Posted by: almalakawi | 3 Disember 2009

Hadis da’if (الضعيف)

Hadis da’if ialah hadis yang tiada syarat-syarat qabul (diterima buat hujah) atau hadis yang tidak berhimpun padanya sifat sahih dan tidak ada sifat hasan.

Contohnya:

أن النبي صلى الله عليه والسلم توضأ ومسح علي الجوربين

Bahawa nabi صلى الله عليه والسلم berwuduk dan menyapu diatas setokin.

Hadis ini da’if kerana diriwayat dari Abi Qais Al-Aswadi, sedangkan dia itu daif.

Bahagiannya

Ulama berselisih pendapat pada bahagian bahagian hadis daif, ada yang membilang hinga (81) bahagian, setengah mereka membilang hinga (49) bahagian dan setengah mereka membilang (42) bahagian.

Termasuk dalam hadis da’if  hadis mursal (المرسل), mu’dal (المعضل) , syaz, (الشاذ) muttarib (المضطرب) dan lainnya.

Hukumnya

Hadis da’if tidak boleh dibuat hujah tetapi boleh di amal selama tidak bersangatan da’ifnya dengan syarat masuk dibawah pekara yang diamal dengannya dan disyaratkan orang yang beramal beriktikad pada ketika beramal dengannya, untuk bercermat pada hukum.

Hadis ini tidak boleh diterima pada berhujah kerana tiada mempunyi sifat qabul. Erti qabul ialah boleh diterima buat hujah.

Sifat sifat maqbul (yang boleh diterima) ialah:

1- berhubung sanad iaitu setiap perawi (orang yang meriwayat) meriwayat daripada perawinya dengan cara mendengar daripada orang yang sebelah atasnya (gurunya) sehinga akhir sanad.

2- perawi yang adil iaitu perawi yang boleh dipercayai lagi pula amanah.

3- sempurna dobit iaitu selamat dari tersilap dan lupa.

4- selamat dari syaz (ganjil) iaitu perawi yang dipercayai tidak menyalahi akan perawi yang lebih dipercayai.

5- selamat dari a’lah ((العلة yang dibenci. A’lah ialah sifat yang tersembunyi yang mencederakan pada peneriman hadis, sedangkan pada zahirnya ia selamat dari daripada sifat itu.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: