالى الله kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

25. Muhammad (محمد صلى الله عليه و سلم)  ialah Nabi terakhir tiada nabi selepasnya. Baginda diutuskan kepada sekelian makhluk termasuk jin, manusia dan malaikat

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul الله dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) الله adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Rasul-rasul Ulul ‘Azmi

          Mereka yang bergelar Ulul ‘azmi ada lima orang, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan nabi kita Muhammad i . Oleh kerana penderitan  dan kepayahan yang ditangung berbanding para rasul yang lain selayaknya mereka mendapat pangkat ini yang membawa erti orang yang mempunyai kecekalan hati dan penuh sabar serta banyak menangung penderitan ketika menyeru kaumnya kepada ugama sebenar. Firman تعالى الله ketika mensabarkan Nabi Muhammad

 

(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul “Ulul ‘azmi” (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu);


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: