Posted by: almalakawi | 4 Julai 2010

Bab yang kedua qaedah yang ke empat التابع تابع

Suatu yang mengikut (seperti anak lembu di dalam perut) adalah hukumnya, hukum yang mengikut

Masuk dibawah qaedah ini beberapa qaedah.

Pertama التابع تابع أنه لايفرد بالحكم لأنه جعل تبعا

Suatu yang mengikut hukumnya adalah hukum suatu yang mengikut, bahawasanya ia tidak boleh ketunggalan/terasing pada hukum.

Ertinya suatu yang mengikut(seperti anak lembu di dalam perut) tidak boleh terasing pada hukumnya dengan sendiri dengan tidak mengikut hukum suatu yang dikut (seperti ibu lembu).

Contoh 1. seseorang yang menghidupkan tanah yang mati (membuka tanah yang tiada milik orang) yang ada halaman (harim) seperti mengali telaga, maka keliling telaga itu dinamakan halaman maka dia memilikki halaman itu. Apabila dia hendak menjual telaga itu maka halaman itu termasuk dalam jualan. Sekiranya dia hendak menjual keliling telaga (halaman/harim) sahaja dengan tidak menjual telaga maka jualan itu tidak sah kerana halaman tidak boleh terasing pada hukum.

Contoh 2. anggota binatang yang terpotong daripada binatang hidup adalah haram dimakan kerana ianya tidak boleh terasing pada hukum, dan halal memakannya jika dari angota binatang yang telah disembelih kerana halalnya mengikut bagi binatang yang disembelih.

Contoh 3. anak yang didalam perut mengikut jualan ibunya maka tidak boleh menjual anak didalam perut dengan tidak menjual ibunya.

Kedua التابع يسقط بسقوط المتبوع

Suatu yang mengikut akan gugur apabila gugur suatu yang diikut.

Contoh 1. orang gila yang luput sembahyang pada hari dia gila maka dia tidak sunat qada’ sembahyang rawatib (sunat yang mengiringi sembahyang fardu) kerana apabila gugur sembahyang fardu maka gugurlah juga sembahyang sunat rawatib.

Contoh 2. seorang yang tidak dapat wukuf di Arafah maka dia bertahalul dengan tawaf, sa’I dan bercukur (yakni bertahlul dengan perkerjaan umrah) dia tidak boleh bertahalul dengan melontar kerana melontar adalah suatu yang mengikut wukuf.

Contoh 3. apabila mati tentera berkuda maka kuda tidak mendapat habuan dari harta gahnimah kerana apabila gugur hak dari matbu’ maka gugur lah hak bagi tabik.

Ke tiga التابع لا يتقدم علي المتبوع

Suatu yang mengikut tidak boleh mendahului akan suatu yang dikut.

Contoh 1. makmum tidak sah mendahui imam pada takbiratul-ihram, makmum tidak boleh berada dihadapan imam, dan dia tidak boleh mendahului pada segala perbuatan sebelum imam melakukanya.

Contoh 2. sekiranya jual-beli dengan syarat gadaian maka tidak boleh mendahulukan akad gadaian daripada akad jualan seperti aku gadai jam ini dengan bahawa engkau jual kepada aku motorsikal ini, kerana gadayan mengikut bagi jualan.

Ke empat يغتفر في التوابع ما لا يغتفر في غيرها

Dimaafkan pada suatu yang mengikut, barang yang tidak maafkan pada lainnya.

Contoh: harus orang yang berjunub duduk di halaman masjid kerana ia dimaafkan bersalahan duduk di dalam masjid.


Responses

  1. Apakah jika bangsa kafir memberikan bantuan bisa diterimah…?
    Takut nanti disebut haram oleh islam..ini hanya pertayan uztad…ajaran uztad yang tidak beriman dengan islam diangap kafir…kan uztad karena saya sudah tahu ajaran islam Muhammd.

    Jangan marah ya uztad sebuah pertayaan sekedar untuk mengenal pencucian otak muslim.

    • Harus mengambil bantuan dari kafir jika dengan mengambilnya tidak jadi terhina.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: