بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الإسلام سيدنا محمد وآله وأصحابه الكرام
Segala puji tertentu bagi الله tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad, keluarga, dan sahabatnya yang mulia.
Semoga dengan wujudnya blog ini dapat memantapkan lagi ilmu pembaca yang ingin mendapat manfaat darinya.
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
Saya Mohammad Elias b Abdul Jalil dilahirkan di Kampung Air Molek Melaka. Saya mendapat pendidikan hingga tingkatan lima kemudian saya bekerja di banyak tempat. Akhirnya saya menyambung pengajian di pondok, bermula dengan Pondok Pasir Tumbuh, selain itu saya juga telah melanjutkan pelajaran di beberapa buah pondok yang lain iaitu pondok Ribatul Islamiah Parit Perupuk Muar Johor, Pondok Kerandang Besut Terengganu, Pondok Dala Pattani di Tailand dan akhirnya saya kembali ke Pondok Pasir Tumbuh Kota Baharu Kelantan, Sekarang ini saya menjadi tenaga pengajar di Pondok Pasir Tumbuh.
Blog ini dinamakn Al-Malakawi kerana sya berasal dari negeri Melaka, menurut tata bahasa arab apabila sesaorang dibangsakan kepada negerinya maka ditambah ياء nisbah diakhir perkataan. Asala perkataan Malaka ialah لقي يلقي لقاء yang diambil isim makan (kata nama tempat) iaitu ملقي (malqa) tempat bertemu, oleh kerana lidah melayu diubah ق kepada ك jadilah ملاك sepatutnya blog ini namanya الملقوي .
Peringatan: hukum fekah yang saya bentangkan di sini adalah berpandukan Mazhab Syafie, sementara tauhid berpandukan Asyari dan Maturidi. Sekiranya saya bawa pendapat yang lain saya akan beritahu.
Menjadi tanggung jawab seorang yang menulis sesuatu ilmu memberi tahu aliran yang dia perbahaskan والله أعلم
Assalamualaikum ustaz, saya ada satu soalan nak tanya.
Seorang pelajar perempuan menyertai pertandingan tilawah Al Quran. Semasa tilawah tersebut beliau telah datang haid.Apakah hukumnya beliau menyertai tilawah tersebut sedangkan beliau tahu beliau berada dalam keadaan tidak suci sebelum membaca Al Quran.Menurut ustazahnya ia dibolehkan kerana darurat.Minta penjelasan dari ustaz?
By: master dino on 16 April 2009
at 2:43 pm
Haram seorang perempuan menyertai pertandingan tilawah al-quran yang dihadiri oleh kaum lelaki kerana akan menimbulkan fitnah, apatah lagi jika kedatangan haid, kerana perempuan yang sedang kedatangan haid diharamkan membaca al-quran, tiada darurah di sini.
By: almalakawi on 20 April 2009
at 12:12 pm
Assalamualaikum ustaz.
Soalan saya yang seterusnya ialah apakah hukumnya orang yang menambah-nambah perlakuan dalam sembahyang. Misalnya selepas sujud kedua rakaat pertama dan rakaat ketiga bangun ke rakaat kedua dan keempat perlakuan mengangkat takbir apakah hukumnya? Setahu saya perlakuan sunat mengangkat takbir selepas bangun dari duduk tahiyyat awal sahaja.Minta ustaz beri penjelasan.
By: master dino on 1 Mei 2009
at 6:26 am
sekiranya kehendak masterdino dengan mengangkat takbir dengan makna mengangkat tangan maka adalah perbuatan itu makroh jika tidak di tambah dengan satu pergerakkan yang lain seperti menganggukkan kepala. adapun jika ditambah dengan pegerakkan yang lain seperti menganggukkan kepala maka batal sembahyangnya kerana berlaku tiga pergerakkan berturut-turut iaitu dua pergerakkan tangan dan pergerakkan kepala. sekiranya kehendak masterdino dengan mengangkat takbir itu ialah Allahu Akbar maka ini adalah sunat.
By: almalakawi on 1 Mei 2009
at 10:22 am
Assalamualaikum. Tahniah! kerana penjenamaan semula blog ni. Nampak ianya lebih canggih manggih dan memudahkan urusan soal jawab. Semoga seluruh umat Islam dapat manfaat melalui blog ini… Amin.Salam dari seluruh kaum kerabat Fakeerah di Melaka.HIDUP ISLAM! TAKBIR!!!
By: master dino on 16 Mei 2009
at 3:34 pm
[…] (الملاكوى) […]
By: Haram melantik perempuan sebagai wakil rakyat « Khairu Ummah Org on 31 Mei 2009
at 9:22 am
Assalamualaikum ustaz
Apa khabar.. tahniah kerana berjaya menghasilkan blog yang sangat menarik dan berilmiah. tak ramai yang boleh membuat blog seperti ini.. InsyaAllah akan saya sebarkan blog ini kepada rakan-rakan.. semoga ia menjadi rujukan yang baik buat kita bersama.. Salam perjuangan dari Baharin buat ustaz ..
By: MrBain on 31 Mei 2009
at 6:57 pm
salam..ust..kat tempat saya baru ni imam sujud tilawah tapi belum lagi sampai kat ayat sejadah..ada makmum yg ikut dan ada yg tak ikut..sah ke solat tu ustaz?
By: rafai on 15 September 2010
at 3:33 pm
Sekiranya dia lakukan dalam keadan terlupa maka sah sembahyangnya, dan jika makmum yang ikut itu tidak perasan bahawa ayat itu sudah sampai pada tempat sujud maka sah sembahyangnya, dan jika keduanya lakukan dalam keadan sengaja maka batal sembahyangnya. والله اعلم
By: almalakawi on 20 September 2010
at 8:35 pm
alhamdulillah allahu yubarik fika…. mau tanya kitab mana saya mencari dalil berkenaan pengharaman memakan daging korban yang di nazarkan. zaakumullahi khairan kathira
By: abdul on 26 September 2010
at 1:01 am
Semua kitab fekah,
By: almalakawi on 26 September 2010
at 7:04 pm
assalamualaikum sya nak tanya tentang pakai kain serban yang diletakkan macam kelubung yang dipakai oleh ulamak2 di saudi , adakah itu sunnah nabi saw dan apakah hadisnya , sya harap dapat jwpan ini kerana setahu sya serban sja ada dalam sunnah mtak ustaz jelaskan ?
By: al habib on 29 September 2010
at 10:25 am
Itu amalan badwi dan itu tidak dinamakan serban, yang dinamakan serban ialah mengikat kain serban diatas kopiah dan Sunah rasulullah mengikat serban. والله اعلم
By: almalakawi on 5 Oktober 2010
at 12:19 pm
Salam ustaz..bolehkas ustaz nyatakan hadis sahih yg berkaitan dgn kelebihan atau tuntutan melakulan solat sunat tilawah pada subuh jumaat yg pada nya bacaan selepas surah fatihah adalah bacaan surah as Sajaddah pd rakaat pertama dan surah al insan pd rakaat kedua. maasalam
By: wan on 15 Oktober 2010
at 10:43 pm
Salam Ya Syaikh,
Boleh tak Syaikh list down silibus belajar di Pondok Pasir Tumbuh secara lengkap? Adakah kitab2 bahasa Arab di ajar dalam bahasa arab (iaitu guru sentiasa bercakap dalam bahasa arab)? adakah diajar secara bersanad kitab sunan as-sittah di Pondok pasir tumbuh. JazakAllah khaira
By: hamba Allah on 29 November 2010
at 8:13 am
Salam Ya Ustaz,
Apakah hukum isteri mencium pipi jenazah suaminya kali sebelum dikebumikan. Adakah batal wuduk isterinya dan jenazah suaminya?
By: Zul on 18 Februari 2011
at 2:38 pm
Hukumnya harus. Batal wuduk isteri tidak batal wuduk si mati.
By: almalakawi on 23 Februari 2011
at 4:58 pm
assamualaikum ustaz……saya ada satu kemusykilan ttg niat sedekah bacan al quran utk si mati…bagaimankah cara niat yg betul utk kita baca utk bersedekah bacan al quran ini?wassalam…..
By: haisyah yusoff on 27 Februari 2011
at 9:32 pm
Ya Allah aku hadiahkan pahala bacaan ini kepada sipolan.
By: almalakawi on 28 Februari 2011
at 7:58 am
ok…….terima kasih ustaz…
By: haisyah yusoff on 28 Februari 2011
at 12:38 pm
Assalamualaikom Ustaz,
Persoalan saya mengenai zakat
1.Apakah sah zakat seorang ibu yang telah telah memberi sebahagian
daripada zakatnya kepada seorang anaknya yang termasuk dalam salah
satu asnaf yang lapan?
*** maksudnya adakah pemberian itu boleh di kategorikan sebagai zakat
atau tidak boleh dikra zakat tetapi pemberian. Pemberian itu adalah
dari sebahagian zakat yang patut dikeluarkan.
2. Sekiranya ia tidak dikira zakat perlukah ibu itu menambah kadar zakatnya
bagi menggantikan jumlah yang telah diberi kepada anaknya?
Harap mendapat respond segera dari ustaz,
Wassalam
By: Krongthip Mahalakorn on 18 Ogos 2011
at 2:06 am