Posted by: almalakawi | 14 Ogos 2013

Pembahagian Pesaka bagi mereka yang tidak terdinding

Ada lima orang ahli waris tidak terdinding dari mendapat habuan dengan ertikata lain mereka ini mesti dapat harta pesaka dan tiada siapa pun yang boleh menghalang dari mempasakai.

Mereka itu ialah suami atau isteri, bapa, ibu, anak perempuan dan anak lelaki.

Cara mengira

 

12 36

Suami 1/4

3 9

Ibu 1/6

2 6

Bapa 1/6

2 6

Anak perempuan, asabah bigari 1 habuan berbanding anak lelaki

Baki lima tidak boleh dibahagi 3 kerana satu habuan anak perempuan dicampur dengan 2 habuan anak lelaki 5

Anak lelaki, asabah 2 habuan berbanding anak perempuan

Maka hendak lah didorabkan 3 dengan 12 jadi 36 10

Keterangan 

Masalah ini dinama tawapuk kerana masing masing mufakat ada separuh iaitu 6 separuh 3 dan 4 separuh 2 maka hendaklah didorabkan sama ada separuh 6 dengan penuh 4 atau separuh 4 dengan penuh 6 maka jadi lah 3×4 atau 2×6= 12 .

Maka 12 dinamakan asal masalah.

1 Suami mendapat 1/4 maka bahagiannya 3.

2 ibu mendapat 1/6 maka bahagiannya 2

3 bapa mendapat 1/6 maka bahagiannya 2

Apabila dicampurkan ketiga tiga itu jadi 7 baki tingal 5 dalam ilmu faraid 5 tidak boleh dibahagi kepada 3 kerana untuk memudahkan pengiraan.

Dengan itu hendaklah diperhatikan baki  yani 5 dengan bilangan habuan dua gulungan itu iaitu anak perempuan  dan anak lelaki  yakni 3 maka keduanya tabayun dengan itu didorabka asal masalah yakni 12 dengan 3  jadi 36

Maka 36 itu dinamakan sah masalah diberi

1. Suami 9

2. Ibu 6

3. Bapa 6

4. Anak perempuan 5.

5. Anak lelaki 10.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: