Posted by: almalakawi | 29 November 2009

Bahagian ke dua puluh Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Percaya kepada malaikat

          Kita wajib percaya تعالى الله mempunyi malaikat yang ramai tiada diketahui bilangan mereka itu melainkan تعالى الله . Mereka dijadi daripada nur/cahaya yang lembut. Mereka tidak makan, minum, berkahwin, beranak dan tidur; amalan mereka tidak disurat/dicatit dan dihisab; dan mereka tidak dihimpun di Padang Mahsyhar bersama manusia dan jin. Para malaikat adala hamba تعالى الله yanng taat  mereka tidak melakukan dosa.

Sepuluh malaikat yang wajib diketahui serta tugasnya

1.     Jibril (جبريل) menyampai wahyu daripada تعالى الله kepada rasul

2.     Mikail (ميكئيل) menurun rezki, hujan dan menumbuhkan tanaman.

3.     Israfil (إسرافيل) meniup sangka kala hari kiamat.

4.     Izrail (عزرائل) mengambil nyawa sekelian yang hidup

5.     Munkar (منكر)  menyoal orang yang telah mati.

6.     Nankir (نكير) seperti Munkar.

7.     Ridhwan (رضوان) menjaga Surga.

8.     Malik (مالك)  menjaga Neraka

9.     Raqib (رقيب)  mencatit amalan kebajikan manusia.

10.   Atid (عتيد)  mencatit kejahatan manusia.

Selain sepuluh  malaikat ini ramai lagi malaikat yang menjalankan tugas masing-masing, diantaranya malaikat yang menangung aras, yang sentiasa bertasbih dan sujud, yang sentiasa berdoa dan memohon rahmat bagi hamba الله yang beriman, dan banyak lagi tugas-tugas mereka yang boleh dirujuk pada kitab-kitab yang besar.

Percaya kepada kitab

     Kitab adalah ajaran yang diturunkan oleh الله kepada para rasul dan nabi yang mengandungi hukum-hukum, nasihat, kisah dan lainnya, serta mengandungi pelbagai hikmat.

     الله telah menjadikan kita, maka sepatutnya Dialah yang mengatur peraturan dan undang-undang supaya menjadi panduan bagi umat manusia untuk kesempurnan di dunia dan kebahagian di akhirat. Kita tidak layak mencipta undang-undang dengan mengenepikan peraturan yang الله telah tentukan.

     Pengajaran yang diturunkan ada yang berbentuk lembaran yang dipangil suhuf. Suhuf yang diturunkan kepada nabi-nabi ada seratus buah semuanya, lima puluh diturunkan pada Nabi Syits, tiga puluh diturunkan pada Nabi Idris, sepuluh pada Nabi Ibrahim, dan sepuluh diturunkan pada Nabi Musa sebelum diberikan Taurat.

     Kitab yang wajib diketahui dengan terpeinci ada empat buah

  1. Taurat diturun sekali gus kepada Nabi Musa dalam bahasa Ibrani di atas bukit Tursina.
  2. Zabur diturun kepada Nabi Daud dalam bahasa Siryani, walaupun kitab ini besar tetapi ia tidak mengandungi hukum, hanya yang ada di dalamnya perkhabaran, cerita, doa, zikir dan hikmat. Dengan itu Nabi Daud tidak mempunyi syariat maka dia mengikut syariat Nabi Musa.
  3. Injil diturunkan kepada Nabi Isa dalam bahasa Ibrani. Di dalamnya diterang tentang keesaan Tuhan dan bangkit nabi akhir zaman dan membenar kitab Taurat sebelumnya.
  4. Al-Quran himpunan segala kitab yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhamad dalam bahasa arab secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun (tiga belas tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Madinah) dan ia merupakan kitab yang terakhir. Termaktub didalamnya hukum, petunjuk, cerita, sejarah, dan segala bagai ilmu pengetahuan. تعالى الله menjamin kitab ini tidak dapat diubah sehinga hari kiamat.

Percayakan hari kiamat

          Sebagai umat islam yang mendapat pertunjuk daripada تعالى الله sudah pasti mempercaya wujudnya hari kiamat yakni hari dihancurkan sekelian alam ini dan dimatikan segala yang hidup. Kemudian تعالى الله mengantikan dengan alam yang lain dan menghidupkan segala yang bernyawa, supaya dihisab amalan mereka di dalam dunia. Setelah diberi pembalasan الله perentahkan binatang menjadi tanah dan manusia dimasukkan kedalam surga atau neraka mengikut amalan mereka lakukan di dunia. 

          Umat islam wajib mempercayi berlakunya kiamat dan perkara-perkara yang akan ditempuh oleh manusia (seperti siksa kubur, dihimpun di Padang mahsyar, meniti sirat dan sebagainya) sebelum dibalas dengan syurga atau neraka.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: