Posted by: almalakawi | 26 Disember 2009

النكرة في سياق النفي أوالنهي أوالشرط أوالإستفهام دلت على العموم

Kata nama nakirah (yakni kata nama yang boleh masuk alif dan lam [ال] seperti رجل serta memberi faidah makrifah) dihalaman nafi, nahi syarat atau istfham menunjukkan atas umum.

Contoh, firman Allah تعالى

يَوۡمَ لا تَمۡلِكُ نَفۡسٌ۬ لِّنَفۡسٍ۬ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ

(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun.

Umum pada tiap tiap orang, bahawa setiap orang tidak memilik pada hari itu sesuatu pun.

وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua

Firman Allah ini menegah daripada syirik (mensekutukannya) pada niat, perkataandan, perbuatan, dan daripada syirik yang besar, syirik yang kecil, syirik yang secara terang dan tersembunyi. Maka tak patut hamba mengadakan sekutu bagi Allah pada suatu yang tersebut itu.

وَإِن يَمۡسَسۡكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّ۬ فَلَا ڪَاشِفَ لَهُ ۥۤ إِلَّا هُوَ‌ۖ وَإِن يُرِدۡكَ بِخَيۡرٍ۬ فَلَا رَآدَّ لِفَضۡلِهِۦ‌ۚ

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya.

Setiap perkara yang telah ditetapkan oleh Allah keatas hambanya sama ada kemudaratan atau kebaikkan tidak siapa pun kuasa menghapuskan atau menghalang.

هَلۡ مِنۡ خَـٰلِقٍ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَرۡزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلأَرۡضِۚ لآ إِلَـٰهَ إِلا هُوَۖ

tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia.


Responses

  1. Kunjungan Habib Umar Ben Hafiz ke Pondok Baitul Qurro’, Sg. Udang Melaka : http://wp.me/piAx4-ZY

    Hari ini Jilsah bersama Habib Zaid Ben Yahya ANGGOTA IFTA’ (MAJLIS FATWA) DARUL MUSTHAFA : http://wp.me/piAx4-10Z

    Saranan Dr. Al-Qaradhawi Agar Aqidah Al-Asy’ari Terus Dijaga Di Malaysia : http://wp.me/piAx4-11d


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: