Posted by: almalakawi | 12 Mei 2010

Hukum edah العدة

*Hukum edah ini bergantung dengan harus perempuan berkahwin lain atau tidak harus dan adakah boleh suami rujuk yakni mengambalikan nikahnya dengan tampa akad nikah atau tidak boleh rujuk.

*Apabila seorang isteri telah habis edahnya maka harus lah dia berkahwin dengan lelaki lain dan suami tidak boleh rujuk, sekiranya suami yang asal ingin bersama kembali maka mereka hendaklah bernikah semula (akad nikah yang lain)

* Yang menyebabkan wajib beredah ialah wati yang halal maka tidak wajib bereda perempuan yang berzina. Masuk dalam kata wati yang halal wati subhat. Dengan itu tida wajib edah perempuan yang diceraikan sebelum wati (setubuh)

Perempuan yang beredah terbahagi dua:

1. Kematian suami. 2. Tidak kematian suami.

Perempuan kematian suami terbahagi dua:

1. bunting, lepas edahnya denga beranak.

2. tidak bunting, lepasa edah dengan empat bulan sepuluh hari.

Keterangan

Edah perempuan bunting kematian suami dengan beranak.

* Yang dikatakan beranak itu ialah:

a. keluar anak.

b. keluar daging yang tidak nyata rupa anak adam di sisi orang ramai tetapi nyata rupanya di sisi bidan atau doktor.

c. keluar daging yang tidak nyata rupa anak adam di sisi bidan atau doktor tetapi berkata empat orang bidan atau empat orang doktor bahawa daging yang keluar itu asal kejadian anak adam.

* Syarat bagi selesai edah bagi perempuan bunting hendaklah kosong rahim daripada anak maka tidak lepas daripada edah perempuan yang beranak tetapi masih ada di dalam rahim sebahagian tubuh anak seperti tangan anak yang putus masih ada didalam rahim atau telah keluar seorang tetapi masih ada seorang lagi di dalam rahim pada masalah anak kembar.

* Syarat bagi selesai edah lagi bahawa dibangsakan anak yang dilahirkan itu kepada suami yang mati, sekalipun atas jalan ahtimal (munkin anak suami atau munkin tidak) Contoh kandungan yang diahtimalkan anak suami seperti kandungan yang suami tidak mengaku anaknya dengan sumpah lian, maka perempuan mengandung yang dilian oleh suaminya dan suami tidak mengaku kandungan itu anaknya lepas dari edahnya dengan beranak.

Difaham dengan kata “dibangsakan anak yang dilahirkan itu kepada suami yang mati” bahawa wajib perempuan bunting yang bersuami budak kecil beredah empat bulan sepuluh hari apabila suaminya itu mati, kerana anak yang ada didalam perutnya itu tidak munkin anak suaminya, kerana suami yang kecil tidak munkin boleh menyebabkan dia mengandung.

Keterangan

Edah perempuan tidak bunting kematian suami, empat bulan sepuluh hari.

* Yang di maksud dengan empat bulan sepuluh hari ialah serta malam-malamnya.

* Bulan yang dikira disini ialah bulan hijrah (bulan islam) tidak bulan masihi.

* Hendaklah menyempurnakan tiga puluh hari sekiranya permulan edahnya tidak pada satu hari bulan iaitu disempurnakan pada bulan yang yang kelima. Contoh permulaan edah pada empat hari bulan muharam maka selesai edahnya tiga belas jamadil awal, sama ada bulan muharam itu tiga puluh hari atau dua puluh sembilan hari

* Diikutkan kadar bulan sekiranya permulan edahnya pada satu hari bulan yakni jika bulan itu tiga puluh hari maka dikira sebulan dengan tiga puluh hari dan jika bulan itu dua puluh sembilan hari maka dikira sebulan dengan dua puluh sembilan hari. Contoh permulaan edahnya satu muharam maka selesai edahnya pada sepuluh jamadil awal sama ada bulan itu tiga puluh hari atau dua puluh sembilan hari.

Edah pempuan tidak kematian suami.

Seorang perempuan itu beredah bukan kerana kematian suami disebabkan dengan beberapa sebab:

1. Talak.

2. Fasah dengan sebab ada a’ib (cedera yang membolehkan pilih fasah atau meneruskan nikah seperti suami tidak mampu memberi nafkah)

3. Fasah dengan sebab penyusuan seperti ada dua orang menjadi saksi bahawa kedua suami isteri itu adalah adik beradik susuan

4. Fasah dengan sebab lian (bersumpah suami isteri dengan sebab suami menuduh zina terhadap isteri padahal suami tidak ada saksi)

* Termasuk dalam kata perempuan di atas perempuan yang beredah dengan sebab wati subhat (wati dengan sebab kesamaran).

* Tidak wajib beredah perempuan berzina sama ada dia mengandung atau tidak kerana tidak dihormati air mani yang terhasil dari zina.

Edah perempuan bunting yang ketiadan mati suami dengan beranak. Sifat anak dan syarat lepas edah seperti diatas.

Edah perempuan yang tidak bunting atau bunting tetapi anak dalam perut bukan anak orang yang mempunyi edah (seperti suami atau lain) maka edahnya terbahagi dua: 1. Perempuan yang mempunyi haidh. 2.Perempuan yang ketiadaan haidh.

1. perempuan yang ada haidh iaitu perempuan yang pernah datang haidh walaupun sekali dan belum sampai umurnya putus asa dari haidh maka edahnya tiga quruk (tiga kali sucu).

Yang dikehendaki dengan suci ialah suci antara dua haidh, suci antara haidh dan nifas dan suci antara dua nifas.

Apabila seorang perempuan itu ditalak pada ketika suci walaupun sucinya tingal sedikit seperti selepas  satu lahzah (sesaad) dia ditolakkan, dia datang haidh maka lepas edahnya apabila masuk pada haidh yang ketiga.

Sekiranya perempuan itu ditalak pada ketika haidh sekali pun masa yang ada sesad kemudian dia suci maka lepas lah dia dari edahnya apabila masuk haidh yang ke empa.

2. Perempuan yang tiada haidh iaitu perempuan yang belum baligh, perempuan yang tidak pernah kedatangan haidh dan dia belum sampai masa putus asa dari haidh, perempuan mutahayirah atau perempuan yang sudah putus asa dari haidh maka edah mereka tiga bulan.

* Sekiranya datang haidh segala perempuan tersebut dalam masa haidh maka berpindah edahnya kepada tiga quru (tiga kali suci).

* Sekiranya haidhnya datang setelah selesai tiga bulan maka tidak berpindah edahnya kepada quru. Ini pada yang lain perempuan yang putus asa dari haidh (tidak diharapkan datang haidh). Adapun perempuan yang putus asa dari haidh maka jika dia telah bekahwin dengan suami yang lain maka selesailah edahnya dengan tiga bulan itu, dan sekiranya dia belum berkahwin dengan suami yang lain selepas tiga bulan maka berpindah edah kepada tiga kali suci.

* perempuan yang ditalak sebelum diwati (setubuh) tidak wajib edah baginya.


Respon

  1. Assalamualaikum ustaz…

    Apakah adab2 seseorang yang ingin menjatuhkan talaq kepada seseorang isteri?

    Yang dikatakan jika sudah sampai edahnya, si bekas suami ingin merujuk semula dgn isteri dia perlu mengangkat aqad nikah semula. Adakah jika dia ingin menjatuhkan talaq lagi, talaq tu dikira talaq yang pertama atau masih dicampurkan dengan jumlah talaq yang dijatuhkan kepada isteri sebelum berlaku proses aqad nikah yang baru…
    atau bagaimana ustaz?

  2. mohon ustaz jawab yea

  3. Asalamu alaikum ustaz,apakah hukum edah untuk perempuan yang sudah 1 tahun lebih tidak duduk sebumbung(tidak melakukan jimak)dengan suami?untuk pengetahuan ustaz,masih dalam perbicaraan kes fasaqh di mahkamah.

    • Setelah fasah dia beredah dengan tiga kali suci jika dia perempuan yang mempunyi haidh atau tiga bulan jika dia perempuan yang putus asa dari haidh. Masa dia tidak bersama suami sedang masih didalam pernikahan tidak dikira. والله اعلم

  4. salam ustaz… apakah hukum dan hak wanita yang berjimak ketika masih dalam edah?

  5. assalamualaikum….. apakah hukum bagi pasangan yang telah jatuh talak tetapi nasih didalam edah melakukan jimak..

    • Haram melakukan jimak sebelum rujuk


Tinggalkan komen

Kategori