Posted by: almalakawi | 2 Januari 2010

Hadis marfu’ الحديث المرفوع

Takrif (pengenalan) hadis marfu’  المرفوع iaitu Hadis yang dihubugkan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم , daripada perkatan, perbuatan atau ikrar sama ada sanadnya berhubung atau tidak berhubung.

Hadis ini dinamakan marfu’ kerana terangkat mertabatnya dengan sebab dihubungkan tiga perkara itu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم.

Sesebuah hadis itu dikatakan marfu’ apabila berkata sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم “telah berkata atau memperbuat Nabi صلى الله عليه وسلم”  atau mereka itu berkata “ini hadis marfu’”, begitu juga dinamakan marfu’ apabila dikata seperti demikian itu oleh  tabin, tabin-tabin, atau mereka yang kemudian dari mereka itu.

Termasuk dalam takrif (pengenalan) itu hadis mutsil, hadis musnad dan tiap-tiap hadis yang tidak disyaratkan  berhubung sanad seperti hadis mursal hadis mu’dal.

Tidak termasuk dalam takrif (pengenalan) hadis mauquf dan maktu’.

Marfu’ terbahagi dua:

1. Marfu’ tasrihi (terang/nyata) yakni perawi menerang dengan jelas bahawa dia ambil hadis terus dari Rasulullah dengan katanya قال رسول الله صلى الله عليه وسلم telah berkata Rasulullah atau عن رسول الله صلى الله عليه وسلم  daripada Rasulullah.

 2.Marfu’ hukmi (pada hukum)  yakni perawi tidak menjelaskan atau tidak menyatakan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم  ada berkata, hanya pada hukum boleh kita hubungkan ucapan yang dikatakan oleh rawi kepada Rasulullah maka marfu’ hukmi ini banyak bahagiannya seperti kata sahabat من السنة كذ كذ daripada sunah begini begini, jadi lah perkatan sunah itu pada hukumnya adalah daripada Nabi صلى الله عليه وسلم .

Hukum hadis marfu’ adalah terkadang sahih, terkadang hasan dan terkadang daif


Responses

  1. Assalamualaikum,ustaz..
    semoga rahmat Allah menyelubungi harri2 Ustaz.
    saya bertemu dengan satu hadith,daripada internet. Mohon jasa ustaz untuk sertakan matan,sanad,dan status hadith.. Wallahua’lam.

    1.Hendaklah kamu sayangi Arab kerana 3 sebab, kerana Aku (Nabi Muhammad) adalah bangsa Arab, Quran dan percakapan dalam Syurga adalah dalam bahasa Arab. Ajarlah anak-anak kamu menyayangi Arab.

    2.Wahai Salman (orang Iran- Salman Al-Farisi), kamu boleh terkeluar dari Islam kalau kamu benci Arab. Kalau sunnah-sunah itu tidak betul, Allah sudah pasti akan menegurnya, melalui Malaikat Jibril.

    jazakallahukhair..
    wassalam

    • Sila lihat hadis ini di فيض القدير
      عن محمد بن عبد الله الحضرمي عن العلاء بن عمرو الحنفي عن يحيى بن يزيد الأشعري عن ابن جريج عن عطاء عن بن عباس رضي الله عنهما قال: “قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أحبوا العرب لثلاث، لأني عربي، والقرآن عربي، وكلام أهل الجنة عربي
      رواه العقليلي في الضعفاء والحاكم في المناقب، والبيهقي في الشعي والطبراني في الكبير

      عن محمد بن الفضل عن بن جريج عن عطاء عن بن عباس رضي الله عنهما قال: “قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احفظوني في العرب لثلاث خصال،لأني عربي، والقرآن عربي، ولسان أهل الجنة عربي”

      Hadis kedua minta tangoh

  2. Untuk mengenali satu2 hadis itu perlu kepada lafaz arabnya untuk memudahkan carian. cara carian:

    1: Kena ada kitab Attraf ahadith.
    2. Musnad.
    3. Jarhu wat taadil.

    baru dapat dikenalikan satu2 hadis. tapi nanti saya cuba tukarkan kepada bahasa arab pas tu cari sumbernya dimana.
    ok tk wslm

  3. jazakallahukhair ..
    maaf,saya tak dapat sertakan dalam bahasa Arab.

  4. masyaAllah Ustaz… alhamdulillah,saya ada lawat Pondok Pasir Tumboh,tapi tak pandai jumpa @ ziarah ustaz2 di sana.jadi hanya gune internet saja

  5. Assalaamualaikum ustaz.

    Saya sedang mencari matan hadith dalam bahasa arab – hadith ibnu Hibban.

    “Ya Hayyu Ya Qayyum dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah keseluruhan urusan ku dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepada ku walaupun dalam sekelip mata.”

    Jazakallahu khoiran

    • عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم لفاطمة : (ما يمنعك أن تسمعي ما أوصيك به أو تقولي إذا أصبحت وإذا أمسيت يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين ) رواه النسائي والحاكم وصححه والبيهقي وغيرهم ، وقال المنذري في الترغيب والترهيب صحيح الإسناد ،

      • Jazaakallahu khoiran ya As-Syaikh Al-Malakawi, insyaAllah anta fi amaanillah, zaadakkallahu bil-‘ilmin wa kathiirin. Aamiin.

        Assalaamaulaikum


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: