Posted by: almalakawi | 19 Disember 2009

Walimatul urus/kenduri kahwin

Walimatul urus atau kenduri kahwin sunat kerana Nabi صلى الله عليه والسم ada memperbut dan menyeruh seperti hadis

 قال صلى الله عليه والسم لعبد الرحمن أولم ولو بشاة 

Telah menyuruh Nabi صلى الله عليه والسم  akan Abdul Rahman “buat lah kenduri walau pun dengan seekor kibas”.

Di dalam hadis lain Nabi صلى الله عليه والسم ada memperbuat walimah semasa mengahwini Safiah, baginda menjamu jemputan dengan buah tamar, minyak safi dan keju yang dicampur sekeliannya dinamakannya haisan  (حيسا).

Kedua hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Suruh pada hadis yang pertama dengan makna sunat kerana diqias dengan qurban dan sekelian kenduri.

Peringatan:

الأصل في الأمر للوجوب إلا ما دل الدليل علي خلافه

Asal pada suruh iaitu bagi wajib melainkan datang dalil atas menyalahinya.

Yakni asal suruh menunjukkan wajib melainkan ada perkara yang memalingkan dari wajib kepada sunat.

Syarat wajib memperkenankan sila lihat Syarat wajib memperkenan jemputan kahwin.

Harus menabur seumpama gula-gula dan lainnya untuk dipungut tetapi terlebih elok tidak dibut begitu iaitu tabor dan pungut, kerana pungut yakni dalam keadan berebut itu menyerupai merampas dan menabur pula menjadi sebab kepadanya.

Waktu disunatkan buat kenduri kahwin ialah selepas akad nikah dan tiada akhir bagi waktunya. Tetapi afdal dikerjakan selepas wati.

Dari hadis di atas yakni pada lafasولو بشاة  walau seekor kibas menunjukkan kenduri yang sekurang kurang sempurna.

Harus buat kenduri kahwin dengan apa sahaja makanan atau minuman walaupun sedikit.

Sebaiknya buatlah kenduri kahwin setakat kemampuwan kita, jangan melampau sehinga berhutang yang menyebabkan susah dibelakang hari.


Responses

  1. Ada beza antara walimatul urus & walimatul dukhul.

  2. KUNJUNGAN HABIB UMAR BEN HAFIZ KE MALAYSIA JANUARY 2010 : http://wp.me/piAx4-ZY

    Program Bersama Dr Wahbah Mustafa Al Zuhaily http://wp.me/piAx4-103

  3. us, apakah hukum bersanding?

    • Hukumnya harus dengan syarat-syarat yang ketat
      hendaklah tempat persandingan tidak boleh dimasuki oleh bukan mahram.
      pengantin perempuan tidak boleh dilihat oleh orang yang bukan mahram.
      biasanya perkara perkara ini tidak dapat dijaga jika perkara ini tidak dapat dijaga maka haram membuat persandingan. والله اعلم


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 127 other followers

%d bloggers like this: