Posted by: almalakawi | 19 April 2010

Bab yang kedua qaedah yang pertama الإجتهاد لاينقض بالإجتهاد

الإجتهاد لاينقض بالإجتهاد

Ijtihad yang pertama tidak boleh dibatalkan hukumnya dengan ijtihad yang kedua

Maka sah apa sahaja yang dilakukan dengan ijtihad yang pertama, dan lepas lah seorang itu dari tuntutan, apabila dia memperbuat sesuatu dengan ijtihad yang pertama, tetapi hukum hendaklah diubah pada masa yang akan datang dengan ijtihad yang kedua, kerana tiada yang menguatkan mana-mana satu pada ketika itu.

Qaedah ini berdalilkan ijmak sahabat seperti mana diceritakan oleh ibnu Sobag bahawa Sadina Abu Bakar telah menghukum dengan suatu yang menyalahi pendapat (ijtihad) Saidana Omar dan Saidana Omar tidak membatalkan hukum itu pada masa pemerentahannya.

Cabang qaedah ini:

* seorang yang berubah ijtihadnya pada menentukan kiblat maka dia hendaklah beramal dengan ijtihadnya yang kedua tetapi dia tidak perlu mengulang atau meqada sembahyang yang telah dilakukan dengan ijtihad yang pertama, sehinga jika seorang itu sembahyang empat rakaat dengan empat pihak dengan ijtihad maka tiada perlu diulang sembahyangnya.

* apabila hakim menghukum denga ijtihad yang pertama kemudian berubah ijtihadnya pada masalah yang sama maka ijtihad yang kedua tidak boleh membatalkan hukum yang telah dijatuhkan dengan ijtihad yang kedua, tetapi pada masa akan datang hakim itu hendaklah menghukum dengan apa yang telah diputuskan dengan ijtiha yang kedua. Adapun ijtihad yang pertama yang diyakini tersalah maka batal hukumnya.


Responses

  1. Assalamu’alaikum Ustaz.
    Apa hukumnya,jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat qaul qadim Imam Assyafii dan meninggalkan pendapat qaul jadid?

  2. Salamua’laik.. Ustaz.. maaf, ana nak bertanya. Kaedah Qawaid yang al-Adat Muhakkamah xda ke?? Kalau boleh sertakan lima kaedah tersebut secara tersusun sebagai rujukan ana..🙂 Maaf, sekiranya menyusahkan pihat Ustaz..

    • saya belum sempat menulisnya اشاء الله saya akan menulisnya buat masa ini saya sedang sibuk.

  3. Ustadz, apakah ada kaidah At-tark ? Mohon dijelaskan. Syukron


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: