Posted by: almalakawi | 26 Mac 2010

Rukun sembhyang yang ke tiga.

Rukun yang ke tiga ialah takbiratul ihram (تكبيرة الأحرام)

* Takbiratu ihram ialah  menyebut lafas Allahu akbar (الله اكبر) di permulan sembahyang diserta dengan niat. Adapun takbir yang lain dinamakan takbir intiqalad yakni takbir berpindah dari satu rukun kepada satu rukun yang lain dan takbir intiqalad ini adalah sunat.

* Lafas Allahu akbar (الله اكبر) ini tidak boleh ditukar dengan yang lain seperti Arhmanu akbar (الرحمن أكبر), Allahu kabir (الله كبير), Allahu a’zim (الله عظيم) atau Allahu aa’zam (الله أعظم).

* Tidak terjadi sembahyang dengan mendahulukan lafas akbar daripada lafas Allah seperti akbarullah (أكبر الله) dengan erti kata lain mesti mendahulukan lafas Allah kemudian lafas akbar.

* Tidak mengapa diceraikan antara dua lafas ini dengan (ال) seperti Allahul akbar (الله الأكبر)

* Tidak mengapa diceraikan dengan sifat yang tiada panjang yakni tidak melebihi dua sifat, contoh satu sifat Allahul jalilu akbar (الله الجليل أكير) atau dua sifat Allahur rahmanur rahimu akbar (الله الرحمن الرحيم أكبر).

* Tidak terjadi sembahyang apabila dicerai antara lafas Allah dengan akbar dengan tiga sifat atau lebih seperti Allahul jalilul a’zimul halimu akbar (الله الجليل العظيم الحليم أكير).

* Orang yang lemah menyebutnya setelah belajar bersunguh sunguh hendaklah diterjemah kedalam bahasa yang dia boleh sebut sekalipun bahasa itu bukan bahasa pertuturannya, seperti katanya Tuhan maha besar dan jangan diganti dengan zikir yang lain.

* Bagi mereka yang bisu wajib mengerakkan lidah, dua bibir dan anak tekak sekadar kuasanya pada menyebut takbiratil ihram, begitu juga pada baca-bacan wajib yang lain.

* Wajib mempedengarkan takbir itu pada diri sendiri begitu juga baca-bacaan wajib  yang lain.

* Wajib disertakan didalam takbir itu niat sembahyang.


Responses

  1. Assalamualaikum Ustaz

    Mahu tanya, jika kita bertakbiratul ihram dlm keadaan badang bergoyang-goyang secara sedikit (tidak disengajakan), sah atau tidak takbiratul ihram itu?

  2. Assalamualaikum Ustaz.

    Ingin tanya, apakah hukum takbiratulihram dalam keadaan badan bergerak-gerak, sedikit mahupun banyak? Sah atau tidak?

    • jika pergerakkan itu dilakukan setelah sempurna takbir iaitu telah melafaskan (ر) akbar dan pergerakkan itu tiga kali berturut-turut maka batal sembahyang itu. dan jika tidak tiga kali berturut-turut atau sebelum melafaskan (ر)Akbar maka tidak batal.

      • Syukran ya Ustaz.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: