Makna dua kalimah syahada

وَيَجْمَعُ مَعَانِى هَذِهِ الْعَقَائِدِ كُلِّهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ  رَّسُولُ اللهِ

Makna sekelian akidah ini berhimpun pada perkataan لا إله إلا الله محمد  رسول الله (tiada tuhan melainkan الله dan Nabi Muhammad pesuruh الله). Maksudnya tergulung didalam kalimah لا إله إلا الله dua puluh sifat yang wajib, dua puluh yang mustahil dan satu yang harus bagi تعالى الله dan terhimpun didalam kalimah محمد  رسول الله empat sifat yang wajib, empat yang mustahil dan satu yang harus, maka sekelian dua kalimah syahada terhimpun lima puluh akaid iman.

Makna لا إله إلا الله

 إِذْ مَعْنَى اْلأُلُوهِيَةِ اسْتِغْنَاءُ اْلإِلَهِ عَنْ كُلِّ مَا سِوَاهُ وَافْتِقَارُ كُلِّ مَا عَدَاهُ إِلَيْهِ فَمَعْنَى لا إله إلا الله لاَمُسْتَغْنِيًا عَنْ كُلِّ مَا سِوَاهُ وَمُفْتَقِرًا إِلَيْهِ كُلُّ مَا عَدَاهُ إِلاَّ اللهُ تَعَالَى

 (Sebab apa terhimpun pada kalimah لا إله إلا الله dua puluh yang wajib dua puluh yang mustahil dan satu yang harus bagi تعالى الله) kerana makna ketuhanan itu terkaya Tuhan dari tiap-tiap suatu selainNya dan berkehendak selain dari Tuhan kepadaNya maka makna لا إله إلا الله tiada yang kaya melainkan الله dan tiada berkehendak/berhajat tiap-tiap suatu melainkan kepadaNya.

Ketahuilah bahawa terjemahan kalimah لا إله إلا الله ialah tiada tuhan melainkan الله yang membawa maksud tiada tuhan yang layak/yang patut disembah melainkan الله maka kalimah لا yang menafi, kalimah إله yang dinafi (yang ditolak), kalimah إلا mengecualikan dan kalimah الله yang dikecualikan yakni yang terkeluar daripada nafi dengan itu apabila kita mengucap kalimah ini maka kita tidak mengakui yang disembah dengan sebenar pada hakikat melainkan الله .

          Hasilnya pekara yang dinafi adalah salah satu dari dua pekara pertama menafi segala tuhan yang disembah dengan sebenar pada hakikat melainkan الله, kedua menafi pekara yang ada pada hati mukmin yang mengambarkan banyak yang disembah dengan sebenar maka salah satu dari dua ini yang dinafi kemudian dihukumkan ada الله dan Dia lah tuhan yang sebenar.

Sifat istighna’

أَمَّا اسْتِغْنَاؤُهُ جَلَّ وَعَزَّ عَنْ كُلِّ مَا سِوَاهُ فَهُوَ يُوجِبُ لَهُ تَعَالَى الوُجُودَ وَالْقِدَمَ وَالْبَقَآءَ وَالْمُخَالَفَةَ لِلْحَوَادِثِ وَالْقِيَامَ بِالنَّفْسِ وَالتَّنَزُّهَ عَنِ النَّقَآئِصِ وَيَدْخُلُ فِى ذَلِكَ وُجًوبُ السَّمَعِ لَهُ تَعَالَى وَالْبَصَرِ وَالْكَلاَمِ إِذْ لَوْ لَمْ تَجِبْ لَهُ هَذِهِ الصِّفَاتُ لَكَانَ مُحْتَاجًا إِلَى الْمُحْدِثِ أَوِ الْمَحَلِّ أَوْمَنْ يَدْفَعُ عَنْهُ الْنَقَائِصَ

 الله yang maha besar lagi maha mulia terkaya dari tiap-tiap suatu yang lain daripadaNya, mewajibkan Dia bersifat Wujud, Qidam Baqaa, Mukhalafatuhu lil hawadish, Qiamuhu bi nafsih, dan suci daripada kekurangan yang membawa kepada wajib bersifat  Sama, Bashar dan Kalam, kerana sekiranya تعالى الله tidak bersifat dengan sifat ini nescaya Dia berkehendak kepada yang menjadikanNya, berkehendak kepada zat untuk ditumpang dengan makna تعالى الله sifat bukannya zat atau berkehendak kepada mereka yang boleh menolak kekuranganNya.

          Telah diketahui dalam perbahasan yang lalu mustahil تعالى الله berkehendak kepada penjadi, zat untuk ditumpang atau berkehendak kepada yang menolak kekurangan.

تعالى الله tida mengambil faidah daripada perbuatan dan hukumNya

وَيُؤْخَذُ مِنْهُ تَنَزُّهُهُ تعالى عَنِ اْلأَغْرَاضِ فِى أَفْعَالِهِ وَأَحْكَامِهِ وَإِلاَّ لَزِمَ إِفْتِقَارُهُ إِلَى مَا يُحَصِّلُ غَرَضُهُ كَيْفَ وَهُوَ جَلَّ وَعَزَّ اْلغَنِيىُّ عَنْ كُلِّ مَا سِوَاهُ  

Istighna’ memberi faham, maha suci تعالى الله daripada mengambil faedah / mengambil menfaat pada perbuatanNya dan hukumNya yang lima (wajib, haram, sunat, makruh dan harus) kerana jika تعالى الله mengambil faidah dari keduanya nescaya lazim Dia berkehendak kepada suatu yang boleh menghasilkan menfaat yang dikehendaki; bagaimana ini boleh terjadi sedangkan telah diketahui تعالى الله terkaya daripada tiap-tiap suatu.

تعالى الله tidak wajib memperbuat suatu

وَيُؤْخَذُ مِنْهَ أَيْضًا أَنَّهُ لاَ يَجِبُ عَلَيْهِ تعالى فِعْلُ شَيْئٍ مِنَ الْمُمْكِنَاتِ وَلاَ تَرْكُهُ إِذْ لَوْ وَجَبَ عَلَيْهِ تعالى شَيْئٌ مِنْهَا عَقْلًا كَاْلثَوَابِ مَثَلاً لَكَانَ جَلَّ وَعَزَّ مُفْتَقِرًا إَلَى ذَلِكَ الشَّيْئِ لِيَتَكَمَّلَ بِهِ غَرَضُهُ إِذْ لاَيَجِبُ فِى حَقِّهِ تعالى إِلاَّ مَا هُوَ كَمَالٌ لَهُ كَيْفَ وَهُوَ جَلَّ وَعَزَّ اْلغِيىُّ عَنْ كُلِّ مَا سِوَاهُ

Istighna memberi faham bahawa تعالى الله tiada wajib memperbuat suatu atau meningalkannya kerana sekiranya wajib pada akal  تعالى الله memperbuat suatu seperti pahala nescaya تعالى الله berkehendak / berhajat kepadanya, supaya Dia dapat menyempurnakan tujuanNya dengan suatu itu (ini mustahil) kerana Dia sendiri sudah sempurna; betapa boleh dikatakan تعالى الله tidak sempurna sedangkan Dia terkaya daripada tiap-tiap suatu.

Sifat iftikar

أَمَا افْتِقَارُ  كُلِّ مَا عَدَاهُ إِلَيْهِ جَلَّ وَعَزَّ فَهُوَ يُوجِبُ لَهُ تعالى الْحَيَاةَ وَعُمُومَ اْلقُدْرَةِ وَلإِرَادَةِ وَاْلعِلْمِ إِذْ لَوِانْتَفَى شَيْئٌ مِنْهَا لَمَا أَمْكَنَ أَنْ يُوْجَدَ شَيْئٌ مِنَ اْلحَوَادِثِ فَلاَ يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ شَيْئٌ كَيْفَ وَهُوَ الَّذِى يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ كُلُّ مَا سِوَاهُ

Iftikar (berkehendak tiap-tiap suatu selain تعالى الله  kepadaNya) mewajibkan Dia bersifat Hayat, umum ta’luk Qudrat, umum ta’luk Iradat, dan umum ta’luk Ilmu kerana jika ternafi satu sifat yang tersebut itu pada تعالى الله    tidak munkin Dia boleh menjadi segala pekara yang baru, maka tidak berkehendak suatu itu kepadanya; betapa ini boleh terjadi sedangkan tiap-tiap suatu berhajat kepadanya.

وَيَجِبُ لَهُ تعالى أَيْضًا اْلوَحْدَنِيَةَ إِذْ لَوْ كَانَ مَعَهُ ثَانٍ فِى اْلأُلُوهِيَةِ لَمَا افْتَقَرَ إِلِيْهِ شَيْئٌ لِلُزُومِ عَجْزِهِمَا حِيْنَئِذٍ كَيْفَ وَهُوَ اْلذِى يَفْتَقِرُ اِلَيْهِ كُلُّ مَا سِوَاهُ

Demikian lagi (tiap-tiap suatu berhajat kepada تعالى الله) mewajibkan  تعالى الله bersifat wahdaniah, kerana sekiranya ada tuhan yang kedua nescaya ada pekara yang tidak berkehendak kepada تعالى الله dengan sebab itu lazim lemah keduanya,  betapa ini boleh terjadi sedangkan tiap-tiap suatu berhajat kepdaNya.

وَيُؤْخَذُ مِنْهُ أَيْضًا حُدُوثُ اْلعَالَمِ بِأَسْرِهِ إِذْ لَوْ كَانَ شَيْئٌ مِنْهُ قَدِيمًا لَكَانَ ذَلِكَ الشَّيْئُ مُسْتَغْنِيًا عَنْهُ تعالى كَيْفَ وَهُوَ اْلذِى يَجِبُ أَنْ يَفْتَقِرَ إِلَيْهِ كُلُّ مَا سِوَاهُ

Iftikar memberi faham sekelian alam ini baru kerana sekiranya ada sebahagiannya qadim nescaya sebahagian yang qadim itu terkaya daripada تعالى الله; betapa ini boleh terjadi sedangkan tiap-tiap suatu berhajat kepadaNya.

 وَيُؤْخَذُ مِنْهُ أَيْضًا أَنْ لاَ تَأْثِيرَ لِشَيْئٍ مِنَ اْلكَائِنَاتِ فِى أَثَرٍ مَا وَإِلاَّ لَلَزِمَ أَنْ يَّسْتَغْنَى ذَلِكَ اْلأَثَرُ عَنْ مَوْلاَنَا جَلَّ وَعَزَّ كَيْفَ وهو اْلذِى يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ كُلُّ مَا سِوَاهُ عُمُومًا وَعَلَى كُلِّ حَالٍ هَذَا إِنْ قَدَّرْتَ أَنَّ شَيْئًا مِنَ اْلكَائِنَاتِ يُؤْثَرُ بِطَبْعِهِ وَأَمَّا إِنْ قَدَّرْتَهُ مُؤْثِرًا بِقُوَّةٍ جَعَلَهَا اللهُ فِيهِ كَمَا يَزْعَمُهُ كَثِيرٌ مِنَ اْلجَهَالَةِ فَذَلِكَ مُحَالٌ أَيْضًا ِلأَنَّهُ يَصِيرُ حِينَئِذٍ مَوْلاَنَا جل وعز مُفْتَقِرُا فِى إِيْجَادِ بَعْضِ اْلأَفْعَالِ إِلَى وَاسِطَةٍ وَذَلِكَ بَاطِلٌ لِمَا عَرَفْتَ مِن وُجًوبِ اسْتِغْنَائِهِ جل وعز عَنْ كُلِّ مَا سِوَاهُ

Iftikar memberi faham makhluk tidak memberi kesan pada mana-mana kesan yang ada, sekiranya makhluk boleh memberi kesan (seperti api boleh menghangus dengan sendirinya) nescaya terkaya kesan (iaitu hangus) daripada Tuhan kita yang maha besar lagi maha mulia betapa ini boleh terjadi sedangkan tiap-tiap suatu berhajat kepadaNya dengan jalan umum dan atas tiap kelakuan tiap-tiap suatu berhajat kepadaNya, ini seandainya makhluk memberi kesan dengan tabiatnya adapun jikalau makhluk memberi kesan dengan kekuatan yang الله jadikan padanya sepertimana telah menyangka kebanyakan orang jahil maka yang demikian itu mustahil juga, kerana jadilah Tuhan kita yang maha besar lagi maha mulia berhajat menjadikan sebahgian perbuatan dengan ada pekara yang mengantarai, yang demikian itu batal, kerana telah engkau ketahui wajib pada akal terkaya تعالى الله daripada tiap-tiap suatu.   

فَقَدْ بَانَ لَكَ تَضَمُّنُ قَوْلِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ لِلأَقْسَامِ اْلثَلاَثَةِ اَّلتِى يَجِبُ عَلَى اْلمُكَلَّفِ مَعْرِفَتُهَا فِى حَفِّ مَوْلاَنَا جل وعز وَهِيَ مَا يَجِبُ فِى حَقِّهِ تعالى وَمَا يَسْتَحِيلُ وَمَا يَجُوزُ

Sesunguhnya telah nyata bagi engkau berhimpun didalam perkatan لا إله إلا الله tiga pekara yang wajib tiap-tiap mukalaf mengetahuinya pada hak Tuhan kita yang maha besar lagi maha mulia. Tiga pekara itu adalah sifat yang wajib, mustahil dan harus padaNya.

Posted by: almalakawi | 9 November 2009

Hukum nazar (النذر)

Pengenalan

Makna nazar sudut bahasa ialah berjanji dengan kebajikan atau kejahatan.

Makna nazar sudut syarak pula ialah melazimkan berbuat kebajikan pada perkara yang tidak lazim.

Dalil

 dalil nazar

“Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu”.

Rukun Nazar

1. Orang yang bernazar.

2. Pekara yang dinazarkan.

3. Ucapan yang diguna untuk bernazar.

Syarat orang yang bernazar

1. Islam, tidak sah nazar kafir, kerana kafir tidak sah berbuat kebajikan.

2. pilihan sendiri yakni tidak dipaksa, tidak sah nazar orang yang dipaksa.

3. Lulus memerentah pada benda yang dinazarkan, tidak sah dinazar seumpama menyembelih kambing oleh orang yang ditahan daripada memerantah harta dengan sabab muflis/bengkrap, bodoh, kanak kanak dan oramg gila. Syarat ini pada nazar yang melibatkan harta adapun nazar yang tidak melibatkan harta maka sah nazar orang yang muflis dan bodoh, seperti bernazar hendak berpuasa.

4. Boleh memperbuat perkara yang dinazarkan. Maka tidak sah bernazar seorang akan puasa yang dia tidak kuasa lakukan seperti puasa sepanjang hayat atau bernazar hendak mengerjakan haji pada tahun ini pada hal dia tidak sempat hendak pergi ke Mekah dengan sebab jauh atu sempit waktu.

Syarat Ucapan yang diguna untuk bernazar

*Disyaratkan pada ucapan nazar hendaklah lafas yang memberi tahu melazimka (mewajibkan) sesuatu, seperti berkata seorang yang bernazar “bagi Allah wajib atas ku puasa”. Puasa di sini sebagai contoh boleh dimasukkan yang lain.

*Tidak sah nazar dengan diniat didalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka syaratnya mesti berlafas.

Syarat perkara yang dinazarkan

*Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan yakni taat yang mendampingkan diri kepada Allah yang tidak tertentu atasnya.

*Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti sembahyang fardu.

*Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti sembahyang dengan tidak berwudu, minum arak dan lainnya.

*Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya bagi mereka yang takut mudarat atau takut luput hak, seperti nfkah keluarga.

*Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, brdiri atau duduk, sama ada nazar hendak melakukan perkara yang harus itu atau tidak mahu melakukannya.

*Apabila seorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya nescaya dia tidak wajib membayar kafarah dengan sebab dia menyalahi dengan apa yang dinazarkan, sekalipun pada perkara yanh harus.

Bahagian nazar

Nazar terbahagi dua:

Pertama. Nazar lajaj dan gadab (لجاج وغضب). Makna lajaj ialah berpanjangan pada berkelahi atau bebalah,  dan  makna gadab marah. Nazar ini makruh.

*Cara nazar ini ialah:

A. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan apabila dia melakukan perkara yang telah dia tegah atas dirinya atau orang lain daripada memperbuatnya, seperti katanya “jika aku bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku puasa”, atau jika si Ahmad bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku berpuasa.

B. atau dia bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan apabila dia tidak melakukan apa yang telah dia tetapkan diatas dirinya atau oranglain, seperti katanya “jika aku tidak bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku puasa, sila kias yang lain

C. atau dia bernazar mewajibkan berbuat kebajikan jika apa yang diceritakan tidak benar, seperti katanya jika aku tak boleh angkat batu ini nescaya waji atas ku berpuasa. Nazar ini (C) untuk menguatkan berita yang dibawa.

*Wajib orang yang bernazar lajat dan gadab memilih antara melakukan apa yang dia wajibkan atas dirinya seperti puasa pada contoh di atas, atau dia membayar kafarah sumpah iaitu diberi pilih antara memerdekdkan hamba yang mukmin yang tidak ada aib yang menyebab kan tidak boleh berkerja dengan baik, atau memberi makanan kepada sepuluh orang fakir atau miskin setiap orang satu cupak dengan makanan yang mengenyangkan di negerinya atau memberi pakayan dengan mana mana pakayan seperti baju kemeja, kain sarung, baju kurung, atau sapu tangan.

Kedua. Nazar tabarrur  (تبرر) maknanya kebajikan. Nazar ini sunat kerana (للوسائل حكم المقاصد) bagi wasilah (nazar) mengikut hukum perkara yang dikasadkan (ibadat)

*Cara nazar ini ialah:

A. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan dengan ketiadan taklik (pergantungan), seperti berkata seorang yang telah sembuh dari penyakitnya “wajib atas ku berpuasa kerana Allah telah memberi nikmat kepada ku iaitu Dia sembuhkan penyakit ku”, atau “wajib atas ku menyembelih kambing qurban”. Maka wajib orang itu melakukan apa yang dinazarkan itu dengan segera dan tidak ada pilihan yang lain.

B. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan dengan taklik iaitu mengantungkan berbuat kebajikan dengan dapat nikmat atau hilangnya bencana seperti katanya “jika sembuh aku dari penyakit ini wajib atas ku puasa”. Maka wajib orang itu melakukan apa yang dinazarkan apabila didapati sifat yang digantungkan seperti puasa pada contoh dan tiada baginya pilihan yang lain.

Posted by: almalakawi | 6 November 2009

Takbir hari raya

*Ini lafas takbir

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, لا إله إلا الله و الله أكبر. الله أكبر ولله الحمد.

*Berkata Imam syafie di dalam kitab Oum (الأم) terlebih elok ditambah

 الله أكبر كبيرا, والحمد لله كثيرا, وسبحان الله بكرة وأصيلا, لا إله إلا الله, ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين, ولو كره الكافرون, لا إله إلا الله وحده, صدق وعده, ونصر عبده, وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده, لا إله إلا الله و الله أكبر

*Sunat selawat selepas takbir.

*Takbir terbahgi dua, mursal (المرسل) dan muqayad (المقيد)

*Takbir mursal ialah takbir yang tidak mengeringi sembahyang.

*Takbir muqayad ialah takbir yang mengeringi sembahyang.

*Waktu takbir mursal dari terbenam matahari malam dua hari raya (hari raya adha dan hari raya fitri) sehinga takbir imam sambahyang hari raya sekiranya seorang itu sembahyang hari raya berjemaah, sekiranya seorang itu sembahyang seorang diri maka habis waktu takbir mursal bagi nya ialah dengan dia takbir sembahyang hari raya dirinya, adapun orang yang tidak sembahyang hari raya, habis watu takbir mursal dirinya apabila gelincir matahari hari raya.

*Takbir muqayad bermula dari terbit fajar sembilan zulhijah (hari arafah) sehinga terbenam matahari hari yang ke tiga belas zulhijah.

*Ramai dikalangan masyarakat yang tidak tahu permulan takbir muqayad yang kita pangil takbir hari raya adha, mereka menyangka takbir ini bermula pada malam hari raya iaitu pada malam sepuluh zulhijah pada hal ia bermula subuh hari arafah iaitu sembilan zulhijah.

*Takbir muqayad sunat dibaca selepas tiap tiap sembahyang sama ada sembahyang fardu atau sembahyang sunat begitu juga kemudian daripada sembahyang jenazah, dan sembahyang sunat hari raya sebelum khatib membaca khutbah.

*Takbir pada malam hari raya adha, terkadang takbir muqayad dan terkadang takbir mursal sekiranya dilihat bahawa takbir itu diucapkan pada malam hari raya maka dinamakan takbir mursal dan sekiranya takbir itu di ucapkan selepas sembahyang maka dinamakan takbir muqayad.

*Takbir muqayad terlebih afdal dari takbir mursal.

*Takbir mursal pada hari raya fitri trlebih afdal daripada takbir mursal pada hari raya adha.

*Sunat setiap orang bertakbir mursal melainkan selain orang haji kerana mereka disunatkan talbiah selama mereka itu dalam ihram, setelah mereka tahlul maka sunat mereka itu takbir.

*Hari raya adha dinamakan aidul-akbar (عيد الأكبر) hari raya yang besar, sementara hari raya fitri dinamakan aidul-asgar (عيد الأصغر) hari raya yang kecil.

Posted by: almalakawi | 4 November 2009

Apakah harta pusaka?

Harta pusaka ialah

1. barang dan benda yang ditingalkan oleh si mati

2. hak seperti hak khiar (pilih jadi akad atau tidak akad), dan had tuduh

3. ketentuan (اختصاص) iaitu benda yang bukan harta seperti baja daripada najis, anjing yang diajar untuk berburu, arak yang diniat buat cuka sebelum jadi cuka dan lainnya. Setelah arak jadi cuka kemudian dari mati ianya termasuk dalam harta bukan ketentuan.

4. Diat (bayaran balasan kerana membunuh) yang diambil daripada orang yang membunuh si mati, kerana termasuk dalam miliknya.

5. Demikin juga binatang perburuan yang termasuk kedalam perangkap selepas mati dengan syarat perangkap itu dipasang oleh si mati semasa hidupnya, kerana perbuatan memasang perangkap menjadi sebab memilik. Sekiranya si mati menguna perangkap yang dipinjam dan binatang perburuan masuk kedalam perangkap itu selepas matinya, nescaya binatang itu juga jadi milik simati maka jadi lah binatang itu pesaka ini yang difatwa oleh syekh Syarwani di dalam Hasyiah Tuhfah.

Difaham dari kenyataan diatasa pemberian ihsan kerajaan kerana pegawainya yang mati sama ada pencen atau atau pampasan adalah menjadi pesaka kerana kerajaan tidak akan memberi pekara itu kepada semua orang hanya kepada mereka yang berkerja dengan kerajaan, dengan itu jadi serupa masalah ini dengan seorang yang memasag perangkap.

Adapun pemberian orang ramai semasa hari kematian bukan pesaka kerana tidak termasuk dalam perkara yang telah disebutkan, kebiasan pemberian itu untuk menguruskan mayat, maka harus digunakan untuk mengurus kan mayat dan buat kenduri serta yang lain tetapi yang lebih elok orang ramai melantik seorang untuk menguruskan pemberian itu dan dia lah yang menguruskan segala keperluan simati dan kenduri. والله اعلم

Posted by: almalakawi | 4 November 2009

Orang yang buat qurban melantik wakil

Apabila seorang itu dilantik menguruskan qurban maka dia menjadi wakil kepada orang yang buat qurban, maka sepatutnya pekara di bawah ini hendaklah diketahwi oleh orang yang menguruskannya supaya memudahkan urusan.

Terkadang orang yang buat qurban hanya melantik wakil untuk menyembelih sahaja, tidak yang lain maka wakil tidak boleh melakukan perkara yang lain daripada yang disuruh.

Di sini saya nasihatkan kepada orang yang berkongsi/bersekutu tujuh orang supaya melantik seorang dari kalangan mereka atau orang lain menguruskan qurbam mereka dari segi pembelian lembu, mencari tukang sembelih, meniatkan qurban dan membahgikan daging, pengurus ini adalah wakil bagi mereka.

Adakah pengurus ini boleh melantik orang lain untuk melakukan apa yang diwakilkan kepadanya? Di bawah ini saya nyatakan hukumnya.

Hukum wakil melantik wakil yang kedua

*Wakil melantik orang lain mengantikan tempatnya ada beberapa keadaan:

1. Tidak harus wakil melantik orang lain menjadi waki mengantikan tempatnya selagi wakil itu dapat melakukan dengan sendiri pekara yang diwakilkan kepadanya.

2. Harus wakil melantik orang lain menjadi waki yang kedua dengan izin daripada orang yang berwakil.

3. Harus wakil melantik orang lain menjadi wakil yang kedua denga tiada izin daripada orang yang berwakil jika pekara yang diwakilkan itu tidak dapat dikerjakan oleh wakil dengan sendirinya kerana dia tidak layak dengan perkerjaan itu, dia tidak dapat mengerjakannya dengan baik atau dia lemah hendak mengerjakannya sekira-kira jika dia mengerjakkannya, nescaya dia akan mengerjakannya dengan kepayahan yang bersangatan.

*Wakil yang kedua yang dilantik oleh wakil pertama  adalah menjadi wakil bagi orang yang berwakil dan dia bukan wakil bagi wakil pertama melainkan orang yang berwakil berkata kepada wakil yang pertama “lantik lah wakil bagi diri kamu” maka setelah dia melantik wakil kedua, wakil kedua itu hukumnya menjadi wakil bagi wakil yang pertama.

*Sekiranya orang yang berwakil menyuruh melantik wakil bagi pihak orang yang berwakil maka wakil yang kedua itu adalah wakil bagi orang yang berwakil bukan wakil bagi wakil pertama.

Pemecatan wakil kedua

*Wakil kedua yang menjadi wakil bagi orang yang berwakil hanya terpecat sebagai wakil apabila di pecat oleh orang yang berwakil.

*Wakil pertam tidak boleh memecat wakil yang kedua yang dia lantik untuk orang yang berwakil.

*Wakil pertama dan orang yang berwakil boleh memecat wakil kedua yang dilantik bagi pihak wakil pertama.

Peringatan kepada orang yang berwakil

Saya cadangkan kepada yang berwakil supaya menyatakan apayang hendak diwakilkan dengan jelas, terutama kepada mereka yang berkogsi tujuh orang.

Perkara yang perlu dinyatakan adalah:

*Wakil sembelih sahaja.

*Wakil niat sahaja tidak sembelih.

*Wakil sembelih dan niat.

*Wakil membeli binatang yang hendak dibuat qurban sahaja.

*Wakil membahagi daging qurban sahaja.

*Wakil pengurusan iaitu mengurus segala urusan qurban dari membeli, mewakilkan orang lain untuk menyembelih, niat dan membahagi daging. والله اعلم

Posted by: almalakawi | 1 November 2009

Qurban الأضحية

Pengenalan

الأضحية ialah binatang ternakan yang  disembelih kerana menghampiri diri kepada Allah تعالى, dikerjakanya pada hari raya adha dan tiga hari tasrik iaitu pada sebelas, dua belas, dan tiga belas bulan zulhijah.

Diberi nama dengan udhiyah kerana mengikut waktu awal ia dikerjakan iaitu waktu duhah.

Dalil

Dalil (nas) qurban sebelum datang ijmak ialah:

(فصل لربك وانحر) أى صل صلاة العيد وانحر النسك

Maka hendaklah sembahyang kamu dan menyembelih ertinya hendaklah kamu sembahyang hari raya adhah dan sembelih qurban.

Hukum

*Quban adalah sunat muakad pada orang yang merdeka dan hamba separuh dan keduanya itu mukalaf lagi cerdik (yang boleh memerentah hartanya dengan sendiri) dan dia kuasa mengerjakannya.

*Qurban sunat kifayah di atas seorang jika berbilang didalam satu rumah, dan sunat itu tertentu baginya jaka dia seorang sahaja didalam satu rumah.

*Makruh meningalkan qurban kerana ada ulama yang mewajibkannya iaitu Mazhab Hanafi mewajibkan qurban di atas mereka yang wajib zakat.

*Maksud sunat kifaya ialah apabila dikerjakan oleh seorang dalam satu rumah maka terlepas sekelian isi rumah daripada makruh.

*Qurban jadi wajib dengan sebab bernazar seperti kata seorang kerana Allah wajib atas ku qurban, atau dengan menentukan binatang dijadi qurban seperti kata seorang ini binatang quban maka jadi wajib menyembelihnya pada waktu yang dikira quban.

Binatang yang boleh dibuat qurban:

1. Unta, umurnya genap lima tahun.

2. Lembu atau kerbau, umurnya genap dua tahun.

3. Kambing, umurnya genap dua tahun.

4. Biri-biri umurnya genap setahun, tetapi jika telah gugur giginya sebelum cukup umurnya setahun, memada dibuat qurban.

*Menurut pendapat Ibnu Abbas رضي الله عنهما memada pada qurban itu dengan menumpahkan darah, sekalipun dengan menyembelih seekor ayam atau itik dan begitu juga aqiqah atas jalan qias pada qurban. Para ulama Syafieyah mengharuskan bertaklid (mengikut) dengan pendapat ini bagi mereka yang tidak mampu.

Afdal binatang yang diqurbankan itu:

1. Saekor unta bagi seorang.

2. Saekor lembu atau kerbau bagi seorang.

3. Saekor kibas atau kambing.

*Tujuh kibas atau kambing bagi seorang terlebih afdal dari seekor unta.

*Memada seekor lembu atau unta untuk tujuh orang.

*Sekiranya berlainan niat orang yang berkongsi pada seekor unta atau lembu yang disembelih, seperti seorang berniat qurban, seorang yang lain niat aqeqah dan ada yang berniat hendak jual maka mamada.

Syarat binatang qurban:

Binatang yang dibuat qurban hendaklah jangan ada aib (cedera) yang mengurangkan dagingnya.

Aib (cedera/cacat) yang mengurangkan daging:

1. Binatang yang terpotong telinga walaupun sedikit.

2. Binatang yang tiada telinga.

3. Binatang yang terpotong ekor.

4. Binatang yang terpotong lidah.

5. Binatang yang gila yang tidak makan rumput dan jadi kurus.

6. Binatang yang berkudis jika sedikit sekalipun, kerana binasa dagingnya.

7. Binatang yang baru beranak, kerana tidak elok dagingnya.

8. Binatang yang sangat kurus.

9. Binatang yang buta sebelah.

10. Binatang yang buta dua mata.

11. Binatang yang nyata sakitnya.

12. Binatang yang sangat tempang, sekalipun jadi tempang dengan sebab hendak dibaringkannya kerana hendak sembelih.

13. Binatang yang bunting kerana kurang dagingnya, ini yang muktamad yang diambil pada Majmuk. Menurut Ibnu Rifa’h “memada buat qurban dengan binatang yang bunting krana kurang dagingnya diganti oleh anak yang di dalam perut” pandapat ini ditolak oleh mereka yang berpendapat tidak memadai berqurban dengan binatang yang bunting kerana terkadang yang dikandung itu darah bukan daging dan lagi bertambah daging tidak boleh menganti akan cacat kerana tidak memadai berqurban binatang yang tempang lagi gemuk.

Aib/cedera /cacat yang tersebut tidak memada buat qurban tetapi wajib menyembelih pada watu qurban akan binatang yang dinazarkan yang ada aib tersebut atau yang tidak cukup umur sepertti berkata seorang “wajib atas ku qubankan kambing ini” sedankan ianya ada aib yang tersebut.

Niat Qurban

*Disyaratkan berniat pada ketika sembelih.

*Sekiranya orang yang hendak melakukan qurban mewakilkan sembelih kepada orang lain maka hendaklah dia berniat pada ketika menyerahkan binatang qurban kepada wakilnya dan memada niatnya itu sekalipun wakilnya tidak tahu bahawa binatang yang disembelih itu binatang qurban. Boleh juga orang yang berqurban berniat pada ketika wakil menyembelih.

*Harus serahkan niat qurban kepada orang islam yang mumayiz sama ada dia orang yang menyembelih atau tidak.

*Tidak disyaratkan niat qurban pada binatang qurban yang dinazarkan tetapi sunat niat.

Membahagi daging qurban

*Wajib bersedekah daging qurban yang mentah kadar yang dinamakan sedekah kepada fakir miskin dan harus diambil yang lebihnya untuk dirinya.

*Wajib bersedekah sekelian daging yang mentah, kulit dan tanduk binatag qurban yang dinazarkan.

*Orang yang berquba nazar haram memakan daging qurbannya begitu juga orang yang di bawah tangungannya.

* Sunat orang yang berqurban memakan sedikit daging daripada qurban sunat.

*Orang yang berqurban haram lagi tidak sah menjual suatu dari daging, bulu, tulang dan lainnya.

*Haram dijadikan daging qurban atau juzuk yang lain sebagai pengupah tukang sembelih.

Buat qurban untuk orang lain

*Tidah sah buatkan qurban untuk orang hidup dengan ketiadaan izin dari yang empunya diri.

*Harus wali (bapa atau datuk sebelah ayah) buat qurban untuk maulinya (anak atu cucu) dengan harta wali tidak harus dengan harta kanak-kanak.

*Tidak sah buat qurban bagi orang yang mati yang tida berwasiat supaya dibuat qurba baginya, adapun jika dia berwasiat sah dibuat qurban untuknya.

Sifat yang harus bagi rasul

وَيَجُوزُ فِى حَقِّهِمْ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ مَا هُوَ مِنَ اْلأَعْرَاضِ الْبَشَرِيَةِ الَّتِى لاَ تُؤَدِّى إِلَى نَقْصٍ فِى مَرَاتِبِهِمُ الْعَلِيَّةِ كَالْمَرَضِ وَنَحْوِهِ

Harus para rasul bersifat dengan sifat kemanusian yang tidak membawa kepada kekuranga pada ketingian mertabat mereka itu seperti sakit dan sebagainya.

Yang dimaksudkan dengan kekurangan iaitu sifat yang dicela seperti penyakit yang menjauhkan manusia daripada mereka itu, pekara yang mencederakan maruah mereka itu dan lainnya.

Termasuk dalam kata sifat manusian seperti makan, minum, berjalan , sakit, tidur, berkahwin dan sebagainya.

وَأَمَّا دَلِيلُ جَوَازِ اْلأَعْرَاضِ الْبَشَرِيَةِ عَلَيْهِمْ فَمُشَاهَدَةُ وُقُوعِهَا بِهِمْ إِمَّا لِتَعْظِيمِ أُجُورِهِمْ أَوْ لِلتَّشْرِيعِ أَوْ لِلتَّسَلِّى عَنِ الدُّنْيَا أَوْلِلتَّنْبِيهِ لِخِسَّةِ قَدْرِهَا عِنْدَ اللهِ تَعَالَى وَعَدَمِ رِضَاهُ بِهَا دَارَ جَزَآءِ ِلأَنْبِيَآئِهِ وَأَوْلِيَآئِهِ بِإِعْتِبَارِ أَحْوَالِهِمْ فِيهَا عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

  Dalil para rasul bersifat manusia adalah dengan penyaksian orang-orang sezaman dengannya bahawa berlaku pada mereka sifat manusia. Mereka bersifat manusia kerana ada kala membesarkan pahala mereka itu, mengajar syariat kepada umatnya, supaya sabar manusia menghadapi cuban dunia dengen sebab sabar mereka itu, peringatan kepada umat  rendahnya pangkat dunia disisi تعالى الله dengen sebab meningal mereka akan dunia dan kerana ketiadan suka (reda) تعالى الله dunia ini jadi tempat membalas amalan nabi-nabi dan wali-walinya denga sebab rerendah pangkat dunia disisi mereka itu.

Keterangan

          Tidak mustahil para rasul bersifat manusia, tidak patut mereka itu bersifat ketuhanan dan tidak pula mereka bersifat malaikat kerana telah kita ketahui dengan khabar mutawatir dari orang-orang yang sezaman dengan mereka itu yang melihat mereka itu bersifat dengan sifat manusia seperti berkahwin, sakit dan sebagainya. Faidah تعالى الله jadikan mereka bersifat manusia supaya

  1. Membesarkan pahala mereka dengan sebab sabar mereka itu ketika sakit, ketika manusia menyakiti mereka, ketika lapar dan sebagainya.
  2. Dapat mengajar umatnya hukum-hukum syariat seperti hukum sujud sahwi didalam sembahyang, sembahyang kerana bersangatan takut dan sebagainya sebagai mana dilakukan oleh junjungan kita Nabi Muhammad .
  3. Senang hati umatnya menghadapi cuban dunia seperti kepayahan mencari rezki dan bersabar daripadanya kerana mengetahui mereka itu bahawa para rasul seperti itu juga.
  4. Memberi ketahui umatnya betapa rendah pangkat dunia disisi تعالى الله setelah mereka mengetahui para rasul mengambil dunia sekadar menguatkan diri melakukan ibadat.
  5. Umat mengetahui bahawa dunia ini bukan tempat balasan pahala bagi para nabi dan wali kerana ketiadan reda تعالى الله dunia ini negara balasan.

Para rasul bersifat ma’sum

          Ma’sum ertinya terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan pada zahir dan batin. Mereka tidak melakukan dosa kerana mereka dipelihara oleh الله daripada melakukan dosa, mereka dipilih dari kalangan orang yang berseh dan yang sempurna sifatnya, dan mereka dijadikan contoh bagi umatnya.

Posted by: almalakawi | 26 Oktober 2009

Berubat dengan benda najis

Berubat dengan benda najis

Najis adakalanya arak (air perahan angur yang memabukkan) atau segala yang cair yang memabukkan (air perahan lain daripada angur yang memabukkan) dan adakalanya lain daripada demikian itu. Maka jika najis itu adalah arak, atau suatu yang cair yang memabukkan nescaya tidak harus meminumnya walaupun untuk dibuat ubat, melainkan jika tidak berubat dengannya boleh membawa maut maka harus berubat dengannya jika tidak ada yang lain. dan orang yang tercekik suatu pada kerongkongnya dan tidak ada benda yang lain melainkan arak untuk melalukan benda yang tersekat pada kerongkong itu maka hendaklah dia memperlalukannya dengan arak. Sekiranya ada di hadapan orang yang tercekik sesuatu, air kencing dan arak maka hendaklah dia melalukan benda yang menyekat kerongkongnya dengan air kencing.

Berubat dengan suatu yang najis selain arak tidak harus melainkan tidak ada ubat yang lain yang boleh menganti tempatnya, pada ketika itu harus berubat dengan suatu yang najis.

Dengan ini dapat kita faham bahawa syarat boleh berubat dengan arak sekiranya tidak berubat dengannya boleh membawa maut. Jika tidak berubat dengannya tidak membawa maut hanya lambat sembuh atau hanya tidak sembuh dari penyakit maka berubat dengannya adalah haram.

Dan kita faham bahawa berubat dengan lain daripada arak syaratnya jika tidak ada yang boleh menganti tempatnya, dengan makna apabila takut tidak sembuh boleh berubat dengannya, tidak perlu tungu hinga takut membawa maut jika tidak berubat dengannya. والله اعلم

Sifat yang wajib bagi sekelian rasul

وَأَمَّا الرُّسُلُ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ فَيَجِبُ فِى حَقِّهِمُ الصِّدْقُ وَاْلأَمَانَةُ وَتَبْلِيغُ مَا أُمِرُوا بِتَبْلِيغِهِ لِلْخَلْقِ وَيَسْتَحِيلُ فِى حَقِّهِمْ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ أَضْدَادُ هَذِهِ الصِّفَاتِ وَهِىَ الْكِذْبُ وَالْخِيَانَةُ بِفِعْلِ شَىْءٍ مِمَّا نُهُوا عَنْهُ نَهْىَ تَحْرِيمٍ أَوْ كَرَاهَةٍ وَ كِتْمَانُ شَىْءٍ مِمَّا أُمِرُوا بِتَبْلِيغِهِ لِلْخَلْقِ  

Adapun segala rasul maka wajib pada hak mereka itu benar, amanah, menyampai pekara yang disuruh sampaikan kepada makhluk. Mustahil pada hak mereka itu segala lawan sifat yang tersebut iaitu pendusta, khianat dengan memperbuat suatu yang ditegah sama ada tegah haram atau tegah makruh, dan menyembunyi suatu yang disuruh sampai kepada makhluk (jin dan manusia)

Keterangan tiap-tiap satu sifat bagi rasul 

Pertama: Shidiq (الصدق) ertinya benar yakni muafakat perbuatan dan perkatan mereka itu dengan sebenar. Yang dikehendaki disini benar pada dakwa mereka itu menjadi rasul dan benar segala hukum yang disampaikan.

Shidiq 

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Mustahil mereka itu Kizbu (الكذب) ertinya pendusta yakni perbuatan dan perkatan mereka tidak muafakat dan tidak berbetulan dengan hukum dan perentah تعالى الله.

أَمَّا بُرْهَانُ وُجُوبِ صِدْقِهِمْ فَِلأَنَّهُمْ لَوْ لَمْ يَصْدُقُوا لَلَزِمَ الْكِذْبُ فِى خَبَرِهِ تَعَالَى لِتَصْدِيقِهِ تَعَالَى لَهُمْ بِالْمُعْجِزَةِ النَّازِلَةِ مَنْزِلَةَ قَوْلِهِ تَعَالَى صَدَقَ عَبْدِى فِى كُلِّ مَا يُبَلِّغُ عَنِّى

 Adapun dalil yang menunjuk benar segala rasul maka seandainya mereka pendusta nescaya تعالى الله berdusta pada khabarNya, kerana تعالى الله membenarkan mereka itu dengan memberi mukjizat, (kejadian luar biasa kurnian تعالى الله kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran mereka) oleh itu seolah-olah تعالى الله berfirman ketika memberi mukjizat “benar hamba ku pada tiap-tiap pekara yang disampaikan daripada aku” maka dusta تعالى الله mustahil, jadilah dusta para rasul mustahil.

Kedua: Amanah (الأمانة) ertinya kepercayan/jujur maksudnya para rasul tidak melakukan khianat dengan melakukan perbuatan haram, makruh atau menyalahi yang terlebih utama. Mereka itu tidak sekali-kali melakukan penipuan atau menyaleweng terhadap hukum yang تعالى الله perentahkan.

Dalil amanah ”Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

          Mustahil mereka melakukan khianat (الخيانة) yakni mereka tidak terpelihara pada zahir dan batin daripada melakukan pekerjan yang ditegah, samaada yang ditegah itu haram, makruh atau pekara yang menyalahi terlebih utama.

 وَأَمَّا بُرْهَانُ وُجُوبِ اْلأَمَانَةِ لَهُمْ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ فَِلأَنَّهُمْ لَوْ خَانُوا بِفِعْلٍ مُحَرَّمٍ أَوْ مَكْرُوهٍ لاَنْقَلَبَ الْمُحَرَّمُ أَوِالْمَكْرُوهِ طَاعَةً فِي حَقِّهِمْ ِلأَنَّ اللهَ تَعَالَى أَمَرَنَا بِاْلإِقْتِدَاءِ بِهِمْ فِى أَقْوَالِهِم وَأَفْعَالِهِمْ وَلاَ يَأْمُرُ تَعَالَى بِفِعْلٍ مُحَرَّمٍ وَلاَ مَكْرُوهٍ وَهَذَا بِعَيْنِهِ هُوَ بُرْهَانُ وُجُوبِ الثَّالِثِ

 Adapun tanda/dalil segala rasul عليهم الصلاة والسلام bersifat amanah maka   sekiranya khianat mereka itu  dengan memperbuat pekara haramkan atau makruh nescaya betukar keduanya jadi taat, kerana تعالى الله menyuruh kami mengikut mereka itu pada perkataan dan perbuatan dan تعالى الله tidak menyuruh kami memperbuat pekara yang haram dan makruh. Dalil ini sama dengan dalil wajib mereka itu bersifat tabligh yakni jika mereka tidak menyampi, lazim mereka menyembunyi yang demikian itu lazim pula kita disuruh ikut menyembunyi, kerana kita disuruh mengikut perkatan dan perbuatan mereka. 

Ketiga: Tabligh (التبليغ) ertinya menyampaikan, maksudnya rasul-rasul menyampaikan apa-apa yang telah dititah oleh تعالى الله kepada sekelian makhluk. Hakikatnya mereka mengajar sekelian manusia akan syariat kerana menunjuk kepada kebahagian didalam dunia dan akhirat.

dalil Tablig Wahai Rasul الله! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan الله jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya الله tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.

          Mustahil Kitman (الكتمان) ertinya mustahil mereka menyembunyi pekara yang disuruh sampaikan.

Keempat: Fatanah ((الفطانة ertinya cerdik / bijaksana maksudnya kesempurnan cerdik bagi mematahkan hujah musuh dan berkuasa membatalkan dakwaan yang tidak betul. Sifat ini tidak disebut didalam kitab Umul Berahin tempat sandaran buku ini.

 dalil fatanahSerulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;

          Mustahil para rasul bodoh yakni lemah menolak hujah musuh dan membatal dakwaan yang tidak betul.

          Dalil akal wajib mereka bersifat fatanah/cerdik adalah; sekiranya mereka tidak cerdiak nescaya mereka tidak boleh mendatangkan hujah untuk menentang hujah orang yang mengingkari seruan mereka, demikian itu bertentangan dengan pangkat kerasulan maka mustahil mereka itu tidak cerdik.

Sifat yang harus bagi تعالى الله

وَأَمَّا الْجَائِزُ فِى حَقِّهِ تعالى فَفِعْلُ كًلِّ مُمْكِنٍ أَوْتَرْكُهُ

Adapun yang harus pada hak تعالى الله itu adalah memperbuat tiap-tiap munkin (benda yang boleh ada dan tiada) atau meningalkannya.

          Adalah sifat yang harus pada تعالى الله hanya satu iaitu memperbuat segala kejadian atau tidak memperbuatnya. تعالى الله mempunyai pemerentahan yang amat luas di dalam kerajanNya maka Dia boleh melakukan apa sekehendakNya. Termasuk dalam memperbuat segala munkin memberi pahala kepada mereka yang berbuat taat dan menyeksa mereka yang melakukan ma’siat.

          Lawannya wajib تعالى الله memperbuat munkin atau mustahil memperbuatnya.

وَأَمَّا بُرْهَانُ كَوْنِ فِعْلِ الْمُمْكِنَاتِ اَوْ تَرْكُهَا جَائِزًا فَى حَقِّهِ تَعَالَى فَِلأَنَّهُ لَوْ وَجَبَ عَلَيْهِ تَعَالَى شَىْءٌ مِنْهَا عَقْلاً أَوِ اسْتَحَالَ عَقْلاً لاَنْقَلَبَ الْمُمْكِنُ وَاجِبًا أَوِ مُسْتَحِيلاً وَذَلِكَ لاَ يُعْقَلُ

Adapun dalil yang menunjukkan تعالى الله harus memperbuat munkin atau tidak memperbuatnya adalah seperti berikut, jika wajib pada akal atas تعالى الله memperbuatnya atau meningalkannya atau mustahil pada akal yang demikian itu nescaya jadilah pekara yang munkin itu wajib atau mustahil dan demikian itu tidak diterima akal.

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori