Posted by: almalakawi | 20 Ogos 2009

Bahagian ke lapan Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Sifat yang kelima wajib bagi الله تعالى 

Qiyamuhu ta’ala binafsih (قيامه تعالى بنفسه )  ertinya الله berdiri dengan sendiriNya yakni (لايفتقر إلى محل ولا مخصص) تعالى الله tidak berhajat kepada tempat dan tidak berhajat kepada penjadi. Dengan lain perkataan tidak boleh diterima pada akal bahawa تعالى الله berhajat kepada tempat dan berhajat kepada penjadi.

Demikian juga تعالى الله tidak berhajat atau tidak mempunyai keperluan apa-apa dan memerlu kepada siapa pun dalam urusannya daripada sekecil-kecilnya hinga sebesar-besarnya sebaliknya sekelian makhluk berhajat dan bergantung harap kepadanya. Kerana dia amat sempurna dan terkaya dari sekelian makhluknya.

وَكَذَا يَسْتَحِيلُ عَلَيْهِ تَعَالَى أَنْ لاَ يَكُونَ قَائِمًا بِنَفْسِهِ بِأَنْ يَكُونَ صِفَةً يَقُومُ بِمَحَلٍّ أَوْ يَحْتَاجُ إِلَى مُخَصِّصٍ

Ertinya mustahil  bahawa تعالى الله tidak baerdiri dengan sendiri dengan bahawa تعالى الله sifat yang menumpang pada zat atau berhajat kepada penjadi.

          Zat تعالى الله tidak berhajat kepada tempat kerana bukan dia sifat seperti putih yang berhajat kepada zat kain, dan Zat تعالى الله tidak berhajat kepada penjadi supaya menjadikanNya kerana dia bukan suatu yang baru seperti alam ini yang berhajat kepada penjadi.

Ketahuilah bahawa tiap-tiap suatu yang ada apabila kita pandang kepada berkehendak kepada zat tempat bergantung dan kepada yang menjadikannya atau tidak brrkehendak kepada kedua, terbahagi kepada empat: 

  1. Segala sifat yang baru: berkehendak ia pada tempat berdiri serta berkehendak kepada penjadi, seperti putih yang berhajat pada zat kain.
  2.  Segala jirim: tidak berkehendak ia kepada zat tempat berdiri tetapi berhajat kepada penjadi, seperti zat kita tidak berhajat pada zat yang lain, tetapi berhajat kepada Tuhan untuk menjadikan kita.
  3.  Zat تعالى الله: Dia tidak berhajat kepada zat tempat berdiri dan tidak brkehendak kepada penjadi.
  4. Sifat تعالى الله: tidak berhajat kepada penjadi tetapi berkehendak kepada zat tempat berdiri, seperti Qudrat berhajat kepada Zat Tuhan untuk brdiri.

Dalil Qiyamuhu ta’ala binafsih

Firman تعالى الله di dalam surah faatir ayat 15

 dalil qiyamuhu ta'la binafsi

(Oleh kerana تعالى الله menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada تعالى الله (dalam segala perkara), sedang تعالى الله Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Dalil akal bagi Qiyamuhu ta’ala binafsih

وَأَمَّا بُرْهَانُ وُجُوبِ قِيَامِهِ تَعَالَى بِنَفْسِهِ فَِلأَنَّهُ تَعَالَى لَوِ احْتَاجَ إِلَى مَحَلٍّ لَكَانَ صِفَةً وَالصِّفَةُ لاَ تَتَّصِفُ بِصِفَاتِ الْمَعَانِى وَلاَ الْمَعْنَوِيَةِ وَمَوْلاَنَا جَلَّ وَعَزَّ يَجِبُ اتِّصَافُهُ بِهِمَا فَلَيْسَ بِصِفَةٍ وَلَوِ احْتَاجَ إِلَى مُخَصِّصٍ لَكَانَ حَادِثًا كَيْفَ وَقَدْ قَامَ الْبُرْهَانُ عَلَى وُجُوبِ قِدَمِهِ تَعَالَى وَبَقَائِهِ

          Dalilny تعالى الله wajib bersifat dengan Qiyamuhu ta’ala binafsih (قيامه تعالى بنفسه ) iaitu kita andaikan تعالى الله berhajat kepada zat tempat brgantung nescaya dia sifat, adapun sifat tidaklah bersifat dengan sifat ma’ani (معاني) dan ma’nawiyah (معنوية) sedangkan kita tahu wajib تعالى الله bersifat dengan kedua sifat ini maka bukanlah Dia sifat. Jikalau تعالى الله berkehendak kepada penjadi yang menjadikanNya nescaya Dia baru, bagaimana kita boleh berkata demikian itu sedangkan kita telah mengetahui dalil wajib Qidam dan Baqa’ تعالى الله .


Respon

  1. Jadual Tafaqquh Fid Din Sepanjang Ramadhan

    KLIK : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/scan1_cr.png


Tinggalkan komen

Kategori