Posted by: almalakawi | 1 Jun 2010

Khabar mutawatir المتواتر

Sebelum kita masuk lebih jauh terlebih elok kita bincangkan jenis hadis dengan nisbah sampai kepada kita maka adalah ia dua bahagian:

1. Khabar mutawatir.

2. Khabar ahad.

Sekiranya bagi khabar itu banyak periwayatnya sehinga mustahil berbohong mereka itu maka dinamakan mutawatir.

Sekiranya baginya periwayat yang tidak sampai had yang tersebut maka dinamakan hadis ahad.

Pengenalan (ta’rif) khabar mutawatir:

1. di sudut bahasa: perkataan mutawatir المتواتر itu adalah isim fail yang diambil dari asalnya التواتر bererti التتابع, seperti ucapan تواتر المطر bererti تتبع نزوله terjemahannya, telah berturut-turut turun hujan.

2. di sudut istilah: suatu yang diriwayatkan oleh kumpulan yang ramai sehinga bilang-bilangan yang mustahil pada adat mereka itu mufakat berbohong.

Keterangan ta’rif

Suatu yang mutawatir itu ialah hadis atau khabar yang diriwayatkan oleh perawi yang ramai sehinga mustahil mereka itu sepakat berbohong, ramai mereka itu pada setiap lapisan daripada sekelian lapisan sanad.

Makna lain suatu yang mutawatir itu ialah hadis atau khabar yang banyak jalan periwatnya sehinga mustahil mereka semua sepakat berbohong.

Syarat hadis atau khabar mutawatir:

Untuk benar benar khabar itu sampai tahap mutawatir mestilah ada empat syarat:

1. bahawa diriwyat oleh bilang-bilangan yang ramai. Ada beberapa pendapat tentang bilangan yang dikira sampai had mutawatir.

2. bahawa mustahil mereka itu mufakat berbohong.

3. bahawa hendaklah perawi yang ramai itu pada setiap lapisan sanad.

4. bahawa menghubung mereka itu akan khabar mereka itu atas jalan yang nyata berlaku. Seperti kata mereka itu: “سمعنا kami dengar atau رأينا kami lihat atau لمسنا kami sentuh” dan seumpamanya maka hendaklah perkara yang disampaikan itu khabar/berita yang nyata berlaku, bukan yang didapati munguna akal seperti kata mereka itu baharu alam ini maka tidak dinamakan khabar mutawatir.

Hukum khabar mutawatir

المتواتر يفيد العلم الضروري khabar mutawatir memberi faidah ilmu yakin dengan tidak perlu berfikir bandingannya seperti seorang yang melihat suatu perkara dengan matanya sendiri yang mana dia tidak boleh menolak berlaku perkara itu maka begitu juga khabar mutawatir kerana khabar mutawatir diterima dengan tidak perlu menyelidik keadan perawinya.

Khabar mutawatir terbahagi dua:

1. Mutawatir lafzi (المتواتر اللفظي) iaitu khabar yang mutawatir pada lafas dan pada makna.

Contoh: من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار telah meriwayat hadis ini lebih tutuh puluh orang sahabat kemudian diriwayat oleh perawi yang ramai pada setiap lapisan dan ada lapisan yang melebihi dari itu.

2. Mutawatir ma’nawi (المتواتر المعنوي) iaitu khabar yang mutawatir pada makna tidak pada lafas.

Seperti hadis-hadis mengangkat tangan ketika berdoa, sesunguhnya telah diriwayat dari Rasulullah صلي الله عليه والسلم lebih kurang seratus hadis, setiap hadis itu ada menyebut tentang mengangkat tangan pada ketika berdoa, tetapi pada berlainan keadaan dan setiap keadaan tidak sampai tanga mutawatir dan kadar yang bersekutu antara segala hadis itu iaitu mengangkat tangan ketika berdoa. Ini membawa mengangakat tangan ketika berdoa menjadi mutawatir apabila dipandang pada sekelian jalan periwayatan hadis itu.

Hadis-hadis yang sampai tanga mutawatir seperti hadis tentang kolam nabi, hadis menyapu diatas dua setokin kulit, hadis mengangkat tangan ketika sembahyang dan lain lagi.

Sebahagian kitam-kitab hadis mutawatir

1.الأزهر المتناثرة في الأخبار المتواترة karangan Imam Sayuti.

2. قطف الأزهار karangan imam Sayutu juga tetapi kitab ini ringkasan kitab yang sebelum ini.

3. نظم المتناثر من الحديث المتواتر karangan Muhammad bin Jafar Al-kattan.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: