Posted by: almalakawi | 27 Mac 2010

Rukun sembahyang yang ke-empat

* Membaca fatihah adalah wajib pada tiap-tiap rakaat melainkan rakaat masbuk.

 

Sila klik gambar surah Al-Fatihah ini untuk mendengar bacaannya.

* بسم الله الرحمن الرحيم ialah salah satu ayat daripada fatihah

* Wajib memelihara segala huruf dan segala tasydidnya.

* Tidak sah bacaan fatihah orang yang  mengugur satu huruf atau satu tasydid

* Tidak sah bacaan fatihah orang yang  menukar hurufnya dengan huruf yang lain seperti menukar kan zal (ذ) pada (الذبن) dengan dal (د)=(الدين) atau zai (ز)=(الزين) 

* Tidak sah bacaan fatihah orang yang  menukarkan baris yang mengubahkan makna seperti membariskan hadapan (-ُ) perkataan (أنعمتَ) bertukar kepada (أنعمتُ)  dengan itu maknanya aku beri nikmat sedangkan makna asal engkau beri nikmat.

* Tidak sah bacaan dan jadi batal sembahyang mereka yang tersebut sekiranya dilakukan dengan sengaja, adapun mereka yang membacanya dengan tersalah atau tidak mengubahkan makna maka tidak batal sembahyangnya, hanya tidak sah bacaan fatihahnya dan dia wajib ulang perkataan yang salah itu dan meneruskan bacaannya sehinga habis jua dengan makna dia tidak perlu ulang dari awal fatihah.

* Wajib menjaga aturan fatihah iaitu jangan diterbalikkan susunan ayatnya.

* Wajib mualat/berturut-turut pada bacaannya, iaitu dihubungkan setengah ayat dengan setengah ayatnya.

* Tidak putus mualat, menghentikan bacaannya sekadar untuk bernafas.

* Putus mualat jika diselang antara ayat-ayat fatihah dengan zikir yang bukan maslahah sembahyang, contohnya seperti menyebut (الحمد االله) ditengah fatihah kerana bersin.

* Tidak putus mualat jika diselang antara ayat-ayat fatihah dengan zikir yang bergantung dengan maslahah sembahyang contih mengucap amin (آمين) selepas fatihah imam.

* Putus mualat dengan diam yang panjang antara ayat-ayat fatihah dengan ketiadan uzur.

* Putus mualat dengan diam yang pendek dengan niat memutuskan bacaan, semantara diam yang pendek dengan tiada niat memutus tidak memutuskan mualat.

* Jika seorang itu lemah yakni jika seorang itu tidak boleh membaca fatihah dengan sebab tiada yang mengajarnya, ketiadan mashaf (kitab al-Quran) atau lainnya, nescaya wajib membaca tujuh ayat, sekalipun bercerai-cerai dengan syarat sama banyak huruf ayat itu dengan surah fatihah.

* Sekiranyan dia tidak boleh mambaca tujuh ayat hendaklah dia mambaca tujuh bagai daripada zikir atau doa’ dengan syarat huruf zikir dan doa’ itu sama banyak dengan huruf fatihah.

* Sekiranya dia lemah pada sekeliannya maka hendaklah dia berdiri sekada masa bacaan fatihah.


Responses

  1. Asssalamua’laikum ustaz,
    Apa erti tanassukh,inkarnasi dan tajassud dan apakah dalil naqli dan ‘aqli ketiga-tiganya itu atas Allah Taala.Sekian.Terimakasih.

  2. Maaf,salah tulis.Apakah dalil naqli dan ‘aqli mustahil ketiga-tiganya atas Allah.

  3. kenapa tak jawab soalan saya

  4. Assalamu’alaikum Ustaz,
    Seseorang yg bersembahyang Jumaat dia telah berniat dr awal hanya akan mengikut Imam pada rakaat yg pertama sahaja kerana sebab2 yg tertentu,kemudian dia bermufaraqah.Adakah sah sembahyangnya?

    • Sah sembahyangnya kerana dia telah mendapat satu rakaat.
      Salah satu syarat sah jumaat dapat satu rakaat serta imam, sama ada serakaat itu awal sembahyang imam atau akhir.

  5. sembahyang jumaat boleh farakah ka? saya keliru sedikit.

    • harus mufarakah pada rakaat yang kedua

  6. Ustaz, apa yang perlu buat jika seseorang itu mempunyai penyakit was-was ketika membca Al-Fatihah, sehingga dia terpaksa berulang-ulang kali?Sehinggakan dia berasa malas hendak solat dengan alasan memayahkan. Apa yang perlu dia buat?

    • pelajari fatihah daripada guru yang mahir fekah.

  7. Apa maksud mualat?

    • Berturut turut, jika pada wuduk hendaklah dibasuh satu angota sebelum kering angota yang sebelumnya tetapi ianya sunat. Pada fatihah hendaklah dibaca ayat seterusnya dengan berturut turut tidak disengang perkatan yang lain atau diam yanganjang dll. Dan banyak hukum memerlukan mualat.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: