Posted by: almalakawi | 8 Julai 2010

Bab yang pertama qaedah yang ke lima العادة محكمة

العادة محكمة

Adat itu dijadikan hukum.

Makna qaedah ini ialah bahawa syarak itu adalah hakim maka Dia menjadikan kebanyakan hukum dari adat dan kebisan manusia.

Makna adat disini ialah perkara yang kebiasan mengikut tabiat manusia atau lainnya seperti kadar haidh.

Adapun hukum adat pada ilmu tauhid perkara yang dicuba beberapa kali dan hasilnya akan didapati sama seperti makan menyebabkan kenyang.

Sementara adat orang melayu seperti bersanding dan lainnya, itu tidak termasuk pada qaedah ini yakni bukan adat yang hendak dibahas disini.

Qaedah ini dikeluarkan dari hadis yang diriwayat oleh Muslim ما رآه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن perkara yang melihat oleh orang islam padanya ada kebaikan maka ianya disisi Allah baik.

Hukum yang bergantung dengan kebiasan dan adat manusia itu didalam masalah fekah amat banyak.

Sabahagian hukum yang bergantung dengan adat ialah seperti tahun permulan perempuan datang haidh, tahun baligh, tahun keluar mani, sekurang-kurang masa haidh, sekurang-kurang masa nifas, sekurang-kurang masa suci antara dua haidh, kebiasan ketiga-tiga itu, sebanyak-banyak ketiga-tiga itu semua ini adalah hasil pemeriksan Imam Syafie. Yang dikehendaki sedikit atau banyak pada perbuatan yang membatal kan sembahyang dan yang dikehendaki dengan sedikit atau banyak pada najis yang dimaafkan.

Sebahagiannya lagi, harus berpuasa pada hari syak bagi mereka yang sudah beradat berpuasa seperti puasa isnin khamis yang bebertulan pada hari syak.

Sebahagiannya harus menerima hadiah oleh kadi daripada orang yang sudah kebiasan memberi kepadanya.

Berkata Zarkashyi “Imam Syafie tidak mengira adat pada dua tempat:

1. menyuruh sesaorang memperbuat satu perkerjaan pada adatnya hendaklah diberi upah, berkata Imam Syafie jika tidak dilakukan akad upah maka tiada pengupah baginya.

2. tidak sah jual-beli unjuk mengunjuk (المعاطاة) iaitu jual beli dengan tiada akad hanya penjual menunjukkan barang sementara pembeli mengambilnya dengan bayaran sekalipun jual beli ini sudah beradat di tempat itu”.

Bergantung dengan qaedah ini beberapa perbahasan.

Perbahasan pertama: pada perkara yang sabit hukumnya dengan adat

Yang demikian terkadang sabit dengan sekali seperti pada masalah istihadah maka perempuan yang istihadah hendak mengambil adat haidhnya sebelum berlaku istihadah sekiranya tiada tamyiz pada darahnya. Maka yang dikatakan adat haidh ialah kebiasan datang haidh sebelum istihadah, walau pun sekali.

Dikira sabit adat dengan sekali; pada hamba yang dijual maka dikira hamba itu beraib, jika hamba itu ada melakukan sekali sahaja pada perkara-kara ini seperti berzina, lari dari tuannya atau mencuri.

Terkadag dikira beradat apabila perkara itu berulang tiga kali seperti pada masalah orang yang mengagak buah tamar diatas pokok.

Terkadang dikira beradat setelah berulang beberapa kali seperti anjing yang diajar untuk dibuat berburu maka ianya dikira menerima ajaran dengan dicuba lebih dari tiga kali maka didapati dia tidak khinat pada binatang yang diburunya dengan memakannya, dengan itu halal memakan perburuannya.

Perbahasan kedua: adat diambil kira apabila umum perkara yang sudah beradat dan ada kelebihan padanya, sekiranya tidak tetap tidak diguna adat.

Sebahagian perkara yang masuk dalam perbahasan ini, seperti menjual sesuatu harganya dirham dan tidak disebutkan dirham yang mana satu maka di kira pembayaran itu dengan yang mana kah dirham yang berlaku adat/kebiasan digunakan, sekiranya tidak tetap dirham yang diguna dengan makna tidak satu pun antara pelbagai dirham itu yang kebiasan digunaka maka hendak lah pembeli menerangkan mana satu dirham yang hendak dibayar, sekiranya pembeli tidak memberi keterangan maka jual-beli itu batal.

Sebahagiannya, kebiasan jual-beli dengan satu jenis barangan, atau satu bagainya, seperti seorang yang hendak membeli susu dengan tidak sebut jenis susu yang hendak dibeli maka sudah beradat disini yang dikehendaki susu itu ialah susu pekat manis didalam tin bulkan susu lembu maka sah jual beli dengan tidak sebut jenisnya kerana mengikut adat kebiasan tempat itu.

Sebahagiannya madrasah yang diwakafkan untuk diajar ilmu hadis, sedangkan tidak diketahui kehendak wakaf, adakah yang dikehendaki mengajar mustalah hadis, membaca matan hadis, mengajar fekah hadis, atau sebagainya dari pada ilmu yang bergantung dengan ilmu hadis. Persolan ini telah ditanya oleh Ibnu Hajar kepada gurunya Hafis Abu Fadli Al-Iraqi maka dia menjawab dengan bahawa, pada zahirnya hendaklah dikutkan syarat orang yang mewakaf kerana setiap tempat berlainan istilah yang digunakan.

Faslon, cerayan perbahasan kedua terbahagi kepada beberapa fasal

Fasal pertama: Pada membicarakan berlawanan antara kebisan denga syarak

Perkara ini terbahagi kepada dua

Pertama perkara yang tidak bergantung padanya hukum syara’ maka hendaklah diguna pakai kebisan yang diamal.

Contoh 1. seorang yang bersumpah tidak mahu makan daging maka tidak jadi batal sumpah apabila dia makan ikan kerana kebiasan manusia tidak mengatakan ikan itu daging walaupun syarak menamakannya daging seperti pada firman Allah وهو الذي سخر البحر لتأكلوا منه لحما طريا

Contoh 2. seorang yang bersumpah tidak akan duduk diatas hamparan, tidak duduk dibawah atap, atau tidak duduk pada chaya lampu maka tidak batal sumpahnya apabila dia duduk diatas bumi sekalipun Allah menamakan bumi ini hamparan, tidak batal sumpah apabila dia duduk dibawah langit dan sekalipun Allah menamakan langit itu atap, begitu juga tidak batal sumpah apabila dia berada didalam chaya matahari sekalipun Allah menamakan matahari, lampu.

Maka didahulukan kebiasan pada sekelian itu kerana menamakan oleh syarak akan sekelian itu tidak bergantung dengan hukum dan taklif.

Kedua perkara yang bergantung dengannya hukum syara’ maka didahulukan kebiasan yang diguna pakai.

Contoh 1. sekiranya seorang yang bersumpah tidak mahu sembahyang tidak akan batal sumpah melainkan sembahyang yang mempunyi rukuk dan sujud sekalipun syara’ menamakan solat jenazah sembahyang.

Contoh 2. seorang yang bersumpah tidak mahu puasa maka tidak batal sumpah dengan semata-mata menahan diri dari makan dan minum.

Contoh 3. sekiranya berkata suami jika engkau (isterinya) melihat anak bulan maka engkau tertalak, maka dilihat akan anak bulan oleh orang lain dan isteri itu mengetahui akan anak bulan sudah kelihatan maka jatuh talak kerana ditangung baginya atas syarak kerana melihat adalah dengan makna mengetahui seperti mana sabda Rasulullah صلي الله عليه والسلم : إذا ريتموه فصوموا ertinya apabila kamu melihat anak bulan maka hendaklah kamu berpuasa dengan itu orang yng mengetahui anak bulan sudah kelihatan juga wajib puasa.

Fasal kedua pada berlawanan antara kebiasan dengan lugha/bahasa.

Pada perkara ini ada dua pendapat:

Pertama pendapat Qadi Husin, hendaklah diamalkan dengan hakikat lafas yang dihantar pada lugha/bahasa.

Kedua pendapat Bugawi, hendaklah didahulukan kebiasan manusia.

Cuba lihat perbezan antara dua pendapat ini pada masalah, sekiranya seorag sahabat datang kerumah dan dia tidak mahu makan dan berkata tuan rumah pada sahabatnya itu “jika kamu tidak makan, isteri ku tertalak” maka orang itu keluar dari rumah dengan tidak memakan sesuatu, kemudian dia datang ke esokkan harinya dan dibawakan makanan dan disuruh makan maka dia pun makan; jika kita mengikut pendapat pertama tidak jatuh talak kerana hakikat lafas menghendaki, tidak makan itu ialah tertegah dari makan sekarang dia sudah makan dan jika kita mengikut pendapat kedua jatuh talak kerana kebiasan manusia mengatakan keluarnya dari rumah menunjukkan dia tidak mahu makan pada masa disuruh makan kali pertama.

Sebahagian foro’ yang keluar dari ini fasal

Contoh 1. seorang yang bersumpah tidak mahu minum air maka batal sumpahnya dengan dia meminum air laut sekalipun ianya tidak beadat diminum kerana semata mata dipakai lugha/bahasa.

Contoh 2. seorang bersumpah tidak mahu makan roti maka batal sumpahnya dengan dia memakan roti yang diperbuat dari beras sekalipun setengah manusia tidak mengetahui adanya roti yang diperbuat dari beras.

Fasal ketiga pada berlawanan antara kebiasan yang umum dengan kebiasan yang khusus.

Perinsip umum (الضابط): sekiranya kebiasan yang khusus itu boleh dihinga tidak memberi bekas pada umum, seperti pada masalah jika adat kebiasan seorang perempuan, haidhnya kurang dari apa yang telah diperiksa mengikut kebanyakan perempuan nescaya di ikutkan kebiasan yang ramai tidak dikut kebiasan perempuan itu, disisi pendapat yang asah.

Sekiranaya kebiasan yang khusus itu tidak terhinga maka di pakai kebiasan itu, seperti masalah berlaku kebiasan menjaga tanaman pada malam dan menjaga binatang ternakkan pada siang, maka adakah dikira perkara itu seperti kebiasan ramai atau tidak? Pendapat yang asah ya.

Perbahasan ke tiga. Adat yang tertentu bagi satu kawasan adakah ianya menapati syarat;

Padanya ada beberapa rupa masalah:

Contoh 1. berlaku adat suatu tempat membenarkan orang yang memegang gadaian mengambil menfaat daripada benda yang digadai maka adakah menepati adat mereka itu akan syarat sehinga binasa gadaian maka pendapat jemhur mangatakan tida. Sementara berkata Qufal ya.

Contoh 2. menghantar kain kepada tukang jahit supaya dibuat pakayan dengan tidak menyebut harga upahnya dan sudah beradat pada tempat itu hendaklah diberi upah, maka adakah adat itu menepati syarat upah? Pada ini masalah ada berselisih pendapat, pendapat yang asah pada mazhab tidak diberi upah, dan Imam Syafie mengatakan yang lebih elok lawan bagi kaul asah.

Perbahasan yang ke empat; kebiasan yang ditangung atasnya oleh lafas-lafas yang menyertai, hanya dipakai yang menyertai sekarag tidak yang menyertai lagi akan datang.

Yakni yang dipakai kebisan yang ada pada ketika bercakap tidak kebiasan yang ada kemudian daripada bercakap.

Sebahagian perkara yang dikeluarkan dari ini asal ialah masalah guru yang bercuti daripada mengajar maka apabila berkekalan kebiasan dia bercuti pada bulan yang ditentukan, ditangung atasnya barang yang terhenti kemudian yang demikian, tidak ditangung sebelum adat ini.

Perbahasan yang kelima: berkata fuqahak/ulama fekah setiap perkara yang semata datang daripada syara’ dan tiada padanya perinsip umum dan tiada pada lugha/bahasa hendaklah diikut kebiasan orang ramai.

Dan membuat contih mereka itu; tempat simpan barangan pada masalah dikerat tangan pencuri, bercerai memutuskan khiar pada masalah jual-beli, qabad/mengambil barang yang dibeli, waktu haidh, kadar haidh, menghidupkan tanah yang tiada milik sesiapa, memada niat sembahyang dengan muqaranah urufiah/menyertai pada uruf sepertimana dipilih oleh Imam Nawawi, pengenalan luktih/benda yang tercicir, jarak antara imam dan makmum.


Tinggalkan komen

Kategori