Posted by: almalakawi | 4 Ogos 2009

Fidyah kerana meningalkan puasa

Disini akan dibahaskan mereka yang wajib membayar fidyah dan mereka yang tidak wajib membayarnya dengan itu saya mulakan mereka yang wajib membayar fidyah.

Mereka yang wajib membayar fidyah kerana meningalkan puasa ialah:

1. Orang yang meningalkan puasa ramadan dengan sebab uzur dan dia ada masa mengqada’nya dan dia tidak mengqada’nya sehinga dia mati maka wajib walinya mengeluarkan tiap-tiap satu hari satu cupak makanan yang diambil dari harta peningalannya. Ahli keluarga (wali) si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

Sekiranya si mati tidak mengqada’ puasanya dan telah masuk ramadan yang lain maka wajib dua fidyah, satu fidyah puasa yang tak dapat diqada’nya kerana dia dah mati, dan satu fidyah melangkau qada’nya pada ramadan yang lain, begitulah seterusnya jika puasa yang tidak diqada’ melangkau dua tahun, tiga tahun …… hukum ini berbeza dengan orang yang hidup, sila lihat no. 5. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan hanya perlu mengeluarkan satu fidyah sekiranya puasa yang tidak diqada’ telah diselang oleh satu ramadan.

2. Orang yang meningalkan puasa ramadan dengan tiada uzur dan tidak ada masa mengqada’kannya sebelum dia mati, maka wajib atas walinya membayar fidyah secupak makanan untuk tiap-tiap hari yang ditingalkannya. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

3. Orang yang ada puasa nazar dan dia ada masa memperbuatnya tetapi dia tidak puasa sehinga dia mati, maka wajib mengeluarkan secupak makanan bagi tiap-tiap satu hari puasa yang dinazarnya. Fidyah itu hendaklah diambil dari harta peningalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pehak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

4. Orang yang ada puasa kafarah sama ada kafarah jimak dalam bulan ramadan, kafarah zihar, kafarah sumpah, atau kafarah bunuh, sedangkan dia ada masa mengerjakan puasa itu tetapi dia tidak berpuasa sehinga dia mati, maka wajib dikeluarkan setiap puasanya itu satu cupak makanan yang diambil dari harta peningalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pehak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

5. Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehinga masuk ramadan yang lain, wajib keatasnya mengqada’ puasanya dan mengeluarkan fidyah iaitu secupak makanan bagi tiap-tiap hari yang dilewatkan itu, sekiranya yang dilewatkan itu dua tahun, maka dua cupak, jika yang dilewatkan itu tiga tahun maka tiga cupak begitulah seterusnya.

Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehingga masuk ramadhan yang lain hanya wajib mengqada’kan puasanya sehari jua bagi tiap hari yang ditingalkan, dan tidak perlu dia menggandakan qada’nya hanya yang diganda bilangan cupak yakni bilangan fidyah.

6. Perempuan yang hamil yang meningalkan puasa ramadan sebab takut mudarat anak dalam perut sedang tadak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’.

7. Perempuan meningalkan puasa ramadan sebab takut mudarat anak dengan sebab kurang susu tetapi tidak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’

8. Orang yang terlalu tua, wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.

9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.

10. Orang yang berbuak puasa ramadan kerana menolong orang yang tengelam air atau lainnya maka dia wajib qada’ serta fidyah.

Jadual wajib fidyah. Sila lihat di atas lebih terperinci

  Puasa atau qada’ fidyah Catatan
1. Orang yang mati ada meningalkan puasa dengan uzur ada masa qada’ Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyah Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali Harus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali
2. Orang mati meningal puasa dengan tiada uzur tiada masa qada’ Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyah Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali Harus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali
3. Orang yang mati ada puasa nazar dan ada masa berpuasa tetapi tidak puasa Harus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyah Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali Harus orang lain berpuasa dengan izin wali
4. Orang yang ada puasa kafarah ada masa berpuasa tetapi tidak puasa Harus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyah Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali Harus orang lain berpuasa dengan izin wali
5. Orang yang melewatkan qada’ puasanya Wajib qada’ puasa Wajib satu cupak bagi setiap hari mengikut tempoh kelewatan Sekira dia mati dan puasa yang dilewatkan melangkau satu ramadan wajib dua cupak
6. Perempuan yang takut mudarat anak dalam kandungan shj. Wajib qada’ puasa Wajib satu cupak bagi setiap hari  
7. Perempuan yang takut mudarat anak yang disusu shj. Wajib qada’ puasa Wajib satu cupak bagi setiap hari  
8. Orang yang terlalu tua tidak mampu berpuasa   Wajib satu cupak bagi setiap hari Sekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’ 
9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak mampu berpuasa   Wajib satu cupak bagi setiap hari Sekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’ 
10. Orang yang berbuak puasa ramadan kerana menolong orang dalam bahaya Wajib qada’ puasa Wajib satu cupak bagi setiap hari  

 

Mereka yang tidak wajib membayar fidyah kerana meningalkan puasa.

1. Orang yang meningalkan puasa ramadan dengan sebab uzur dan dia tidak ada masa mengqada’nya sehinga dia mati. Contoh tidak ada masa mengqada’, seperti dia mati selepas ramadan, atau berkekalan sakit sehinga dia mati.

2. Orang yang ada puasa nazar dan dia tidak ada masa memperbuatnya sehinga dia mati. Contoh seorang yang bernazar sekiranya dapat anak dia akan berpuasa selama tiga hari, kemudian dia pun mendapat anak dan dia mati pada keesokkan harinya atau sakit pada keesokkan harinya sehinga mati maka tidak perlu dikeluarkan fidyah kerana dia tidak ada masa memperbuatnya.

3. Orang yang ada puasa kafarah dan di tidak sempat memperbuatnya dan dia pun mati atau sakit berterusan sehinga mati.

4. Perempuan yang menyusukan anak yang takut mudarat pada dirinya atau yang takut mudarat pada dirinya dan anak yang disusuinya.

5. Perempuan hamil yang takut mudarat dirinya atau mudarat dirinya dan anak di dalam kandungannya.

6. Perempuan yang meningalkan puasa ramadan dan dia tidak dapat mengqada’nya dengan sebab menyusukan anak atau hamil sehinga berselang beberapa ramadan. Perempuan ini tidak perlu membayar fidyah dan dia hanya perlu mengqad’ puasanya sahaja. Contoh, seorang perempuan beranak sebelum ramadan dan dia tidak berpuasa kerana dia di dalam nifas, setelah ramadan darahnya berhenti dan dia sedang menyusukan anak, dalam masa dia menyusukan anaknya dia hamil dan seterusnya dia beranak, dan masuk ramadan yang lain sedangkan dia tidak mengqada’ puasanya yang telah dia tingalkan kemudian dia menyusukan anak lagi begitulah seterusnya sehinga beberapa tahun. Oleh kerana dia hamil dan menyusukan anak maka dia dikira ada uzur. Dan dia boleh (tidak berdosa) menanguhkan qada puasanya sehinga masuk ramadan yang lain.


Respon

  1. assalamualaikum.
    salam ramadhan almubarak.
    soalan : 1).berapa kadar semasa bagi satu cupak dalam kiraan ringgit malaysia.
    2).bagaimana kaedahnya untuk menjelaskan fidyah bagi orang yang telah meninggal dunia yang kita ketahui arwah mungkin tidak berpuasa tetapi tidak tahu sejak berapa tahun ianya tidak berpuasa.

    sekian terima kasih.

  2. salam ustaz.
    soalan 1). Bagaimana doa yang ringkas,tepat dan terbaik untuk mendoakannya ketika:
    – masuk kaw. perkuburan islam.
    – semasa tiba di perkuburan ahli keluarga kita.
    – ketika di atas perkuburan.
    – hendak meninggalkan perkuburan .
    Mohon doa dalam bahasa arab dan melayu.
    soalan 2). air yang terbaik untuk direngis diatas kubur dan bagaimana kaedahnya.
    soalan 3). Bila waktu paling sesuai ziarah kubur.

    Sekian terima kasih.

  3. […] Fidyah puasa ramadan orang yang telah mati. […]

  4. salam ustaz..nk tanya..contoh ibu kite mninggal dunia dan banyak puasa yg tidak diqodo’..katakan 15 tahun..adakah kite sebagai anak kena qodo’ puasa utknya serta wajib bayar fidyah???atau boleh pilih????tima kasih

    • boleh pilih

  5. Assalamualaikum Ustaz,bolehkah ustaz bantu saya mengira fidyah puasa saya ini.
    Bermula dari tahun 1997 waktu saya melahirkan anak dan menyusu,saya tidak berpuasa hingga tahun berikutnya,1998,dan saya masih tidak berupaya mengganti puasa ke anak yang berikutnya tahun2001,2004,2006 dan 2009.Saya mengakui keadaan saya waktu mengandung dan menyusu sangat lemah.Anak yang ke 2 dan ke 3 pula tempoh menyusu hampir 2 tahun lebih.Harap dapat Ustaz bantu.Terima kasih.

  6. […] Fidyah puasa ramadan orang yang telah mati. […]

  7. salam ustaz…saya mempunyai penyakit dan perlu makan ubat pada waktu siang (masa makan ubat adalah tetap dan tidak boleh ditukar masanya pada waktu malam) dan tidak boleh meninggalkannya kerana akan memudaratkan kesihatan pada masa akan datang jika tidak makan ubat.Saya perlu makan ubat ini seumur hidup saya.adakah saya termasuk org yg boleh membayar fidyah. dan satu lagi keadaan saya tidak uzur dan boleh bersembahyang serta melakukan ibadat2 yang lain.Soalannya, adakah saya boleh bersembahyang sunat terawih pada bulan ramadhan tetapi pada masa yang sama tidak berpuasa kerana perlu makan ubat.Saya meninggalkan puasa hanya disebabkan memakan ubat dan tiada sebab lain seperti uzur.Saya sangat berharap jawapan daripada ustaz..terima kasih..

    • Sekiranya penyakit anda ada harapan sembuh maka anda wajib qada dan tidak boleh bayar fidyah dan jika tidak ada harapan sembuh maka anda hendaklah membayar fidyah bagi setiap hari satu cupak.
      sunat bagi anda sembahayang terawih

      • terima kasih ustaz..

  8. assalamu’alaikum…
    terima kasih atas posting-an yang membukakan pengetahuan saya tentang kajian seputar puasa..
    namun ada beberapa hal yang ingin saya tanyakan berkaitan qada puasa ini..
    kebetulan ayah saya sudah meninggal.. dan saya rasa beliau memiliki tanggungan puasa..
    tapi saya tidak tahu berapa hari hutang puasa beliau..
    berkaitan dengan hal itu, bagaimana hukum meng-qada-nya jika ahli waris tidak mengetahui pasti berapa lama hutang puasa almarhum..?
    saya sangat menunggu jawaban untuk hal ini.. (bisa via email)
    terima kasih.
    salam
    -rayi sista-

    • Angarkan berapa hari yang dia tingal puasa dan bayar fidyah bagi setiap hari secupak, beras 10 kg lebih kurang 13 cupak lebih sedikit.


Tinggalkan komen

Kategori