Posted by: almalakawi | 8 Mei 2009

Riba

Riba disudut bahasa ialah lebih dan disisi syarak ialah suatu akad tukar menukar yang tertentu yang tidak diketahui sama atau tidak tukaran itu mengikut ukuran syarak pada ketika akad dilakukan atau akad tukar menuka yang dilambatkan menirima kedua tukaran itu atau salah satu daripadanya.

 

Keterangan bagi takrif

 

  • Akad tukar menuka yang tertentu ialah suatu perjanjian yang terjadi keatas barangan yang ada sebab riba, seperti emas, perak dan makanan.
  • Tidak diketahui sama atau tidak tukaran itu ialah tidak diketahui adakah berlebihan atau sama diantara dua tukaran itu, ataupun nyata salah satu daripada keduanya tidak sama.
  • Mengikut ukuran syarak ialah sukatan bagi barang yang disukat, timbangan bagi barang yang ditimbang, bilangan bagi barang yang dibilang dan ukuran bagi barang yang diukur.
  •  Ketika akad dilakukan ialah kadar barang tidak diketahui pada ketika akad dilakukan. Jika diketahui bahawa tukaran itu adalah sama selepas akad dilakukan seperti seorang menjual beras dengan beras secara agak yakni tidak ditimbang atau disukat, kemudian daripada akad ternyata kedua beras itu sama berat timbangannya atau sama sukatannya maka jual beli itu adalah riba.
  • Akad tukar menukar yang dilambatkan menirima kedua tukaran itu atau salah satu daripadanya ialah kedua-dua barang yang dijual dan harga tidak diserah pada majlis akad atau salah satu daripada keduanya tidak diserah pada majlis akad.

 

Jenis riba

 

  • Riba ada empat jenis

1.     Riba fadhl (ربا الفَضْلِ)

2.     Riba qard (ربا القَرْضِ)

3.     Riba yad (ربا اليَدِ)

4.     Riba nasa’ (ربا النَسَاءِ)

 

  • Riba fadli ialah menukarkan dua barang yang sama jenis tetapi tidak sama sukatan, timbangan atau ukuran, seperti menukar lima gram emas dengan enam gram emas atau menukar segantang beras dengan dua gantang beras.
  • Riba qard ialah menghutangkan sesuatu dengan syarat ada keuntungan bagi orang yang memberi hutang, seperti menghutangkan seratus ringit dengan syarat hendaklah dibayar seratus sepuloh ringit.
  • Riba yad ialah suatu akad jual beli yang tidak dilakukan penyerahan barang yang dijual dan harga di tempat berakad, seperti Husin menjual dua gantang beras kepada Ramli dengan harga tiga gantang gandom, kemudian kedua mereka becerai dari majlis akad dengan tidak menyerahkan beras dan gandom kepada taulan masing-masing.
  • Riba nasa’ ialah suatu akad jual beli dengan syarat barang yang dijual atau harga dilambatkan penyerahan.

 

 

Hukum dan pekara riba

 

  • Hukum riba adalah haram, ia termasuk di dalam dosa-dosa besar.
  • Dua pekara yang ada sebab riba
  1. Mata wang iaitu emas dan perak    2. Makanan
  • Dikehendaki dengan emas dan perak ialah dinar (wang emas), dirham (wang perak), emas dan perak yang belum dilebor, dan emas dan perak yang telah dibuat perhiasan.
  • Hukum pertukaran wang kertas yang ada pada masa ini adalah seperti berikut:
  1. Wang kertas yang nilayannya dengan emas atau perak hukumnya adalah seperti tukar emas dengan emas. Oleh itu jika petukarannya tidak mengikut syarat jual beli emas dengan emas maka petukaran itu adalah riba.
  2. Wang kertas yang tidak dinilai dengan emas atau perak hukumnya adalah seperti barang yang tiada sebab riba maka harus dijual dengan tidak bersaman dan bertangoh.
  • Dikehendaki dengan makanan ialah makanan manusia yang mengenyangkan, makanan berlazat-lazat dan makanan yang dibuat ubat.
  • Makanan yang mengenyangkan ialah seperti gandum, beras, jagong, pulut, air tawar dan sebagainya. Air masin tidak termasuk pekara riba.
  • Makanan berlazat-lazat ialah seperti kurma, angor kering, segala buah-buahan, dan segala sayur-sayuran.
  • Makanan yang dibuat ubat ialah seperti garam, rempah ratus, dan segala ubat-ubatan.
  • Binatang yang hidup tidak termasuk dalam pekara riba.

 

Syarat jual beli pekara riba

 

  • Jual beli barangan yang sama jenis dan sama sebab riba seperti jual emas dengan emas, pirak dengan perak, beras dengan beras, cuka angor dengan cuka angor yang tidak berair keduanya, dan sebagainya ada tiga syarat:
  1. Sama keduanya pada timbangan atau sukatan.
  2. Jualan hendaklah secara tunai.
  3. Penyerahan barang yang dijual dan harga hendaklah dilakukan di tempat berakad sebelum penjual dan pembeli bercerai dari tempat itu.
  • Apabila tiga syarat ini tidak disempurnakan maka jual beli pada barang yang sama jenis, jadi riba.
  • Jual beli barangan yang tidak sama jenis tetapi sama sebab riba seperti jual emas dengan perak (sebab ribanya mata wang) dan jual beras dengan gandom (sebab ribanya makanan) ada dua syarat:
  1. Jualan hendaklah secara tunai.
  2. penyerahan barang yag dijual dan harga hendaklah dilakukan ditempat berakad sebelum penjual dan pembeli berpisah.
  • Jual tepong gandom dengan tepong beras, cuka korma dengan cuka angor, daging lembu dengan daging kambing, telor ayam dengan telor angsa, atau minyak kelapa dengan minyak kelapa sawit adalah harus dengan tidak sama pada timbangan atau sukatan tetapi disyaratkan tunai dan penyerahan dilakukan di majlis akad.
  • Jual cuka dengan cuka yang ada air keduanya adalah tidak sah samaada keduanya sama jenis seperti cuka kismis dengan cuka kismis atau berlainan jenis seperti cuka kismis dengan cuka kurma kering. Sebab tidak sah pada berlainan jenis adalah kerana tidak diketahui sama banyak air pada keduanya.
  • Jual beli cuka dari jenis yang sama tetapi satunya ada air seperti cuka daripada angor kering (kismis) dan satunya lagi tiada air seperti cuka daripada angor adalah tidak sah kerana air yang ada di dalam cuka angor kering menghalang persaman antara dua cuka itu.
  • Jual beli cuka yang tidak bersaman jenis sedangkan salah satunya ada air adalah sah jual belinya dengan tidak bersamaan pada timbangan atau sukatan tetapi disyaratkan tunai dan penyerahan dilakukan di majlis akad.
  • Jual tepong yang bersaman jenis adalah tidak sah kerana tidak diketahui persamaannya, sebab tidak diketahui halus atau kasar tepong itu.
  • Beras, beras pulut dan pulut hitam adalah bersamaan jenis.
  •  Daging kambing biri-biri dan daging kambing biasa adalah bersamaan jenis.
  • Untuk menentukan persaman buah-buahan, bijirin dan daging pada timbangan atau sukatan ialah pada ketika kering sekelian pekara itu. Oleh itu tidak sah jual angor dengan angor, angor dengan angor kering (kismis), kurma basah dengan kurma basah dan kurma basah dengan kurma kering kecuali pada jual araya (عَرَايَا), akan datang keterangannya.
  • Tidak sah jual beli buah-buahan yang bersaman jenis sedangkan ia tidak boleh dikeringkan seperti jual tembikai dengan tembekai, timun dengan timun dansebagainya.
  • Tidak sah jual barang yang sama jenis yang boleh dikeringkan tetapi dijual semasa basahnya, kerana tidak diketahui persamaan keduanya semasa jual beli.
  • Tidak sah jual daging basah dengan daging basah atau daging basah dengan daging kering yang bersaman jenis, tetapi sah jual daging kering dengan daging kering yang bersamaan jenis dengan syarat tiada tulang atau tiada garam yang nyata pada timbangan.
  • Sah jual beli buah zaitun dengan buah zaitun walaupun ia tidak kering kerana ia satu pekara yang terkecuali, demikian yang dinyatakan Imam gazali dan beberapa ulamak lain.
  • Padi yang belum kering adalah tidak sah dijual dengan sejenis dan sama sifat.
  • Sah jual susu dengan susu atau minyak dengan minyiak yang tidak bercampor sekeliannya dengan air.
  • Tidak sah jual susu dengan susu atau minyak dengan minyak yang bercampor sekeliannya dengan air.
  • Tidak sah jual susu atau minyak yang bercampor keduanya dengan air dengan sejenisnya yang tidak bercampor dengan air, kerana tidak diketahui persamaannya.
  • Daging yang direbus, bijirin yang digoring manisan kurma yang dibekukan dan gandom yang dibakar dijual dengan sesama jenisnya dan sifatnya adalah tidak sah kerana tidak diketahui persamaannya dengan sebab tidak diketahui kekuatan api yang digunakan.
  •  Sah jual air yang direbus dengan air yang direbus.
  • Sah jual madu dengan madu yang diasing keduanya dari sarangnya dengan api kerana kesan api didalam pekara ini diharuskan oleh syarak.
  • Tidak sah jual daging dengan binatang yang hidup yang sama jenisnya seperti jual daging lembu dengan lembu hidup demikian juga daging ikan dan belalang.
  • Tidak sah jual daging dengan binatang hidup yang dimakan dagingnya atau tiadk dari jenis yang lain seperti jual daging lembu dengan kambing hidup atau jual daging lembu dangan keldai hidup.
  • Ekor, limpa, jantong hati dan lemak termasuk dalam kategori daging.
  • Susu dan telor adalah sah ditukar dengan binatang.
  • Tidak sah jual binatang yang mempunyai susu dengan binatang yng mempunyai susu atau binatang yang mempunyai telor dengan binatang yang mempunyai telor yang bersamaan jenis sekeliannya.
  • Cara untuk melepaskan seorang dari jual beli yang melibatkan riba seperti jual emas dengan emas, beras dengan beras yang tidak bersamaan antara barang yang dijual dengan harga adalah seperti berikut:
  1. Kedua orang yang hendak tukar menukar barangngan itu hendak lah beri-memberi yakni secara pemberian bukan cara jual beli.
  2. atau hutang-menghutangkan antara keduanya kemudian masing masing menghalalkan.

 

Riba qardi (hutang)

 

  • Riba qardi ialah menghutangkan sesuatu dengan syarat ada manfaat bagi orang yang memberi hutang, seperti menghutangkan sepuloh ringit dengan syarat bayar balik sebelas ringit.
  • Orang yang memberi riba dengan sebab berhutang adalah berdosa sekalipun dia berhutang kerana darurat.
  • Berkata Syeh Ibnu Hajar “tertolak dosa  memberi riba dengan sebab berhutang kerana darurat”.
  • Kebanyakkan ulamak berpendapat tiadak dikecuali dosa memberi riba bagi mereka yang berhutang sebab darurat, kerana ada cara lain yang boleh dilakukan untuk memberi lebih kepada pemberi hutang. Caranya ialah dengan bernazar hendak membayar lebih atau dengan mempermilikkan yang lebih kepada pemberi hutang.

Responses

  1. Assamualaikum, adakah dengan membeli rumah secara pinjaman di ketegorikan sebagai riba.contonya harga rumah itu asalnya RM 80000,00 . Bila buat pinjaman menjadi RM RM 120000.00. Sekian Terima Kasih.

    • Riba qardi/riba hutang

  2. Salam ustaz,
    bagaimana dgn sistem bank islam / yg menggunakan konsep islam berkenaan dgn pinjaman samaada pnjaman perumahan / kad kredit..mereka menggunakan konsep islam tetapi asas kpd pnjaman tersebut iaitu duit atau pon kredit tidak bersandarkan dinar & dirham?


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: