Posted by: almalakawi | 9 Jun 2017

Matan hikam 51

لا ترحل من كون إلى كون فتكون كحمار الرحى يسير والذي ارتحل إليه هو الذي ارتحل عنه، ولكن ارحل من الاكوان إلى المكون، وإن إلى ربك المنتهى
Jangan lah kamu berpindah dari satu makhluk kepada makhluk yg lain maka adalah kamu itu seperti himar yg. mengisar gandum, berjalan ia dan wahal yang ia berjalan kepadanya itulah dia, yang ia berjalan daripadanya.
Tetapi hendaklah berjalan kamu daripada makhluk kepada yg menjadikannya. Sesunguhnya kepada tuhan mu tempat kesudahan.
Maksud hikmah ini والله اعلم meminta kita iklas kan hati pada ibadat. Jangan qasadkan selain Allah jika tidat kamu itu seolah olah seperti himar yg mengisar gandum yg hanya berkeliling disekitar pengisar, tidak kemana contohnya seorang yg beribadat kerana takut diambil tindakkan undang undang jika dia meningalkannya dan kemudian dia qasadkan ibadatnya itu kerana hendak masuk ke surga sedang kan ke dua duanya makhluk Allah . Sepatutnya tujuan ibadat kita semata mata kerana Allah bukan kerana makhluk

Advertisements

Kategori

%d bloggers like this: