Posted by: almalakawi | 2 Januari 2010

Sembahyang الصلاة

*Sembahyang yang wajib dilakukan dalam sehari semalam adalah lima waktu.

*Tidak wajib besegera melakukan sembahyang setelah masuk waktu tetapi kewajipan sembahyang bermula dengan masuk waktu.

*Wajib bersegera mengerjakan sembahyang apabila waktu hampir habis sekira-kira dapat dilakukan sembahyang yang sempurna di dalam waktu.

Waktu sembahyang yang lima

Zuhur: masuk waktunya dengan gelincir matahari dan akhir waktunya dengan jadi bayang-bayang suatu bersamaan dengan diri suatu selain bayang-bayang rembang.

Asar: Masuk waktunya apabila panjang sedikit bayang-bayang suatu daripada diri suatu dan akhir waktunya dengan terbenam matahari keseluruhannya.

Magrib: Masuk waktunya setelah terbenam matahari dan berkekalan waktunya sehinga sempurna hilang sopak merah.

Isyak: Masuk waktunya dengan hilang sopak merah dan akhir waktunya dengan terbit fajar.

Subuh: masuk waktunya dengan terbit fajar berkekalan waktunya sehinga terbit matahari.

Syarat wajib sembahyang

Sembahyang diwajibkan bagi tiap-tiap orang yang ada ciri-ciri berikut

Islam

Cukup umur/baligh

Berakal

Suci daripada haidh dan nifas

Sejahtera pengelihatan dan pendengaran. Tidak wajib sembahyang mereka yang buta dan tuli walaupun boleh berkata-kata. Syarat tidak wajib sembahyang bagi mereka yang buta dan tuli apabila buta dan tuli terjadi sebelum mumaiz adapun buta dan tuli terjadi selepas mumaiz maka wajib baginya sembahyang.

Sampai seruan islam. Tidak wajib sembahyang mereka yang tingal di tempat yang tidak sampai seru seperti suatu tempat yang tidak sampai manusia yang lain daripada puak mereka sahaja.

Syarat-syarat sebelum masuk didalam sembahyang

Syarat pertama: Suci daripada hadas besar atau hadas kecil

Syarat kedua: Suci daripada najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakayan, dan tempat sembahyang.

Syarat ketiga: Menutup aurat bagi orang kuasa. Adapun mereka yang lemah daripada menutup aurat wajib mereka itu sembahyang bertelanjang.

Orang yang sah sembahyang bertelanjang

Orang yang tiada kain untuk menutup aurat

Ada kain tetapi terkena najis serta tidak kuasa membasuhnya kerana ketiadaan air

Ada kain yang suci tetapi terpenjara ditempat yang bernajis maka pada masalah ini hendaklah seorang itu sembahayang bertelanjang dan menghamparkan kainnya pada tempat najis supsya dia bersembahayang diatasnya.

Seorang yang diberi kain tetapi tidak menirimanya kerana takut mengungkit-ungkit. Menerima pemberian orang adalah tidak wajib maka sah dia bersembahyang bertelanjang. Adapun orang yang diberi pinjam kain maka wajib dia menirima pinjam dan jika dia bersembahayang dengan bertelanjang tidak sah sembahyangnya.

Selain di dalam sembahayang wajib juga menutup aurat di hadapan manusia dan wajib menutup aurat ketika bersendiri walaupun di dalam gelap melainkan kerana hajat walaupun sekurang-kurang hajat seperti mandi, bersejuk-sejuk dan sebagainya. Makroh melihat aurat diri sendiri jika tidak kerana hajat.

Manakah yang dikatakan aurat?

Aurat lelaki:

Aurat lelaki sedang bersembahyang, di hadapan lelaki dan di hadapan mahrannya/perempuan yang haram nikah dengannya iaitu di antara pusat dan lutut.

Auratnya di hadapan bukan mahramnya/perempuan yang boleh nikah dengannya iaitu sekelian badan.

Auratnya ketika bersendirian iaitu dua kemaluannya.

Aurat perempuan yang merdeka dan khunsa/mereka yang tidak diketahui lelaki atau perempuan kerana mempunyai dua alat kelamin

Aurat perempuan yang merdeka dan khunsa di dalam sembahyang iaitu sekelian badannya melainkan muka dan dua tapak tangan serta belakang tapak tangannya sehinga pergelangan tangan.

Aurat perempuan dan khunsa di hadapan bukan mahramnya/orang yang boleh nikah dengannya iaitu sekelian badannya.

Aurat keduanya di hadapan perempuan yang kafir iaitu selain anggota yang zahir pada waktu berkerja.

Aurat keduanya di hadapan mahramnya, di hadapan perempuan yang islam dan ketika bersendiri iaitu antara pusat dan lutut.

Aurat hamba perempun walaupun hamba separuh dan hamba yang khunsa

Aurat mereka itu antara pusat dan lutut pada sekelian keadan melainkan di hadapan lelaki yang bukan mahramnya.

Aurat mereka itu di hadapan lelaki yang bukan mahramnya iaitu sekelian badannya.

Syarat keempat: Mengetahui cara sembahayang yakni tiap-tiap orang yang wajib sembahyang dapat  membezakan perbuatan dan bacan yang fardu dan yang sunat didalam sembahyang. Sah sembahayang seorang yang mengap sekelian perbuatan dan bacaan di dalam sembahyang adalah fardu. Begitu juga mereka yang mengap sebahagian perbuatan dan bacaan didalam sembahyang adalah fardu dan sebahagiannya pula sunat dengan tidak membezakan sedangkan dia orang awam yakni bukan ulamak dan pelajar ugama.

Syarat kelima: Suci tempat sembahyang samaada dengan yakin atau sangka yang kuat bahawa tempat itu tidak bernajis. Disyarat jangan bersentuh tubuh orang yang sembahyang dengan najis semasa berdiri, rukuk, atau sujud.

Syarat keenam: Mengetahui masuk waktu atau zan/sangka yang kuat telah masuk waktu dengan ijtihad yakni bersunguh-sunguh mencari dalil telah masuk waktu. Seperti melihat beberapa buah jam yang bersamaan masanya untuk membuktikan tidak tersilap masanya atau kokok ayam yang sudah dicuba beberapa kali. Dikehendaki dengan ijtihad/bersunguh-sunguh mencari dalil telah masuk waktu iaitu mengamat-amati bahawa tidak cepat waktu yang ditunjuk. Tidak sah sembahyang dengan berpegang perkara yang tersebut itu dengan ketiadan ijtihad.

Syarat ketujuh: Menghadap ain/tubuh kiblat dengan dada  yakni wajib membetuli sekelian badannya pada kiblat dan dadanya menghadap kiblat. Sekiranya terkeluar sebahagian badannya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya, begitu juga jika berpaling dadanya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya. Yang dikehendaki dengan menghadap dada kepada kiblat ialah lintang dada dari bahu kanan hinga bahu kiri.

Menghadap kiblat itu sama ada dengan yakin seperti berada di hadapan Kabah atau dengan zan yakni mengetahui ain/tubuh Kabah dengan jalan ijtihad bagi mereka yang tidak nampak Kabah.

Keadaan yang mengharuskan meningal menghadap kiblat:

1. Ketika bersangatan takut pada perang yang harus seperti perang muslimin akan kafir harbi, atau perang pemerentah yang adil akan penderhaka. Apabila sembahyang mereka ini tanpa menghadap kiblat maka tidak wajib mengulang sembahyang atau menqadanya.

Maksud mengulan ialah diulang sembahyang dalam waktu, dan maksud qada ialah melakukan sembahyang pada luar waktunya

2. Sembahyang sunat musafir di atas kenderaan dengan syarat musafir yang harus, maka tidak harus sembahyang sunat musafir dengan tidak menghadap kiblat bagi mereka yang bermusafir kerana hendak buat maksiad.


Responses

  1. saya ada soalan..
    sekiranya aurat semasa berseorang adalah dua kemaluan, maknanya haramlah kite bertelanjang tanpa hajat?

    • Haram bertelanjang tanpa hajat pada ketika bersendirian, dalam pada itu tidak haram dia melihat auratnya seperti melihatnya dari atas kain dalam keadan dia menutup dua perkara itu.
      Ulama ada menjawab soalan apa kah faidah menutup aurat (dua kemaluan) semasa bersendirian di dalam gelap sedangkan tidak dilihat manusia melainkan Allah yang tidak ada apa pun yang boleh mendinding pengelihatanNya. Dijawab dengan bahawa Allah terlebih berhak kita malu dan Allah menghendaki hambaNya menutup aurat kerana beradab. والله اعلم

  2. Siaran Langsung Multaqa Ulama Bersama Habib Umar Bin Hafiz di Indonesia http://wp.me/piAx4-12i

    Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam : http://wp.me/piAx4-12d

    Penyelewengan Tauhid & Kalimah ALLAH : http://wp.me/piAx4-12a

  3. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan,Penggunaan Kalimah Allah : http://wp.me/piAx4-12Q

    Buku Baru: Mutiara Ahlu Bait dari Tanah Haram: http://wp.me/piAx4-12J

    Majlis Ilmu dan Qiyamullail Bersama Ustaz Sufian Nur al-Banjari : http://wp.me/piAx4-12w

  4. Mengenai aurat lelaki di dalam atau di luar solat adakah sama? Seperti suasana hari ini ramai lelaki yang memakai baju lengan pendek semasa bermu’amalah dengan perempuan bukan mahram. Untuk mengelakkan berdosa, ada tak qaul di dalam mazhab syafi’e yang boleh saya bertaqlid dan beramal dengannya.

    • Mengenai aurat lelaki di dalam atau di luar solat adakah sama? Seperti suasana hari ini ramai lelaki yang memakai baju lengan pendek semasa bermu’amalah dengan perempuan bukan mahram. Untuk mengelakkan berdosa, ada tak qaul di dalam mazhab syafi’e yang boleh saya bertaqlid dan beramal dengannya.

  5. saya nak tnya mengenai ustaz,

    1) mengenai sapu muka selepas salam (selepas solat)

    saya ada baca satu hadis yang dikatakan dalil mengenai sapu muka selepas salam (selepas solat), hadis itu adalh dari anas bin malik, riwayat at thabrani dan al bazzar ( sy terjumpa dalam buku memahami ibadat solat mengenai hadis itu)…hadis tersebut juga ada khilaf mengenainya, ad pendapat mengatakan daif dan ada pendapat mengatakan maudu’.. sekrang kalu kita terima pendapat hadis itu daif, maka tidak mengapa untuk kita mengamalkan hadis itu.
    tapi pada zahir hadis itu menyatakan mengenai menyapu dahi, bukan menyapu keseluruhan muka..jadi saya kurang faham iaitu keliru dengan amalan saya dan kebanyakkan masyrakat..kerana selalu meyapu seluruh muka…adakah maksud menyapu dahi itu membawa maksud menyapu seluruh muka atau macm mana? saya ada baca satu buku yang bertajuk amalan sunnah selepas solat, dalam buku itu megambil dari kata imam syaukani meyatakan sunat sapu muka dengan berdalilkan hadis ini…tetapi zahir hadis kata menyapu dahi..mungkin ustaz boleh terang cara untuk memahami hadis itu. mungkin ada pendapat2 ulama2 dalam kitab fekah mengenai sapu keseluruhan muka selepas salam ini, boleh ustaz jelaskan.sekrang saya jadi keliru dan atas jalan berhati2 maka saya selepas salam, tak sapu muka dan tak sapu dahi…tapi masih lagi bersangka bahawa mungkin ada dalil atau khilaf pendapat ulama’ mengenai sapu keseluruhan muka selepas salam (selepas solat) yang saya tidak tahu, sebab itu tanya ustaz, kerana amalan sapu keseluruhan muka selepas salam ini sudah menjadi amalan masyrakat islam di negara kita (perbuatan yang mahsyur) dan pada pemerhatian saya pun saya lihat ustaz2 pondok dan ustaz2 pun ada melakukannya (meyapu keseluruhan muka)..jadi hanya nak dapat penjelasan dan kepastian.

    2) mengenai cara duduk tahayat akhir

    dalam pemerhatian saya, semasa duduk tahayat akhir ad orang menghalakan jari kaki kirinya ke arah kibat dan kedudukan kaki kirinya selari dengan betis kanannya, dan ada juga saya lihat mereka menghalakan jari kaki kirinya ke kanan tidak menghala ke kiblat, dan hujung kaki kiri terkeluar sedikit dari betis kanan….saya nak tanya ustaz yang mana satu betul? kalu kedua2nya betul dan boleh buat belaka yang mana satu paling afdal (utama)?

    3) mengenai solat taubat

    telah diketahui terdapat banyak cara untuk kita bertaubat, antara zikir istigfat, solat taubat, doa keampunan, tapi yang pentingnya keazaman yang jazam dalam hati untuk membenci dan tidak mahu melakukan lagi dosa tersebut..cume solat sunat taubat itu adalah tanda zahir yang kita meyatakan taubat kita…mengikut apa yang saya belajar dalam ilmu tasawuf, taubat itu dituntut dan perlu dilakukan dengan segera selepas melakukan dosa.

    jadi saya nak tanya boleh tak kalau kita nak melakukan solat sunat taubat pada waktu selepas asar atau subuh (waktu haram solat) sekirannya pada waktu tersebut kita telah melakukan dosa dan kita tersedar dan nak bertaubat terus? kerana sepertimana dikatakan tadi taubat itu wajib segera…atau adakah pada ketika itu hanya perlu berazam tak nak buat dosa, tinggalkan dosa serta merta, insaf, meyesal kemudianberistigfar, doa sahaja, tetapi selepas tamat waktu haram solat baru boleh solat sunat taubat?

    smoga allah terima niat kita dan beri kefahaman kepada saya.

    • 1. Tidak perlu keliru kerana Hadis da’if boleh beramal dengannya hanya tidak boleh hujah pada ahkam.
      ada hadis lain yang menunjukka bahawa rasulullah ada menyapu dari dahi hinga kedagu, dan riwayat lain Rasulullah menyapu ubun-ubun, dengan itu kita himpun ketiga tiga hadis itu jadilah kita sapu dari ubun-ubun hinga ke dagu.
      di riwayat oleh Anas. Lihat الأذكار النووي
      أنه صلي الله عليه والسلم كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحي الحديث
      Diriwayat oleh Ibnu Mansur. Sila lihat بغية المسترشدين
      أنه صلي الله عليه والسلم كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم أمرها علي وجهه حتى يأتى بها الي لحيته الشريفة وقال : بسم الله الذي لا إله الا الله وهو عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم اللهم أذهب عني الهم و الحزن, الحيث
      Diriwayat oleh Anas pada satu tarik yang lain
      أنه صلي الله عليه والسلم كان إذا قضى صلاته مسح بيمينه علي رأسه و قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحي
      2. Duduk tahyat akhir boleh buat apa sahaj jenis duduk. yang afdal, diletakkan papan pungung diatas lantai dan dimasukkan kaki kiri dibawah kaki kanan sementara tapak kaki kaki kanan didirikan dan anak jarinya menghadap kekiblat.
      3. Solat sunat taubat bukan rukun taubat tetapi disunatkan sembahyang bagi mereka hendak bertaubat. dengan itu tidak menjadi halangan bagi sesaorang hendak bertaubat pada bila bila masa dengan tidak bersembahayang sunat taubat.

      • terima kasih ustaz…

        mengenai sapu muka…
        maksud saya kata keliru ustaz, bukannya saya keliru mengenai kedudukan hadis tersebut, kerana saya terlebih suka untuk memilih pendapat yang menyatakan hadis itu daif, maka tidak perlu dipertikaikan lagi tentang kebolehan untuk beramal dengan hadis itu…

        yang saya keliru ialah mengenai maksud dalam hadis itu dengan amalan harian masyarakat kita…agak berbeza, kerana pada zahir hadis itu (HR Tabrani,bazzar..dari anas bin malik) menyatakan meyapu kepala, bukn menyapu keseluruhan muka, tapi msyarakat kita ,menyapu keseluruhan muka…..

        tetapi ternyata melalui jawapan ustaz ini. dan dengan keluasan, kefakihan ilmu yang ada pada ustaz..memang masih ada lagi riwayat yang lain yang menyokong antara satu sama lain dan menerangkan, menjelaskan antara satu sama lain…yang mana dapat kita simpulkan bahawa amalan menyapu seluruh muka selepas salam .ketika selesai solat itu adalah satu perkara yang disunatkan berdasarkan beberapa hadis daif yang saling menyokong dan menerangkan antara satu sama lain yang boleh digunakan untuk sebagai gallakan dalam beramal.

        oleh itu, kepada pembaca sekalian, pada daku bagi yang tak nak sapu muka jangan nak melrang atau membidaahkan orang yang nak sapu mukaa, begitu juga sebaliknya…bagi orang yang nak sapu muka pula kalu tengok orang tak sapu muka, jangan melarang atao membidaahkan pada orang yang tak sapu muka.kita kene saling hormat menghormati dan terbuka…
        nanti bergaduh pula pada perkara furu’ ini, sedangkan menjaga hubungan silaturahim itu adalah perkara asas dan wajib…..
        wallah hu a’lam
        terima kasih.

  6. saya nak tanye ustaz mengenai..
    BUKAN mengenai ustaz..
    tersalah tulis

  7. Ustaz memandangkan saya kurang pandai bahasa arab…tapi sekrang sy tengah belajar..oleh itu saya banyak baca buku terkini dalam tulisan rumi..tapi buku2 itu sebelum saya baca saya akan tanye ustaz saya dulu

    mengenai hadis anas bin malik itu, dalam buku amalan sunnah selepas solatt dan kelebihannya,cetakan 2008, m/s 19-20 tulisan ustaz muhammad subki et. al..menterjemahkan dengan menyapu kepala, dalam buku ini ada menyebut mengenai khilaf ulama’ mengenai hadis ini…ad juga buku yang saya baca menterjemahkn dengan menyapu dahi….

    ini pula yang saya salin dari sebuah buku mengenai pandangan ulama yang kata hadis ini sangat daif dan pada riwayat yang lain iaitu abu nu’aim kata albani hadis maudu’

    Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu ‘anhu katanya: “Rasulullah SAW
    apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya”
    Hadis ini sangat dha’if. Ia diriwayatkan juga oleh Ibnu Sam’un dari Salam Al-madini dari
    Zaid Al’Ammi dari Anas . Yang dituduh ialah Salam Al-Madini iaitu Ath-Thawil seorang
    pembohong dan Zaid Al’-Ammi adalah seorang yang dha’if . (Sumber: Himpunan Hadis
    Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi – m.s. 309)
    Abu Nu’aim meriwayatkan dari Anas bin Malik RA katanya: “Adalah Rasulullah SAW
    apabila selesai solatnya beliau menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya
    kemudian melakukannya atas mukanya sampai ke janggutnya …” Hadis ini adalah hadis
    Maudhu’.
    Demikian kata Al-Albani : Yang dituduh membuatnya ialah Daud bin Al-Muhabbar , iaitu
    pengarang kitab Al-‘Aqlu seorang pembohong. Dan Al-Bazzar meriwayatkan dari Hadis
    Jabir dari riwayat Al-Fadhl bin ‘Isa Ar-Raqasyi. Al-Fadhl ini adalah mungkar Hadisnya
    seperti yang dikatakan oleh Al-hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani (Sumber: Himpunan Hadis
    Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi – m.s. 310)

    adalah tidak sepatutnya saya membicarakan mengenai kedudukan hadis ini kerana saya bukan ahli dan tidak belajar hadis dengan mendalam..cume saya nak terngkn pada ustaz mengenai kedudukan pemahaman yang saya ada, pastu boley ustaz pelbetulkan kesalahan2 dan bagi nasihat kpd saya..

    tapi sy terlebih suka untuk menerima pandapat yang menyatakan hadis ini daif dan boleh beramal, kerana ia khilaf dikalangan ulama’ dan melihat kepada keadaan amalan dan keadaan amalan masyrakat kita…mugkin akan timbul fitnah kalu kita membidah benda yang sudah menjadi kebiasaan masyrakat islam negara kita, kerana saya masih bersangka mungkin ad dalil lain, atau pendapat2 ulama dalam kitab fekah yang saya tidak ketahui yang perlu kita ambil kira dan hormati…

    bila saya fikir hujah golongan muda ad betul juga, mengikut kata2 golongan kaum muda, antara hujah mereka…nabi S.A.W. dan sahabt2 r.hum sembahyang sudah cukup lama…bermula syariat solat dperintahkan sampai baginda dan sahabt meninggal….takkan ada satu dua hadis je yang diriwayatkan…dan itupun yang daif…mengenai perbuatan2 sahabt tidak ad yang diceritakan dengan jalan mutawatir dan soheh, sedngkan ini amalan rutin selepas solat…ini antara kata meraka

    bila fikir2..saya keliru…buat masa skrg nie , saya megambil jalan tengah2….orang nakbuat takpe tak nak buat sudah jangan menghukum sape2…tapi saya masih nak mencari jawapannya.

    mengenai hadis ini
    cume saya nak bertanya ustaz
    mengenai cara pemahaman hadis ini untuk menyelesaikan kekeliruan yang ada pada saya…

    setkat nie, sy penah jumpa orang yang kata bid ah sapu keseluruhan muka selepas salam, kalau ad pun hanya sapu dahi or kepala berdasarkan hadis daif…bukan seluruh muka ..kata golongn kaum muda

    ad juga saya dengar kata sunat, tidak bid ah..jadi sy keliru..

    perkara ini perkara furu’ sya tidak beniat untuk bebahas atau berdebat kerana bagi saya sume benda ini sudah dibincangkan oleh ulama’ 2 dahulu..cume kita perlu mencari dan mengkaji dan hormati pendapat dan khilaf antara mereka..tapi atas kelemahan, kekurngn ilmu..kena juga bertnya..tk mampu nak menkaji sendiri..jadi perkara ini hanya untuk membetulkan kekeliruan saya, dan menambahkan fahaman saya sebagai pengetahuan..supaya mudah untk berada dalam masyrakat yang perbagai fahaman sekrang…

    harap ustaz dapat jelas.

  8. Assalaamu ‘alaikum ustaz,
    Adakah batal air sembahyang jika seseorang bersalaman dengan isteri muda bapa mertuanya yang adalah bukan ibu kandung isterinya.

    • Batal kerana tidak batal wuduk pada masalah mertua adalah ibu bapa kandong isteri atau suami. والله اعلم

  9. salam Ustaz,

    kalau kita berdoa dalam bahasa melayu (lafaz) semasa sujud adakah batal solat kita? ada ustaz yg terkenal kata tak batal solat itu kerana Allah dan nabi suruh banyakkan doa ketika sujud, tak semestinya bahasa arab, dan satu lagi katanya doa dlm hati tidak dikira doa akan tetapi ianya lintasan hati. tolong jelaskan

    wassalam
    wan

    • Batal sembahyang dengan berdoa dalam bahasa melayu, Yang disuruh banyak bedoa dalam bahasa arab dengan syarat tiada khitab/tuju cakap seperti lafas engkau pada manusia selain Rasulullah.

  10. Assalamualaikum ustaz..
    saya ingin bertanyakan tentang bacaan fatihah bagi makmum yang melakukan solat sunat (solat sunat terawih contohnya) Jika pada satu2 rakaat itu si makmum terlupa membaca fatihah adakah sah solatnya?

    • Tidak sah. Dan jika dia hendak sempurnakan solat terawikh dia hendaklah buat lagi dua rakaat ini jika dia teringat setelah memberi slam dan lama percerayan. adapun jika dia ingat sebelum memberi salam maka dia hendaklah bangkit setelah salam imam dengan menambah satu rakaat. sekiranya dia sudah memberi salam sedangkan belum lagi lama percerayan maka dia hendak lah bangkit dan menyambung sembahyangnya semula dengan menambah satu rakat.

  11. terima kasih ustaz atas penyelasan ini.

  12. Assalammualaikum ustaz.saya nak tanya cara2 melakukan tahiyat awal dan akhir dengan betul.
    1)Semasa membaca tahiyat,adakah tapak tangan kanan dihamparkan sepertimana tapak tangan kiri?atau digenggam tapak tangan kanan dan jari telunjuk dilurus dan ditundukkan?Bagaimana pula kedudukan ibu jari kanan?
    2)Semasa mengangkat jari telunjuk semasa tasydid,adakah hujung jari telunjuk perlu selari dengan kepala lutut atau melepasi paras lutut?Jari telunjuk ini perlu diangkat lurus ke hadapan atau ke atas sedikit atau tunduk ke bawah sedikit?
    3)Adakah ibu jari kanan perlu diangkat lurus ke hadapan seperti jari telunjuk atau tidak diangkat?
    4)Bagaimana keadaan jari-jemari kiri perlu dirapatkan atau direnggangkan sedikit?
    5)Bagaimana keadaan perut tapak tangan kanan dan kiri sama ada diletakkan pada kepala lutut atau dihamparkan dihujung paha berhampiran lutut?
    6)Adakah jari telunjuk perlu dikekalkan lurus ke hadapan sehingga selesai bacaan tahiyat atau sekadar bacaan tasydid kemudian diturunkan?

  13. Sah kah sembahyang saya jika semasa rakaat terakhir sembahyang azan berkumandang masuk waktu lain?

    • Sah dan sembahyang itu jadi tunai. Berdosa melewatkan sembahyang jika tidak ada keuzuran.

  14. Sah kah sembahyang saya jika semasa rakaat terakhir sembahyang azan berkumandang masuk waktu lain? Contohnya saya sedang sembahyang zohor pada rakaat ke 3 atau ke 4, tiba-tiba azan berkumandang masuk waktu asar? Terima Kasih.

  15. Assalamualaikum Ustaz,

    Semasa berkursus, saya membuang air kecil. Dan saya dapati tandasnya tidak dilengkapi pili air. Saya menggunakan tisu untuk bersuci. Pada waktu zuhur, saya berwuduk dan solat jamak qasar zuhur dan asar.

    Adakah sah solat saya ya Ustaz?

    • Sah jika anada mengikut syarat beristinja dengan lain daripada air.

  16. Assalamualaikum Ustaz,

    Soalan 1
    Bolehkah saya himpunkan solat Zuhur tamam denagn solat asar qasar?

    Soalan 2
    Setelah 4 tahun di Kuantan saya bermukim, kemudian sya berkahwin dan menetap di Kuantan bersama isteri. Adakah cukup dengan hanya berniat untuk bermaustautin di Kuantan. Ada syarat2 lain yang perlu sya penuhi.

    Minta pencerahan Ustaz. Terima kasih

    • 1. harur himpunkan solat Zuhur tamam denagn solat asar qasar.
      2. cukup

  17. ASSALAAM ‘ALAIKA TUANKU…
    BENARKAH DI DALAM SHALAT YANG FARDHU ADA YANG WAJIB TUANKU…

    BAGAIMANA FAHAMNYA AGAR MATI DIKALA SHALAT TUANKU….

    YANG MANAKAH TIANG SHALAT DAN YANG MANAKAH ZAT SHALAT ITU TUANKU….

    MOHON BIMBINGAN TUANKU….TERIMA KASIH…

  18. ustaz,
    saya ingin mohon kebenaran untuk copy maklumat yang ada dalam blog ustaz ni. syukran.

  19. salam ustaz, saya nak tanya, didalam sebuah hadis ada menyatakan kita akan terlepas daripada 2 kecelakan jika solat berjamaah bersama takbir imam.mohon penjelasan.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: