Posted by: almalakawi | 11 Jun 2017

Matan hikam 44

ولأن تصحب جاهلا لا يرضى عن نفسه خير لك من أن تصحب عالما يرضى عن نفسه فأي علم لعالم يرضى عن نفسه، وأي جهل لجاهل لا يرضى عن نفسه

Dan bahawa engkau berkawan akan orang yg jahil yg tidak reda akan nafsunya terlebih baik bagi engkau daripada engkau berkawan akan orang alim yg reda ia akan nafsunya. Maka dimana ilmu bagi orang alim yg reda akan nafsunya dan dimana kah kejahilan orang yg jahil yg tiada reda akan nafsunya.  Yakni adakah dinamakan alim orang yg menurut hawa nafsu dan adakh di katakan jahil orang yg tidak menurut hawa nafsu.

Maksud hikmah ini والله اعلم berkawan dengan orang yg tidak menurut hawa nafsu sekalipun dia jahil terlebih baik dari berkawan dengan orang yg menurut hawa nafsu walaupun dia alim.

Advertisements

Kategori

%d bloggers like this: