Posted by: almalakawi | 25 Mac 2010

Rukun sembahyang yang ke dua

Rukun sembahyang yang ke dua berdiri betul pada sembahyang fardu bagi yang kuasa berdiri dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain.

* Wajib berdiri pada sekelian sembahyang fardu  iaitu sembahyang fardu lima waktu, sembahyang nazar, sembahyang fardu kifayah seperti sembahyang mayat, atau sembahyang yang ada rupa fardu seperti sembahyang fardu yang diulang (sembahyang muadah) dan sembahyang fardu kanak-kanak.

* Wajib berdiri atas mereka yang kuasa berdiri dengan sendiri sama ada kuasa berdiri sendiri dengan tidat berhajat kepada suatu atau berdiri dengan berhajat pada suatu seperti bersandar kepada umpama dinding.

* Wajib berdiri atas mereka yang boleh berdiri dengan bantuan orang lain sama ada dengan upah atau tidak. dan wajib memberi upah untuk berdiri atas mereka yang ada belanja yang lebih pada harinya dan malamnya. Begitu juga wajib memberi upah untuk bangkit dari rukuk dan sujud.

* Sunguh mendukacitakan pada masa sekarang ramai yang sembahyang duduk diatas kerusi pada hal mereka boleh berjalan dan angkut kerusi ke masjid tetapi apabila sembahyang fardu mereka akan duduk diatas kerusi, apabila ditanya kenapa sembahyang duduk? mereka akan menjawab tak kuasa berdiri.

* Apabila sesrorang itu berdiri dan dia tidak boleh rukuk dan sujud dengan sebab penyakit umpamanya dan sekiranya dia sembahyang duduk dia dapat menyempurnakan rukuk dan sujudnya maka dia wajib berdiri dan isyarat pada rukuk dan sujudnya. Orang ini tidak boleh duduk didalam sembahyang fardunya atas alasan hendak menyempurnakan rukuk dan sujud.

* Tidak wajib berdiri pada sembahyang sunat.

* Apabila lemah daripada berdiri dengan sendiri atau bantuan orang lain maka haruslah sembahyang duduk dengan apa cara duduk tetapi duduk iftirash iti terlebih afdal dan apabila lemah duduk hendaklah dia berbaring diatas lambung dan jika lemah berbaring hendak lah dia sembahyang terlentang dan hendaklah dia isyarat pada rukuk dan sujud.

Syarat berdiri

* Disyaratkan, hendaklah berdiri tegak dengan membetulkan tulang belakang sekalipun dengan bersandar pada umpama tiang maka membongkokkan badan sehinga hampir pada had rukuk adalah tidah sah pada sembahyang fardu mereka yang kuasa berdiri tegak.

* Mereka yang boleh berdiri tegak tetapi berdiri seperti orang rukuk dengan sebab tua, wajib dia berdiri dan menambah bongkoknya apabila dia rukuk.

* Disyaratkan berkuat pada dua kaki atau salah satu daripada dua kaki, maka tidak sah sembahyang mereka yang bergayut pada suatu walaupun kaki jejak pada tempat sembahyang kerana tidak dinamakan berdiri.


Responses

  1. assalamualikum ustaz…
    bagaimana pula solat bagi seseorg yang pada rakaat awal dia merasakan dia mampu melakukan solat dalam keadaan berdiri. Akan tetapi bila pada rakaan yang seterusnya dia merasakan dia sudah tidak mampu untuk melakukan solat dalam keadaan berdiri (contohnya ibu yang mengandung atau sebagainya) boeh atau tidak dia melakukan solat dalam keadaan duduk sdangkan di awalnya dia melakukan solat dalam keadaan berdiri? Mohon ustaz jelaskan terima kasih.

    • Sekiranya dia benar-benar tidak mampu dia dibolehkan duduk pada rakaat seterusnya, dan apabila dia mampu berdiri semula maka wajib dia berdiri semula.

  2. Terima kasih atas penjelasan ustaz

  3. Assalamualaikum Ustaz.

    Setakat mana kita mesti menegakkan tulang belakang? Dikala ketika kita berdiri secara normal atau mesti diluruskan sehabis-habisnya tulang belakang?

    Syukran


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: