Posted by: almalakawi | 5 September 2010

Haram mengambil zakat pendapatan

Mengambil zakat pendapatan adalah haram kerana tak perlu mengambilnya dengan sebab yang akan datang, lagipula menzalimi orang yang diwajibkan mengeluar zakat pendapatan. Sekiranya orang yang makan gaji/berpendapatan tetap, ada simpanan duit yang sampai nisab maka dia wajib zakat simpanan apabila sampai hol (cukup setahun) dan sekiranya di dalam hitungan sampai nisab tetapi dalam simpanan tidak ada nisab dan terkadang orang ini tidak cukup gajinya/pendapatannya untuk perbelanjaan diri dan orang yang di bawah tangungannya maka orang yang mewajibkan zakat pendapatan telah menginyanya dan menzaliminya


ولاتأكلوا أموالكم بينكم بالباطل


Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, al-Baqarah 188


Pekara yang wajib zakat hanya lima pekara
1. Binatang ternakan yang cukup nisab dan cukup tahun.
2. Emas dan perak yang cukup nisab dan cukup tahun (zakat simpanan). Duit simpanan wajib zakat kerana ianya ganti emas. Zakat galian, dan rikaz yang sampai nisab keduanya.
3. Tanaman bijirin, yang cukup nisab.
4. Buah tamar dan angur yang cukup nisab.
5. Harta perniagaan yang cukup nisab dab cukup tahun.
.
والله اعلم


Responses

  1. sALAMUALAIKUM USTAZ….

    tAJUK YANG USTAZ UTARAKAN DIATAS DENGAN URAIAN USTAZ TAK LENGKAP…

    CUBA USTAZ RUJUK FIQ ZAKAT KARANGAN YUSOFF ALQURADAWI……

    DISANA ADA DIBAHASKAN HUKUM ZAKAT PENDAPATAN SECARA PANJANG LEBAR…..

    • Minta maaf saya tak mengikut pendapat Yusuf Qardawi kerana saya mengikut pendapat ulama Syafie Yang muktabar lagi yang muktamad.
      Begitu juga menurut empat mazhab tidak wajib zakat pendapatan. والله اعلم

      • Menurut empat mazhab tidak wajib zakat pendapatan ? Sila semak betul-betul pendapat tuan. Jangan menyandarkan pendapat yg tidak dikemukakan oleh Imam Mazhab secara melulu.

    • assalamualaikum ustaz,
      mohon pandangan dari ustaz : zakat pendapatan dari gaji dikenakan dan zakat simpanan dari pendapatan gaji juga dikenakan. ini bermakna seseorang tersebut dikenakan 2 kali zakat di atas satu pendapatan. sedangkan zakat wang simpanan sahaja perlu dikeluarkan apabila cukup haul dan nisab sebagaimana yang dibahaskan oleh imam mazhab.

  2. Bukan saya minta ikut pendapat Dr YQ…. sya minta baca…. sya juga pelajar pondok sama macam ustaz……malah saya juga sempat ke luar nagara…….11 tahun saya dipondok………..bila saya mendalami pendapat2 ulamak saya meraikan pendapat mereka……dan amat takut untuk mengutarakan pendapat seseorang ulamak dikatakan haram……….siapalah kita….setakat 10 tahun dipondok……….banyak lagi yang perlu kita dalami dalam mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah fekah…….bukan dengan cara yang agak keras dengan pandangan kita….

    Maaf ustaz….
    sapalah saya nak tegur ustaz……
    cuma saya sebagi rakan amat berharap berhati-hati dalam penulisan kita…

    Maaf dan slam persaudaran
    dan selamat menyambut remadan
    dan Eidil Fitri

    • Terima kasih atas nasihat ust itu.
      saya nak tanya adakah salah saya katakan haram lagi tidak sah sembahyang sesaorang yang setelah mengambil wudu kemudian menyentuh perempuan yang halal nikah dengannya.
      Ust seolah-olah tidak membenarkan saya menyatakan pandangan mazhab yang saya anuti.

      • Salam. Ana setuju dengan hujah Ustaz yang berpegang teguh dengan pendapat dalam mazhab syafii. Tidak ada salahnya Ustaz mengatakan hukum yang berdasarkan mazhab syafi’i apatahlagi hukum itu diiktiraf oleh kesemua mazhab feqah ahli sunnah. Bukan senang nak cari tuan guru yang dapat ilmu secara bersanad, sebab itu hatinya teguh berpegang dengan mazhab. Imam Nawawi dan Imam Ghazali pun tak berani keluar mazhab. Ana yakin penceramah yang suka bagi pendapat yang keluar dari pendapat empat mazhab biasanya tak ambil ilmu secara bersanad sebaliknya sekadar merujuk dan membaca karangan-karangan ulamak lain walhal itu bukan manhaj mengambil ilmu yang benar (maksudnya sekadar membaca tanpa berguru dengan silsilah ilmu ulamak penulis kitab). Ana yakin kebanyakan penceramah yang katanya berpegang dengan pendapat Syeikh Yusuf Al-Qardhawi setakat membaca tulisan beliau, bukannya mengambil sanad ilmu dari beliau, bahkan jumpapun tak pernah. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tidak salah tetapi ana kesal kepada penceramah yang bertaqlid pada pendapat Syeikh Yusuf Al-Qardhawi biasanya menganggap orang lain yang bertaqlid kepada pendapat Imam Syafii taasub dan tak terbuka.

  3. Cuba ustaz bincang dengan YB Ustaz Bahaiqi permasalahan ini……….

  4. yang anehnya ialah kerajaan dok kempen tentang zakat pendapatan sedangkan pengurusan zakat dan baitulmal sungguh mengecewakan.

    saya malah berprasangka bahawa kerajaan nak duit saja! agama jadi alat mengutip duit dari rakyat. sedangkan hak rakyat sendiri tidak ditunaikan.

  5. setuju. mazhab syafie tak sebut ttg zakat pendapatan. Yang ada adalah zakat wang simpanan. JAdi sudah memadai dgn zakat wang simpanan itu bila cukup syaratnya. Ada pendapat mengatakan mrk berpegang pada pendapat mazhab hanafi dlm hal zakat pendapatan ini. Wallahua’lam.

  6. Bagi dupahang ,saya keliru atas alasan apa nk baca artikel dr yq sedangkan tidak disuruh minta pendapatnya. Dupahang sedar ke atas banyak kesalahan dr yq dalam memfatwakan sesuatu hukum yg bersalahan dari ijma’ .Tuan dupahang sedar tak dalam tulisannya ada menyebut mujassimahnya Allah taala.Sepatutnya sebagai pelajar pondok seperti tuan yg mengaji dari muka kulit sehingga ke muka kulit patut tahu pendapat ulama’ yg mcm mana yg sepatutnya kita ambil .Setakat 11 tahun memang kurang ,apakan lagi mengaji luar yg hanya ikut silibus .Umur pengarang blog ini 49 atau 50 .beliau mula mengaji pondok ketika umurnya 25 tahun .secara purata sudah 20 lebih tahun mengaji pondok ,bahkan sehingga sekarang masih mengaji n mengajar .Yb Bahqi nk diajak berbincang ?? jemaah di masjid pun tak nampak sejak jadi tuk wakil . Daripada dia kan lebih baik tuan cadangkan bincang dengan tuk guru pondok tu sendiri yg dimana semua org kenal dengan kealimannya .Disini kita pun boleh lihat yg tuan tidak arif di mana dan dengan siapa tempat ruju’kan apabila permasalahan berlaku .Jadi berhati2 apabila nk cadangkan dengan siapa kita nk suruh untuk buat ruju’kan .ampun maaf zahir batin selamat hari raya

  7. Salam Ukhwaah
    Maaf lambat Respon kerna dah 4 hari deman.

    Saya juga faham didalam mazahab syafiee tidak adanya zakat pendapatan.
    Mazhab Maliki yang menetapkan adanya zakat pendapatan.

    Kembali pada nagara kita………
    Kita semua rakyat akan dikenakan cukai pendapatan(Cuka pendapatan adalah haram mutlak dipungut Jumhur Ulamak)

    Cara untuk menyelamatkan supaya rakyat tidak terlibat dengan pekara yang haram kita galakan mereka bayar zakat pendapatan dan pehak Hasil Dlam Negeri akan memotong bayaran cukai pendapatan.

    Harta umat Islam sampai kepada sesaran yang tepat bila mereka membayar cukai pendapatan……..kalau cukai pendapatan dibayar pada kerajaan hari ini hasil nya………tahu tahulah kerajaan yang zalim hari ini mana di belanja duit rakyat.

    Maafffffff……..meraikan pendapat ulamak yang muktabar amat berguna untuk kemaslahatan umaah dan rakyaat…

    Cukup lah debat kita kali ini kerna membuang masa kita dalam kerja dakwah kita….ayuh marilah kita tumpukan memulihkan kejahilan umah. dan kita tingalkanlah soal kilifiah dikalangan ulamak muktabar.

  8. Umur pengarang blog ini masih muda..bukan 50 tahun seperti yang dinyatakan oleh blogger “pelik”.

    • Oh ya ke sorrylah silap maklumatlah agaknya .walau apa pun slamat hari raya buat Ustaz dan saudara dupang kita dan semua umat islam .Semuga kita semua sentiasa dirahmati Allah .

  9. assalamualaikum,

    terima kasih pada al fadil ustaz Alias.
    Maaf saya mencelah, saya rasa disini ustaz menyatakan hukum zakat pendapatan disisi mazhab empat. sudah jelas! disini bukannya ustaz membicarakan soal cukai pendapatan. dua benda yg amat berbeza.
    untuk makluman bukan semua org yang bergaji dikenakan cukai pendapatan. disana ada perkiraannya.
    p/s: ada orang gajinya rm3000, tapi terpaksa belanja perubatan sampai rm1500 lebih sebab ada penyakit. mcmana??
    jangan peningkan orang ramai.

  10. Jadual Majlis-majlis Haul Imam Al Haddad 2010Majlis2 Haul 2010
    Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
    Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Layang-Layang, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

    Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

    Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

    Dikirim dalam Majlis Ilmu | Label: 1431h, akad, Ampang, ceramah haul, dakwah, habib Hasan, Habib Umar, Habib Umar Bin Hafiz, Habib Zein, Hari majlis haul 2010, haul 1431h, haul 2010, Imam al haddad, Jalan Damai, jalan hang tuah, kasih, majlis haul, Majlis Haul Imam Al Haddad, Majlis Ilmu, MASJID AL-FALAH, Masjid Baitul Aman, masjid bukhary, qasidah, sambutan

  11. Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

    SILA KLIK http://www.docstoc.com
    UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
    • Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
    • Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    • Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
    • 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    • Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    • Jom Kenali Dr Maza & Co
    • Ahlul Bait Yang Dicerca

    SILA KLIK http://www.4shared.com
    UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
    • Rasulullah Budak Kampung
    • Maulid Tandingi Krismas
    • Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
    • Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
    • Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
    • Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
    • Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

    Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.

  12. Assalamualaikum Ustaz.

    Al-Quranul Karim tidak menetapkan secara jelas jenis-jenis harta yg diwajibkan zakat, syarat2 serta kadar yg perlu dikeluarkan zakat. Segala penetapan terperinci perkara tersebut dtg daripada Sunnah Nabawiyyah Qaulan wa Fi’lan bagi menjelaskan kehendak wahyu al-Quran.

    Di dalam al-Quran, jenis-jenis harta yg wjib zakat adalah sprt berikut :

    1. Emas Dan Perak
    Firman Allah bermaksud : Dan orang2 yang menghimpunkan emas dan perak dan tidak membelanjakannya (zakat) dijalan Allah, maka sampaikanlah kepada mereka azab yg pedih. (at-Taubah : 34)

    2.Tanaman & Buah-buahan
    Firman Allah bermaksud: Makanlah daripada buahnya dan tunaikanlah haknya (zakat) pada waktu menuainya. (al-An’am : 141)

    3. Hasil Usaha Pekerjaan (Perniagaan) dan Hasil Perut Buni (Galian, Harta Karun dll)
    Firman Allah : Wahai orang2 yang beriman, nafkahkanlah (zakat) sebahagian dari hasil usaha kamu yg baik2 dan apa yg kami keluarkan untuk kamu dari muka bumi. (al-Baqarah : 267)

    Adapun jenis2 harta wajib zakat yg diwajibkan bersandarkan hadis Rasulullah SAW adalah :
    1. Binatang ternakan (Lembu, kambing, kerbau, unta)
    2. Tanaman & buah-buahan (Gandum, bijirin, tamar dll)
    3. Emas & Perak
    4. Hasil Perniagaan
    5. Maadin dan Rikaz

    Para ulama terdahulu hingga kini telah berbahas, berbincang dan berselisih pendapat :

    Adakah jenis harta wajib zakat hanya terhad kepada apa yg diwajibkan pada zaman Rasulullah SAW sahaja ? Atau ia boleh dikembangka kepada harta2 yg lain ?

    Ulama Khilaf kpd 2 pendapat :

    1. Mazhab al-Mudhaiyyiqin (menghadkan)
    Mereka menghadkan harta wajib zakat hanya terhadap kpd apa yg diwajibkan pd zmn Rasulullah SAW shj.

    Mrk berhujjah (Imam Ibnu Hazm):
    i. Kehormatan & kemuliaan harta umat Islam adlh thabit dgn Nas2 Syara’. Olh itu, ia tidak blh diambil melainkan dgn Nas2 Syara’ juga.
    ii. Zakat adlh taklifan Syara’, maka hukum asalnya adalah al-baraah (bebas & tidak wajib), melainkan apabila wujudnya Nas. Ia perlu agar kita tidak menghukumkan sesuatu pada perkara yg didak diizinkan olh Allah SWT. Olh itu, kaedah Qiyas tidak boleh digunapakai apatahlagi dlm masalah zakat.

    2. Mazhab al-Muwassi’in (meluaskan)
    Zakat diwajibkan ke atas semua harta yg mempunyai sifat an-Nama’ (berkembang).

    Hujjah mrk (Jumhur):
    1. Al-Quran tidak menetapkan jenis harta wajib zakat secara jelas. Ia hanya menyebut jenis harta wajib zakat secara umum dengan menggunakan terminologi (al-Amwal).
    Firman Allah bermaksud : Ambillah daripada harta2 mrk sedekah/zakat untuk membersihkan (harta) dan menyucikan (jiwa) mereka. (at-Taubah :103)

    Firman Allah bermaksud : Dan pada harta2 mrk ada hak (zakat) bagi org2 miskin yg meminta2 dan org miskin tidak mendapat bahagian. (az-Zariyat : 19)

    Hadis Nabi SAW bermaksud : Ajarkanlah kpd mrk bahawa Allah memfardhukan kpd mereka pada harta mrk sedekah (zakat), diambil drp org kaya dari kalangan mrk dan diserahkan kpd org miskin dr kalangan mrk.

    Hadis Nabi SAW bermaksud : Tunaikanlah zakat bagi harta-harta kamu.

    2. Mereka berpendapat bahawa, jenis harta zakat yg diwajibkan pd zaman Rasulullah SAW bukan bermaksud itu sahaja harta yg wajib dizakat. Ia ia adalah sbg asas dan panduan kpd umatnya.

    3. Harta2 diwajibkan zakat olh rasulullah SAW adalah merupakan harta yg menjadi pekerjaan utama manusia untuk mendapatkan harta dan kekayaan pada zaman tersebut. Namun, ia tidak hanya terhad kepada harta2 tersebut sahaja. Ini terbukti, apabila Khalifah2 Islam sprt Umar mewajibkan zakat ke atas madu dan kuda pd zamnnya. Begitu juga pada zaman khalifah yg lain sprt Usman dan Ali RA.
    Para ulama dan khalifah Islam selepas itu (sprt Umar b. Abd Aziz) turut berijtihad mewajibkan zakat ka atas harta2 lain seperti zakat mal al-Mustafad, zakat mal al-Mustaghallat dan sebagainya.

    Berdasarkan kpd hujah2 di atas, jelas bahawa ini adalah masalah Khilafiyyah yg perlu berlapang dada dalam membahaskannya.

    Kewajipan zakat harta bkn hanya sekadar padangan Dr. Yusuf al-Qardhawi seorang, bahkan ramai lagi ulama2 lain yg mengatakan ianya adalah wajib seperti Dr. Wahbah az-Zuhaili, Muhammad bin Abu Zaharah, Sheikh Hassan at-Thaqaf, Sheikh Abd Fattah b. Abu Ghuddah dan ramai lg. Sebahagian mereka adalah bermazhab Syafie.

    Zakat pendapatan atau mal Mustafad pada hr ini bkn sahaja telah di fatwakan olh Institusi Zakt di Malaysia, bahka juga seluruh negara2 umat Islam sprt Saudi, mesir, Qatar, Sudan, brunei, Indonesia, bahrain, kuwait dll lg. Bahka ia tlh dikuatkuasakan dan digubal undang2 kewajipannya ke atas umat islam di sebahagian negara tersebut.

    Saya keliru bagaimana boleh timbul istilah HARAM? Ada perbezaan klu kita bljr ilmu usul feqh antara HARAM dgn TIDAK HARUS @ TIDAK WAJIB.
    Olh krn ini adalah perkara khilafiyyah (wlupun Majoriti ulama telah mengatakan ia wajib), maka tidak sepatutnya timbul istilah HARAM mengambil zakat pendapatan.

    Bagi saya, apbila jelas zakat pendapatan adalah WAJIB, maka yg HARAM adalah orang yg tidak mengeluarkannya memakan harta pendapatan yg tidak dizakat.

    Sebagaimana Firman Allah SWT bermaksud : Dan jangankah kamu memakan harta2 di kalangan kamu dengan jalan yg batil. (al-Baqarah : 188)

    Kerana, org yg tidak mengeluarkan zakat pendapatannya, sebenarnya ia telah memakan hak org fakir miskin yg dikurniakan olh Allah SWT melalui org2 yg kaya/berharta.

    al-faqir Ila Allah

    Wallahu A’lam Bissowab

    • “Kewajipan zakat harta bkn hanya sekadar padangan Dr. Yusuf al-Qardhawi seorang, bahkan ramai lagi ulama2 lain yg mengatakan ianya adalah wajib seperti Dr. Wahbah az-Zuhaili, Muhammad bin Abu Zaharah, Sheikh Hassan at-Thaqaf, Sheikh Abd Fattah b. Abu Ghuddah dan ramai lg. Sebahagian mereka adalah bermazhab Syafie.”
      MOHON SAUDARA JAWAWIYYUN NYATAKAN NAMA2 KITAB KARANGAN ULAMA2 ATAU NAMA KITAB2 YG MENYATAKAN ULAMA2 DIATAS BERPENDAPAT ZAKAT PENDAPATAN ADALAH WAJIB.

    • assalamualaikum,
      rasa terpanggil untuk memberitahu, pendapat mengatakan zakat pendapatan adalah haram bukan sahaja dari ustaz almalakawi tetapi juga dari ustaz hj ghazali tunjung yg belajar di pondok bunut payong dgn arwah ustaz hj tahir, dan dgn tuan guru hj daud bukit abal. Dalam kitab karangan syeikh uthman jalaluddin al kelantani, dinyatakan kesesatan wahabi (syeikh muhammad abdul wahab) mengambil faham dari ibnu taimiah dan dari ibnu hazm. kebanyakan uztaz zaman sekarang adalah ustaz express dan ustaz cinta dunia. Saya berpegang kepada ulamak2 pondok yang memnpunyai sanad perguruan.Allahuallam

  13. salam,

    Allah tidak memandang dari mana kamu belajar.berapa lama kamu belajar.Orang yang benar benar bertaqwa sangat sangat takut untuk mengeluarkan hukum.bimbang bimbang dia akan dipertanggunjawabkan di hadapan Allah kelak.Jangan dilihat kelulusan seseorang tu tapi lihatlah apa yang dikata/ditulis olehnya.Islam itu agama yang baik.Berzakat itu baik.mengapa dilarang perkara yang baik?.Islam itu mudah.mengapa perlu bersusah.Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Yang benar dari itu Allah yang salah tu sayalah.

    • Ulamak dahulu yg pakar dlm keilimuan mreka serta diiktiraf ilmu mereka oleh ulamak yg pakar juga yg masyhur nama mereka yg telah terdahulu dari kita dan mereka di iktiraf sebagai mujtahid telah membahas dan mengeluarkn hkum dari al-quran dan hadith. Jadi yg sy lihat Ustaz Eliyas telah menaqalkan hukum dari kitab ulamak2 tersebut bukannya beliau mengeluarkan hukum, Cam kan betul- betul perkara ini.

    • Ulamak dahulu yg pakar dlm keilimuan mreka serta diiktiraf ilmu mereka oleh ulamak yg pakar juga yg masyhur nama mereka yg telah terdahulu dari kita dan mereka di iktiraf sebagai mujtahid telah membahas dan mengeluarkn hkum dari al-quran dan hadith. Kita pelajarai kitab2 mereka melalui guru-guru yg diiktiraf keilmuan mereka(bersanad)
      Jadi yg sy lihat Ustaz Eliyas telah menyatakn hukum dari kitab ulamak2 tersebut bukannya beliau mengeluarkan hukum suka2, Cam kan betul- betul perkara ini.
      Kita mesti berhati2 dari mana, dari siapa, kitab apa yg kita belajar. Ini Ilmu agama bukan ilmu masak nasi(Taqwa).Untuk menguasai ilmu perlu masa yang panjang bukan sistem ekspres(belajar hanya beberapa tahun kemudian rujuk kitab tanpa berguru).
      Islam itu mudah tapi bukan kita ambil mudah, pandang mudah, bermudah2 dan sambalewa serta belajar ilmu islam gitu2 sahaja sebab Islam itu mudah. Org yg bertqwa tidak bersikap begini.
      Sekiranya kita menerima pendapat zakat pendapatan wajib , silakan berzakat. Sekiranya kita menerima pendapat zakat pendapatan tidak wajib jgn pula dipaksa orang lain menerima pendapat wajib dan menyatakn orang lain menghalang berbuat baik (menunaikan zakat pendapatan)

  14. assalamualaikum….
    ustaz btl ke ni zakat pendapatan kita tak perlu bayar?saya skg jd tak tahu mana satu yang btl ni…blh ustaz tlg jelaskan…

    • Tidak wajib zakat pendapatan

  15. tentang zakat pendapatan..saya ceritakan pengalaman sebagai orang terima gaji bulan. saya terima gaji setiap bulan..setelah tolak segala keperluan seperti makan, kereta(tak mewah kenari sahaja), pnjman rumah dan yang perlu sahaja..saya cuma ada belanja rm 300 shj..adakah saya juga kena bayar zakat pendapatan sedangkan rm 300 tak cukup untuk saya keluarkan malahan perbelanjaan saya kekadang negatif setiap bulan(mgkn pnjm duit anak atau ehsan isteri).

    adakah untuk mengeluarkan zakat pendapatan saya perlu menyimpan..BUKAN KAH ZAKAT itu lebihan..kalau ye zakat pendapatan itu atas lebihan??DI mana LEBIH nya pendapatan saya???? adakah saya perlu berpuasa untuk membayar zakat..atau saya perlu menukar kereta buruk untuk membayar zakat..??

  16. assalamualaikum…

    kalau faham tentang maqasid syariah pasti tidak mengatakan zakat pendapatan adalah HARAM.

    jika berhujah sekalipun ia tidak thabit dari nas-nas Qati’e, cukuplah katakan ia tidak wajib BUKAN haram.

    • waalaikummussalam,
      bila dah dinamakan zakat maknanya wajib, meletakkan benda yang tidak wajib jadi wajib, maknanya haram.

  17. Kita ini muqollid yang bertaqlid dengan Mazhab Shafie. Jadi bila disebut muqollid ikut sajalah apa yang terdapat dalam Mazhab kita. Kalau kita rasa duit gaji bulanan kita banyak dan kita rasa perlu disedekahkan, lakukan sajalah. Zakat pendapatan memang tidak ada dalam Mazhab kita. Ulama dulu yang istinbat hukum ini bukanlah membuatnya sambil lewa malah penuh berhati2. Zaman dahulupun bukan tiada yang makan gaji. Qadhi, tentera, pegawai2 kerajaan pun ada pada masa dan semuanya makan gaji. Jadi pastinya perkara ini ada dalam pengetahuan ulama dahulu. Buku karangan Sheikh Yusuf Qardhawi itu hanyalah pendapat. Yusof Qardhawi ke atau Sheikh Wahbah Zuhaili ke, atau Mufti Azhar ke atau ulama2 yang ada pada hari ini semuanya bukan bertaraf Mujtahid Mutlaq.

    Usahlah kita bersusah payah nak berfikir tentang perkara yang telah di muktamadkan. Seperti dikatakan di atas, kalau rasa duit banyak dan setiap bulan mau di infaqkan, boleh saja melakukannya tapi itu bukan zakat tapi sedeqah.

    Ini susah bila kita hanya menggunakan logik akal. Sesungguhnya agama itu
    mengatasi akal bukan mengikut akal.

  18. minta duit zakat kat toktok menteri, tak pernah dengar mereka bayar zakat pun. pusat zakat pastikan org2 kaya raya bayar zakat, baru tau berapa banyak harta mereka. kalau duit zakat diurus dengan betul umat islam akan selamat di malaysia ni. pegawai2 zakat akan disoal di akhirat apa yang mereka lakukan, kalau betul selamat kalau tak betul terpelanting kopiah.

  19. Assalamualikum ustaz,
    Semoga ustaz istiqomah dalam menerangkan ilmu yang sebenar. Sesungguhnya terlalu banyak ilmu yang yg menyeleweng yg dipelajari oleh orang ramai termasuk para2 penceramah yg tidak mempunyai sanad guru yg kuat. Semoga Allah menolong perjuangan dan usaha dakwah ustaz,

  20. mmg ada kecenderungan di pihak mengutip zakat utk wajibkan byr zakat pendapatan,xbyr kena penalti..sbb, hujah mrk,zakat pendapatan adala income terbanyak mrk..mrk yakin, mustahil kemiskinan bule dibasmi jika hanye bergantung kpd zakat fitrah dan zakat2 yg harta yg 5 tu,krn,bukan ramai yg jumpa reta karun,beli lembu xjual,tanam padi..majoriti makan gaji..dulu2 mmg ada yg mkn gaji,tp majoriti bertani.

  21. tp mengatakannya haram, agak extreme…xkiralah bersanad ke mengaji 30 thn..elok juga dilihat pd maqsid dan sumbangan zakat yg besar setelah diwajib zakat pendapatan..jika xbyr zakat oleh pemakan gaji terutama yg gaji besar,pasti gaji tu akan ke LHDN..so better byr ke zakat…jika berhujah kepada kerajaan, mungkin ok lah kata haram tp jika berhujah pd pembayar zakat,haram nya itu nti akan bw duit gaji mereka kepada kerajaan.bulelah kerajaan guna beli kapal selam,bangunkan pusat hiburan dll

  22. Assalamualaikum Ustaz, sekiranya kita memang sudah membuat potongan bulanan untuk membayar zakat pendapatan, adakah boleh kita mengganggap dan niatkan jumlah itu sebagai zakat simpanan yaitu seolah-olah kita mengqada’kan jumlah hutang zakat simpanan sebelum ini yang belum berbayar. (saya pun tak pasti ada ker qada’ zakat)

    • Jika duit simpanan sudah sampai nisab harus mendahulukan zakat tapi untuk tahunnya sahaja

  23. http://jemaah-islam.blogspot.my/2008/09/hukum-zakat-pendapatan.html

    Hukum Zakat Pendapatan
    Artikel ini saya petik dari blog seorang pendakwah Indonesia yang menetap di Australia http://hamiludd2kwah.multiply.com/ . Saya kira sangat penting kita memahami hukum zakat pendapatan dengan jelas. Sekiranya ia memang wajb, makin wajiblah kita mengeluarkannya begitu juga sebaliknya. Jika ada kesukaran memahami bahasa Melayu Indonesia, saya cuba terangkan semampunya. Semoga kita semua mendapat pencerahan. Amin.

    Untuk menentukan apakah zakat profesi(zakat pendapatan) disyariatkan atau tidak oleh Islam, terlebih dahulu harus dipahami bahwa zakat adalah ibadah yang telah ditetapkan tata caranya oleh syariat, baik yang berhubungan dengan syarat-syaratnya, pihak yang wajib menunaikan serta yang berhak menerima, jenis benda yang wajib dizakati, kadar, dan cara-cara pendistribusiannya. Syariat Islam telah menetapkan jenis-jenis binatang yang wajib dizakati, misalnya sapi, kambing, domba, dan onta; maupun yang tidak wajib dizakati semacam unggas (burung, dan ayam), udang, jengkerik, belut dan sebagainya; meskipun dipelihara dalam jumlah yang besar. Syariat juga telah menetapkan jenis-jenis tanaman yang wajib dizakati, dan mana yang tidak wajib dizakati. Tidak ada zakat untuk fakihah (buah-buahan), sayur mayur, terung, lobak dan lain sebagainya. [Lihat Dr. Wahbah Zuhaili, al-Fiqh al-Islamiy Adillatuh)

    Akan tetapi, jika unggas, buah-buahan dan sayur-mayur tersebut dijadikan komoditas perdagangan, maka penjual wajib membayar zakatnya. Akan tetapi, zakat yang dikeluarkannya bukan dari zakat ternak atau zakat sayur-mayur dan buah-buahan, akan tetapi zakat perdagangan. Tidak ada zakat bagi mobil, maupun bangunan. Namun, jika mobil dan bangunan itu dijadikan barang dagang, maka keduanya wajib dizakati. Sebab, kedua barang tersebut telah dijadikan komoditas perdagangan, sehingga berlaku zakat perdagangan.

    Tatkala berkomentar terhadap zakat tanaman, Hasan al-Bashriy, Tsauriy dan Imam Sya’bi berpendapat bahwa tidak wajib zakat kecuali pada jenis-jenis yang mempunyai keterangan yang tegas yaitu: gandum, padi, biji-bijian, kurma dan anggur. Yang lainnya tidak wajib, karena tidak ada keterangannya. Imam Syaukani berpendapat bahwa pendapat madzhab ini adalah pendapat yang paling rajih. [Sayyid Sabbiq, Fiqh Sunnah, bab Zakat] Ibnul Qayyim berpendapat, “Tidak ada tuntunan dari Nabi saw untuk memungut zakat dari kuda, baghal, keledai, tidak pula dari sayur-sayuran, semangka, krambaja, buah-buahan yang tidak ditakar dan disimpan, kecuali anggur dan kurma. Sebab, Rasulullah saw telah mengambil zakatnya sekaligus, tanpa memisahkan yang basah dan kering.”[ibid, bab zakat]

    Dalam sebuah hadits riwayat Daruquthniy dituturkan, bahwasanya ‘Abdullah bin Musghirah bermaksud memungut zakat dari hasil tanah Musa bin Thalhah berupa sayur-sayuran. Musa bin Thalhah berkata, “Kamu tidak boleh memungutnya, karena Rasulullah saw tidak pernah mengatakan bahwa tidak wajib zakat pada sayur-sayuran”. [HR. Daruquthniy, dan Al-Hakim, hadits mursal dan kuat]

    Atsram meriwayatkan, bahwa seorang pejabat pada masa Umar mengirim surat kepadanya tentang kurma, dimana dinyatakan oleh pejabat itu bahwa buah persik dan delima lebih banyak dan berlipat ganda hasilnya daripada buah kurma. Umar membalas surat itu, bahwa tidak dipungut zakat dari padanya, sebab, itu termasuk pohon berduri.[Sayyid Sabbiq, Fiqh al-Sunnah, bab zakat]

    Untuk itu, para ‘ulama terdahulu beristinbath, bahwa jika tidak ada nash sharih yang menyatakan benda ini, hewan ini, atau tumbuhan ini wajib dizakati, mereka tidak menzakati benda, tumbuhan, maupun hewan tersebut. Dengan kata lain, tidak ada zakat pada jenis benda yang tidak ditetapkan oleh syariat. Jika seseorang menetapkan bahwa benda ini, tumbuhan ini, atau hewan ini harus dizakati, sedangkan syara’ tidak menetapkannya, sungguh ia telah mensejajarkan dirinya dengan Sang Pembuat Hukum (syaari’) itu sendiri.

    Demikian pula mengenai zakat profesi. Sesungguhnya, Islam tidak pernah mensyariatkan zakat profesi. Ini bisa kita lihat dari kenyataan, bahwa para fuqaha dan ahli tahqiq ternama, tidak pernah membahas masalah ini (zakat profesi) dalam kitab-kitab fiqh mereka. Padahal, pada saat itu, profesi pegawai negara, misalnya qadliy, pencatat, dokter, dan sebagainya sudah ada, baik sejak zaman shahabat hingga masa tabi’iin. Namun, tidak ada satupun dalil yang menunjukkan bahwa Rasulullah saw menarik zakat berdasarkan profesi mereka, misalnya profesi petani, nelayan, dokter, dan sebagainya. Bahkan, sikap generasi awal-awal Islam menolak pemungutan zakat jika jenisnya tidak ditentukan oleh nash syara’. Mereka juga tidak pernah berdalil dengan alasan keadilan dan kesetaraan, apalagi berdalil bahwa hasil dari hewan ini, atau tumbuhan ini, atau profesi ini lebih besar, sehingga tidak adil jika tidak dikeluarkan zakatnya. Sebab, alasan-alasan semacam ini hanya lahir dari hawa nafsu, bukan dari akal yang dibimbing oleh syariat Islam.

    Perhatikan riwayat-riwayat ini:

    Dalam sebuah hadits riwayat Daruquthniy dituturkan, bahwasanya ‘Abdullah bin Musghirah bermaksud memungut zakat dari hasil tanah Musa bin Thalhah berupa sayur-sayuran. Musa bin Thalhah berkata, “Kamu tidak boleh memungutnya, karena Rasulullah saw tidak pernah mengatakan bahwa tidak wajib zakat pada sayur-sayuran”. [HR. Daruquthniy, dan Al-Hakim, hadits mursal dan kuat]

    Atsram meriwayatkan, bahwa seorang pejabat pada masa Umar mengirim surat kepadanya tentang kurma, dimana dinyatakan oleh pejabat itu bahwa buah persik dan delima lebih banyak dan berlipat ganda hasilnya daripada buah kurma. Umar membalas surat itu, bahwa tidak dipungut zakat dari padanya, sebab, itu termasuk pohon berduri.[Sayyid Sabbiq, Fiqh al-Sunnah, bab zakat]

    Dari riwayat-riwayat ini bisa diketahui, bahwa para shahabat tidak pernah memungut zakat dari sesuatu yang tidak ditentukan nashnya secara jelas, meskipun hasilnya berlimpah ruah, atau berlipat ganda. Ayam yang dipelihara dalam jumlah ribuan bahkan jutaan, tidak boleh dipungut zakatnya. Sebaliknya, kambing yang jumlahnya 50 ekor harus ditarik zakatnya.

    Sayangnya, seiring dengan dominasi system ekonomi kapitalis di dunia Islam, ada sebagian kaum Muslim yang berusaha melawan dominasi itu dengan cara-cara yang salah dan tidak Islamiy. Misalnya, sebagian orang ngotot mewajibkan zakat profesi dengan alasan, hasilnya bisa digunakan untuk mendanai dan menyokong perjuangan Islam. Ada pula yang beralasan, jika pemerintah saja mewajibkan pajak penghasilan, mengapa kaum Muslim tidak mewajibkan pula zakat profesi?

    Atas dasar itu, persoalan ini (zakat profesi) harus dikaji kembali secara mendalam berdasarkan al-Quran dan hadits, agar tersingkap dengan jelas, mana yang benar dan mana yang salah.

    Dalil Pihak Yang Mewajibkan Zakat Profesi

    Adapun dalil yang digunakan oleh pihak yang mewajibkan zakat profesi, adalah :

    1. Berhujjah dengan apa yang disebut dengan maal al-mustafaad . Mereka menyatakan bahwa terhadap maal al-mustafad harus dizakati sebesar 1/40 begitu diterima. Mereka juga menyandarkan pada pendapat-pendapat para shahabat, semisal Ibnu ‘Abbas, Ibnu Mas’ud, dan Mu’awiyah; sebagian tabi’in misalnya al-Zuhriy, al-Hasan, Makhul, dan al-Bashriy.

    2. Mereka juga mengqiyaskan zakat profesi dengan zakat uang dan harta, bahkan ada pula yang mengkaitkan dengan zakat hasil pertanian. Mereka beralasan, jika petani saja harus mengeluarkan zakat ketika panen, sedangkan hasilnya tidak seberapa dibanding profesi seorang dokter, insinyur, dan lain-lain, maka betapa tidak adilnya jika zakat profesi tidak disyariatkan.

    Kritik atas Zakat Profesi.

    a. Pendapat Shahabat Bukanlah Dalil Syara’

    Pada dasarnya riwayat-riwayat yang berbicara tentang maal al-mustafaad, semuanya berstatus hadits mauquf, yakni hanya bersambung pada thabaqat shahabat belaka. Dalam konteks seperti ini, maka hadits-hadits tersebut tidak bisa dijadikan hujjah untuk membenarkan adanya zakat profesi, sebab ia didasarkan pada pendapat para shahabat. Pendapat shahabat bukanlah dalil syara’, dan tidak absah digunakan sebagai hujjah. [Taqiyyuddin al-Nabhani, al-Syakhshiyyah al-Islaamiyyah, juz III, hal.478].

    Imam Syafi’iy menolak berhujjah dengan pendapat para shahabat. Beliau berkata, “Tidak diperkenankan memberi hukum atau berfatwa melainkan berdasarkan berita yang benar yang berasal dari al-Quran dan al-Sunnah..”[Dr. Abdul Wahab Khalaf, ‘Ilm al-Ushuul al-Fiqh]

    b. Seandainya status hadits tentang maal al-mustafaad tidak perlu dipersoalkan, maka al-maal al-mustafaad yang tersebut di dalam hadits-hadits tersebut tidak seketika diambil zakatnya ketika diterima, akan tetapi berbicara pada konteks yang lain; yakni ketika telah sampai nishab dan haul. Adapun hadits yang digunakan hujjah dalam masalah maal al-mustafad adalah sebagai berikut:

    Pertama, Hubairah bin Yaryam berkata, “’Abdullah bin Mas’ud telah memberi kami sebuah baju, kemudian ia mengambil zakat dari baju itu.” [Abu ‘Ubaid, al-Amwal, hal.504]

    Kedua, dari Yazid dari Hisyam bin Hisaan dari ‘Ikrimah, dari Ibnu ‘Abbas, dituturkan bahwasanya ‘Ikrimah bertanya kepada Ibnu ‘Abbas tentang seorang laki-laki yang memperoleh harta (al-maal al-mustafaad). Ibnu ‘Abbas berkata, “Ia harus mengeluarkan zakat saat ia menerimanya.”

    Terhadap hadits yang pertama, Abu ‘Ubaid dalam kitab al-Amwal menyatakan, “Menurut saya, berdasarkan hadits riwayat dari Abu Bakar dan ‘Utsman, maka maksud dari riwayat ‘Abdullah bin Mas’ud ini adalah keduanya memungut zakat tatkala harta tersebut telah wajib dizakati sebelum pemberian, bukan tatkala seseorang itu menerima pemberiannya.”

    Pengertian semacam ini ditunjukkan oleh hadits lain yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas’ud sendiri: “Siapa saja yang menerima harta (maal –mustafad) maka tidak ada zakat di dalamnya hingga mencapai haul.”[Imam Dzahabi mengomentari hadits ini, bahwa di dalam isnadnya terdapat Khusaif bin ‘Abdurrahman al-Jazariy al-Haraniy Abu ‘Aun salah seorang mawaliy Bani Umayyah; dan ia dilemahkan oleh Imam Ahmad. Namun, Ibnu Mu’in berkata ia adalah laki-laki yang baik dan terpercaya]

    Adapun hadits yang kedua, ‘Abu ‘Ubaid berkomentar sebagai berikut,”Orang menafsirkan –atau sebagian orang– bahwa yang dimaksud oleh Ibnu ‘Abbas adalah harta emas dan perak. Menurut saya, maksud dari perkataan Ibnu ‘Abbas di atas tidaklah demikian. Saya adalah orang yang lebih faqih dibandingkan mereka (orang yang menafsirkan dengan emas dan perak). Sebab, penafsiran semacam itu bertentangan dengan pendapat umat Islam. Menurut saya, bahwa yang dimaksud oleh Ibnu ‘Abbas adalah zakat atas apa yang keluar dari tanah. Sebab, penduduk Madinah menamakan tanah-tanah mereka dengan harta (al-amwaal). Kami tidak menjumpai satupun hadits di dalam sunnah yang menyatakan bahwa harta wajib dizakati ketika diterima, kecuali apa yang keluar dari tanah. Seandainya maksud dari perkataan Ibnu ‘Abbas tidaklah demikian, sungguh saya tidak tahu apa maksud dari haditsnya.” [Pentahqiq kitab al-Amwal,Mohammad Khalil al-Haraas menyanggah pendapat Abu ‘Ubaid ini dan menyatakan bahwa yang dimaksud oleh Ibnu ‘Abbas adalah harta tersebut tumbuh sedikit-demi sedikit, Jika ia telah mencapai haul dan terpenuhi nishabnya, maka harta tersebut harus dikeluarkan zakatnya tatkala telah mencapai nishab]

    Pentahqiq kitab al-Amwaal, Mohammad Khalil al-Haraas, dalam cacatan kaki, menyatakan, “Hadits ini (hadits riwayat Ibnu ‘Abbas/hadits kedua) diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, maknanya adalah jika harta tersebut telah mencapai nishab, maka ia harus dikeluarkan zakatnya dan tidak harus menungguh tercapainya haul, kemudian baru dikeluarkan zakatnya).

    Dari komentar Abu ‘Ubaid di atas bisa disimpulkan, bahwa maal al-mustafaad yang termaktub dalam riwayat Ibnu ‘Abbas, Ibnu Mas’ud, dan lain-lainnya, tidak serta merta ditarik zakatnya ketika diterima, akan tetapi ketika telah mencapai nishab dan haul.Abu Ubaid dalam kitab al-Amwal menuturkan beberapa riwayat tentang al-maal al-mustafad yang selalu dikaitkan dengan haul.

    Ashim bin Dlamrah dari Ali ra, bahwanya ia berkata, “Tidak ada zakat bagi al-maal al-mustafad hingga ia mencapai haul (tersimpan selama satu tahun).”[HR. Abu Dawud, Imam Ahmad, dan al-Baihaqiy]

    Hadits serupa juga diriwayatkan oleh Nafi’ dari Ibnu ‘Umar.[HR. Daruquthniy dan Ibnu Abi Syaibah].

    Riwayat senada juga dituturkan oleh Qatadah dari Jabir bin Zaid dari Ibnu ‘Umar. [Abu ‘Ubaid, al-Amwal, hal.503-504]Mohammad bin ‘Uqbah berkata,”Saya bertanya kepada Qasim bin Mohammad tentang zakat. Ia berkata, “Adapun Abu Bakar, jika seorang laki-laki hendak mengambil pemberiannya, ia bertanya, apakah orang tersebut memiliki harta yang layak untuk dizakati. Jika orang itu menyatakan bahwa ia memiliki harta yang layak untuk dizakati, maka Abu Bakar balas mengambil sebagian harta yang hendak ia ambilnya.. Jika laki-laki itu menyatakan bahwa ia tidak memiliki harta yang layak untuk dizakati, maka Abu Bakar menyerahkan pemberiannya kepada laki-laki itu.

    Riwayat senada juga diketengahkan oleh Mohammad bin Abu Bakar. Dalam riwayat lain dituturkan, bahwasanya Ibnu Abi Salamah meriwayatkan dari ‘Umar bin Husain dari ‘Aisyah anak perempuan dari Qudamah bin Madzmuun, perempuan itu berkata, “’Ustman bin ‘Affan jika mengeluarkan pemberian, ia mengirimnya kepada bapakku. Kemudian ia berkata, “Jika kamu memiliki harta yang wajib dizakati, maka kami akan membuat perhitungan dari pemberianmu.”Ini menunjukkan bahwa, pembahasan maal al-mustafaad, terkategori dalam zakat maal (emas dan perak) yang mensyaratkan adanya nishab dan haul. Para ‘ulama sepakat bahwa haul menjadi syarat bagi zakat maal.

    Berbeda dengan zakat profesi yang dikenalkan oleh Yusuf Qaradlawiy. Sesungguhnya ia telah memasukkan zakat profesi dalam kategori maal al-mustafaad, dan menariknya begitu diterima; bisa bulanan, harian, mingguan, tergantung diterimanya harta tersebut. Menurutnya, gaji dokter,insinyur, wiraswastawan dan sebagainya terkategori maal al-mustafaad. Oleh karena itu, ia harus ditarik zakatnya begitu diterima, yakni 1/40-nya. Sesungguhnya, pendapat semacam ini adalah pendapat ganjil yang tidak pernah dikenal oleh ‘ulama-‘ulama masa awal Islam. Bahkan, maksud dari maal mustafaad yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Ibnu Mas’ud sama sekali berbeda dengan zakat profesi yang diketengahkan oleh Yusuf Qaradlawiy.

    Benar, ada beberapa harta yang diperselisihkan para ulama mengenai syarat haulnya. Ada harta-harta tertentu yang penarikan zakatnya dilakukan begitu diterima, tanpa harus menunggu haul. Namun ada pula, yang harus menungguh hingga mencapai nishab dan haul. Contoh harta yang tidak mensyaratkan adanya haul adalah, zakat pertanian, rikaz, dan barang temuan. Namun, ini tidak berarti, bahwa kebolehan zakat profesi –tanpa syarat haul— harus diakui karena ulama berselisih pendapat tentang syarat haul. Tidak boleh dinyatakan demikian. Sebab, tidak ada satupun dalil yang menunjukkan bahwa untuk maal al-mustafaad langsung bisa ditarik ketika diterima, akan tetapi harus menunggu haul dan nishab –kami telah memaparkan seluruh dalil tentang maal mustafad yang dikaitkan dengan nishab dan haul.Adapun riwayat-riwayat lain yang menyanggah pendapat Qaradlawiy adalah sebagai berikut.

    Dari Mukhaariq, dituturkan bahwa Thaariq telah berkata, “Pada masa ‘Umar harta pemberian-pemberian kami tidak dikeluarkan zakatnya, hingga kami mengeluarkan zakatnya.”Abu ‘Ubaid berkata, “Hadits ini menunjukkan bahwa zakat tidak diambil dari pemberian kecuali harta yang telah dimiliki oleh mereka. Seandainya pemberian itu harus dizakati, tentunya Umar akan mengambil zakat darinya.” [Abu ‘Ubaid, al-Amwaal, hal.505]

    c. Jika tidak ada dalil yang menunjukkan dengan sharih tentang wajibnya zakat profesi, maka seorang muslim tidak boleh menetapkan adanya zakat profesi.

    Seorang muslim tidak boleh berpandangan, bahwa tidak disyariatkannya zakat profesi adalah bentuk ketidakadilan dan kedzaliman. Sebab, petani yang pendapatannya tidak seberapa tetap dikenai zakat ketika panen, sedangkan dokter, insinyur dan profesi lain ‘yang tidak terlalu berat” dibandingkan profesi petani justru tidak ditarik zakatnya. Mungkin kita bisa memberikan ilustrasi yang serupa untuk menangkis syubhat ini. Rasulullah saw telah menarik zakat dari unta, sapi, kerbau, kambing dan domba; namun beliau tidak menarik zakat pada kuda, keledai, baghal, dan sebagainya. Rasulullah saw bersabda, “Telah maafkan bagimu mengenai kuda dan hamba sahaya, dan tidak wajib zakat pada keduanya.”[HR. Ahmad dan Abu Dawud]. Tentunya kita tidak mungkin berfikiran, “mengapa peternak domba ditarik zakatnya sedangkan peternak kuda atau keledai tidak ditarik, bukankah ini tidak adil? Jika kita berfikiran seperti ini, berarti kita telah menyangsikan keadilan hukum yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya.

    d. Adapun pengqiyasan antara zakat profesi dengan zakat hasil pertanian, maupun zakat maal, adalah tertolak.

    Sebab, tidak ada ‘illat dalam zakat hasil pertanian, sehingga layak untuk diqiyaskan pada profesi selain petani. Adapun mengenai ‘illat adanya keadilan dan kesetaraan, sesungguhnya ‘illat semacam ini tidak bernilai sama sekali untuk membangun hujjah. Sebab, ‘illat yang absah digunakan untuk qiyas adalah ‘illat syar’iyyah, bukan ‘illat ‘aqliyyah. Padahal, tidak ada satupun dalil yang menunjukkan bahwa ‘illat zakat adalah untuk kesetaraan dan keadilan. Selain itu, zakat hasil pertanian tidak boleh diqiyaskan dengan zakat profesi karena petani harus mengeluarkan zakat tatkala ia memanennya. Pendukung zakat profesi menyatakan, bahwa saat panen sama dengan saat gajian, jadi seorang dokte ketika gajian harus ditarik zakatnya juga. Sesungguhnya qiyas semacam ini adalah qiyas serampangan yang didasarkan pada hawa nafsu belaka. Sesungguhnya, nash yang berbicara tentang zakat hasil pertanian tidak mengandung ‘illat sama sekali, sehingga layak digunakan dalil untuk qiyas.

    Perhatikan firman Allah swt, “Keluarkanlah zakat biji makanan itu pada hari panennya.”[al-An’aam:141]. Nash ini berbicara pada konteks khusus, yakni zakat biji makanan, dan tidak berbicara pada aspek yang lain. Oleh karena itu, hukumnya hanya berlaku pada konteks biji makanan, dan tidak boleh dianalogkan dengan yang lain. Selain itu, nash ini tidak menunjukkan adanya ‘illat sama sekali. Padahal syarat utama qiyas adalah adanya ‘illat. Lantas, apa bisa kita mengqiyaskan sesuatu yang tidak ada ‘illatnya?

    Dengan demikian, zakat profesi adalah bentuk peribadatan baru (bid’ah) yang tidak pernah dikenal baik di zaman Rasulullah, shahabat, maupun ulama-ulama terkenal. Bahkan, mereka tidak pernah menyinggung masalah ini dalam kitab-kitab fiqh mereka. Ini menunjukkan bahwa zakat profesi tidak pernah disyariatkan di dalam Islam. Jika demikian, kita bisa menyimpulan bahwa zakat profesi harus ditolak demi menegakkan hujjah dan kebenaran.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: