الإجتهاد لاينقض بالإجتهاد
Ijtihad yang pertama tidak boleh dibatalkan hukumnya dengan ijtihad yang kedua
Maka sah apa sahaja yang dilakukan dengan ijtihad yang pertama, dan lepas lah seorang itu dari tuntutan, apabila dia memperbuat sesuatu dengan ijtihad yang pertama, tetapi hukum hendaklah diubah pada masa yang akan datang dengan ijtihad yang kedua, kerana tiada yang menguatkan mana-mana satu pada ketika itu.
Qaedah ini berdalilkan ijmak sahabat seperti mana diceritakan oleh ibnu Sobag bahawa Sadina Abu Bakar telah menghukum dengan suatu yang menyalahi pendapat (ijtihad) Saidana Omar dan Saidana Omar tidak membatalkan hukum itu pada masa pemerentahannya.
Cabang qaedah ini:
* seorang yang berubah ijtihadnya pada menentukan kiblat maka dia hendaklah beramal dengan ijtihadnya yang kedua tetapi dia tidak perlu mengulang atau meqada sembahyang yang telah dilakukan dengan ijtihad yang pertama, sehinga jika seorang itu sembahyang empat rakaat dengan empat pihak dengan ijtihad maka tiada perlu diulang sembahyangnya.
* apabila hakim menghukum denga ijtihad yang pertama kemudian berubah ijtihadnya pada masalah yang sama maka ijtihad yang kedua tidak boleh membatalkan hukum yang telah dijatuhkan dengan ijtihad yang kedua, tetapi pada masa akan datang hakim itu hendaklah menghukum dengan apa yang telah diputuskan dengan ijtiha yang kedua. Adapun ijtihad yang pertama yang diyakini tersalah maka batal hukumnya.
Assalamu’alaikum Ustaz.
Apa hukumnya,jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat qaul qadim Imam Assyafii dan meninggalkan pendapat qaul jadid?
By: ilham othmany on 20 April 2010
at 1:52 am
Kata setengah ulama tidak boleh beramal dengan qaul qadim kerana imam syafie telah meningalkan qaul itu, dan kata setengah boleh beramal dengan qaul tapi tidak boleh hujah.
Ada beberapa masalah di dalam qaul qadim yang difatwakan oleh ulama mazhab Syafie hendaklah diamalkan dan meningalkan qaul jadid, sila lihat https://almalakawi.wordpress.com/2009/05/08/yang-difatwa-dengan-kaul-qadim/
By: Al-Malakawi on 20 April 2010
at 11:41 pm
Salamua’laik.. Ustaz.. maaf, ana nak bertanya. Kaedah Qawaid yang al-Adat Muhakkamah xda ke?? Kalau boleh sertakan lima kaedah tersebut secara tersusun sebagai rujukan ana.. 🙂 Maaf, sekiranya menyusahkan pihat Ustaz..
By: ..::* Zunn *::.. on 22 Jun 2010
at 1:29 pm
saya belum sempat menulisnya اشاء الله saya akan menulisnya buat masa ini saya sedang sibuk.
By: almalakawi on 23 Jun 2010
at 10:31 am
Ustadz, apakah ada kaidah At-tark ? Mohon dijelaskan. Syukron
By: zamzami on 23 Oktober 2010
at 8:37 pm