Posted by: almalakawi | 6 Ogos 2009

Mukaddimah Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين (klik di sini)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيد المرسلين وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم الي يوم الدين وبعد

Segala puji bagi الله pemerentah sekelian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu sekelian rasul, keluarganya, sahabatnya, dan orang-orang yang mengikut mereka itu hinga hari kiamat.

Artikel ini ditulis bedasarkan Matan Umul Barahin yang mashur dengan Matan Sanusi, tetapi ada sedikit pengubasuaian yang saya lakukan dari segi susunan supaya memudahkan pembaca membuat rujukan dan saya mengambil mafhumnya sahaja dengan tidak menterjemah perkatan demi perkatan, kerana memudahkan faham.

Semuga dengan terbit artikel ini bertambah bahan bacaan yang dapat memberi kefahaman tentang sifat الله dan sifat segala rasul yang membawa keberketan di dunia dan di akhirat. 

Permulaan (مَبَادِي) ilmu

 Perkatan mabadi (مبادي) ialah jamak daripada mabdak (مَبْدَأ) ertinya punca atau mula terbit, maksudnya keterangan yang rengkas atau tujuan suatu ilmu yang kita perlu tahu sebelum mempelajarinya. Seyogianya sebelum kita mempelajari sesuatu ilmu hendaklah kita mengetahui mabadi/permulaan ilmu yang kita hendak pelajari.

Permulaan ilmu ada sepuluh

Setiap ilmu yang kita pelajari ada permulaannya maka permulaan tiap-tiap ilmu ada sepuluh, sepertimana disebut pada sayer

إن مبادى كل فن عشرة * الحد والمضوع ثم الثمره

وفضله ونسبة والواضع * والاسم الاستمداد حكم الشارع

مسائل والبعض بالبعض اكتفى * ومن درى الجميع حاز الشرفا

Permulaan tiap-tiap ilmu ada sepuluh; pengenalannya, tempat perbahasannya, faidah mempelajarinya, kelebihannya, bandingannya dengan ilmu yang lain, orang yang mula-mula membukukannya, namanya, tempat keluar, hukum syarak mempelajarinya, dan masalah yang dibahaskan; Sebahagian permulaan ilmu memadai dengan sebahagiannya, sesiapa yang mengetahui sekeliannya mendapat kemulian yang besar.

Dngan ini saya terangkan satu persatu tiap-tiap satu daripada sepuluh pekara diatas bedasarkan mabadi ilmu tauhid.

  1. Tauhid pada bahasa, mengetahui suatu itu tungal. Tauhid pada istilah, ilmu yang membahaskan mengenai akidah menurut agama dengan dalil-dalil yang diyakini atau ilmu penyelidikan tentang akidah menurut agama dengan keterangan yang diyakini.
  2. Tempat perbahasan ilmu ini ialah zat الله dan segala rasul yakni membahaskan perkara wajib, mustahil dan harus pada akal bagi تعالى الله dan segala rasul. Juga membahaskan tentang alam ini dengan sekira-kira ada yang menciptanya.
  3. Faidah mengetahui ilmu ini supaya mengenal segala sifat الله dan segala sifat rasul dengan dalil-dalil yang tidak dapat disangkal dan memperoleh kemenangan dengan kebahagian yang berkekalan.
  4. Ilmu ini terlebih mulia daripada segala ilmu kerana ia membahaskan zat الله dan segala rasulnya.
  5. Ilmu ini merupakan asas segala ilmu dan ilmu yang lain sebagai cabangnya.
  6. Orang yang mula-mula mengupul dan membukukannya ialah Abu Hasan Asyari dan Abu Mansur Maturidi.
  7. Ilmu ini dinamakan ilmu tauhid, ilmu kalam, fekhul akbar dan ilmu usuludin.
  8. Tempat terbit ilmu ini daripada al-Quran, hadis dan akal
  9. Hukum mempelajarinya fardu ain ( fardu tiap-tiap orang        islam yang mukalaf mengetahuinya)

10. Masalah yang dibahaskan adalah pekra yang wajib, harus dan mustahil pada zat الله dan rasul-rasul dan membahaskan perkara yang didengar daripada nabi i  .

Pengenalan ilmu

Ilmu dari sudut bahasa berti yakin dan dari sudut istilah bermakna  mengetauhi suatu berbetulan dengan sebenar. Pendapat yang sohih (yang kuat) bahawa ilmu dan makrifat bersaman pada erti,  tetapi tidak harus mempernamakan تعالى الله dengan arif kerana makna arif mengetahui setelah didahului oleh jahil bersalahan alim. Sedangkan ilmu تعالى الله tidak didahului oleh jahil. Dikehendaki dengan makrifah ialah mendapat suatu pada kedudukannya, samaada mengeatauhi benda yang ada atau yang tiada.

Lawan bagi mengetauhi/ilmu empat pekara

  1. Jahil atau bodoh terbahagi dua

        i.   Tidak mengetauhi apa-apa.

       ii.   Jahil bersusun yakni mengtahui suatu menyalahi yang sebenar   kerana bersusun daripada dua jahil pertama jahil pekara yang sebenar dan kedua tidak mengetauhi bahawa dirinya jahil seperti itikad ahli falsafah yang berkata ‘alam ini tiada permulaan’ (tidak ada penciptanya).

  1. Syak / ragu-ragu ertinya sama berat antara mengeatauhi dan tidak mengetahui.
  2. Zan ertinya berat pada hatinya mengetauhi dan ringan tidak mengetauhi.
  3. Waham ertinya berat pada hatinya tiada mengetahui dan ringan pada hatinya mengetauhi.

Sesiapa yang ada pada dirinya empat pekara ini tidak sah imannya kerana syarat sah beriman hendaklah yakin.

Hukum belajar ilmu tauhid

Hukum belajar dan mengajar ilmu usuluddin / tauhid adalah wajib pada syarak. Maka wajib belajar terbahagi dua:

Pertama fardu ain ertinya tiap-tiap orang islam wajib mempelajarinya. Kadar fardu ain yang wajib diketauhi supaya sorang itu terlepas  daripada bertaklid (mengikut) pendapat orang lain adalah mengetauhi satu persatu sifat yang wajib, mustahil, dan harus pada akal bagi zat الله dan segala rasulnya dan wajib membawa dalil walaupu dengan dalil ijmali (rangkuman), seperti mensabitkan الله wajib bersifat dua puluh sifat dengan berdalilkan baru alam ini, walaupun dia lemah menolak subhat (kesamaran) yang  membinasakan dalilnya

Kedua fardu kifayah ertinya memada pada tiap-tiap satu tempat terdapat seorang yang boleh membahaskan serta menghuraikan kesamaran ahli bid’ah yang hendak menolak dalil kita serta membawa dalil yang boleh menolak hujah mereka itu.

Tiga cara memperolihi Ilmu

Pertama: Khabar mutawatir ertinya khabar yang dipindah dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain sekira-kira kumpulan yang membawa khabar itu tidak sepakat berbohong.

Kedua: Akal yang normal yang boleh memekirkan kejadian alam ini.

Ketiga: Pancaindera yang lima.

        i.            Pelihat; kekuatan yang dihantar pada mata supaya dapat melihat segala rupa dan warna dengan perantaran cahaya.

      ii.            Pendengar; Kekuatan yang dihantar pada gegendang telinga supaya dapat mendengar tiap-tiap suara dengan perantaran gelumbang bunyi.

    iii.            Pencium; kekuatan yang diletak pada hidung supaya dapat mencium segala bau dengan perantaran udara.

   iv.            Perasa; kekuatan yang dihantar pada lidah supaya dapat merasa tiap-tiap suatu yang mempunyi rasa dengan perantaran basah dan sentuh.

     v.            Penjabat; kekuatan yang dihantar pada segala tubuh supaya dapat merasa umpama panas, sejuk, kasar, sakit dan sebagainya dengan perantaran sentuh.

Telah diketahui umum untuk mengenal الله dan rasul tidaklah dengan pancaindra yang lima tetapi yang boleh menyampaikan seorang itu mengenal الله dan rasul ada kalanya dengan khabar yang mutawatir  daripada الله da rasul dan ada kalanya dengan akal yang normal.

Khabar ahad (yakni khabar yang tidak sampai pangkat mutawatir) tidak boleh dibuat dalil pada ilmu tauhid kerana khabar ahad hanya memberi faidah zan (tidak yakin), sedangkan tauhid memberi faidah yakin.

Dalai/keterangan terbahagi dua

  1. Dalil naqli adalah dalil-dalil yang diperolihi daripada syrak yakni dalil yang dipindahkan daripada al-Quran dan hadis.
  2. Dalil akli pula, dalil yang diperolihi dengan akal.

Dengan ini إن شاء الله تعالى saya akan bawakan kedua dalil ini pada tiap-tiap satu sifat yang wajib pada الله dan rasul-rasulnya.

Pengertian hukum

Hukum adalah (إِثْبَاتُ أَمْرٍ لأَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ عَنْهُ) menetapkan suatu bagi suatu atau menafikan daripadanya, seperti kita menetapka putih pada kain atau kita menafikan putih pada arang.

Bahagian hukum

Pada umumnya hukum terbahagi tiga:

  1. Hukum syarak ialah undang-undang yang diturunkan oleh الله kepada manusia melalui para rasul seperti wajib sembahyang lima waktu, haram melakukan zina dan lainnya.
  2. Hukum akal ialah ketetapan yang didapati melalui akal seperti satu separuh daripada dua dan lainnya.
  3. Hukum adat ialah ketetapan yang didapati melalui percubaan dan kebiasan seperti api boleh membakar dan lainnya.

Bahagian ke dua (klik di sini)


Responses

  1. salam……
    saya nak tahu bagaimana manhaj ulama-ulama dahulu dalam menerangkan ilmu akidah

    • sila baca kitab a’tikad ahli sunah wal-jamaah karangan Kiai Hj. Sarajudin Abbas


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: