Posted by: almalakawi | 21 Mei 2010

Rukun sembahyang yang ke- tujuh

Rukun yang ke-tujuh sujud dua kali serta t’amanina pada tiap-tiap rakat.

Syarat sujud:

* jangan dikasadkan sujud kepada yang lain maka jika trjatuh seorang dalam keadan dahi ditempat sujud dan dia jadikan jatuh itu sebagai sujud nescaya tidak memada sujudnya maka wajib dia kembali kepada berdiri dan turun sujud semula.

* hendaklah sujud pada satu suku angota sujud yang tujuh iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut, dan dua perut anak jari kaki.

* hendaklah dahi terbuka yakni tidak ada syatu yang ditanggung dan bergerak dengan geraknya yang menegah sampai dahi pada tempat sujud, seperti pembalut, ekor serban yang bergerak dengan geraknya dan lainnya. Adapun suatu yang ditangung tetapi tidak bergrrak dengan gerak orang yang sembahyang maka sah sujud diatasnya, seperti ekor serban yang panjang yang tidak bergerak apabila dia bergerak atau kain sapu tangan yang diletak pada tempat sujud pada ketika sujud dan dilepaskan kemudian apabila dia bangun diambil dan dipegang.

* sekiranya ada pembalut luka pada dahi dan payah hendak membuangnya atau jika dibuang menjadi mudarat maka sah sujud di atasnya dan tidak wajib qada sembahyang melainkan ada najis yang tidak dimaafkan ada di bawah pembalut itu.

* tidak wajib membuka dua tapak tangan, dua lutut dan dua perut anak jari ketika sujud bahkan wajib menutup sebahagian lutut bagi lelaki dan wajib menutup lutut dan dua perut anak jari kaki bagi perempuan kerana aurat. Dan sunat dibuka dua tapak tangan bagi kedua lelaki dan perempuan.

* disyarat kan ditekan dahi pada tempat sujud dengan berat kepala yani tidak diangkat dahi sehinga dahi jejak sedikit sekiranya di letakkan kapas dibawahnya tidak lepeh kapas itu orang melayu pangil jejak bara.

* jangan diulang sujudnya setelah cukup syarat sujud maka jika sujud seorang pada suatu yang tajam dan diseret dahinya pada tempat yang lain dengan ketiadaan diangkat nescaya sah sujudnya itu dan jika diangkat dahinya maka pada ini masalah ada hurayan pertama jika sudah ada t’amaninah batal sembahyangnya jika dilakukan dengan sengaja lagi tahu akan haramnya kerana menambah rukun kedua jika belum lagi ada t’amaninah sah sujudnya itu.


Responses

  1. Assalamualaikum ustaz adakah menjadi kesalahan & adakah sah jika sujud ditempat yang berlapis2 sejadahnya…?

    • Tidak menjadi kesalahan tetapi perkara itu tidak layak bagi orang yang sedang berbuat ibadat yang merendahkan diri kepada Allah.

  2. Assalamualaikum Ustaz,

    Semasa hendak memulakan sujud dari berdiri tegak….yang manakah harus didahulukan, dua tapak tangan atau dua lutut mencecah lantai/tempat sujud.

    Terima kasih.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: