Posted by: almalakawi | 11 Ogos 2009

1. Al-Sahih lizatihi الصحيح لذاته

1. Al-Sahih lizatihi الصحيح لذاته

فالحديث الصحيح لذاته: هو الذي يتصل سنده بنقل العدل الضابط عن مثله ، من أوله إلى منتهاه ، من غير شذوذ ولا علّة .

Terjemahan: Hadis sahih pada zatnya ialah hadis yang berhubung sanadnya dengan dipindah oleh orang yang adil lagi dobit daripada orang yang seumpamanya dari awal sanad hinga akhirnya dengan ketiadan ganjil lagi penyakit.

Yang di faham: Hadis sahih pada zatnya ialah hadis yang berhubung orang yang meriwayatkannya dari satu orang kepada orang yang lain hinga akhir sanad, dengan syarat sekelian orang yang meriwayatkannya adalah seorang yang adil lagi sempurna dobitnya(yakni orang yang boleh dipercayai lagi diyakini), dengan ketiadan ganjil dan ada penyakit

Keterangan takrif/pengenalan:

Berhubung sanad ialah setiap perawi (orang yang menceritakan hadis) mengambil hadis dengan tiada perantaran antaranya dengan gurunya dari awal sanad hinga akhir sanad. Dengan bahawa mereka itu memindahn dari orang yang adil lagi dobit daripada orang yang adil lagi dobit sehinga akhir sanad.

Orang yang adil atau dipercayai ialah orang islam yang balig, berakal ketiadan fasik, lagi pula tidak merosakkan keperibadiyannya.

Orang yang dobit atau yang diyakini ialah orang yang menguasai hadis dengan hafalan atau tertulis pada kitab.

Ketiadan ganjil ertinya bahawa hadis yang diriwayat tidak menyalahi hadis yang diriwayat oleh orang yang boleh dipercayai, dan hadis ganjil ialah hadis yang menyalahi hadis yang diriwayat oleh orang yang dipercayai.

Ketiada penyakit ertinya bahawa tidak ada pada hadis itu penyakit. Penyakit yang dikehendaki disini ialah sebab-sebab yang tersembunyi yang mencederakan kesahihan hadis.

Apabila sebuah hadis itu dikatakn sahih maka hadis itu tidak teputus sana atau mempunyai lima syarat, dan apabila dikatakan daif maka maknanya tidak sah sanadnya atau tidak mempunyai lima syarat, tidak maknanya dusta kerana terkadang orang yang pendusta berkata benar.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: