Posted by: almalakawi | 18 Ogos 2009

Mertabat orang yang berpuasa.

Orang yang berpuasa ada tiga martabat:

Martabat pertama puasa orang awam yakni puasa orang kebanyakan iaitu meningalkan makan, minum, jimak, dan menjaga daripada segala perkara yang membatalkan puasa.

Martabat kedua puasa orang pilihan iaitu puasa orang soleh dan orang yang bertakwa, iaitu menahan diri dari segala yang tersebut pada martabat yang pertama, dan menahan segala anggotanya daripada berbuat maksiat dan daripada berbuat perkara yang sia-sia yang tidak memberi manfaat pada akhirat.

Lima perkara yang membatalkan pahala puasa:

1. berbohong. 2. mengumpat. 3. memperlagakan orang. 4. bersumpah dusta. 5. melihat suatu dengan sahwat (keinginan)

Hasil kesempurnaan puasa mereka itu dengan tujuh perkara;

1. Menjaga mata daripada melihat tiap-tiap yang haram, yang makruh, dan yang harus yang melalaikan hati daripada mengingati Allah.

2. Menjaga lidah daripada perkataan yang haram, makruh dan perkataan yang sia-sia yang tiada manfaat di akhirat.

3. Memelihara telinga dari mendengar yang haram, yang makruh, dan yang sia-sia yang tiada manfaat diakhirat.

4. Memelihara tangan dan kaki mencapai dan berjalan kepada yang haram, makruh dan sia-sia.

5. Memelihara perut, pada ketika berbuka dan makan sahur daripada memakan yang diharamkan, syubhat, makruh, dan berlebih-lebih pada yang harus, kerana tiada faedah menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari daripada makanan yang harus sedangkan pada ketika berbuka dan bersahur mengisikan perut dengan yang haram atau syubhat.

6. Menyedikitkan makan ketika berbuka dan berbuka dengan makanan yang halal.

7. Selepas berbuka datangkan di dalam hati, roja dan khauf yakni harap diterima puasa, dan takut tidak diterima puasa.

Martabat yang ketiga puasa orang yang pilihan daripada yang terpilih, yakni puasa orang yang hampir kepada tuhan (nisbah martabat bukan jasad) dan puasa orang yang benar-benar mengenal Allah (a’rif billah) mereka itu menjauhkan di dalam hatinya daripada mencita-cita dunia, dan memikirkannya, dan mengkosongkan hati selain daripada Allah. Mereka itu sentiasa musyahadah akan Allah yakni sentiasa melihat Allah dengan mata hati. ini mertaba para nabi dan wali-wali Allah. والله اعلم


Responses

  1. السلام عليكم..pernah ana dengar tasauf terbahagi kpd 2bahagian..tasauf ibadat dan tasauf hakikat..apa komen ustaz..

  2. salam ustaz…syukran jazilan di atas ilmu y ustaz sudi b’kongsi…ustaz, bleh x trgkan kpada sy sejarah p’kmbangan ilmu tasauf?


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: