Posted by: almalakawi | 28 Mei 2010

Kaffarah bunuh كفرة القتل

Kaffarah bunuh كفرة القتل

Saya tulis artikal ini, kerana ramai di kalangan masyarakat kita tidak mengetahui apabila berlaku kemalangan dan ada kematian dengan sebab kemalangan itu, bahawa wajib atas pemandu membayar kaffarah, selain daripada wajib membayar diat.

Apabila sesaorang itu ada membunuh orang yang terpelihara darah, samaada sengaja, tersalah (tidak sengaja) atau menyerupai sengaja maka wajib atas yang membunuh membayar kaffarah.

Orang yang terpelihara darah ialah sekelian orang islam dan kafir yang diberi aman.

Orang yang yang tidak wajib kaffarah ialah:

Oarang yang adil membunuh penderhaka didalam peperangan, begitu juga penderhaka tidak wajib kaffarah.

Orang yang membunuh orang yang hendak membinasakanya.

Orang islam yang membunuh orang yang murtad

Orang yang membunuh kafir harbi.

Kaffarah yang wajib di lakukan

1. memerdeka seorang hamba yang mukmin yang ketiadan cacat yang mencederakan pada berkerja.

2. sekiranya tiada hamba atau ada tetapi harganya lebih daripada harga semasa maka hendaklah orang yang membunuh yang masih hidup berpuasa dua bulan berturut-turut dengan diniatkan kafarah.

* Wajib ditentukan didalam niat bahawa puasa itu untuk kaffarah, tidak mengapa jika didatangkan di dalam niat itu kaffarah sahaja dengan tidak mendatangkan kaffarah bunuh.

* Putus berturut-turut dengan berbuka sehari (tidak puasa sehari) sekalipun tidak berpuasa itu kerana uzur seperti sakit, kecuali uzur yang yang menafikan puasa (tak boleh puasa kerana tidak sah) seperti gila, haidh. dan nifas maka tidak putus berturut-turut apabila kedatangn uzur itu ditengah puasa.

3. sekiranya yang membunuh atau menyababkan kematian telah mati maka hendaklah ahli waris memerdekakan hamba maka harganya diambil daripada harta peningalan mayat, sekiranya ketiadan hamba atu ada tetapi harganya lebih daripada harga semasa maka wajib ahli waris mengeluarkan enam puluh cupak bagi setiap seorang yang dibunuh, dan hendaklah diberikan kepada fakir miskin.

Peringatan: enam puluh cupak yang dikeluarkan itu bukan kaffarah tetapi ganti bagi puasa yang tidak dapat dilakukan.

Jenis-jenis bunuh yang mewajibkan kaffarah

1. bunuh dengan sengaja iaitu melakukan satu perkara yang menyebabkan kematian dengan sesustu yang boleh membunuh pada kebiasannya. Termasuk membunuh diri, menjadi saksi pendusta yang menyebabkan orang yang disaksikan itu dihukum bunuh, hakim yang menghukum bunuh kepada orang yang tidak dihukum bunuh di sisi syarak seperti pengedar dadah, orang yang mengantung pengedar dadah dan sebagainya.

2. bunuh dengan tersalah melakukan suatu perkara yang menyebabkan kematian dengan tersalah/tersilap, seperti:

* menembak perburuan terkena orang.

* pemandu kenderan yang menyababkan kematian, samaada yang mati dirinya sendiri, penumpang atau orang lain yang terlibat dengan kemlangan itu, إن شاء الله perkara ini saya akan terang secara terperinci.

* tersalah memberi ubat yang menyebabkan kematian.

3. bunuh menyerupai sengaja iaitu melakukan satu perkara yang tidak menyebabkan kematian pada kebiasannya seperti memukul dengan rotan, memukul denga tongkat yang ringan pada tempat yang tidak memyebabkan kematian seperti pukul pada kaki dan lainnya.

Bertempur/kemalangan الإصطدام

Bertempur ada beberapa jenis kerana terkadang bertempur antra dua orang yang berjalan kaki, terkadang berkenderan keduanya, terkadang yang satu berjalan kaki dan yang satu lagi berkenderan.

Jenis kemalangan yang wajib kaffah

1. Apabila bertempur dua orang yang berjalan kaki dan mati keduanya maka wajib atas keduanya, dua kaffarah. Satu kaffarah dirinya dan satu lagi kaffarah orang yang ditempuh.

2. Apabila bertempur dua orang dan mati salah seorang maka wajib kaffarh atas yang hidup satu kaffarah dan yg mati satu kaffara terbunuh diri sendiri.

3. Apabila bertempur dua orang perempuan yang berjalan kaki dan dalam perut keduanya ada kandungan dan mati sekeliannya maka wajib setiap seorang perempuan itu empat kaffarh. Iaitu kaffarah diri masing masing, kaffarah orang yang ditempur, kaffarah anak yang ada didalam perut masing masing dan kaffarah anak yang ada didalam perut orang yang ditempuh.

4. Apabila bertempur dua kenderaan dan di dalamnya ada beberapa orang, seperti empat orang di dalam setiap kenderan maka pemandu setiap kenderan wajib atasnya lapan kaffarah. Iaitu satu kaffarah terbunuh diri masing masing, tiga kafarah terbunuh tiga penumpang yang ada didalam kenderann masing masing, satu kaffarah terbunuh pemandu yang kena tempur, tiga kaffarah terbunuh tiga penumpang yang berada didalam kenderaan orang yang ditempuh.

Selain dari itu dikiaskan dengan apa yang telah tercatat.

Selain daripada kaffarah wajib membayar diat, kerosakkan kenderaan dan kerosakkan barang yang dibawa. إن شاء الله saya akan tulis satu artikal khusus untukkya.


Responses

  1. Assalamualaikum ustaz, tolong betulkan saya…jika saya keliru…maksudnya
    jika seseorg pemandu bas contohnya yang mempunyai 44 org penumpang, apabila berlaku kemalangan penumpangnya mati maka pemandu wajib kaffarah, mengikut bilangan penumpang yang terbunuh ke ustaz? Jika diberikan contoh 1 org dikenakan 2 bulan berturut2 berpuasa jika berlaku kes di atas adakah pemandu tersebut akan berpuasa selama 88 bulan, begitu ke maksudnya?

    yang dimaksudkan dengan bilangan 1 kaffarah itu bagaimana ustaz?

    • Benar kata saudari itu, Dan dia boleh ceraikan puasa dua bulan yang kemudian begitu seterusnya.
      Satu kafarah itu ialah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, jika tidak ada maka puasa dua bulan berturut-turut.

  2. Dan dia boleh ceraikan puasa dua bulan yang kemudian begitu seterusnya. maksudnya bagaimana tu ustaz? minta dijelaskan..terima kasih

    • wajib pemandu itu puasa dua bulan berturut untuk seorang yang mati dengan sebabnya kemudian dia boleh berehat dan selepes itu dia boleh memulakan berpuasa dua bulan berturut untuk orang yang kedua. begitulah seterusnya.
      Sekiranya pemandu itu turut mati ahli warisnya wajib membayar fidyah 41 orang iaitu termasuk fidyah pemandu kerana dia membunuh dirinya sendiri.

  3. oo terima kasih ustaz, jika berlaku puasanya terbatal (cthnya pada hari yang ke-19) adakah pemandu tersebut perlu mengulangnya semula kepada hari pertama berpuasa?

    • Wajib mula semula dari awal.

  4. Assalamualaikum ustaz…
    Syarat2 seseorang itu patut dikenakan kiffarah ialah membunuh orang islam…selain dari itu, adakah syarat2 lain yang boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan kiffarah?

  5. Assalamualaikum,
    ustaz baru2 ini ana terlibat dalan sebuah kemalangan yang telah menyebabkan kehilangan nyawa.. asal kejadian seorang hamba allah membuat pusingan U pada jalan yang tidak sepatutnya.. dan terjadinya ana terlanggar motosikalnya. beliau tercampak dan terhantuk kepala di pembahagi jalan dan menyababkan kematian..

    jadi dalam ape yang ana faham ana dikehendaki berpuasa 2 bulan berturut2.

    persoalan ana boleh ke ana menagguhkan puasa tersebut kepada satu masa ana bersedia.. dan adakah menjadi dosa pada ana sekiranya ana tidak melaksanakan puasa dan membayar fidyah sekiranya ana meninggal terlebih dahulu.

    sekian.

    • Anda boleh menangohnya jika dizankan umur anda panjang dan anda dapat melaksananya sebelum mati. Jika sekiranya anda mati sebelum anda melaksananya dan anda ada azam hendak melaksananya maka tidak mengapa


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: