BERITA

Ulamak Tesehor di Mekah kembali ke rahmatullah

Al-Allamah Baba Sin Surat kiri

Al-Allamah Baba Sin Surat kiri

Baba Sin Surat Al-makki meningal dunia pada hari jumat pukul sepuluh pagi 5.6.2009.
Beliau adalah bekas pelajar Pondok Dala Patani Thailand.
Kemudian beliau berangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajaran.
setelah itu beliau mengajar di mekah sehinga akhir hayat

——————————————————————————

Pengajian kilat telah selesai

Pengajian kilat di Pondok Pasir Tumbuh bersama pelajar IPT telah selesai dan ada pelajar yang menyambung selama dua mingu untuk memantapkan kefahaman.

———————————————————————————————-

Khairul Ummah

(Umat cermelang)

Pertubuhan yang berdaftar sedang merancang mendirikan pusat pengajian pondok. Pertubuhan ini memerlukan sumbangan bagi merealisasikan cita-cita ini. Sumbangan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad atas nama Pertubuhan Umat Cemerlang (Khairu Ummah) 0302-0000656-71-8

——————————————————————————————

Pelaburan Akhirat

Berita baik bagi mereka yang ingin melabur di saham akhirat kami di Pondok Pasir Tumbuh ada mewujudkan Tabung Kebajikan Guru & Pelajar.

Wang ini akan disalurkan untuk membantu tenaga pengajar yang mengajar di pondok ini

No A/ BIMB 3018010063003

Respon

  1. apa pandangan ustaz tentang permainan yg berbentuk binatang atau sebagainya

    • Permainan anak patung yang diharuskan adalah permainan anak patung untuk kanak-kanak perempuan supaya melatih mereka bagaimana hendak mengasuh ana selain dari itu adalah haram. و الله اعلم

    • alhamdulillah, dicadangkan agar duit khairat yag diterima itu cuba tubuhkan kedai syarikat atau koprasi, dan hasil drpd itu baru diagehkan kpd guru, orang susah,lebai miskin. cuba elak drpd selalu bergantung pada org lain, nabi ajar kaih sendiri, usaha cari makan sendiri, buatlah, niagalah, 9/10 rezki pada niaga. niaga untuk pondok dan kbajikan ulama. wallahu aalam.

  2. Assalamualaikum Ustaz,
    Mohon pandangan ustaz
    Tiba-tiba anak perempuan mohon mengaji di pondok. Saya bersyukur dengan niat murninya tapi di pondok mana ? Umur anak 23 tahun, kelulusan SPTM tapi bukan dari sekolah agama atau pondok. Mohon pandangan ustaz, pondok mana boleh terima pelajar perempuan umur 23 tahun. Saya dari negeri perak.

    • Saya cadangkan dia dihantar di Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim, Gelang Emas 17010 Pasir Emas, Kelantan
      No. Tel: 097972433/0148430506

    • Asslm’Alaikum ustz…
      ustz kenal dengan Tuan Guru Haji Abdul Lathif(PakTeh),beliau pengasas Madrasah Al-Lathifiah Pengkalan Hulu Perak,dikenali juga dengaan pondok Kroh,beliau juga pernah belajar di Pondok Pasir Tumbuh dengan Tuan Guru Hj Hashim.
      saya berminat belajar di pondok,tapi tak tahu pondok mana yang saya nak pilih,saya nak buat sembahyang istiqarah,boleh saya minta pandangan ustaz?
      sekarang saya hanya ikuti pengajian dengan pengajar @ guru pondok di masjid,di pondok dan di rumah guru.tolong doakan mudah-mudahan ALLAH permudahkan ILMU untuk saya,saya mintak tolong dengan ustaz doakan saya.

      • Saya kenal Tuan Guru Haji Abdul Lathif(PakTeh), munkin dia tak kenal saya kerana saya belajar di Pondok Pasir Tumbih dia dah buka pondok di Keroh.
        Sekiranya saudara hendak belajar di sana boleh juga atau saudara belajar di Pondok Gelamg Emas Tuan Guru Ishak (pohok) atu Pondok Pasir Tumbuh di sini masih ramai guru yang mengajar. Buat lah sembahyang istikaharah semuga mendapat pertunjuk. والله اعلم

  3. Assalamuailaikum Ustaz. Saya ingin bertanya apakah fadilat malam lailatulqadar untuk arwah.

    • Di dalam hadis dan ayat al-Quran ada menyebut fadilat malam lailatu qadar, adalah fadilatnya barang siapa beibadat pada malam itu digandakan pahalanya seribu bulan.
      Oleh kerana pada malam lailatul Qadar Allah mengandakan amalan orang hidup, maka sekiranya orang hidup mensedekahkan pahala ke pada orang yang telah mati maka itu lah fadilat yang akan diterima oleh orang mati والله اعلم

  4. ust.sy nak tanya,الله nama bagi zat,أكبر tu sifat bagi zat,besar mana zat الله?lagi 1 soalan,kita ni dengan Tuhan جمع كا فرق؟..berhimpun sekali ka?terasing ka dengan Tuhan?

    • Allah adalah Zat dan Akbar adalah sifat yg bererti maha agung, besar darjatNya bkn dgn makna besar zat krn Allah tidak berjisim samada besar@kecil. kesemua itu adalah ciri2 makhluk sedangkn Allah tidak besamaan dgn sesuatu pun.Jika tdk, nscya Dia mcm mkhluk yg mmbawa kepada Allah baharu smcm makhlukNya. kita dgn Allah tdk bole dikatakn berhimpun atau dekat dgn kita krn kesemua itu adlh ciri2 makhluk yg brsifat baharu. Dia hampir dgn kita dgn makna kita dlm kekuasaan qudrat, iradat serta ilmuNya. Jauh @ dekat tidak bole disandarkn kepadaNya. Allah tiada bertmpt dan tiada segala pihak dan kedudukn. Kata Saidina Ali: “Adalah Allah tiada brtmpt dan Dia sekarang sentiasa&brkekaln bgitu (ykni tiada brtmpt)”

  5. pernah sy dengar.untuk mengenal tuhan mesti dapat membeza diantara محدث dgn قديم..jd soalannya apa perbezaan diantara muhaddas dgn qadim..?benda yg boleh dibeza,mesti ada tandanya sendiri…seperti ayam dan itik,ada tanda masing masing..

    • Perbezaan Allah brsifat Qadim dgn mkhlukNya brsifat baharu ialah Dia tidak menyamai dgn apa2 jua ciri2 yg ada pada mkluknya. Firman Allah, brmaksud : ” Tidaklah Allah mnyamai dgn apa2 sesuatu pun “. Cuba rujuk bab Aqidah tntg sifat ‘tidak mnyamai Allah dgn mkhluk’ (mukhalafatuhu lil hawadis)

  6. dlm alquran menyatakan Allah meliputi tiap2 sesuatu…jd meliputi tu mcmna??dah macam jamak dah dgn tuhan..??

    Allah berfirman..Allah yg menjadikan kamu dan apa yg kamu kerjakan….jadi mana kelakuan tuhan?? mana kelakuan kita..??

    bagaimana kita nak nyata tuhan sampai kamal yaqin?

    • Dlm Quran tersebut adalah maknanya: Allah Taala meliputi tiap2 suatu dgn sifat qudrat,iradat,ilmu,sama’& basarNya yakni Allah mentadbir tiap suatu dgn ZatNya yg Maha Agung& sifat2Nya yg maha sempurna.Tidak ada sesuatu pun terlepas drp kekuasaanNya. Oleh itu, setiap ayat@hadis mesttilah dirujuk kpd ulama tafsir & ulama2 yg muktabar pada menghuraikan kedua nas agama kita yg mulia ini.

      Allah yg mnjadikan kita dan mnjadikan apa yg kita lakukan. Adapun kita hanya melakukan dgn jalan usaha & ikhtiar/pilihan, sekalipun keduanya tidak memberi kesan. Hanya perbuatan Allah yg memberi kesan. Ini bertepatan dgn FirmanNya bermaksud: Dan Allah menciptakan kamu&mnciptakan apa yg kamu lakukan. Jika perbuatan kita itu tidak dicipta olehNya, mmbawa kpd lemah Allah Taala serta menafikan Dia sebagai tuhan krn definisi tuhan adalah terkaya(tidak berhajat) kpd yg lain drpNya dan berhajat sekalian sesuatu kpdNya(yakni tidak bole terkecuali sesuatu pun drpNya).

      Hendak mencapai kamalul yakin mesti melalui dari asas bawah dahulu, iaitu msti belaja asas2 agama serta melakukan ketaatan&meninggalkan maksiat zahir dan batin..jika tidak melakukan perkara berikut, jangan harap kita dapat bergerak setapak pun!! Hendak melakukan taat@mninggalkan maksiat mestilah melalui ilmu yg betul2 kita mengetahui tntang keduanya,jika tidak demikian nescaya kita tanpa sedari merasakan dah buat taat walhal kita lah yg sedang melakukan maksiat&noda serta mengiktikadkan Pencipta dgn perkara2 yg tidak layak bagiNya yg mmbawa kemurkaanNya…wallahua’lam

  7. slmt menyambut idilftri pd ust lias dngn abg din..moga ilmu antuma ana dpt gunakan dan berkongsi dgn org dsini…

  8. slm.dlm darul nafis,mengatakan,setiap amal ibadat mesti disertai dgn akuan sandaran hak..mcmma tu abg din?betul ka kitab ni sesat?atau org yg tak faham dlm kitab tu yg sesat?

    • cuba tanya mereka yang kata sesat kitab tu, kat mana yg trdapat kesesatan, bole lah kita sama2 bincang…pendakwaan mesti disertai hujah&dalil, pastu barulah bole hukum kn?Wsslam….

  9. salam. saya nak bartanya hukum bertalqin.. adkh ia hadis dhoif?

    • عن ابي امامة رضي الله عنه قال :إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا النبي صلى الله عليه وسلم . فقال :إذا مات أحد من اخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل يافلان ابن فلانه ، فإنه يسمعه ولايجيب ثم يقول يافلان بن فلانه فإنه يستوي قاعدا ثم يقول يافلان بن فلانه فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لاتشعرون فليقل :اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة ان لاإله الا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقران اماما، فإن منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد بيد صاحبه ويقول :انطلق بنا ما يقعدنا عند من لقن حجته؟ فقال رجل يارسول الله فإن لم يعرف أ مه قال ينسبه الى امه حواء يافلان بن حواء
      رواه الطبراني .ويقول الحافظ ابن حجر العسقلاني في كتابه التلخيص الحبير :”وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه” ا هـ

      Daripada Abi Umamah رضي الله عنه dia telah berkata “Apabila aku mati, buatlah kepadaku seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita”, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Apabila salah seorang daripada saudara kamu mati, lalu kamu ratakan tanah di atas kuburnya, maka hendaklah salah seorang dari kamu berdiri di kepala kuburnya, kemudian serulah: Wahai fulan Bin fulanah (sebut nama ibunya), maka si mati akan mendengar seruan itu tetapi ia tidak menjawab. Kemudian hendaklah diserukan sekali lagi dengan berkata: Wahai fulan Bin Fulanah, maka pada saat itu si mati akan bangun dan duduk. Kemudian hendaklah diserukan lagi, maka si mati akan menyahut seraya berkata: “berilah daku peringatan semoga Allah merahmatimu”. Si mati akan berkata demikian tetapi kamu tidak menyedari. Kemudian hendaklah orang yang menyeru itu berkata: “Ingatlah saudaraku akan i’tikad tauhid yang menjadi peganganmu di dunia dahulu iaitu dua kalimah syahadah: bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad S.A.W ialah hamba dan pesuruh-Nya, dan bahawa engkau telah reda Allah sebagai tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Muhammad sebagai nabimu dan al-Quran sebagai imammu (petunjukmu)”. Lantaran itu Munkar dan Nakir saling memegang tangan satu sama lain seraya berkata: “Marilah kita pergi dari orang yang telah diajarkan hujah-hujahnya”, maka Allah yang menjadi hujahnya terhadap dua malaikat itu. Seorang lelaki bertanya: “Ya Rasulullah! Jika tidak diketahui nama ibunya. Jawab baginda S.A.W: “Nasabkanlah dia kepada Hawa (isteri nabi Adam a.s), wahai Fulan Bin Hawa!”. Hadisini direwayat oleh Tabarani. Dan berkata Hafis Ibnu Hajar Al-askalani pada kitabnya Al-Tahlisul Habir “sanad ini sanad yang elok”. dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya dalam kitab Ahkam.

      Di bawah ini pendapat empat mazhab mengenai talkin:
      Mazhab Syafie:
      1- Imam Nawawi di dalam kitab Majmuknya menyebutkan “ telah berkata kebanyakkan ulamak Syafie disunatkan talkin mayat kemudian daripada menanamnya”.
      Kemudian Imam Nawawi berkata “ mereka yang menaskan atas sunat talkin kemudian daripada tanam ialah Kadi Husin, Mutawalli dan Syeikh Nasrul Mukaddasi”.
      Imam Nawawi berkata lagi “ada orang telah bertanya Syeikh Abu Amrin dan dia menjawab dengan katanya “Talkin mayat selepas kebumi adalah pilihan kami dan kami beramal dengannya.
      2- Imam Abu Kasim Al-Rafie berkata di dalam kitabnya Fthul Aziz, Syarah bagi Wajis “disunatkan talkin di atas mayat kemudian daripada tanam dan berkata orang yang mentalkin يا عبد الله بن أمة الله …” إلى ءاخره

      Mazhab Hanafi:
      Syeikh Abdul Ghani Al-Ghanimi Al-Damsyiqi ada menyebut di dalam kitabnya Al-Lubab fi syarhil Kitab ” talkin mayat di kubur adalah disyarakkan di sisi Ahli Sunnah kerana Allah تعالى Menghidupkannya di dalam kubur”.

      Mazhab Maliki:
      Imam Qurtubi tuan punya tafsir yang masyhur di dalam kitabnya Al-Tazkirah bi ahwalil mauti wal akhirah ada membuat satu bab yang khusus tentang talkin orang mati selepas tanam.

      Mazhab Hambali
      Imam Mansur b Yusuf Al-Bahwati dan Imam Al-Mardawi berkata “ mentalkin mayat selepas tanam adalah disunatkan”.

      • Ummah berada di dalam keadaan delima dalam masalah talqin; ada yang menyokong dan ada yang menentang! Kita yang di tengah ini dalam keadaan pening!

    • Jika hadis dhoif sekalipun, maka tak ternafi untuk diamalkan. Kerana tiada ulamak yang hak dalam mazhab Syafie mengatakan anjuran amalan dalam hadis dhoif tidak boleh dipakai.

  10. Assalamualaikum.. Alhamdulillah..

    Diizinkan Allah blog utk kemusykilan dll dlm hal agama islam tlh tercipta, akan sy syorkan lg pd ssiapa sbg slh satu rujukan bg Al-Quran n As-Sunnah..

    Sy agak risau dgn keadaan skg yg mn byk kkeliruan tlh bleluasa n mberi ksan, ini suma ktentuan Allah bg mnguji semua hamba2nya..

    Apa pun ketentuan Allah kita xtau tp bg yg mau berfikir ikhtiarla krn Allah jugalah yg pilih n buat kita bfikir serta ambil tggjwb, maaf skiranya perkataan sy ini tidak bpatutan..

    Sy yg masih minta dipimpin Allah hny sgt terharu dgn tindakan Lina Joy yg mn mmg trasa sgt stimpal dgn hukum Allah tentukan ke atas ssiapa tlh murtad @ mencaci @ dll, mdh2an smakin tersebarlah dgn skelip mata hukum2 Allah (Undang2 Allah) dibumi islam ini bagi mencapai kegemilangan islam di akhir zaman yg mana pasti akan berulang zaman kemuncak islam bg umat Muhammad S.A.W. yg terpilih.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Wassalam..

  11. Assalamualaikum.. ustaz,

    saya nak tanya apa yang dimaksudkan dengan Al-Dhurar Yuzal (Kemudaratan hendaklah disingkirkan) dan al-Yakin la Yuzal BiSyakki (Yakin Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Semata-mata Syak). boleh tak ustaz huraikan dengan lebih jelas

    • إن شاء الله akan sampai masanya saya akan bahaskan perkara yang nor afzati kehendaki, saya akan tulis qaida fekah secara berperingkat-peringkat, sekarang ni saya dah tulis dua qaedah dan selepas ini akan masuk qaedah الضرر يزال

    • sila lihat ad-darar yuzalu

  12. slm.ust,seorg yg berhadas besar yg mahu puasa sunat,ia mandi wajib selepas azan subuh,sah atau tidak puasanya?..puasa wajib juga,sah atau tidak?jika ia mandi wajib selepas masuk waktu subuh..?

    • Tidak disyaratkan berpuasa dalam keadaan suci daripada hadas besar, dengan itu sah puasa orang yang sedang berhadas

  13. Assalamualaikum, Minta ustaz jelaskan adakah minak lintah itu najis?

    • Lintah tidak termasuk golongan ikan yang dikecualikan dari bangkai apabila mati.
      suatu yang mati itu najis kecuali ikan, belalang dan manusia. dan tidak najis binatang yang boleh dimakan apabila matinya disembelih dengan mengikuti syarat-syaratnya. lintah tidak termasuk binatang yang boleh dimakan dengan itu bangkainya najis, dan apabila dibuat minyak maka minyaknya najis, sekiranya minyak lintah digunakan untuk mengubati penyakit dan tiada yang lain atau ada yang lain tapi kesannya adalah lebih baik maka boleh digunakan. والله اعلم

      • Dan harus dijual yakni sah dijual beli intaha Matlai badrain oleh Sheikh Daud alfathani. wallahuaalam, elok untuk ubat strok jangan lebih2 nanti besar sangat

  14. salam
    ust,minta ust terangkan adab dalam bertunang?

    • Bertunang itu belum bernikah, maka perlu dijaga adab-adab serta syariat antara seorang lelaki dengan wanita ajnabi. Sebaiknya bertunang itu tidak lama, paling cepat seminggu, paling lama sebulan atau dua bulan sahaja. Sekian.

  15. Assalamualaikum ustaz…..saya ni kakitangan kerajaan dan berkhidmat di Sg Buloh..Saya terasa ingin mendalami ilmu agama di pondok..Adakah boleh saya belajar secara “part time” dan pondok manakah yang berdekatan dgn Sg Buloh,Selangor…

    • Sila hubungi ust. Masadi Masyuti hp. no. 017362932 dia adalah sahabat saya bekas pelajar pasir tumbuh

  16. ustaz,mcm tak cukup je no handset tu????

  17. salam ust.. sy baru dpt kerja kt balik pulau pulau pinang. blh bagi maklumat jika ada pengajian pondok di sana.

    • minta maaf perkara yang di tanya tidak ada dalam maklumat saya.

      • terima kasih ust

        \

    • BIL ALAMAT PONDOK PENGETUA TELEFON
      1 Madrasah Darul Muhajirin, Kg Pengkalan Sangga, Padang Chempedak, 13310 Tasir Gelugor, Seberang Prai Tuang Guru Hj Abdul Wahab b Husin 04-5733948
      2. Madrasah Sa’adatul Wataniah, Pondok Telaga Panchor, Kg Tembak, 09300 Baling, Kedah Ustaz Hj Ismail b Hj Taib 04 4626370
      3. Madrasah Tahzib an-Nufus,Pondok Ustaz Awang Lanai, Kg Bonggol Berangan, Parit Panjang, Kupang, 09210 Baling, Kedah Tuan Guru Hj Wahab b Hassan 04-4791475
      4. Madrasah Tuan Guru Hj Abu Bakar Taib Ustaz Ibrahim b Jaafar 04-4791307
      5. Madrasah Misbahul Falah,Pondok Lanai, Kg Bonggol Berangan, Parit Panjang, Kupang, 09210 Baling, Kedah Ustaz Ahmad b Hj Omar 04-4791701
      6. Madrasah ad-Diniah al-Latifiah,Kg Kuak Luar, 33100 Pengkalan Hulu, Kroh, Perak Tuan Guru Hj Abdul Latif b Abdul Rahman
      7. Madrasah Diniah Ahmadiah Islamiah,Pondok Ahmad Nahu, Kg Kuala Beris, Nami, 08210 Sik, Kedah Tuan Guru Hj Ahmad b Talib 04-7520902
      8. Madrasah Irsyadiah Islamiah, 08700 Ampang, Jeneri, Kedah Tuan Guru Hj Zakaria b Ismail 04-4645621
      9. Madrasah Nur Islamiah, Gajah Mati, 06700 Pendang, Kedah Tuan Guru Hj Abdul Rahim b Abdul Rahman 04-7597255
      10. Madrasah Takwiyatul Islamiah,Pondok Bukit Lada, Jln Kubor Panjang, 06760 Pokok Sena, Kedah Tuan Guru Hj Abdullah b Lebai Saman 04-7821387
      11. Madrasah Ijtimaiyyah al-Ahmadiah, Tanjung Bedil, Mukim Gunung, 05150 Alor Setar, Kedah
      12. Madrasah al-Hidayah al-Hukmiah, Pondok Permatang Nibong, Pida Tiga, Mukim Jeram, 06000 Jitra, Kedah Ustaz Abdul Rauf b Hj Awang 04-9164264
      13. Madrasah al-Falah as-Samaniah ad-Diniah, Pondok Alor Janggus, Mukim Padang Lalang, 06250 Alor Setar, Kedah Tuan Guru Hj Zakaria b Hj Mohd Saman 04-7338644
      14 Madrasah Ulum Diniah al-Uthmaniah, Pondok Tanjung Kapor, 06000 Jitra, Kedah Ustaz Hj Sobri b Osman 04-9163791
      15 Markaz at-Ta’lim wa Tarbiah, Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, 08200 Sik, Kedah Tuan Guru Hj Abu Bakar b Ibrahim 04-4693869
      16 Ribat Nasrul NuhajirinPeti Surat 200, Permatang Kaka, Megat Dewa, 06100 Kodiang, Kedah Ustaz Hj Mohd Nasir b Abdul Ghani 019 4803578
      17 Madrasah Manabi’ a-Ulum ad-DiniahKg Pida Dua, Telaga Batu, Mukim Jeram, 06000 Jitra , Kedah Ustaz Hj Mohd Rejab b Md Akhir 04-7944931
      18 Madrasah Darul Muhtadin,Belakang Masjid, Sg Pau, Jeniang, 08700 Sik, Kedah Ustaz Othman b Din 012 5849813
      19 Maahad Dar MuhajirinKg Bukit Gajah Teriak, Mukim Binjal, 06000 Jitra, Kedah Ustaz Hj Mohd Khirul Anuar b Shafie 019 5104948
      20 Madrasah at-Tarbiah,Pondok Kg Landai, Gulau Sok,08210 Sik, Kedah Tuan Guru Hj Ahmad Zahari b Yusof 04-7521424
      21 Madrasah ar-RahmaniahSeberang Pekan Sik, 08210 Sik,Kedah Tuan Guru Hj Salleh b Musa 04-4695926
      22 Pondok SemelingNo 5 Kg Paya Suri Semeling, 08100 Bedong, Kedah Ustaz Ahmad Luthfi b Abu Seman 04-4571592
      23 Madrasah as-Sa’adah al-IslamiahPondok Gajah Mati, Kg Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, 06700 Pendang, Kedah Ustaz Hj Wan Mohd Izudin b Hj Wan Ibrahim 04-7593755
      24 MADRASAH ADDINIAH ALMARDIYAH
      LOT NO 1550, KAMPUNG SEBERANG SG KOB
      09700 KARANGAN,KULIM
      KEDAH USTAZ ROSSHAM BIN YUSUF
      25 PONDOK BEGIA
      MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH
      KAMPUNG BEGIA,JALAN JENERI,
      08200 SIK,KEDAH. UST.YUSSUF (MUDIR-0134175989) UST.AMRAN BIN HASSAN (0194058581)
      26 Madrasah Tarbiyatul Awladiyyah Darul UlumKg Kilim, Pulau LangkawiDitubuh pada tahun 2004 Ustaz Ayub
      27 Madrasah az-ZuhudiahKg Charuk Salang, Parit Panjang, Kupang, 09120 Baling, Kedah Ustaz Rifaie b Yaakob 04-4761443
      28 Madrasah IslahiahPondok Ustaz Adnan, Kg Paya Kelubi, Sg Karangan, 09140 Padang Serai, Kedah Ustaz Hj Adnan b Abdul Majid 04-4850284

  18. salam ust….saya tidak dapat membuat panggilan no hdset ust. Masadi kerna no hdsetnya tidak lengkap..harap ustaz membantu saya..

    • sila dail 0172686653 Ust Masadi

      • Din Ni Budak mana Ye? alamat Rumah saya: No 52 jln Raya Enam taman Serdang jaya. sebelah dengan Universiti Putra Malaysia.
        Kuliah Dirumah:
        Sabtu malam Ahad: Hadis Abi Daud , Minhajul Abidin dan Mukhtasar Jiddan untuk Minggu 1,2 n 3.
        Minggu 4: Kitab Ghayatut Taqrib kitab Bicara Pusaka dan Panduan Sembahyang Berjemaah dan Mukhtasar Jiddan. mula jam 1030 malam.
        hari Ahad minggu 1,2 n 3: kitab Durruth Thamin ( tauhid) Sabilal ( fekah), Furuk Masaail jld2 bab Jual beli dan Ghayatul maram (haji). mula jam 1030 pagi.
        minggu 4 n 5 : kitan Pelita penuntut dan Hikam Melayu dan Mustalah hadis.
        Sekian Tk Wslm.

  19. salam…..sy tinggal kat sg buloh…

  20. sy asal dr Serambi Makkah dan menetap serta bekerja di sg buloh…

  21. assalamu alaikum. saya cadang kalau ustaz ada kitab2 spt Iqna, Mughni Muhtaj, fathul wahhab, mahlli dan lain2 yang berdobit lengkap, ustaz boleh fotostatkan dan jual di pasaran. memang ramai yang perlu kpd kitab mcm tu. syukran.

  22. assalamualaikum.ustaz, saya tinggal di temerloh pahang, saya ingin mendalami ilmu agama tetapi tidak tahu bagaimana caranya dan di mana.harap-harap ustaz boleh bagi cadangan.

    • Boleh pergi kecenor cari pondok pak kob dulu dia mengaji kat pondok pasir tumbuh atau pondok an Najah tuan guru hj Ahmad di bukit keledang mengkarak atau ke kuantan pondok damai ustaz mohammad Zuki semuanya asal dari pondok pasir tumbuh ada banyak lagi tapi tak tahu alamatnya.

  23. Assalamualaikum ustaz boleh tahu tinggal kat mana sekarang ? Ada masa nak ziarah.Insaallah.

    • Saya tingal di Pondok Pasir Tumbuh Kota Baharu Kelantan

  24. bagai mana kesihatan ustz buat mase ni…

    • الحمد لله بالخير

  25. assalamualaikum…ustaz2
    terutama ustaz masadi…ana kenal ustaz tu…kat pondok pasir tumboh sama2 belajar…pondok dia dekat dengan kolah kan..tapi ana belajar tak lama..masa tu tahun1989

    • Betul, pondok ustaz masadi berhadapan dengan pondok saya

  26. salam ustaz,saya dari sg petani kedah,saya ada seorg ank prm 11 th yg brminat nak mngaji d klas pondok spnuh masa.d manakah pengajian pondok yg menerima usia spt anak saya?

    • Boleh ke pondok sungai bakap penang ustaz Salmi mudir situ, kawan kami semasa belajar di pondok pasir tumbuh dan antara pelajar yang kedepan, atau pondok manabil ulum, pondok penanti mudir dia Ustaz yusuf juga bekas pelajar pondok yang kedepan masa sesama mengaji dulu tahu 80an

      • ustaz yusuf tu pun kawan ana…masa tu dia tinggal sekali dn rizal (kl)..ana masa tu tinggal dipondok bersama allahyarham basiran…

  27. Topik: فضيلة الإمام: القرآن امرنا بإظهار المودة والرحمة للمخالفين لنا في العقيدةBalas Topik ini
    Memaparkan kesemua 7 kiriman.

    نور الدين علي الشاذلي
    أكد الدكتور على جمعة مفتي جمهورية مصر العربية أن الرسول صلي الله عليه وسلم أوصي بأقباط مصر وصية خاصة فقد روت أم المؤمنين أم سلمة رضي الله عنها ان رسول الله أوصي عند وفاته فقال: “الله الله في قبط مصر فإنكم ستظهرون عليهم ويكونون لكم عدة وأعوانا في سبيل الله”.. وفي حديث آخر أن رسول الله صلي الله عليه وسلم قال: “استوصوا بهم خيراً فإنهم قوة لكم وبلاغ إلي عدوكم بإذن الله” يعني قبط مصر.. لذلك فإن الناظر للتاريخ يري ان اقباط مصر قد رحبوا بالمسلمين الفاتحين وفتحوا لهم صدورهم.

    وأضاف فضيلته في مؤتمر صحفي عقد أمس ان لإسلام أولي عناية خاصة بدور العبادة الخاصة بغير المسلمين فحرم الاعتداء بكافة أشكاله علي دورهم. ففي عهد عمر بن الخطاب رضي الله عنه إلي أهل إيلياء “القدس” نص علي حريتهم الدينية وحرمة معابدهم وشعائرهم بقوله: “هذا ما أعطي عبدالله عمر أمير المؤمنين أهل إيلياء من الأمان. أعطاهم أمانا لأنفسهم وأموالهم وكنائسهم وصلبانهم وسائر ملتها. لا تسكن كنائسهم ولا تهدم ولا ينتقص منها ولا من خيرها ولا من صليبها ولا من شيء من أموالهم ولا يكرهون علي دينهم ولا يضار أحد منهم”.

    واشار فضيلته الي أن الإسلام ذهب لما هو أبعد من ذلك حيث أمر القرآن بإظهار المودة والرحمة والقسط في التعامل مع المخالفين في العقيدة فقال تعالي: “لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين”.
    lebih kurang 2 bulan yang lalu · Lapor

  28. assalamualaikum ustaz .boleh saya tahu madrasah perempun di sekitar selangor atau perak yg menerima pelajar seperti saya lepasan stpm

  29. kitab Jawi tak da dalam Blog nih koooo

  30. Salam Ustaz, bagaimanakah caranya saya hendak menghubungi Madrasah ad-Diniah al-Latifiah, Pengkalan Hulu. Pelbagai blog sudah saya surf untuk mencari no tel, hingga harini tak jumpa lagi. Harap sudi membantu. Terima Kasih

    • Beri no tel anda buat masan saya belum ada maklumat, saya akan cuba dapatkan maklumat dari sahabat saya yg pernah belajar disana.

  31. assalamualaikum ustaz…. sya teringin sngat untuk blajr ilmu agama, dan sya berumur 21 pjar akademik, sya ingin merubah arah untuk berlajar ilmu agama dan strus nya mnjadi pendakwah insyallah… ustaz sya mohon cdangan ustaz pondok mna yng ptut sya pergi untuk mndalami ilmu agama dan trusnya jika diberi peluang sya ingin mnyambung plajaran ke timur tengah… tolong ustaz sudah lama sya mncari mklumat pondok ni…. tolong ustaz antra yg berjya ialah sperti ustaz azhar akhil hay, ustaz sharir Long…

    • Jika anda lelaki datang ke pondok saya Pondok Khairu Ummah Taman Tarbiah cengal batu mukim saring pasir putih kelantann sila layari blog khairu ummah.

  32. Alhamdulillah Ustaz, saya bersyukur sekarang ini ramai ibubapa yang mula menghantar anak ke maahad atau sekolah agama pondok. Cuma saya sedikit terkilan dengan sesetengah sikap ibubapa yang menghantar anak ke sekolah ini sebagai satu jalan keluar setelah mereka tidak upaya mengawal tingkahlaku anak mereka. sikap sebegini sebenarnya akan menyebabkan gangguan kepada anak-anak lain yang sememangnya berminat dan ingin mendalami ilmu Allah.

    Seperkara lagi saya ingin maklumkan terdapat maahad di Padang Temu Melaka dibawah AlFadhil Ustaz Fuad ( Mudir ) yang pernah belajar di maahad Pasir Tumboh Kelantan. Nama pusat pengajian di Melaka ialah PMKT ( Pertubuhan Murid Kitab Turath Melaka ).

  33. assalamualaikum..ustaz..saya nona.ada anak lelaki dan perempuan ingin menghantar dia sekolah pondok tapi di mana yang lebih sesuai kerana banyak sangat sekolah pondok..umur 7 tahun.

    • Saya tak tahu di mana sekolah pondok yang ambil pelaja bawa 11 tahun harap maaf

  34. anak saya nie ada kebolehan menghafal al-quran dengan baik..boleh membaca kitab jawi dan arab lama..

  35. assalamualaikumm..ana mencari pondok disekitar kedah , untuk umur 18 tahun n perempuan… dimana yer ada?

    • Saya tak tahu

  36. Assalamualaikum..
    ustaz, pertanyaan.
    saya seorang muslimat, kini sudah berusia 24 tahun.
    tahun lepas saya mengikuti sahabat ke daurah di pondok pesantren d indonesia. kami menadah kitab d sana.selama 12 hari.
    kebanyakkan kitab dlm bhasa arab.
    walaupun kurang memahami, tapi saya sukakan suasana dan mahu belajar lagi.
    bermula dr situ, saya ingin memulakan kehidupan saya.
    yakni ingin mengaji di pondok.
    dan utk pengetahuan, sya hanya pelajar akademik shja.

    ustz, pondok apa yang sesuai utk saya ,
    saya nak mula dr asas terutama al-quran dan bhasa arab.
    klu boleh , ustaz cadangkan sekitar kelantan.
    syukran ustaz..
    email:khairulbariah_ikhlas@yahoo.com.my

  37. Salam ustaz,,

    saya ada baca dikomen di atas ustaz ada rekomen pondok pasir tumboh. Adakah pondok ini yang ustaz maksudkan?
    —>> http://albakriah.wordpress.com/syarat-yuran

    Alamatnya ‘pondok pasir tumboh,16150 kota bharu, kelantan.’

    • ya

  38. Assalamualaikum ustaz. apa khabar…. maaf ganggu. sy dr port Dickson berumur 37thn…sy ingin mendalami ilmu agama. sy ingin belajar dr mula sb terlalu jahil dlm bab2 ni…sy masih bekerja dn akn pencen lg 3thn…sy mmg drpd dulu terdetik nakr sekolah2 pondok utk blajar mgaji dll…besar harapan sy jika ustaz dpt mberi cadangan kat mana sy perlu pergi…

    • Pergi ke Pondok Pasir Tumbuh


Tinggalkan komen