Posted by: almalakawi | 3 Disember 2009

Bahagian terakhir Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Makna محمد رسول الله

وَيُؤْخَذُ مِنْهُ وُجُوبُ صِدْقِ الرُّسُلِ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلامُ وَاسْتِحَالَةُ اْلكِذْبِ عَلَيْهِمْ وَإِلاَّ لَمْ يَكَونُوا رُسُلاً أُمَنَاءَ لِمَوْلاَنَا اْلعَالِمِ بِاْلخَفِيَاتِ جلَّ وعزَّ وَاسْتِحَالَةُ فِعْلِ اْلمَنْهِيَاتِ كُلِّهَا ِلأَنَّهُمْ أُرْسِلُوا لِيَعْلَمُوا النَّاسَ بِأَقْوَالِهِم وَأَفْعَالِهِمْ وَسُكُوتِهِمْ فَيَلْزَمُ أَنْ لاَ يَكُونَ فِى جَمِيعِهَا مُخُالَفَةٌ ِلأَمْرِ مَوْلاَنَا جَلَّ وَعَزَّ الَّذِى اخْتَارَهُمْ عَلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ وآمِنَهُم عَلَى سِرِّ وَحْيِهِ

Difaham daripada محمد رسول الله wajib benar sekelian rasul dan mustahil mereka pendusta. Sekiranya mereka pendusta tidaklah mereka itu kepercayan Tuhan kita yang mengetahui dengan pekara yang tersembunyi lagi pula yang Maha Besar dan Maha Mulia. Mustahil mereka melakukan pekara yang ditegah kerana mereka diutuskan supaya mengajar manusia melalui percakapan, perbbuatan dan diam mereka, maka tidak didapati sekelian yang tersebut menyalahi suruhan Tuhan yang telah memilih mereka itu dikalangan sekelian makhluk dan تعالى الله  mempercayai mereka atas rahsia wahyuNya.

وَيؤخذ مِنْهُ جَوَازُ اْلأَعْرَاضِ اْلبَشَرِيَةِ عَلَيْهِمْ إِذْ ذَاكَ لاَ يَقْدَحُ فِى رِسَالَتِهِمْ وَعُلُوِّ مَنْزِلَتِهِمْ عِنْدَ اللهِ تعالى بَلْ ذَاكَ مِمَّا يَزِيدُ فِيهَا

Difaham daripada محمد رسول الله itu harus mereka itu bersifat dengan sifat manusia, kerana apabila mereka itu bersifat manusia tidak mencedera pada seruan dan mengurang mertabat mereka itu disisi تعالى الله  bahkan yang demikian itu menambah mertabat mereka.

فَقَدْ بَانَ لَكَ تَضَمُّنُ كَلِمَتَى الشَّهَادَةِ مَعَ قِلِّةِ حُرُوفِهَا لِجَمِيعِ مَا يَجِبُ عَلَى اْلمُكَلَّفِ مَعْرِفَتُهُ مِنَ عَقَائِدِ اْلإِيْمَانِ فِى حَقِّهِ تعالى وَفِى حَقِّ رُسُلِهِ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

Dua kalimah syahada yang sedikit hurupnya nyata bagi kamu mengandungi pekara yang wajib diketahui oleh mukalaf daripada simpulan iman pada hak تعالى الله  dan hak segala rasulnya عليهم الصلاة والسلام.

          Yakni terkandung dalam dua kalimah syahada dua puluh yang wajib, dua puluh yang mustahil dan satu yang harus bagi تعالى الله, terkandung juga empat yang wajib, empat yang mustahil dan satu yang harus bagi sekelian rasul عليهم الصلاة والسلام dan terkandung di dalamnya pekara yang didengar daripada mereka itu.

Penyudah

وَلَعَلَّهَا ِلاخْتِصَارِهَا مَعَ اشْتِمَالِهَا عَلَى مَا ذَكَرْنَاهُ جَعَلَهَا الشَّرْعُ تَرْجُمَةً عَلَى مَا فِى اْلقَلْبِ مِنَ اْلإِسْلاَمِ وَلَمْ يُقْبَلْ مِن أَحَدٍ اْلإِيْمَانُ إِلاَّ بِهَا

Mudah-mudahan kalimah syahada kerana rengkasnya serta melenkapi pekara yang kami sebut, dijadi oleh syarak terjemah barang di dalam hati  iaitu islam. Tidak diterima dari seorang imannya melainkan dengan dua kalimah syadah.

 فَعَلَى اْلعَاقِلِ أَنْ يُكْثِرَ مِنْ ذِكْرِهَا مُسْتَحْضِرًا لِمَا احْتَوَتْ عَلَيْهِ مِنْ عَقَائِدِ اْلإِيْمَانِ حَتَّى تَمْتَزِجَ مَعَ مَعْنَاهَا بِلَحْمِهِ وَدَمِهِ فَإِنَّهُ يُرَى لَهَا مِنَ اْلأَسْرَارِ وَاْلعَجَائِبِ إِنْ شَاءَ اللهُ تعالى لاَ يَدْخُلُ تَحْتَ حَصْرٍ

Maka orang yang berakal membanyak mereka itu menyebutnya serta menghadir di dalam hati pekara yang meliputi di dalam kalimah syahadah daripada simpulan iman sehinga bercampur maknanya dengan darah daging mereka itu; dengan itu mereka akan dapat melihat pekara yang ajaib (yang pelik) yang tidak terkira seperti karamah dan maunah إن شاء الله تعالى

وبالله التوفيق لارب غيره ولا معبود سواه نسأله سبحانه وتعالى إن يجعلنا

 وأحبتنا عند الموت ناطقين بكلمة الشهادة عالمين بها و صلى الله على

سيدنا محمد كلما ذكره الذاكرون وغفل عن ذكره

الغافلون ورضى الله تعالى عن أصحاب

رسول الله أجمعين والتابعين لهم

بإحسان إلى يوم الدين وسلام

على المرسلين والحد لله

رب العالمين

آمين

م

 


Responses

  1. Allhamdulillah..dengan adanya blog sebegini dapat kita menambah ilmu akhirat..kalau ada artikel menarik nak saya masukkan ke blog email kat saya, mobydick.jusoff@gmail.com….

    • Saya izinkan anda mengambil artikel di sini, tapi saya tak dapat emailkan, harap maaf

  2. jazakallah ust ana mohon restu dlm pengajiaan dan artikel di dalm blog ustz…

  3. Assalamualaikum Ustaz. Saya merupakan pelajar Sarjana di UPM yang sedang mengkaji teks daripada Kitab Ummul Barahin ini. Saya sedang menyelidik teks kitab Ummul Barahin ini dari sudut matematiknya.

    Saya bersyukur kerana terjumpa blog Ustaz yang mengandungi terjemahan dan penerangan tentang kitab ini.

    1. Bolehkah saya menggunakan material di blog ini khususnya berkenaan Syarah Matan Ummul Barahin ini dari blog Ustaz? Saya mengalami sedikit masalah kerana tidak fasih dalam ilmu bahasa Arab.

    2. Adakah penulisan Ustaz ini dibukukan? Kalau ada, di mana saya boleh dapatkannya?

    3. Boleh saya tahu, adakah terdapat lagi bahan-bahan yang berkenaan dengan kitab ini, diterangkan dari sudut berbeza, dikaji dari segi yang berlainan?

    Terima Kasih. Diharapkan Ustaz dapat memberikan bantuan dan tunjuk ajar kepada saya. Saya ingin menghadam kitab ini, insyaAllah manfaatnya dikongsi bersama buat para penuntut ilmu. Wallahua’lam.

    • Sekiranya Ustaz mempunyai maklumat tambahan, ini alamat emel saya. Moga Allah membalas jasa baik Ustaz.

      Alamat emel : yaqeenahmad@gmail.com
      Alamat blog tidak rasmi : http://yaqeenahmad.wordpress.com

      Syukran Jazilan.

    • 1. Saya izinkan
      2. Tidak dibukukan
      3. Setahu saya kitab ini hanya disyarah pada ilmu tauhid.

  4. apa maksud? wajib 20,mustahil 20,harus 1 bagi Allah dan wajib 4,mustahil 4,harus 1,adakah ini sifat2 yang ada pada diri Allah swt dan rasulnya.

  5. wajib mustahil harus bukan hukum sifat Allah dan rasul.. wajib mustahil harus itu hukum akal.. rujuk risalah tauhid dlm bab hukum akal.
    Syarah Matan Ummul-Barahin ni kena jaga²… tak ada guru yang mursyid yg nak dirujuk, tergelincir jatuh kita.. hehe
    2 perlawanan tak boleh duduk dalam 1 masa… ingat tu… hehe

  6. salam ustaz..
    saya mohon izin share artikel dalam blog ustaz ini, untuk jadikan bahan rujukan dan mempelajarinya.. semoga Allah memberkatinya..amin

    • saya izinkan

  7. Assalamualaikum dan selamat sejahtera Ustaz dan pembaca lain. Semoga semuanya sejahtera di bawah lindungan Allah s.w.t.

    Jikalau tidak keberatan, saya ada dua soalan.

    1. Di manakah saya boleh dapatkan syarah Matan Ummul Barahin ini dalam bentuk makalah, kitab, buku, atau seangkatan dengannya.

    2. Sekiranya Ustaz ada buku asalnya, bolehkah saya dapatkan salinannya dalam bentuk fotokopi. InsyaAllah, saya perlukannya untuk rujukan asas kepada pengajian ini.

    Soalan lanjutan,

    3. Bolehkah berurusan menggunakan pos dan transaksi bank dengan Ustaz dalam urusan ini?

    Diharap Ustaz sudi membantu saya yang sedang memerlukan ini.

    Sekian, terima kasih.

  8. ramai orang masih jahil fasal sifat 20,walaupun fardu ain, syarah berkenaan’ tiada yg kaya dari tiap2 dan tiada yang berkehendak kepadanya tiap2 barang yg lainnya melainkan Allah taala”. dalam matan kat mana, Ustaz


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: