Posted by: almalakawi | 13 Jun 2017

Matan hikam 5

اجتهادك فيما ضمن لك وتقصيرك فيما طلب منك دليل على انطماس البصيرة منك

Bersunguh sunguh engkau pada barang yg telah dijamin bagi engkau (yakni daripada rezki) dan cuai engkau daripada barang yg dituntut daripada engkau (yakni daripada ibadat)  menjadi dalil atas mati hati engkau.

Maksud hikmah ini والله اعلم setiap insan telah dijamin rezkinya tetapi masih bersunguh sunguh pada menuntutnya sedangkan mereka disuruh beribadat tetapi mereka itu cuai dari tuntutan ibadat itu, ini menjadi tanda mati hatinya.

Islam tidak melarang mencari rezki tetapi yg dicela ialah melampau pada menuntut rezki sedangkan ia cuai berbuat ibadat.

Advertisements

Kategori

%d bloggers like this: