Posted by: almalakawi | 30 Mac 2010

Rukun sembahyang yang ke-lima

Rukun yang ke-lima rukuk dengan dua syarat pertama serta tetap angota (طمأنينة) dan kedua jangan dikasad pada ketika turun rukuk dengan yang lain.

*Erti tetap angota (طمأنينة) ialah tetap angota daripada dua pegerakkan. Maksud dua pegerakkan disini ialah pergerakkan turun rukuk dan pergerakkan bangkit dari rukuk, maka hendak lah orang yang rukuk itu berhenti sekurang-kurangnya sekadar (سبحان الله), dengan kata lain jangan lah sesaorang itu menyambung pergerakkannya dari turun rukuk dan apabila sampai kepada rukuk terus bangkit dengan tidak berhenti.

* Sekurang kurang rukuk menyampaikan dua tapak tangan kepada lutut dengan menegakkan tangan yakni tidak membengkokkan siku bagi mereka yang pertengahan kejadian tangan dan lututnya, ertinya tangan nya tidak panjang sangat dan tidak pendek sangat, dan lututnya tidak terlalu ke-bawah dan tidak terlalu ke-atas

* Rukuk yang sempurna ialah menegakkan kaki dan meratakan belakang.

* Syarat rukuk hendaklah jangan dikasadkan turun rukuk dengan yang lain, seperti seorang yang turun kerana hendak sujud tilawah (sujud kerana bacaan ayat sejadah) dan apabila sampai kepada had rukuk dia terus rukuk yakni tidak diteruskan kasadnya untuk sujud tilawah maka rukuknya tidak memada, dengan itu dia hendaklah bangkit semula dan turun rukuk.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: