Posted by: almalakawi | 9 Julai 2009

Puasa

Puasa pada sudut bahasa menahan diri.

Puasa pada syarak menahan diri dapipada pekara-pekara yang membatalkan puasa dengan jalan yang tertentu.

Wajib puasa Ramadan dengan salah satu dari tiga pekara.

  1. sempurna bulan syaban tiga puluh hari.
  2. melihat anak bulan ramadan.
  3. naik saksi seorang yang adil bahawa anak bulan ramadan kelihatan.

Peringatan:

Adil yang dikehendaki disini adil pada penyaksian bukan adil meriwayat kan khabar.

Maka tidak wajib puasa apabila naik saksi orang yang fasik, perempuan, kanak-kanak, dan hamba,

Wajib puasa ramadan bagi mereka yang melihat anak bulan ramada sekalipun dia seorang yang fasik. Tidak wajib kepada orang yang lain.

Apabila naik saksi seorang yang adil bahawa dia ada melihat anak bulan ramadan dan kadi menghukumkan sabit ramadan maka wajib berpuasa atas sekelian umat islam yang ada ditempat yang satu matlak yakni tempat yang sama masa naik matahari.

Satu matlak ialah kawasan yang dalam kawasan dua puluh lapan minit kata setengah ahli falak tiga puluh dua minit.

Sah puasa ramadan mereka yang melihat tanda yang menunjukkan telah masuk ramadan seperti pengistiharan yang dibuat oleh kerajan didalam televisyen atau radio, pada zaman dahulu mereka membuat tanda dengan bunyi meriam, lampu yang dipasang di menara dan sebagainya, sebab sah puasa ialah kerana memberi faidah yakin telah masuk ramadan.

Rukun puasa

  1. Orang yang puasa
  2. Niat, tempatnya didalam hati, tetapi disunatkan berlafas pada niat
  3. Menahan diri dari pekara yang membatalkan puasa.

Niat puasa:

نويت صوم غد عن أداء فرض رمضان هذه السنة لله تعالى

Sahaj aku puasa esok hari menunaikan fardu ramadan pada ini tahun kerana Allah تعالى

Mengapa pada rukun sembahyang tidak disebutkan orang yang sembahyang sebagai rukun sedangkan pada puasa, orang yang puasa menjadi rukun?

Ini kerana orang yang sedang sembahyang dapat dilihat kelakuan dia sedang sembahyang, manakala orang yang sedang berpuasa tidak dapat kita lihat kelakuan dia sedang berpuasa.

Syarat sah puasa:

Mereka yang ada syarat ini sah puasanya.

1. Islam maka tidak sah puasa orang yang murtad dan orang kafir sekalipun dia dituntut melakukan cabang-cabang syariat.

2. Berakal maka tidak sah puasa orang gila dan orang yang pitam sepanjang hari yakni dari terbit fajar sehinga terbenam matahari.

Sah puasa orang yang pitam jika dia ada sadar sedikit pada siang hari.

Mumaiyis maka tidak sah puasa kanak-kanak yang belum mumaiyis.

Mumaiyis ialah dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

3. Suci dari haidh dan nifas maka batal puasa perempuan yang kedatangan haidh atau nifas sedang dia berpuasa, samaada kedatangan haidh atau nifas itu sesaad lagi hendak berbuka.

Tidak sah puasa perempuan yang darahnya berhentu sesaad selepas terbit fajar.

4. Niat maka wajib menentukan niat pada puasa fardu seperti puasa ramadan, puasa qadak (ganti), puasa nazar, puasa kafarah. Wajib niat pada malam sekiranya puasa fardu, adapun puasa sunat maka harus diniatkan pada siang hari sebelum gelincir matahari yakni sebelum masuk waktu zuhur. Wajib berniat pada tiap-tiap malam pada puasa ramadan. Mazhab Maliki mengharyskan berniat pada awal ramada dengan berniat sekelian bulan ramadan seperti diniatkan sahaja aku puasa sebulan ramadan pada ini tahun kerana Allah تعالى . Apabila seorang yang bermazhab Syafie berniat puasa sebulan dan dia ada tertingal berniat pada satu malam maka puasanya sah mengikut mazhab ini, dan tidak perlu mengqadak puasanya, ini dengan syarat dia menjaga pekara yang membatalkan puasa menurut mazhab Maliki.

5. Masuk waktu bagi puasa ramadan atau dapat sebab pada puasa fardu yang lain seperti puasa nazar atau puasa kafarah.

6. Menahan diri dari pekara yang membatalkan puasa

Pekara yang membatalkan puasa ialah:

1. memasukkan sesuatu ain (benda) kedalam ronga yang terbuka, sedikit benda yang masuk itu atau banyak.

2. sengaja muntah sekalipun yakin tidak kembali muntah itu kepada bahagian batin. Kawasan zahir/luar mulut adalah tempat keluar hurup (ح) kata setengah fukahak (خ) dan kawasan dalam/batin selepas dari itu iaitu tempat keluar hurup (أ) dan (ه). termasuk dalam kata sengaja muntah sedawa dengan sengaja apabila keluar suatu daripada maidah/perut kepada had zahir.

3. jimak dengan sengaja sekalipun tidak keluar mani

4. keluar mani dengan sebab bersentuh dengan isteri dengan tidak berlapik, atau keluar mani dengan sengaja

5. kedatangan haidh atau beranak, sedangkan anak itu basah.

6. kedatangan gila walaupun sesaad.

7. pitam sepanjang hari.

8. mabuk sepanjang hari.

9. berbuka sebelum yakin atau zan masuk waktu.

10. murtad iaitu terkeluar dari agama islam.

Syarat wajib puasa

Mereka yang ada syarat ini wajib berpuasa.

  1. islam
  2. berakal.
  3. cukup umur.
  4. kuasa berpuasa.
  5. bermukim.

Tidak wajib puasa;

  1. orang kafir, serta tidak wajib qadak apabila masuk islam.
  2. orang gila, serta tidak wajib qadak apabila siuman.
  3. kanak-kanak serta tidak wajib qadak apabila apabila dia baligh
  4. orang yang pitam , tetapi wajib qadak apabila apabila dia siuman.
  5. orang mabuk , tetapi wajib qadak apabila apabila dia siuman
  6. orang yang tidak kuasa kerana tua atau sakit yang tiada harapan sembuh , Orang yang sangat tua dan orang yang sakit yang tidak ada harapan sembuh boleh mengeluarkan secupak makanan bagi setiap puasa yang ditingalkan.
  7. orang haidh dan nifas, tetapi wajib qadak.
  8. orang sakit , tetapi wajib qadak.
  9. orang yang sedang bermusafir, tetapi wajib qadak.

Suna-sunat puasa:

  1. menyegerakan berbuka apabila yakin atau zan masuk matahari. Haram berbuka jika syak masuk matahari.
  2. berbuka dengan buah tamar jika tiada dengan suatu yang manis dan jika tiada maka dengan air.
  3. makan sahur.
  4. melewatkan makan sahur tetapi jangan sampai masa yang disyaki terbit fajar.
  5. meningalkan berkata-kata perkatan yang keji.
  6. mandi daripada hadas (mandi wajib) sebelum terbit fajar.
  7. membanyakkan bersedekah, membaca quran, dan sembahyang sunat seperti terawih dan witir.
  8. beri’tikaf didalam masjid.
  9. sunat membaca doa’ berbuka puasa setelah makan sedikit makanan, dua’nya ialah:

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت فتقبل منى إنك أنت السميع العليم

10. sunat bersederhana pada makan supaya menguatkan berbuat ibadat.


Responses

  1. Assalamualaikum Ustaz, saya ada soalan boleh kata ada kena mengena dalam bulan puasa ni, mengenai air mani dan air madzi….

    Soalan saya:

    1. Tadi pagi bangun untuk makan sahur, apabila sudah bangun saya terasa basah (basah di kemaluan tapi tak lah basah banyak).

    Apabila sudah bersahur, saya terus mengenal pasti yg saya ni keluar mani ke apa??? kenapa basah pula seluar saya ni di bahagian kedudukan kemaluan saya ni????? saya melihat kemaluan saya di bahagian muncungnya( tempat keluar air kencing dan sebagainya) kelihatan basah dan berair…
    Tapi saya rasa bukan air mani sebab kalau keluar mani mestilah seluar saya sudah basah melekit serta kemaluan saya…

    Oleh itu sekarang puasa ke 7 , sekarang waktu petang, saya masih belum dapat mengenal pasti air mani ke apa??? batal ke puasa saya ustaz???

    Saya sedang gelisah ni takut segala amal ibadat saya lakukan untuk hari tidak diterima Allah SWT.

    Harap ustaz dapat menjawab soalan saya secepat yang mungkin… terima kasih

    • Jika air mani ke atau air mazi ke keduanya tidak membatalkan puasa.
      Tentang syak adakah air mani atu mazi anda boleh pilih mana mana .
      jika anda memilih mazi anda wajib basuh, dan jika anda memilih mani anda wajib mandi dan qada sembahyang yang telah lalu dalam keadan berhadas.

      • terima kasih ustaz….. alhamdulilah … skrg hilang esa gelisah.. takut2 tak sah puasa saya…

        Ustaz .. apakah yg saya perlukan …. tahun lepas saya ada tinggal puasa Ramadan dua hari…

        hingga hari ini saya tak qada’ lagi… perlukah saya bayar fidyah atau terus qada’ selepas Bulan Ramadan … Raya Puasa.. ?

      • Anda wajib qada sebelum ramadan akan datang. dan anda wajib bayar fidyah iaitu dua cupak beras, kerana anda telah melangkaui ramadan.
        sila lihat artikal timbang sukat, di dalam blog ini untuk mengetahui sukatan satu cupak.

  2. assalamualaikum ustaz…tolong betulkan saya, adakah betul selepas nisfu syaaban seseorng itu tidak boleh melakukan puasa qada’ atau puasa2 sunat?

    • Puasa qada boleh dilakukan.
      Puasa sunat yang tidak beradat atau yang tidak dihubungkan dengan nispu pertama yang haram dilakukan.
      adapun puasa sunat yang telah beradat seperti isnin khamis maka harus dilakukan atau puasa sunat yang di lakukan pada nispu yang pertama iaitu pada lima belas syaban harus dilakukan.

  3. Terima kasih ustaz

  4. assalamualaikum ustaz,,,

    Apakah hukum niat untk puasa…… ?

    Betulkah ustaz jika kita bangun bersahur sudah dkira niat utk berpuasa…..?

    Bagamimana pulak dgn orang yg terlupa utk berniat semalam… tetapi semasa sahur terlupa juga pula nak berniat kerana terlalu mengantuk…

    • Para ulama meletakan hukum bahawa orang yang bangun sahur untuk menguatkat tubuh pada esok hari adalah dikira berniat puasa. والله اعلم

      • begitu rupanya….

        terima kasih ustaz kerana banyak memberi info kepada saya..

  5. Assalamualaikum ustaz…

    saya pernah terdengar pendapat seorang ustazah mengatakan jika seseorg itu telah berniat puasa ganti dia tidak boleh membatalkan puasanya (kena teruskan sehingga masa berbuka) Tetapi jika dia niat puasa sunat, dia dibolehkan berbuka dipertengahan puasanya.
    ustaza adakah tidur pada waktu berpuasa seseorang itu dianggap beribadah juga?

    • Ini panduan kepada mereka yang sudah berniat puasa kemudian memberhentikan puasanya di siang hari:

      1. Jika puasa qadha atau puasa nazar, maka haram memberhentikan puasa tanpa uzur. Tidak wajib kepada imsak (menahan diri) pada hari itu.

      2. Jika puasa sunat, maka makruh memberhentikan puasa tanpa uzur. Tidak makruh jika uzur seperti sakit atau ada keperluan seperti meraikan tetamu.

      • syukran ya ustaz…

  6. Salam ustaz…

    saya menqada puasa di bulan syawal tp niat puasa saya di bulan ramadhan.. mcm tu juga puasa enam saya… sah tak puasa saya uztaz..

    • Macam mana awak qada pada bulan sawal dan berniat pada bulan ramadan?
      soalan tidak difahami

  7. Assalammualaikum ustaz,setahu saya ustaz jikalau seseorang yang ingin melakukan puasa wajib Ramadan dan Qada puasa Ramadan maka niat perlu dilakukan pada sebelah malam atau sebelum terbit fajar iaitu sebelum masuknya waktu subuh.Manakala jika seseorang ingin berpuasa sunat seperti puasa sunat Hari Isnin dan sunat Hari Khamis maka dia boleh berniat pada sebelah malam atau boleh juga berniat setelah terbit matahari tetapi sebelum tergelincir matahari iaitu masuknya waktu zohor.Betul tak ustaz?

    • Betul

  8. Ustaz betul tak contoh niat Qada puasa Ramadan saya.Jika salah diharap ustaz tolong betulkan.
    1)Sahaja aku berpuasa Qada Ramadan pada esoh hari kerana Allah Taala.
    2)Sahaja aku bersahur kerana Allah Taala

    • Yang pertama betul.
      Yang kedua tidak sah kerana sahur ada bagi puasa sunat ada bagi puasa qada dan ada bagi puasa nazar

      • Jadi maksud ustaz,semasa bangun sahur untuk menunaikan Qada puasa Ramadan niatnya adalah Sahaja aku bersahur kerana Qada Ramadan esok hari kerana Allah Taala.Betu tak ustaz?

      • ya

  9. Assalamualaikum ustaz. sy seorang perempuan. sy nak tanya tentang hal ganti puasa. sejak dr sekolah lagi sy telah melakukan onani. tapi masa tu sy tak tahu apa yang sy buat tu adalah onani dan perbuatan sy tu adalah berdosa. jadi sy selalu melakukanya. sy juga pernah melakukannya ketika bulan puasa (sedang puasa) sekarang sy sudah tahu dan sy tak nak buat lagi dan sy telah mandi wajib.
    soalan sy,
    1. adakah sah solat dan puasa sy walaupun sy sudah mandi wajib ?
    2. adakah perlu sy menggantikan puasa dan solat sy selama ni?
    3. soalan off topic, adakah seorang penzina perlu mandi wajib setelah dia berzina?

    • Sekiranya keluar mani maka wajib mandi dan tidak sah sembahyang yang dilakukan sebelum mandi jika tidak keluar mani maka tidak wajib mandi dan sah sembahyang. Masalah puasa pula
      ! Puasa orang dalam berjunub adalah sah. Melakukan onani sedang berpuasa jika dilakukan sehinga keluar mani batal puasa, jika tidak keluar mani pula padanya ada dua masalah satu dilakukan sehinga dimasukkan kebatin faraj maka batal mika tidak maka tidak batal


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: