SOAL JAWAB AGAMA 2

SILA BERI SOALAN ANDA DISINI

Respon

  1. Asalamualaikum Ya Ustaz..
    Bolehkah seseorang itu membaca Surah Yasin dengan tidak berwuduk terlebih dahulu?

    • Membaca apa sahaja ayat Quraan tidak perlu berwuduk yang diwajibkan berwuduk apabila memegang atau menyentuh al quraan dan apa sahaja kertas yang ada tertulis ayat al quraan yang tidak sds didalamnya tafsir.

      • ustaz.`bagaimana klau ada tafsirnya???

        adakah kita boleh memegang atau menyentuhnya???

    • macam mana doa antara dua khutbah

    • assalamualaikum ustaz, ana nak mohon share setiap ilmu yang dalam blog ni boleh ker ustaz?

      • Dibenarkan

  2. Assalamualaikum w.b.t….ustaz,saya ada satu kemusykilan tentang ibadah akikah…saya ingin melakukan ibadah akikah buat kedua2 anak saya….tapi masalah saya sekrang suami saya tidak memberi keizinan kepada saya atas sebab2 peribadi bukan sebab kewangan….soalan saya sekarang,kalau saya ingin melakukan juga ibadah itu tanpa persetujuan dari suami,apakah hukumnya……

    • Mentaati suami adalah wajib pada perkara yang tidak maksiat dan dia melarang dari buat aqiqah untuk anak-anak bukan maksiat semantara buat aqiqah adalah sunat diatas mereka yang wajib memberi nafkah kepada kanak-kanak itu

      • Tapi yang menjadi masalah saya sekrang,suami saya tidak mengizinkan kerana suami saya merupakan salah seorang pengikut satu ajaran…mengikut ajaran yg diikuti oleh suami saya,ibadah akikah dan korban tidak boleh dilakukan atas sebab2 yang saya sendiri kurang pasti….Saya memang ingin sangat melakukan ibadah ini untuk anak2 saya…tetapi saya berhajat untuk memberi keizinan kepada orang lain untuk melakukan ibadah akikah ni bagi pihak anak2 saya tanpa pengetahuan dari suami saya…..Saya berharap ustaz dapat memberi pendapat tentang masalah saya ini…..

      • Puan wajib mentaati suami puan.
        Ajaran apa tu? jika ajaran sesat puan wajib membuat aduan kepada pihak berkuasa.

  3. assalamualaikum,ustaz……

  4. assalamualaikum ustaz….suami saya baru meninggal 24hb01.2011.saya nak bayar fidyah utk arwah..jd nak mnta tlg ustaz kira berapa kah jumlah@kuantiti beras yg harus saya bayar utk arwah…suami saya meninggal msa umur 34thn(ikut thn)klau ikut blan xmasuk 34thn lg krana arwah lahir pd 13hb06.1977…..tp yang saya tau la,selama perkahwinan kmi slama 5thn,arwah xpernah tinggal puasa…iaitu dr thn 2005-2010..jd berapa kah jumlah fidyah yg hrus saya,bayar………

    • berkemungkinan suami puan tidak pernah tingal puasa maka tidak perlu membayar fidyah puasa.

  5. assalamualaikum ustaz……saya da 1 soalan nk tanya ustaz ttg bayaran fidyah bg org yg masih hidup…boleh kah saya nak bayar fidyah puasa utk saya sendiri krana sya rsa xmampu nk mengqadha puasa saya krana tlalu banyak…umur saya sekarang 23thn.berapa kadar fidyah yg harus saya bayar…….tlg bantu saya…….wassalam….

  6. Asalamualaikum Ya Ustaz.
    Setiap hari Jumaat diadakan bacaan Yasin di sekolah oleh murid-murid dan guru-guru, bolehkah memegang surah Yasin dengan tidak berwuduk? kebanyakannya murid-murid darjah 6 telah baligh.

    • Tidak harus

  7. Assalamu’alaikum Ustaz..
    Kalau Ustaz ada kelonggaran masa, boleh tak Ustaz tolong terjemahkan mafhum hadis ni ke dalam bahasa Arab?

    Mafhum Hadis (lebih kurang) : “Sesiapa yang berwuduk dan mengelokkan wuduknya, maka mendapat keredhaan Allah Yang Maha Besar”

    Rasanya, dia start dengan “maw-waddha-a hazihi…..”

    Terima kasih banyak-banyak di atas pertolongan Ustaz.. Semoga Ustaz dirahmati Allah Ta’ala.. Amin..

    Email saya : zulkefliramli@yahoo.com
    HP saya : 019-9464043

  8. Asalamualaikum Ya Ustaz.
    saya ada ramai adik ipar lelaki, apabila berjumpa mereka menghulurkan tangan untuk bersalam dengan saya. Apakah yang sebaik-baiknya saya buat?

    Terima kasih, Ustaz…

    • Beri tahu mereka bersalaman dengan kakak ipar atau adik ipar yang bersalahan jenis adalah haram atau angkat tapak tangan dengan meminta maaf

  9. Assalamualaikum,

    Akhir-akhir ini hati saya semakin rasa berdebar-debar terutama bila tiba waktu solat (kadang-kadang sepanjang hari). Macam-macam saya buat (baca al-quran & zikir) tapi masih lagi tak tenang. Bila solat pun susah nak baca bacaan dalam solat terutamanya Al-Fatihah dan tahiyyat awal/akhir (sampai nak baca Bismillah pun susah dalam solat). Takutnya saya kalau saya ditakdirkan mati dalam keadaan begini. Apa yang sebaiknya saya lakukan?

  10. Assalammulaikum ustaz…

    Saya sudah berkahwin.. Saya seorang yang suka bercakap dalam hati.. dan mempunyai habit was2 yang sangat kuat.. dari saya form 2 lagi saya dah ada masalah ini.. was2 saya akan terjadi pada perkara yang sangat penting bg saya.. dulunya saya kerap was2 tentang wudu’, mandi wajib dan solat.. tp sekarang Alahmdulillah setelah saya sudah berkahwin, semua itu saya dapat atasi dgn keyakinan.. tetapi… disebabkan saya mmpunyai habit bercakap dalam hati.. saya kerap terlintas hati tentang cerai dan ianya mendatangkan masalah was2 pada saya.. saya dah cuba hindari, tetapi semakin dihindari semakin kuat was2 itu datang.. saya harap ustaz dapat membantu saya…

    Kes 1:

    Pada awal perkahwinn saya seorang jahil tentang perkara cerai, dan saya selalu terlintas melafazkan cerai dalam hati, n saya juga menyangkakan melafazkan dgn seorang diri tak membuatkan jatuh talak.. tp tidak pernah terlintas dalam niat saya nak cerai.. saya sayangkan sangat2 isteri saya.. suatu masa saya mbaca di internet bahawa melafaz cerai seorang diri boleh membuatkan jatuh talak.. lalu saya mengingat kembali pernah atau tidak saya melafazkan dgn lidah saya dan mengeluarkan suara.. dari saat itu perasaan saya seumpama pernah melafazkan.. tp saya xpasti dan was2.. disebabkan itu saya merasakan takut, takut juga ianya boleh membuatkan kami membuat dosa, jadi saya melafazkan kata rujuk.. juga bersendirian.. tetapi.. dalam kes lafaz rujuk itu juga mendatangkan was2 dalam hati saya.. dan membuatkan saya melafazkan banyak kali.. setelah beberapa hari kemudian, ada ustaz yang menerangkan bahawa andai terlupa atau xpasti pernah atau tidak melafazkan cerai, ianya tidak jatuh talak.. benarkah itu ustaz? jika benar, bagaimana situasi saya tentang lafaz rujuk saya? adakah telah hilang 1 kouta rujuk saya,.. bagaimana pula kes yang melafazkan rujuk banyak kali ustaz? adakah ianya boleh membuatkan kouta rujuk saya telah bayak digunakan juga uztaz..?

    Kes 2:

    Ketika saya berada di samping isteri yang sedang tidur, tiba2 lintasan hati menyatakan cerai.. dgn ungkapan penuh (saya xberani menyatakan takut was2 saya datang).. setelah itu saya jadi was2 yang teramat sangat sama ada saya melafazkan atau hanya lafaz dalam hati.. saya jd xmenentu membuatkan saya cube melakunkan balik keadaan itu utk meyakinkan hati saya bahawa itu sekadar lafaz dalam hati.. tetapi ianya telah menjadi kes lain dimana saya terlafaz sebahagian dari ayat tersebut.. dua perkataan dari tiga perkataan dari ayat tersebut (saya xberani mengungkapkan).. ayat terakhir ‘kau’ saya yakin saya x sebutkan.. selepas beberapa hari, di internet ada menyatakan bahawa melafazkan tanpa menyebut pada siapa ditujukan (contoh: pada isteriku, atau menyebut nama isteri) talak tidak akan jatuh.. Betulkah ustaz? mohon kepastian..

    kes 3:

    Saya nak tau tentang cerai taklik.. jika niat ingin bercakap dalam hati.. (disebabkan nak memastikan sama ada kes sebelumnya was2 lafaz hanya lintasan hati atau lafaz betul2) selepas lafaz, tidak sedar dan tidak pasti sama ada melafazkannya dalam hati atau sebaliknya.. tetapi perasaan pada mulanya menyatakan lafaz betul2.. tetapi was2 dgn kebenaran perasaan itu.. kemudian hati menjadi takut dan cemas dan tak dapat berfikir dgn tenang utk memastikannya semula kebenaran yang sebenar-benarnya.. tidak berapa lama kemudian terjadi perkara yang ditaklikkan itu.. keesokkan hari nya, fikiran dah tenang, jd dapat berfikir dgn tenang.. selepas berfikir situasi itu, br dapat dipastikan bahawa ianya hanya lafaz dalam hati saja.. Ustaz, adakah dalam situasi ini terjatuhya talak?

    • Cerai tidak terjadi hanya ada lintasan menceraikan isteri didalam hati cerai mesti berlafaz sama ada ucapan itu di lakukan bersendirian atau dihadapa orang.
      talak hanya jatuh apabila anda yakin telah melafaskannya tidak jatuh talak pada masalah was-was sudah melafaskannya atau tidak. والله اعلم

    • Saudara Abdullah (HAMBA ALLAH), boleh email kongsi-kongsi pandangan – saya rasa saya menghadapi masalah yang sama – che.mubi@gmail.com

  11. Assalamualaikum…
    Ini utk keterangan lebih detail…

    Kes 1: Semua yang berlaku hanya bersendirian..

    Kes 2: Keta cuba melakunkan semula, ketika itu hanya bersendirian di luar rumah.. isteri di dalam rumah..

    Kes 3: kesemuanya berlaku hanya bersendirian…

    saya mengharap sangat pertolongan dari ustaz utk membina keyakinnan saya…

    Terima kasih Ustaz…

    Assalamualaikum…

  12. A’kum… Ustadz, Bleh x tolong delete komen By: Abdullah (hamba ALLAH) on 2 Mac 2011 at 8:05 pm.. kawan saya xda email n cube buat tp xdpt2 buat.. jd pinjam email saya.. saya xsgka dia g publish email saya 2.. sy harap ustadz dpt delete kan.. trma ksh… wassalam…

  13. Assalammualaikum…..
    Soalan saya… adakah orang2 kristian tu semuanya ahli neraka?

    • sudah tentu.Allah telah menyatakan org org kafir yakni org bukan islam dan menyembah selain aku..akan menjadi batu batu yang menyemarakkan api neraka.

  14. salam ustaz…
    soalan saya di bawah ini saya ambil dari sumber JAKIM..
    Ustaz tolong terangkan…saya musykil..
    terima kasih

    SoalanSolat sunat 2 rakaat sebelum fardu Jumaat adakah ada nas atau hadis menyatakan solat itu pernah dilakukan oleh Nabi SAW?
    Jawapan
    Mengenai solat sunat sebelum Solat Jumaat (Sunat Qabliah), tidak terdapat riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah Sallahllahu Alaihi Wassalam pernah mendirikannya semasa hayat Baginda. Pada waktu itu, Azan Zuhur akan dilaungkan sebaik sahaja Rasulullah telah berada di atas mimbar, dan ini sudah pastilah Baginda tidak ada mendirikan sebarang jenis solat sunat setelah Azan berakhir (kerana sudah berada di atas mimbar). selain itu, Azan Jumaat hanya dilaungkan sekali sahaja pada zaman tersebut dan ini adalah berbeza dengan aapa yang diamalkan pada hari ini.
    Oleh yang demikian, dapat kita fahami bahawa Rasulullah Sallahllahu Alaihi Wassalam tidak ada mendirikan sebarang jenis solat sunat selepas Azan Zuhur pada hari Jumaat.
    Mengenai solat sunat yang dilakukan (selepas Azan Jumaat pada hari Jumaat) oleh kebanyakan orang Islam di negara ini bolehlah dianggap sebagai kejahilan mereka mengenai status solat sunat sebelum Jumaat ini.
    Keadaan ini berkemungkinan berpunca daripada solat sunat qabliah Zuhur yang biasa mereka kerjakan pada hari-hari biasa selain hari Jumaat dan mereka terbawa-bawa mengerjakannya juga pada hari Jumaat. Padahal ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallahllahu Alaihi Wassalam.
    Sumber: JAKIM

  15. salam ustaz..
    ustaz..bagaimanakah status hadis ini..
    Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu ‘anhu, ia mengatakan : “Sulaik Al-Ghathfani pernah datang pada hari Jum’at ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tengah menyampaikan khutbah, lalu dia duduk, maka beliau berkata kepadanya : ‘Wahai Sulaik, berdiri dan kerjakanlah shalat dua raka’at dan bersegera dalam mengerjakannya’. Kemudian beliau bersabda.

    “Jika salah seorang diantara kalian datang pada hari Jum’at sedang imam tengah berkhutbah maka hendaklah dia mengerjakan shalat dua raka’at dan hendaklah dia bersegera dalam mengerjakan keduanya” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani]

  16. asalamualaykum ustaz…

    Jika seseorang menyakiti kita(kawan) dengan cara menghina kita,dan melebihi batas(membuat kita terlalu marah)w`laupun kita telah memberi amaran t`tapi masih meneruskan kelakuannya itu.Adakah kita boleh membalas dengan kekerasan ataupun membiarkannya..

    • salam…

      firman allah..
      Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126) surah (an-nahl)

      firman allah…
      Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. (40) Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah dia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. (41) (surah ash-shura)
      والله اعلم

  17. salam ustaz…

    kalau saya rendamkan tali pusat anak saya yang sudah kering
    ke dalam air kemudian anak saya minim air itu..
    apakah hukumnya ustaz…(halal ke haram)..wassalam

    • tali pusat yang kering terkadang ada darah (najis) maka haram memberi anak minum air najis.
      jika tidak ada darah maka tali pusat itu diluati maka haram memberi satu yang diluati kepada anak.

  18. Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

    Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

    Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

  19. betul ke ustaz???

  20. Salam Ustaz . . apa pndpt ustaz mengenai jemaah tabligh ??? adakah jemaah ini mengajak manusia kpd kebenaran . . atau sebaliknya . . mohon ustaz terangkan . .

  21. Assalamualaikum Ustaz,

    Soalan Pertama :
    Sampai bila kita harus mengekalkan kedudukan jari telunjuk setelah kalimah ..illAllah pada tsyahud akhir? Adakah hanya sampai permulaan salam pertama ? atau sehingga habis salam kedua?

    Soalan Kedua :
    Saya bermusafir, setelah 3 hari di destinasi pertama (rumah mak saudara), seterusnya saya ke destinasi kedua selama 3 hari juga ( rumah bapa saudara). Jarak destinasi pertama dan kedua cuma 30 km. Masih bolehkah saya solat jamak dan qasar di destinasi kedua?

    Mohon penjelasan Ustaz.

    • AsSalam Ustaz.Saya mempunyai soalan berkenaan aqiqah.boleh ke duit untuk buat akikah diambil terlebih dahulu oleh orang yg mengelolakan majlis akikah, sedangkan akikah akan dilaksanakan lagi 2,3 hari ataupun hanya perlu dibayar samasa menjalankan aqiqah.Terima kasih

      • Apabila kita wakilkan seorang buat aqiah harus disyaratkan bayar dulu sebelum hari sembelih.

  22. salam ustaz.bleh x ustaz mnergkan punca berlakunya penderaan mngikut islam?

    • salam ustaz,
      1.bolehkah menbayar fidyah dgn wang tunai,dgn cara wang tersebut
      dimasukkan kedlm tabung yg disediakan utk ore miskin dan fakir di
      kemboja dan vietnam ( org islam ).Dimana ada sukarelawan akan
      kesana utk menyampaikan bantuan tersebut ( spt beras,makanan
      dll..)

      • tidak boleh. sila wakilkan pembayaran fidyah anda kepada orang yang hendak pergi kesana.

  23. Assalamualaikum Ustaz…

    Adakah bersetubuh dengan bekas isteri dalam masa idah itu sah sama dgn niat rujuk atau pun tidak?

    • haram dan tidak jadi rujuk dengan perbuatan itu rujuk hendaklah dengan berlafas.

  24. Saya nak tanya…
    Andai Suami ada masalah was2…
    Dia was2 samaada melafazkan ce*** dalam hati atau melafazkan dgn lidah, kemudian dia cuba memastikan dgn cube melakonkan balik bersendirian, tetapi telah tersebut dgn lidah “aku ce***” tanpa menyambung atau menyebut pada siapa yang dituju seperti ‘engkau’ atau sebagainya.. dan langsung tiada niat untuk berce***… adakah ianya jatuh talak???

    • soalan tidak difahami

    • Abdul salam, talak itu tidak jatuh melainkan kita melafaskan dengan betul dan niat. Was2 itu adalah permainan syaitan. Allah maha mengetahui apa yang tersirat dihati kita. Jadi tak perlu khuawtir. Yang penting apa saja kita lakukan mestilah yakin. Yakin dapat menghindarkan was2.

  25. Assalamualaikum.. Ape kah erti islam

    • Islam itu adalah nama agama Allah sejak dari azali cuma pada masa nabi muhammad yang allah rasmikan Nama Islam itu. Bererti Selamat.

  26. Assalamualaikum ustaz
    Dahulu saya sering meninggalkan solat, tak puasa dan byk dosa2 yg saya lakukan. Atas satu musibbah, sy tidak lagi bekerja dan tiada pendapatan. Alhamdulillah, sekarang saya tak lagi tinggal solat dan mula mendekati Islam dengan lebih mendalam. Soalan saya:

    Adakah salah bagi setiap mukmin melakukan ibadah dengan mengharapkan ganjaran Allah di dunia dan akhirat. Contoh saya selalu berdoa selepas solat agar Allah membuka pintu rezeki kepada saya? sy selalu insaf dengan apa yang telah sy buat dan berazam untuk memperbanyakkan sedekah sekiranya doa sy dimakbulkan Allah.

    Apakah ini memberi maksud ” Amal ibadah kerana Allah”?

    Harap ustaz dpt jelaskan

    • Buat lah ibadat hanya semata-mata kerana Allah. Tidak salah berdoa minta murahkan rezki. yang tak boleh buat ibadat kerana nak ganjaran dunia.

      • ariffin, Allah menyeru kita sentiasa berdoa, minta lah apa kita hendak insyaallah akan dimakbulkan. Kenapa kita solat kalau bukan kerana kita tak mau masuk neraka dan menjadi satu kerukunan yang diwajibkan dalam islam. Kenapa Allah wajibkan? Sebab Allah ingin kita memohon padanya yang Maha memberi. Bagi saya tidak salah kalau kita melakukan ibadah atas dasar ingin ganjaran dari Allah. Seperti kita berkerja, apakah tujuan kita ? Nak gaji atau kerja percuma? Cuma di sini Allah yang memberikan ganjaran atas apa yang Allah janjikan.Seperti ustaz almalakawi katakan tak boleh buat ibadat kerana nak ganjaran dunia. Bagaimana pula jika kita buat ibadat dan berdoa agar di panjangkan usia. Bukankah itu ganjaran dunia meminta panjang umur. Ibadah yang kita lakukan hanya untuk Allah adalah melakukan kebaikan terhadap sesama makluk dan kita gembira setelah kita melakukan itu dan menghalang sesama makluk dari maksiat dan kita membenci bila melihatnya. Itulah Ibadah yang kita lakukan hanya untuk Allah.

  27. Di sini saya ingin bertanya tentang berapa banyakkah istri-istri Nabi Muhammad setelah wafatnya beliau? Saya menjadi musykil kerna ada yang kata 9 orang istri. Kalau begitu bukankah kita diwajibkan berkahwin 4 dalam satu masa, seperti mana dari surah an-nisa ayat 3. Bagaimana pulak Nabi (S.A.W) boleh ada 9 istri dalam satu masa sedangkan hukum itu di turunkan oleh Allah untuk Nabi (S.A.W) juga. Bolehkah ustaz tolong jelaskan kerna Nabi (S.A.W) adalah suri tauladan yang harus kita contohi.

  28. Assalammualaikum, Di sini saya mempunyai satu kemusykilan tentang berapa ramaikah istri Nabi Muhammad setelah wafatnya Beliau? Saya dapat tahu ada 9 orang istri tapi yang menjadi musykil ialah adakah itu betul sedangkan Allah menurunkan hukum pada surah an-nisa ayat 3 bahawa kita cuma boleh kahwin hingga 4 dalam satu masa. Bukankah hukum itu di tujukan pada Nabi Muhammad juga. Saya bukan memandang serong pada Rasullullah cuma saya inginkan penjelasan yang boleh menguatkan lagi keimanan saya. Kalau betul pun Nabi Muhammad berkahwin lebih dari satu, mungkin ada hidayah yang Allah ingin tunjukkan yang kita manusia tidak tau. Bolehkah ustaz jelaskan akan perihal ini? terima kasih atas usaha membalas soalan saya. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita yang sentiasa cetek dalam ilmu Allah.

    • Salah satu perkara yang khusus (tertentu) bagi nabi boleh berkahwin lebih dari empat. banyak lagi perkara yang tertentu bagi nabi sila lihat kitab-kitab atau buku yang menerangkan perkara yang tertentu bagi nabi

      • Jika itu tertentu bagi nabi, kenapa Allah turunkan surah an-nisa ayat 3, bukankah surah itu juga khusus untuk nabi dan umatnya? Apa yang khusus untuk nabi seperti peristiwa isra’ mikraj yang tak dapat dirasai oleh orang lain. Itu kita katakan khusus untuk nabi. Tetapi bab perkahwinan adalah khas untuk nabi dan umatnya. Jika allah berkata bahawasanya Kahwin lebih dari 4 itu hanya khusus bagi nabi, tak payah la Allah turun kan surah an-nisa ayat 3 yang bermaksud, ” Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu kahwin dengan mereka) maka berkahwinlah dengan siapa yang kamu berkenan dari perempuam-perempuan(lain) : dua , tiga atau empat……..” Bolehkah ustaz terangkan pada saya siapa KAMU dalam ayat itu? Bukankah ayat itu adalah perbicaraan Allah dengan Nabi melalui Jibril. Dah terang KAMU disini di tujukan pada Nabi. Kalau saya mahu membaca buku, saya tak perlu tanya ustaz. Maafkan saya jika perkataan saya kurang sopan. Disini saya lihat penjelasan ustaz tak masuk di akal. Bolehkah ustaz terangkan dengan lebih terperinci dan jelas. Banyak unsul-unsul yang tak Logik dari apa soalan yang ditujukan. Terima kasih dan maafkan saya sekali lagi insan yang hina.

      • Boleh saya tahu dari mana saudara dapat ayat 3 surah an-nisa ditujukan kepada nabi dan umatnya.

      • Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
        2 Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
        3 Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
        (Ini surah an-nisa ayat 1 – 3) Bukan Allah terang-terang telah menyatakan ‘wahai sekelian manusia’, dah nyata yang ayat ini di tujukan pada nabi muhammad dan umatnya. Saya heran, soalan saya ustaz tak jawap-jawap tapi bertanya pula pada saya tentang mana saya dapat tentang ayat itu di tujukan pada siapa. Sepatutnya ustaz yang lebih arif tentang ini. Bukankah nabi pun manusia juga dan kita pun manusia, dari ayat itu dah terang di tujukan pada siapa tapi mengapa ustaz masih bertanya? adakah ustaz faham tentang ayat ini? Maafkan saya kerna bertanya sampai begini kerna saya rasa ustaz tak dapat nak jawap soalan saya malah bertanya saya balik. Tak bolehkah ustaz jawap dengan lebih tepat dari memusing musingkan soalan tersebut.

      • yang saya tanya dari mana tafsiran yang saudara dapat bahawa ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad, adakah tafsiran sendiri atau tafsiran dari ulama.

      • Saya rasa soalan yang saya tujukan dah berpaling pada cerita lain pulak. Skarang saya tanya Ustaz, Al-Quran di turunkan untuk siapa dan Surah an-nisa ayat pertama “Wahai sekelian manusia” di tujukan pada siapa? adakah itu perlu untuk kita bertanya ulama yang “wahai sekelian manusia” itu ditujukan pada siapa? Saya rasa ustaz sendiri tak dapat nak jawap adakah kahwin 4 itu ditujukan pada siapa. Terima kasih atas kesusahan ustaz untuk nak menjawap soalan saya. Sebagai penutup soal jawap ini, saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa. Mungkin saya perlu mencari lagi orang yang betul-betul boleh di gelar ustaz.

      • Alif, Laam, Miim.
        2 Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;
        3 Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
        4 Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

        (surah al-baqarah, ayat 1-4 menerangkan kitab Al- quran diturunkan untuk Nabi Muhammad)

        60 Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
        61 Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

        (surah an-nisa ayat 60 – 61 menerangkan Al- quran diturunkan untuk Nabi Muhammad )

        136 Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

        (surah an- nisa ayat 136 menerangkan Al -quran diturunkan pada Rasullullah)

      • Cuba saudara lihat apa yang saudara tulis ini adalah tafsiran bukan pertanyan “Jika itu tertentu bagi nabi, kenapa Allah turunkan surah an-nisa ayat 3, bukankah surah itu juga khusus untuk nabi dan umatnya? Apa yang khusus untuk nabi seperti peristiwa isra’ mikraj yang tak dapat dirasai oleh orang lain. Itu kita katakan khusus untuk nabi. Tetapi bab perkahwinan adalah khas untuk nabi dan umatnya”. disini saya hendak memberi peringatan kepada saudara bahawa barang siapa yang mentafsir Al-Quran dengan pendapat sendiri maka sediakan tempat duduk di dalam neraka.

      • Ustaz ni faham ke tidak? Saya bukan tanya pasal tafsiran, saya tanya soalan. Soalannya “jika itu tertentu bagi nabi”, (pertanyaan saya) Kenapa Allah turunkan surah an-nisa? Ustaz cuma boleh kasi jawapan kenapa Allah turunkan surah an-nisa,mesti ada peristiwa yang berlaku yang menyebab kan Allah turunkan surah an-nisa. / (pertanyaan saya lagi) “Bukankah surah itu juga khusus untuk nabi dan umatnya?” Ustaz perlu jawap ye atau bukan saja. / (pertanyaan saya seterusnya) “Apa yang khusus untuk nabi seperti peristiwa isra’ mikraj yang tak dapat dirasai oleh orang lain”.(betul tak ustaz orang lain tak dapat rasa?) Kalau betul, “Itu kita katakan khusus untuk nabi,tetapi bab perkahwinan adalah khas untuk nabi dan umatnya.” (sebab sampai sekarang kita pegang hukum kahwin boleh sampai 4.) Jadi di sini saya ingin menerangkan yang saya tanya semua adalah soalan tapi ustaz dah pergi bab tafsiran. kalau saya orang yang pandai pasal agama, saya tak tanya ustaz. saya bukan buat tafsiran sendiri tapi disebaliknya saya bertanya melalui hukum akal tapi ustaz tak beri saya penjelasan langsung tentang soalan saya malah ustaz rasa seperti saya menguji ustaz melalui tafsiran. kalau saya pandai tentang tafsiran, saya dah bukak satu blog macam ustaz ni supaya dapat menolong orang yang tidak tahu. mentafsir al-quran dengan pendapat sendiri,memang lah tempah neraka. Bukahkah kita di ajar merujuk hukum dari al-quran dan sunnah dari para ulama’-ulama’? itu saya tau ustaz sebab tu saya bertanya dengan ustaz. Soalan saya takde kene mengena dengan tafsiran. Saya harap ustaz kaji balik soalan saya melalui pandangan positif.Semoga kita tergolong dari orang-orang yang beriman dan sentiasa mencari jalan menuju ke pada Allah.

  29. Doa adalah amalan kita setiap masa. Tak perlu untuk kita meminta izin kepada sesiapa.

  30. Islam itu adalah agama allah sejak dari azali lagi. Erti islam adalah selamat.

  31. Salam..

    saya ada beberapa soalan berkenaan taklik..

    -isteri saya suka melayari facebook & membalas komen pada paparan profilenya..satu hari komennya telah menyebabkan ada yang terasa & menimbulkan rasa tidak puas hati (walaupun komennya tidak mengaitkan sesiapa pun).saya cuba menegahnya dari mengulangi perbuatan itu dan secara tak sengaja saya mengucapkan ayat ini ( sayang dah empat kali u komen macamni, kalau u buat lagi kali kelima i ceraikan u..kalau u nak buat juga, u kena minta izin i dulu..)

    persoalannya:-

    1. adakah ayat saya itu dikira lafaz taklik?
    2. adakah telah jatuh talak terhadapnya jika isteri saya tetap melayari facebook, ?saya tidak khususkan ayat saya( kalau buat lagi) isteri saya tetapi niat saya adalah untuk menghalang dia dari komen di facebook sehingga menyebabkan orang lain terasa.

    • J1. Ya itu lafas taklik.
      J2. Tidak jatuh talak dengan semata-mata melayari facebook, kerana lafas kalau awak buat lagi itu ditujukan kepada komennya.

      • maksudnya lafaz tu jatuh atas niat kita ke ustaz walaupun kita tak nyatakannya?
        adakah taklik tu dapat dielakkan sekirannya saya izinkan dia ustaz?

      • Ini dinamakan taklik dengan sifat maka apabila didapati sifat yang ditaklik (kalau u buat lagi kali kelima i ceraikan u..kalau u nak buat juga, u kena minta izin i dulu) maka jatuh talak dengan isteri buat kali kelima tampa izin saudara. Taklik tidak boleh ditarik balik.

  32. salam….,
    teman saya telah berkahwin.semasa beliau berkahwin beliau telah mengandung 2 bulan.apabila anak beliau lahir,anak beliau telah dibinkan dengan ayahnya.adakah itu boleh ustaz.bukankah anak itu anak tidak sah taraf dan saya pernah terbaca dalam satu artikel menyatakan sekiranya perkahwinan itu lebih dari 6 bulan dari tarikh anak itu dilahirkan maka anak tersebut boleh dibinkan dengan ayahnya..adakah pendapat itu terdapat dalam mana mana pendapat dan hadis..boleh terangkan kepada saya ustaz.sekian terima kasih

    • Ya ini adalah pendapat para ulama syafieyah.

  33. salam…
    Dari mana asal usul kejadian mahluk?

  34. salam..

    harap ustaz dapat menjawab kemuskilan saya..

    terima kasih

  35. PERSOALAN WAKAF:
    SESEORANG HENDAK WAKAFKAN SEBIDANG TANAHNYA(BELUM DIWAKAFKAN) DI SATU TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN MADRASAH TELAH BERUBAH FIKIRAN SEBALIKNYA DIA MEWAKAFKAN TANAHNYA DI TEMPAT LAIN UNTUK TUJUAN YG SAMA DAN KELUASAN YG SAMA. PERKARA INI TELAH DI KETAHUI OLEH MASYARAKAT SEKITAR. BAGAIMANA HUKUMNYA USTAZ.
    MOHON PENJELASAN USTAZ.

    • Wakafnya sah dan dia tidak wajib mewakafkan tanahnya yang dia niat hendak wakafkan itu.

  36. Ustaz, saya telah terima diut khairat kematian ibu saya setelah beberapa bulan kematian ibu saya. Boleh tak duit itu sy berikan kpd mana-mana madrasah pondok yg sy niatkan untuk roh ibu saya. Harap penjelasan ustaz.

    • Boleh le.. Berikan kepondok khairul ummah tuan punya blok ni yang sedang dalam pembangunan.. He he he

    • Sedang dalam pembinaan..

  37. seorang mati ada suami dan dua ibu bapanya dan enam anak perempuan. masaalah dua belas di aulkan kepada lima belas kerana fardhu suami rubu,(1/4) dan ibu sudus(1/6) tawafuk ia, maka dipukulkan dua kepada 6 jadi dua belas, dua sulus (2/3) bagi anak perempuan iaitu delapan dan kepada suami tiga iaitu rubuk(1/4) tinggal satu berkehendak dua sudus (2/6) bagi ibu dan bapa iaitu dua dua seorang, maka diaulkan kepada lima belas maka adalah bahagian anak perempuan yang enam orang itu muafakat ia dengan delapan bahagiannya maka diradkan bilang2an anak itu kepada wifeknya iaitu tiga maka dipukulkan kepada masaalah dengan aulnya iaitu lima belas jadi tiga kali lima belas iaitu empat puluh lima(45) maka sahlah masaalahnya diberi kepada suami rubuknya(1/4) iaitu sembilan ( ini masaalah yang di bingungkan) dan kepada tiap2 ibu bapa enam seorang dan tinggal lagi dua puluh empat(24) diberi kepada tiap tiap seorang daripada anak perempuan itu empat empat… demikianlah hukum yang pecah itu

    • bahagian suami pada asal masalah di dorabkan dengan wifik bilangan anak perempuan iaitu 3(bahagian suami) dorab 3(wifik) bilangan anak perempuan yang enam jadi sembilan, begitu juga dengan ibu dan bapa, dorabkan habuan masing masin pada asal masalah dengan 3 (wifik) bilangan anak perempuan iaitu 3 dorab 2= 6, seterusnys dorabkan wifik bilangan anak perempuan dengan 8 iaitu 3 dorab 8=24 maka sah masalah kepada 45

  38. assalam..ustaz…sy baru kerkahwin dalam ms 7 bulan….dan akan berpisah dgn suami.dia sndiri yg menghendakinya…katanya demi kebahagiaan masa depan sy..mudah sungguh seorg lelaki berkata bgitu….sy tak pasti di mana silapnya…dan sy sgt brputus hrp skrg…ustaz tolong bagi sy doa yg boleh diamalkan untuk bina keyakinan dan kekuatan diri serta bagaimana cara supaya saya tidak berputus asa dengan rahmat allah…dan bagimana sy dpt menganggap dugaan ini dr sudut yg positif…terima kasih.

  39. salam ustaz,,

    saya telah berkawan dengan seorang lelaki dan dihalang oleh keluarga untuk mendirikan rumah tangga bersamanya..dan pada ketika itu saya telah bernazar

    (1) : jika saya di jodohkan(lelaki pilihan saya)saya akan berpuasa selama 5 blan berturut(tanpa berfikir kesannya)

    tetapi setelah berfikir saya

    (2) : bernazar akan berpuasa 5blan selama saya bersama dengannya,(ianya nazar 8 tahun yang lalu)

    sekarang alhamdulillah,saya masih bersama dengannya dan akan di jodohkan beberapa hari lagi..

    a.) adakah sah nazar tersebut dan puasa saya wajib di lakukan?
    b.) jika sah untuk dilakukan,nazar yang pertama atau yang kedua wajib di
    tunaikan?
    c.) jika saya hanya dapat berpuasa selama beberapa bulan sahaja dan
    selebihnya tidak dapat di tunaikan,bagaimanakah cara untuk saya
    menebus/membayar nazar tersebut?

  40. assalamualaikum ya ustat
    semoga Allah memberi barokah dan melindngi ust.
    mohon penjelasan bagaimana cara penggunanaan rubu mujayyab
    misalnya mencari jadwal waktu sholat?
    jazakallah khoir

  41. Assalamualaikum ustaz saya nak tanya apakah perbezaan antara kedudukan muka wuduk dengan ukuran memakai telekung..

    • Sama tidak ada perbezan.

  42. salam. Saya ingin bertanya. Pada bulan lepas. Saya ada bertengkar dengan isteri saya dan dalam pertengkaran tersebut saya ada bercakap bahawa saya sudah tk percaya akan ikatan perkahwinan dan saya juga mengatakan bahawa saya sudah tidak ada hati dan perasaan pada isteri saya. Adakah ini berlakunya talak. Terima kasih ustaz

    • Tidak dinamakan talaq, jika tidak diniat talaq atau syak ada niat talaq atau tidak. Adapun jika ada niat talaq pada kata “saya sudah tk percaya akan ikatan perkahwinan” maka jatuh talaq

  43. assalamualaikum.

    saya nurul, saya baru kahwin dlm 6 bulan ketika tmpoh 5 buln kahwin saya ada terbaca surat khabar yang mengatakan saya akan sembelih kambung klau dapat anak. jadi bila terbaca dalam hati saya pun berkata klau saya di kurniakan anak pun saya nak bernazar sembelih kambing. dalam tempoh berapa minggu saya disahkan mengandung. adakah saya wajib melakukannya dan bolehkah saya buat ketika aqiqah? bagaimana syarat2 untuk saya laksanakan smua itu? kerjasama dari ustaz amat saya hargai terima kasih.

    • Syarat nazar hendaklah nazar itu berlafas maka nazar yang puan lakukan dalam hati tidak dinamakan nazar.

  44. Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang hibah yg telah diberikan seorang suami kepada isterinya.Tetapi setelah mereka bercerai,si suami telah menetapkan syarat bahawa harta hibah itu hanya boleh diberikan kepada isteri si anak sahaja.Adakah ini wajib diikuti oleh si isteri? Adakah si isteri tiada hak yang penuh terhadap harta tersebut? Terima kasih.Harap tunjuk ajar dapat diberikan.

    • Barang yang dihebah itu tertentu bagi isteri, sekiranya ianya telah diterima/qabad/diambil

  45. salam ustaz saya nak tanya.. apa hukum nya kalau saya menyuruh orang membeli barang tapi barang nya belum dapat dan orang itu meminta bayaran dari saya tanpa menyerahkan barang nya

    • Jika suruh itu wakil maka harus orang itu minta duit pendahuluan. Jika yang disuruh itu orang yang kita buat tempahan maka wajib bayar semasa majlis akad. Kerana jual salam disyaratkan bayar di majlis akad, dan tidak sah beli tempah jika tidak dibayar pada majlis akad

  46. assalamualaikum ustaz:
    saya ingin bertanya diantara waktu isyak dan subuh adalah waktu yang paling panjang diantara waktu itu saya ingin mengkaqa sembahyang subuh berulang ulang sehingga subuh begitu juga dengan solat yg lain apakah hukomnya bolih atau tidak saya berbuat demikian untuk mengganti solat yg saya tinggal masa yg telah lepas sekian terima kasih

    • Anda mesti segera menqada sembahyang, dan anda boleh lakukan pada waktu itu . Yang bagusnya anda qada mengikut aturan waktu.

  47. ustaz apa hukumnya jika kita beristikharah dengan quran?

  48. Assalamualaikum, ustaz

    saya nak tanya boleh ke puasa ganti gabung dengan puasa sunat 6 syawal?kita niat puasa ganti & puasa sunat ( 2 in 1) supaya ibadat puasa ganti terlaksana & dapat pahala puasa sunat skali. ada pendapat saya dengar boleh tapi ada pendapat mengatakan kena puasa ganti dulu baru lah boleh puasa sunat 6 hari pada bulan syawal.

  49. Ustaz..suami mmpunyai mslh kewangan yg truk sehingga sgala pblnjaan anak2 dan rumah sye yg tanggung..sye sgt tertekan kerana die selalu menipu sya dan bila bergaduh penah mntak cerai dr suami.( 2 kali )…kali ni bila sye mntak cerai suami sye ckp “beri masa 2 bln utk betulkan sgalanya,dan sekiranya dalam 2 bln sya gune duit awak lagi, dan xdpt pulihkan keadaan,sye akan tunaikan permintaan awak”
    Adakah slpas dua bln nnt jika dia xdpt tunaikan pe yg dia janji cntohnye die gune jgak duit saye, adakah jatuh talak ke atas sye?

    • Tidak kerana lafas itu bukan bermaksud mencerai tapi minta tangoh dan lafas itu tidak lafas insya, meluluskan yakni meluluskan cerai tapi hanya berjanji dan janji tidak wajib ditepati.

  50. Assalamualaikum ustaz
    kemuskilan mengenai pembahagian harta pusaka;
    Ibu saya (55thn) tlh kembali ke rahmatullah dan meninggalkan ayah tiri (75thn) yg tlh berkahwin dengan ibu saya 2thn sebelum ibu meninggal dunia. Ibu mempunyai 4 org anak (3 lelaki & 1 org perempuan ).Ibu saya mempunyai sdkt Tanah kampong (tapak rumah) dan sedikit kebun getah. Dari segi hukum faraid bagaimanakah kadar pembahagian harta tersebut. mohon penjelasan ustaz, terima kasih.

    • Suami 1/4 dapat 7/28 Tiap tiap anak lelaki 6/28 maka tiga orang 18/28 Seorang anak perempuan 3/28 Masalah ini dinamakan masalah 4 sah kepada 28.
      Tanah kampong dan kebun getah hendaklah dinilai menurut harga semasa dan dibahagi menurut nilaian bukan keluasan. Yang terlebih baik pergi kepejabat tanah kerana mereka terlebih arif tentang nilayan tanah.
      Jawapan saya menurut soalan, dan saua tidak bertangong jawab jika ada ahli waris yang tidak dimasuk dalam senarai.
      Kerana ada lagi dua orang yang boleh dimasukkan dalam senarai iaitu ibu jika ada dan bapavjika ada.

  51. Assalamualaikum wbt

    sy merupakan programmer dan banyak buat job pembangunan sistem komputer. dalam satu kes baikpulih perisian komputer (cth sistem pemarkahan pelajar), client saya menyuruh saya claim menggunakan item repair perkakasan komputer (cth HP Pavillion 5400), iaitu item dalam invois lain daripada kerja yang saya buat disebabkan tiada bajet pada baikpulih perisian komputer tersebut. adakah iainya merupakan satu unsur penipuan dan halalkah duit yang saya claim?

  52. Assalam ustaz..
    Saya nak tanya berkaitan aqiqah..
    1.bolehkah aqiqah dibuat secara berkongsi yakni hanya mengambil bahagian sahaja dengan membayar jumlah tertentu.(bukan harga 1 ekor kambing)..saya muskil sebab apa yang saya tahu, aqiqah perlu dilakukan 1 ekor…
    2.bolehkah daging korban dibuat aqiqah.??

    • Yg boleh kosi lembu, boleh dikonsi hinga 7 orang.
      adapun kambig tidak boleh dikongsi

  53. Assalammualikum wbt,
    Ustaz,sy ad soalan mengenai daging korban. Bolehkah sy bawa balik daging korban yang diberikan oleh emak mentua sy & apa hukumnya.??. Untuk pengetahuan ustaz, sy & emak mentua sy tinggal di Qariah yang berlainan.

    • Boleh. Yg tak boleh orang yg berqurban atau wakilnya beri daging itu orang yg di luar qariah yg tak hadir ditempat qurban adapun jika orang itu ada ditempat qurban maka harus diberi padanya

  54. Assalamualaikum…ustaz saya ada soalan dan ianya sentiasa menghantui saya….
    Ianya berkenanaan dengan mencuri…Semasa sy besekolah saya mmg seorang yg nakal…dan saya pernah mencuri wang arwah nenek saya rm 50…selepas dia meninggal saya rase menyesal dan berdosa…bagaimanakah saya hendak memulangkan balik wang itu??saya takut sy di hazab di akhirat nnt kerana dosa sy ini ustaz..

    Ada yg memberitahu sy bahawa sy blh mempulangkan nya dgn memberi derma dimana2 masjid atau tabung dgn niat untuk org yang meninggal tu…boleh ke begitu ustaz?/

    • Pulangkan pada ahli waris dan wang itu jadi pesaka.
      tidak boleh didermakan kerana itu bukan hak kamu

  55. Salam Ustaz.
    Saya masih dalam dilema dimana mak saya telah sembahyang hajat menutup semua pintu rezeki. Perkara ini telah berlaku pada tahun 1996. Mak saya yang memberitahu hal ini kepada saya dan mengatakan dia sangat menyesal. Hal ini menghantui dan hati saya telah hancur sampai sekarang dan memberi impak yang besar kepada keluarga saya. Adakah saya telah menjadi anak derhaka dgn membuat keputusan untuk menjauhikan diri pada tahun ini.

    • Maaf saya tak faham soalan ini

  56. ustas saya nak dapa tkan kepastian, bapa saya telah meninggal dunia, meninggal duit /harta pendapatan, . soalannya bolehkah duit tersebut dibayar zakat kepada anak-anak yang pendapatan hanya cukup unutk makan dan minum dan masih berhutang dengan institusi perbankan @cucu-cucu yang masih berhutang ?

    • Harta peningalan si mati jadi harta pusaka.
      jika dia belum keluarkan zakat simpanan wajib dikeluarkan. Tak ada zakat pendapatan.
      zakat tidak boleh diberi kepada anak anak atas jalan fakir miskin boleh diberi atas jalan yg lainseperti berhutang. الله اعلم


Tinggalkan komen