Posted by: almalakawi | 17 Jun 2017

Matan hikam 13

كيف يشرق قلب صور الأكوان منطبعة في مرآته، أم كيف يرحل إلى الله وهو مكبل بشهواته، أم كيف يطمع أن يدخل حضرة الله، وهو لم يتطهر من جنابة غفلاته، أم كيف يرجو أن يفهم دقائق الأسرار وهو لم يتب من هفواته
Bagaimana dia hendak terang hati sedangkan rupa alam tercop pada cermin hati. Atau bagaimana dia hendak berjalan kepada Allah sedangkan dia terikat dengan sahwatnya atau bagaimana dia tamak hendak masuk ke hadrat Allah sedangkan dia belum bersuci daripada junub kelalayannya atau betapa dia mengharapkan bahawa dia memahami akan yang halus halus rahsia sedangkan dia belum bertaubat daripada kesalahannya.

Maksud hikmah ini والله اعلم 

1. Hati tidak akan terang selagi ia terpaut dengan dunia.

2.  Seorang itu tidak akan dapat berbuat ibadat selagi dia mengikut shawatnya. 

3. Seorang tidak akan dapat berbuat ibadat selagi dia tida bertaubat daripada kelalayan. 

4. Seorang itu tidak dapat menyelami rahsia ketuhanan selagi dia tidak bertaubat daripada dosanya.


Kategori

%d bloggers like this: